Friday, October 23, 2015
Bajet 2016: Cukai orang kaya dinaikkan, kerajaan dengar keluhan kumpulan sederhana
"JIKA TIDAK DIPANGGIL POLIS, AMIR UKAYS AKAN TERUS BERENTAP" - RAQIM
Ramai yang masih tertanya-tanya sama ada penyanyi utama kumpulan Ukays, Amir atau nama sebenarnya Mohd Amir Muhammad, 46, akan masih kekal beraksi di pentas program Gegar Vaganza 2 (GV2) atau tidak.
Pengurus saluran Astro Ria (104), Raqim Ahmad berkata Amir tidak digugurkan dalam GV2 sebaliknya akan terus menyertai pertandingan itu bagi minggu kedua yang akan bersiaran di Astro Ria pada Ahad ini.
Namun menurutnya, ia bagaimanapun bergantung kepada keadaan sekiranya penyanyi itu tidak dipanggil oleh pihak polis bagi urusan berkaitan kes tersebut.
"Setakat ini Amir masih lagi peserta Gegar Vaganza 2, tetapi saya tidak boleh mengesahkan sama ada dia akan ada atau tidak pada Ahad ini.
"Ia bergantung kepada faktor sekeliling dan itupun jika dia tidak dipanggil untuk urusan siasatan kerana kes dia masih lagi dalam siasatan," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Terdahulu, Amir telah ditahan polis awal pagi Rabu kerana dipercayai memiliki senjata api. Tetepi selepas itu dia dibebaskan kerana pistol tersebut merupakan pistol mainan yang digunakan untuk menembak cicak.
Dalam pada itu, Raqim berkata, penyanyi tersebut masih meneruskan latihan vokal dan akan menyampaikan lagu berjudul Cinta Dan Air Mata pada persembahan Ahad ini.
"Saya percaya dia meneruskan latihan vokal sendiri di rumah untuk beraksi pada minggu kedua ini," jelasnya.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomJerebu: 'Kenapa Pula Ibu Bapa Rasa Terbeban Bawa Anak Ke Tempat Kerja?' - Cikgu
Video Wanita Superbike Selamatkan Kucing Jadi Viral
Video berdurasi 2 minit 33 saat itu memaparkan bagaimana wanita terbabit cuba menyelamatkan kucing berwarna oren tersebut yang hilang arah di atas jalan raya.
Seorang pengguna Liveleak.com, Suns_Funs menulis "Ini baru kita panggil masyarakat bertamadun".
Namun tidak dapat dipastikan dimana kejadian ini berlaku. - Siakapkeli.my
Pandikar: Keputusan gantung Kit Siang dibuat ahli Parlimen
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan bukan keputusan beliau untuk menggantung Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang selama enam bulan daripada menghadiri
sidang Parlimen, malah ia merupakan keputusan oleh majoriti ahli Parlimen.
Beliau berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak boleh membuat keputusan sendiri untuk menghukum mana-mana ahli Parlimen sebaliknya ia dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat.
"Saya tak boleh buat usul sendiri, yang menghukum Gelang Patah (Kit Siang) adalah Ahli-Ahli yang Berhormat sendiri bukan saya, Peraturan Mesyuarat adalah di bawah Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan, saya bukan boleh pandai-pandai buat tafsiran tanpa ada sandaran kepada peraturan itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Semalam, sidang Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Kit Siang selepas beliau tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf tanpa syarat berhubung tuduhannya terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Kit Siang digantung selepas didakwa menuduh Pandikar menyalahguna kuasanya sebagai Speaker untuk mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap syarikat pelaburan strategik millik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pandikar berkata perkara itu harus difahami untuk tidak menimbulkan salah faham masyarakat bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat hanya mengikut telunjuk anggota Parlimen.
Katanya, Yang Dipertua Dewan Rakyat bagaimanapun mempunyai kuasa untuk membuat tafsiran ke atas semua Peraturan Mesyuarat dan mesti diterima sama ada anggota Dewan Rakyat bersetuju atau tidak pada dasarnya.
"Kalau tidak diberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan untuk mentafsir sama ada (usul) diterima atau tidak dan semua (anggota Parlimen) mempunyai tafsiran sendiri... kamu nampak sendiri tadi semua pun berdiri dengan tafsiran masing-masing, maka tafsiran Yang Dipertua Dewan yang harus diambil kira sama ada diterima atau tidak," katanya.
Selepas pengundian dibuat terhadap usul menggantung Kit Siang, sebanyak 107 ahli Parlimen bersetuju, 77 membantah dan seorang berkecuali.
- Bernama
'Kahwin Lagi? Tengok Lelaki Pun Tak Lalu' - Rita
Bajet 2016: Bonus pembakar semangat kakitangan awam
BNBBC telah kenal pasti SUSPEK ahli Parlimen BN tak sokong Bajet 2016
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, suspek ahli Parlimen yang tidak akan menyokong Bajet 2016 sudah dikenalpasti, namun tidak akan mendedahkannya.
"Ia suspek yang sama, saya rasa kamu pun tahu," kata Shahrir semasa ditemui pemberita di Parlimen hari ini.
"Mungkin terdapat yang tidak akan mengundi nanti semasa bajet." Namun, ahli Parlimen Johor Baru itu yakin majoriti masih akan mengundi menyokong bajet yang bakal dibentangkan, kerana memiliki disiplin dan tidak terperangkap dengan permainan pembangkang.
"Disiplin parti sangat konsisten, menunjukkan prestasi baik dan memperbaiki perbahasan mereka.
"Saya rasa tidak ada sebab untuk mereka tidak mengundi menyokong bajet nanti," katanya.
Malah, kebanyakan ahli Parlimen BN juga terlibat sama dalam persediaan Bajet 2016 dan mustahil mereka bermain politik, kata Shahrir.
"Saya yakin ahli Parlimen kami tidak berhasrat untuk bermain politik," katanya.
Shahrir menafikan ahli Parlimen yang dikenalpasti itu terdiri daripada 20 wakil rakyat yang sebelum ini didakwa akan menyokong undi tidak percaya terhadap Najib pada sidang kali ini.
"Ia bukan 20 nama seperti yang dikatakan sebelum ini," katanya.
Terdahulu, bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata ahli Parlimen BN boleh mengundi menolak Bajet 2016 yang dibentangkan Najib esok.
Ahli Parlimen Gua Musang itu juga antara salah seorang pengkritik Najib, malah tampil bersama-sama pada sidang media bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi peminpin Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkirkan daripada Kabinet. – 22 Oktober, 2015. - TMI
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...