Setiap kali Izreen Azminda memuat naik foto bersama pelakon lelaki lain, pasti beliau akan dihimpit dengan gosip cinta. Antara yang pernah dikaitkan bercinta dengan Izreen adalah Nazrief Nazri dan Redza Rosli.
Izreen akui mungkin sikap beliau yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja punca beliau sering terpalit dengan gosip percintaan.
Walaubagaimanapun, Izreen tidak mahu terlalu memikirkan pandangan orang lain terhadap dirinya. Buat Izreen, beliau tidak boleh menutup mulut orang ramai dalam berkata-kata dan hanya mengabaikan kritikan mereka.
Saya boleh masuk dengan siapa saja, kalau orang yang kenal saya yang perangai 'gila-gila' ni mereka tahu saya boleh kawan dengan sesiapa sahaja. Mungkin sifat mudah mesra buat orang cepat rapat dengan saya. Saya tahu apa yang saya buat dan rakan-rakan pun tahu, malah orang yang digosipkan dengan saya pun tahu kebenaran.
Mungkin kadang-kadang peminat ni terlalu taksub apabila mereka tengok satu-satu cerita, sampai terbawa ke luar dan campurkan soal peribadi.
Tak ada kesan pun pada saya, biarlah orang nak cakap apapun, bila penat, diamlah. Saya abaikan semua itu, kalau terlalu memikirkan benda itu susah, sebab mulut orang mana boleh tutup. Baik abaikan gosip itu selagi ia tidak mengganggu saya, keluarga dan kerjaya, lantaklah. Yang penting saya tahu apa yang saya buat.
Sabarlah Izreen, kalau tiada gosip itu bukan artis namanya. Lagipun kadang-kadang setiap orang mempunyai pandangan berbeza. Sebenarnya mereka itu cuma "sayangkan" Izreen dan mahu anda hidup bahagia. Heh? Sumber Berita : Utusan Online
P.S: Cantiknya TELEKUNG AYRA COLLECTION keluaran Telekung Story ini. Harga RM89 sahaja! Ada promosi untuk lebih sepasang! Dahla sekali dengan beg tu! 4 pilihan warna yang menarik! Jom order sekarang! Boleh Whatsapp ke 019-236-1986 dan jangan lupa follow Instagram @TelekungStory untuk tengok lebih banyak koleksi
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.