Tuesday, January 05, 2016
'Apa-apa boleh berlaku dalam sehari', catatan terakhir pengguna Facebook sebelum terlibat dalam kemalangan jalanraya
(6 FOTO) Umie Aida Lakukan Skydiving Dari Paras 14 Ribu Kaki
Bila lihat foto Umie Aida lakukan "skydiving" memang buat kami rasa seram, sejuk, gayat semua ada.Bagi kami memang hebat dan berani sungguh Umie melakukan aksi sebegitu.
Umie mengambil kesempatan untuk mencuba sukan ekstrem itu ketika bercuti di Sydney, Australia baru-baru ini. Rupa-rupanya ini kali kedua Umie beraksi dari paras 14 ribu kaki.
Saya berada di Sydney selama 10 hari sehingga 4 Januari. Tujuannya adalah untuk melakukan sky dive buat kali kedua serta mendaki Blue Mountain.
Ini kali kedua melakukan sky dive di lokasi yang sama. Semasa kali pertama tahun lepas tak rasa apa sangat. Masa itu hanya sebab nak capai impian melakukannya buat pertama kali.
Kali kedua ini pula perasaannya lain macam sebab saya dah tahu selok-belok dan prosedur yang betul setelah menjalani latihan di bawah kendalian beberapa jurulatih berkelayakan. Lagipun, terjunan kali kedua ini sudah lama dirancang. Nikmat dan keseronokan terjunan kali kedua sungguh lain macam.
Rasa takut itu langsung tiada… orang cakap 'heartless', macam hati kering. Yang utama saya fikir ialah untuk menyempurnakan impian melakukan sky dive.Ianya sangat mencabar adrenalin.
Sesetengah pihak akan berfikir tidakkah takut mati andai alat terjunan itu tidak berfungsi baik? Walaubagaimanapun, buat Umie semua itu terletak di tangan Allah SWT.
Dalam kehidupan ini kita jangan fikir negatif sangat. Kalau terlalu fikir benda buruk, maka langsung takkan buat. Saya ini seorang yang berfikiran positif dalam segala hal. Lagipun, segala kelengkapan disediakan oleh pakar terlatih dan semuanya berfungsi kerana pakej sukan ekstrem ini memerlukan kos yang sangat tinggi.
Bagi saya, hanya 'orang gila' yang sukakan cabaran akan tahu nikmat dan keseronokan apabila berada di udara pada paras lebih 10 ribu kaki.Ini adalah satu aktiviti yang beri kepuasan.
Jom lihat lagi aksi Umie Aida ketika berada di udara dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.RANI KULUP 'BENGANG' ANUGERAH 'SULTAN MELAKA' DIPANDANG SINIS
"Kalau mereka cakap sultan melaka tidak sah, suruhlah sultan lain beri anugerah kepada ayah," demikian kata Abdul Rani Kulup Abdullah mengenai tanggapan pelbagai pihak yang mendakwa bahawa penganugerahan yang diterimanya daripada 'Sultan Melaka' baru-baru ini tidak sah.
Rani atau lebih mesra dipanggil 'Ayah' (ringkasan Ayahanda khot) berkata yang beliau tidak ambil kisah dengan tanggapan tersebut.
"Banyak jasa saya kepada sultan lain termasuk menjaga pengorbanan kepada bangsa, negara dan agama Islam," ujarnya dipetik melalui malaysiakini
"Ayah terkejut. Tak sangkalah dengan satu repot pada tahun 2012 lalu beliau berikan ayah anugerah ini. Pastinya saya perlu berterima kasih dengan keprihatinan beliau dan menghargai jasa ayah," tambah Rani yang setakat ini telah membuat beratus laporan polis.
Difahamkan, dalam majlis penganugerahan itu, Rani turut menerima sebilah keris dan sepersalinan pakaian warna kuning.
Jadi mulai sekarang, kena panggil Rani sebagai Datuk Paduka Mahkota ke? Heh.
TERKINI:
Polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat dakwaan seorang lelaki bahawa dia adalah Sultan Melaka, demikian kata Ketua Polis Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah.
Tambah beliau, polis yang bertindak atas laporan daripada pejabat Ketua Menteri Melaka, akan menjalankan siasatan di Lembah Klang untuk mencari bukti mengenai dakwaan tersebut termasuk mencari saksi atau individu yang berkaitan dengan kes itu.
"Kami juga sedang mengesan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Me laka bagi merakamkan kenyataannya dan orang-orang yang telah menerima anugerah daripada beliau," jelasnya.
Beliau berkata kes itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengaku sebagai Sultan Melaka. - MD
� � ________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomLondon & Paris Pilihan Aaron Aziz Bercuti Sekeluarga
Pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz tidak ketinggalan mengambil peluang yang baik untuk bercuti bersama isteri dan anak-anaknya.
Menjadi kebiasaan semua orang tidak kira sama ada seorang selebriti mahupun orang awam, 'spent time' bersama famili antara perkara wajib dilakukan.
Antara lain boleh mengeratkan ukhwah dan silaturahim apabila keluar bercuti. Untuk tahun ini, Aaron telah memilih London dan Paris untuk menghabiskan masa dengan anak-anaknya.
Segala gambar percutiannya telah dikongsikan menerusi IG miliknya. Kelihatan anak-anak Aaron begitu teruja dan gembira dengan 'holiday' yang dibiayai oleh ayahnya itu.
Apa-apa pun, setiap ketua keluarga mempunyai perancangan tersendiri untuk hiburkan hati isteri dan anak-anak.
Semoga kebahagiaan yang dimiliki oleh Aaron terus berkekalan hingga anak-anaknya membesar, Amin.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 5 Jan 2016
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...