Recent Post

Monday, July 11, 2016

Uqasha Senrose Tolak Tawaran Berlakon Teater Selepas Teruk Dikritik

Uqasha Senrose memberitahu beliau tidak akan menerima sebarang tawaran untuk berlakon sebagai watak utama didalam teater, selepas beliau dikritik hebat oleh penonton ketika membawakan watak Izzah didalam pementasan teater Ombak Rindu sebelum ini.

Jelas Uqasha beliau sedar dirinya masih belum mampu untuk memegang peranan penting dalam teater.

Bukan kerana kritikan tetapi atas kesedaran diri sendiri bahawa lakonan di pentas teater itu bukan mudah seperti disangkakan.

Saya masih belum sampai tahap layak memegang watak utama dan selepas ini jika ada tawaran saya akan tolak kerana masih belum bersedia. Biarlah Ombak Rindu Tiada Penghujung menjadi pengajaran buat saya.

Namun, ia tidak bermakna Uqasha tidak mahu berlakon lagi didalam mana-mana teater. Selepas ini beliau mungkin akan melakonkan watak-watak kecil kerana ingin belajar tentang selok-belok pementasan teater.

Teater ini sangat unik dan memerlukan fokus yang cukup tinggi kerana semuanya dilakukan secara langsung tanpa ada sebarang kesilapan. Saya mahu belajar dari bawah dan tidak mengapa kalau hanya diberikan watak sampingan.

Kalau tidak mampu membawa watak utama daripada awal tetapi masih mahu lakukannya, Uqasha seharusnya bersedia dengan setiap kritikan yang diberikan dan bersikap lebih positif.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar - Kosmo!

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

11/07/2016 10:16am

Keadaan trafik di Plaza Tol Sungai Besi pagi ini lancar tanpa sebarang kesesakan

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara bergerak lancar dan terkawal setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata, aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar.

"Namun trafik sesak dari Bukit Beruntung menuju ke arah Sungai Buaya berikutan terdapat pertambahan kenderaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Read more ...

Peraduan Premiere Filem BOUNTY HUNTERS Lakonan Lee Ming Ho

Bersempena demgan tayangan filem BOUNTY HUNTERS yang akan berada di pawagam mulai 14 Julai ini, Budiey dengan kerjasama RAM Entertainment mahu mengajak 40 orang pembaca untuk menonton filem yang padat dengan aksi ini.

Filem BOUNTY HUNTERS mengisahkan tentang Lee San (Lee Min Ho), seorang pakar seni bela diri dan Yo (Chung Hon Leung), bekas agen INTERPOL telah membuka sebuah syarikat pengawal peribadi. Tugasan pertama mereka adalah melindungi Sam, seorang wartawan dari Incheon, Korea Selatan.

BOUNTY HUNTERS

Seperti yang ditakdirkan, mereka terpaksa menyertai sekumpulan pemburu upahan yang terdiri daripada Cat (Tang Yan), pakar penggodam Swan (Karena Ng) dan Bobo (Louis Fan) yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Misi pertama mereka adalah mencari pengebom bersiri yang menjadikan Hotel A sebagai sasaran selanjutnya.

Dapatkah Lee San dan Yo menyelamatkan ahli kumpulan mereka dan mencari dalang di sebalik pengeboman?

Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang padat dengan aksi ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer BOUNTY HUNTERS yang telah diriliskan di dada Youtube RAM Entertainment.

Sinopsis Filem BOUNTY HUNTERS

A bounty hunter is someone who gets paid to do someone's bidding. One must have a specific expertise in order to qualify. Lee San (Lee Min Ho), who has a mysterious past is an expert martial artist. Yo (Chung Hon Leung) is a former INTERPOL agent turned investigator. Together they opened a bodyguard service and accepted a job to protect Sam, a reporter from Incheon, South Korea. As fate would have it, the duo ended up joining a group of bounty hunters that include the smart and beautiful Cat (Tang Yan), a genius hacker Swan (Karena Ng) and Bobo (Louis Fan) who has incredible strength. Their first mission was to find the serial bomber whose target is Hotel A.

The group tracked the bomber from Bangkok, Thailand back to South Korea and split up to look into the bombing of Hotel A in Jeju. While Lee San and Yo excelled, Swan, Cat and Bobo were kidnapped by Tommy (JeremyJones Xu), the son of the ex-Chairman of the hotel. Tommy confessed to be the mastermind behind the bombing. What was his motive? Will the bounty hunters complete their mission?

Tajuk: Bounty HuntersBahasa: KantonisGenre: Aksi KomediTarikh Mula Tayangan: 14 Julai 2016Edaran: Lotus Five StarArahan: Terra ShinLakonan: Lee Min-Ho, Karena Ng, Chung Hon Leung, Louis Fan, Tang Yan

Sensasi Selebriti dengan kerjasama RAM Entertainment ingin menghadiahkan 40 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton filem BOUNTY HUNTERS Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:12 Julai 2016 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:8.00 malam

Tayangan Filem:9.00 malam

Tempat:GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere Filem BOUNTY HUNTERS – Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #BountyHunters

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. 'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/RamEntertainmentMovie & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #BountyHunters kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan 2 pelakon filem BOUNTY HUNTERS

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton dan meramalkan filem BOUNTY HUNTERS kerana – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere Filem BOUNTY HUNTERS – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

11 Julai 2016 (Hari Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada RAM Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/RamEntertainmentMovie dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel RAM Entertainment : www.youtube.com/RAMEntertainment

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Bekalan Air di Kuala Terengganu, Marang & Kuala Nerus Dijangka Pulih Sepenuhnya Dalam 3 Hari

Kuala Terengganu, 10 Julai: Masalah gangguan bekalan air di Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus dijangkan bakal pulih sepenuhnya selewat-lewatnya tiga hari lagi.

Difahamkan, masalah itu timbul akibat masalah teknikal di loji air Kepong di Kuala Terengganu sejak petang kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Ir Atemin Sulong, berkata gangguan air itu pada 7.30 malam semalam.

"Dalam tempoh baik pulih ini, sebahagian besar kawasan mengalami gangguan bermula 7.30 malam semalam. Sebahagian lagi akan menerima tekanan air yang rendah. "Dianggarkan, hampir 500,000 penduduk di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang berdepan gangguan bekalan air. "€Ĺ“Bagaimanapun, masalah ini dijangka pulih secara berperingkat bermula seawal petang ini dan pulih sepenuhnya dalam dua atau tiga hari lagi," katanya.

Menurut Atemin, pihaknya akan menghantar bekalan air bersih bagi meringankan beban ditanggung penduduk terbabit sepanjang temp oh baik pulih dijalankan.

Sumber : Harian Metro

Read more ...

Anggota 100 cawangan keluar Umno kerana Shafie

Seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi dilapor mengumumkan keluar parti serta-merta kerana tidak puas hati dengan layanan terhadap bekas naib presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pengumuman itu dibuat naib ketua Umno bahagian itu Pangiran Roslan Pangiran Nasrun dalam sidang media di Sandakan semalam, lapor Berita Harian.Pangiran Roslan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Shafie sebelum ini tanpa dipanggil membela diri.

Katanya, ia menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

"Kami ambil keputusan ini kerana tidak setuju dengan tindakan MT Umno dan berikrar akan menyokong serta berjuang dengan Shafie," beliau dipetik sebagai berkata.

Shafie antara pemimpin lantang Umno yang terselamat daripada dipecat, seperti bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Beliau bagaimanapun kemudian mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada Umno.

Sementara itu, ditanya sama ada perjuangan itu bersifat "Sabah untuk Sabah" atau menyeluruh, Pangiran Roslan berkata, ia berlandaskan "Sabah untuk Sabah".

"Penggantungan Shafie seolah-olah penghinaan terhadap pemimpin Umno peringkat Sabah terutama penyokong Shafie," katanya seperti dilaporkan harian itu.

Read more ...

2 cedera, bas ekspres langgar 10 kenderaan

IPOH: Dua cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas dengan 10 kenderaan lain di Kilometer (KM) 265.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran terowong Menora dekat sini, petang tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *