Recent Post

Thursday, August 11, 2016

Kereta Toyota Vellfire Dicuri : Rozita Che Wan Tidak Kisah Dikritik Netizen

Sebaik sahaja berita kereta jenis Toyota Vellfire milik Rozita Che Wan dicuri menjadi viral, ada pula pihak yang mengkritik apa yang berlaku adalah kerana sikap Che Ta yang suka menayang kemewahan beliau.

Namun, sering bersikap positif, Che Ta memberitahu beliau sedikit pun tidak kisah dengan kritikan dan hinaan netizen. Malah, beliau juga sudah biasa menghadapi komen negatif daripada mereka yang selalu mencari kesalahannya.

Biarlah mereka nak kutuk apa. Saya tidak kisah dan ambil peduli kerana mereka bukan penentu masa depan atau kehidupan saya.

Kutukan seperti ini sudah biasa saya alami dan selama ini saya jadi diri sendiri. Saya cantik pun orang kutuk, ini pula kenderaan hilang, memang macam-macam orang akan fikir dan cakap.

Lumrah hidup menjadi anak seni, setiap perkara dilakukan pasti ada pihak yang memerhati. Sama ada mereka memuji atau mengeji saya tidak kisah.

Mungkin ada yang tidak suka dengan cara Che Ta berkongsi kehidupan mewah beliau sekeluarga, tetapi ia bukan bermakna anda boleh mengutuk beliau yang kini berada didalam kesusahan. Hari ini hari Che Ta, esok kalau kita pula terkena perkara yang sama, best tak rasanya kalau kena kutuk?

Sumber Berita : THE MALAY MAIL  ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Menteri bimbang penjajahan baru dalam era internet - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 11 Ogos 2016 By Bernama

Menteri Komunikasi dan Multimedia Dr Salleh Said Keruak menyuarakan kebimbangan tentang kemunculan penjajahan baru dalam era Internet iaitu berkaitan kawalan terhadap pemikiran masyarakat.

Beliau berkata media dan bank -adalah sangat penting kepada apa yang boleh dianggap sebagai bentuk baru penjajahan.

"Ia pada dasarnya penjajahan minda. Ia berkesan 100 tahun yang lalu apabila barat memulakan tindakan mengawal sesebuah negara dengan menentukan bagaimana rakyatnya berfikir.

"...dan pada masa kini apa yang diperlukan adalah media, tidak terkecuali media sosial, untuk menjatuhkan negara jika strategi yang betul diterapkan," kata beliau dalam blog sskeruak.blogspot.my.

Beliau berkata demikian dalam posting bertajuk 'Penjajahan Baru Dalam Era Internet' yang berkisar tentang sebab dunia dan negara seperti Malaysia berdepan bahaya dijajah serta bentuk penjajahan itu.

Salleh menarik perhatian bahawa pada masa lalu, selama lebih 2,000 tahun, penjajahan seringkali dilakukan menerusi campurtangan tentera atau pendudukan, bagaimanapun kini penjajahan seperti itu tidak lagi terpakai.

"Kuasa-kuasa besar perlu menjajah negara seperti Malaysia melalui penguasaan ekonomi dan melalui apa yang disebut secara kasar sebagai 'kawalan minda'.

"Anda perlu menentukan pendapat umum dan memandu pemikiran rakyat. Dan dengan populariti Internet, perkara ini tidak lagi mustahil," kata Salleh.

Mengimbas semula sejarah, Salleh berkata Darurat di Tanah Melayu, Perang Korea, Perang Vietnam dan konflik lain menunjukkan bahawa kekuatan ketenteraan tidak lagi memadai kerana untuk menguasai sesebuah negara memerlukan lebih daripada sekadar senjata.

Salleh merujuk kepada fakta bahawa Amerika Syarikat menggunakan tentera dalam Perang Korea dan Vietnam namun tidak begitu berjaya manakala British pula berjaya dalam perjuangan untuk memenangi hati dan minda rakyat.

"...dan itulah sebabnya Malaysia bukan negara komunis hari ini, satu daripada beberapa buah negara yang menang dalam perang menentang komunis," katanya.

Malaya, kata beliau, adalah terlalu penting kepada British dan mereka tidak mampu untuk kehilangan tanah jajahan yang amat berharga ini.

"Britain telah hampir bankrap disebabkan Perang Dunia II dan Malaya menyumbang dua pertiga daripada ekonomi British. Tanpa Malaya, Britain akan mengambil masa yang lebih panjang untuk kembali pulih," katanya.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Peraduan Premiere With Budiey – Filem SADAKO VS KAYAKO

Budiey dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan Premiere With Budiey menonton sebuah filem paling seram dalam sejarah. Gabungan jelmaan hantu dari filem RING & filem JU-ON. HEHEHE… berjudul SADAKO VS KAYAKO 贞子 VS 伽椰子. Korang ada berani ke? Budiey cabar korang, okay?

Budiey nak mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

SADAKO VS KAYAKO

Kalau nak tahu, filem arahan Koji Shiraishi ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 18 Ogos 2016. Jadi, jangan berlengah lagi ya untuk menonton filem ini nanti. Filem ini dilakonkan oleh Mizuki Yamamoto, Tina Tamashiro, Aimi Satsukawa dan ramai lagi la.Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh gelak ketawa ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer SADAKO VS KAYAKO yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Untuk kalian yang menyukai filem yang mengajak anda meniti detik cemas yang menyeramkan dan pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis Filem SADAKO VS KAYAKO 贞子 VS 伽椰子

The vengeful spirits of the Ring and Grudge series face off.

Peraduan Tayangan Premiere Filem SADAKO VS KAYAKO

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 80 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:16 Ogos 2016 (Selasa)

Masa Pendaftaran:8.00 malam

Tayangan Filem:9.00 malam

Tempat:GSC 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere SADAKO VS KAYAKO – Budiey.com di GSC 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #SadakoVsKayako‬

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. 'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #SadakoVsKayako‬ kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem SADAKO VS KAYAKO

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere SADAKO VS KAYAKO – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere SADAKO VS KAYAKO

Tarikh tutup peraduan:

15 Ogos 2016 (Hari Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 18 Ogos 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures : www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Toshio (character)

Mizuki Yamamoto

Kayako (character)

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

SKMM Keluarkan Garis Panduan Keselamatan Ketika Main Pokemon Go

CYBERJAYA, 10 Ogos 2016 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan satu garis panduan keselamatan umum kepada orang ramai berkaitan permainan Pokemon Go sambil menggesa mereka yang bermain permainan itu untuk sentiasa peka dengan keselamatan sekeliling dan sensiviti masyarakat setempat.

Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan, keputusan mengeluarkan garis panduan keselamatan umum itu juga bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti rompakan, kecurian ataupun kecederaan.

Menurutnya, pengeluaran garis panduan keselamatan umum itu dibuat selepas timbulnya kebimbangan oleh pelbagai pihak dan berlakunya beberapa insiden tidak diingini gara-gara bermain aplikasi permainan berasaskan realiti tambahan (augmented reality) itu yang kini sudah melanda ke lebih 70 buah negara di seluruh dunia. Langkah tersebut juga seiring dengan panduan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh beberapa buah negara lain untuk permainan berkenaan.

Gar is panduan keselamatan Pokemon Go yang dikeluarkan mengandungi beberapa panduan atau tip-tip kepada pemain antaranya mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi mereka, menghormati sensitiviti tempat-tempat beribadat, peringatan untuk tidak memasuki ke kawasan-kawasan larangan yang merbahaya dan kewaspadaan terhadap individu yang tidak dikenali.

Turut ditekankan dalam garis panduan keselamatan itu ialah keperluan untuk pemain untuk berwaspada dengan penipuan yang boleh berlaku baik secara dalam talian mahupun di luar talian. Ini kerana, sebarang penggunaan aplikasi untuk memuatnaik permainan Pokemon Go mungkin mendedahkan para pemain kepada serangan penggodam atau malware.

"Dalam hal ini, MCMC ingin menegaskan, pilihan untuk bermain Pokemon Go terletak di tangan para pemain itu sendiri. Namun, semua pemain haruslah sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling mereka,"jelasnya.

Mereka yang mempunyai sebarang persoalan atau kebimbangan mengenai aspek keselama tan, dan sensitiviti Pokemon Go boleh menghubungi secara terus pihak yang membangunkan permainan itu iaitu Niantic Inc yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat melalui laman sesawang mereka, http://www.nianticlabs.com .

-- Kenyataan akhbar dari SKMM

Berikut adalah  garis panduan yang dikeluarkan oleh SKMM

Sumber : SKMM FB
Read more ...

Penyokong rai hari jadi Anwar di luar Penjara Sg Buloh

Kira-kira 500 penyokong mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di luar Penjara Sungai Buloh malam tadi untuk meraikan hari jadi beliau yang ke-69.

Kehadiran mereka juga adalah sebagai sebahagian daripada kempen yang berterusan untuk menuntut pembebasannya, pada hari yang ke-548 beliau menjalani hukuman penjara.

Satu kek hari jadi yang besar telah dibawa ke pentas di mana ahli keluarga dan rakan-rakan Anwar berkumpul pada kira-kira pukul 11.30 malam.

Isteri Anwar yang juga dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memotong kek bersama anak perempuannya Nurul Izzah, Nurul Hana dan Nurul Nuha, selepas laungan "Allah selamatkan kamu".

Dalam ucapannya, Wan Azizah berkata, rakyat tidak harus putus asa dalam perjuangan mereka untuk perubahan, yang bermula pada 1998 apabila Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjalani hukuman penjara.

Pada masa itu, tegasnya, tuntutan rakyat untuk perubahan akhirnya menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang kemudiannya menyerahkan jawatan itu kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak.

"Pada masa itu kita (pembangkang) tidak ada ramai YB (ahli Parlimen).

"Saya tertanya-tanya sama ada rakyat menyedari bahawa walaupun sekarang kita mempunyai lebih ramai YB, ia masih tidak mencukupi.

"Jika kita tidak mengubah keseluruhan sistem, kita akan terus menghadapi masalah yang sama...," katanya.

Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai, mendeklamasikan dua puisi kegemaran Anwar - 'Memang Begitu Demikian Hadi' oleh Taufik Ismail dan 'Kesaksian Bapak Saijah' oleh Rendra.

[Baca berita penuh] 

Read more ...

Suspek bunuh nenek dipercayai 'gila isim'

KOTA TINGGI: "Cucu saya tidak ambil barang terlarang (dadah), dia memang ada masalah mental yang diperakui pihak hospital," dakwa Bogiman Kario, besan kepada mangsa yang dipenggal kepalanya semalam.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *