Recent Post

Thursday, September 24, 2015

Insiden rempuhan Mina: Apa yang kita tahu setakat ini?

Satu insiden rempuhan manusia ketika jemaah mengerjakan haji berlaku pada jam 11.30 pagi (waktu Arab Saudi) di Mina ketika jemaah haji dari seluruh dunia sedang menunaikan rukun Islam kelima.
Read more ...

[VIDEO] GEMPAR ! LEBIH 220 Jemaah Haji MAUT ! Insiden REMPUHAN Berlaku ! Mayat BERGELIMPANGAN !

MINA: Sekurang-kurangnya 220 orang maut dalam insiden rempuhan manusia yang berlaku di Mina, lapor Kementerian Pertahanan Awam Arab Saudi memetik laporan dari AP. Dilaporkan sekurang-kurangnya 400 jemaah yang lain cedera di dalam kejadian itu. Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sekiranya ada jemaah Malaysia yang terlibat. Berita lanjut menyusul    Tonton Video Di Bawah: At least 220 pilgrims were martyred and 500 injured in stampede during stoning jammrat #Mecca :( pic.twitter.com/TOyGg5fNC2 #تدافع_مشعر_مني — سید فیاض علی #TeamIK (@IamTeamIK) September 24, 2015 #Hadsch - 220 dead - RT @sakirkhader: VIDEO: Stampede in #Mecca leaves at least 150 pilgrims dead, 430 wounded. pic.twitter.com/TWGBSbOdcC — Muschelschloss☕ ️ (@Muschelschloss) September 24, 2015
Read more ...

9 GAMBAR & VIDEO - SEKITAR MAJLIS ULANGTAHUN ISTERI AC MIZAL

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis ulangtahun Datin Emylia isteri kepada Dato' AC Mizal.

Keluarga, sahabat dan pekerjanya telah membuat surprise party buat Datin sempena hari lahirnya. Wah... untunglah Datin!

Layanzzz...

Klik gambar untuk size besar

< /p>

Klik link dibawah ini untuk tonton video VIDEO

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

SUBHANALLAH ! Dunia Akhir Zaman ! Hoiii ! Mana Hati Nurani Manusia Yang Lalu Lalang Ini ?

Seorang bayi berusia sekitar dua tahun terlihat dalam keadaan terlanjang sambil berbaring di dekat tangga tempat laluan orang ramai, sayangnya tidak ada seorangpun yang tergerak hati untuk memeriksa keadaannya. Dilansiri Elitereaders, Selasa (22/9/2015), pemandangan yang sangat menyedihkan terjadi di Manila, Filipina. Bayi berkulit sawo matang, perutnya buncit dan di tangan kanannya memegang makanan terbaring di tangga. Sementara itu, sejumlah orang yang melintas di hadapan bayi malang itu hanya mampu melihat tanpa memeriksa keadaan bayi itu apakah dia masih hidup atau sudah mati. Kejadian yang menimpa pada bayi itu disebarkan melalui internet di media sosial Facebook dan mula tersebar luas di Malaysia, Indonesia, Singapura Dan di negara yang berdekatannya dan kini menjadi viral. Sejumlah netizen yang melihat foto bayi malang tersebut mengutuk orang-orang yang sedang melintas di hadapan bayi tersebut kerana tidak mempunyai perasaan perkemanusiaan kerana hanya mempu membiarkan bayi yang malang di tempat itu. "Woi,...!!! mana hati nurani manusia ini??? hanya biarkan saja, bantula bayi ini dan kalau boleh bawa dia ke hospital," ini nak periksa pun tak nak" tulis seorang netizen. "Dunia sudah di penghujung, manusia tidak ada lagi rasa saling peduli, apakah mereka itu boleh disebut manusia," lagi tulis seorang netizen.
Read more ...

Polis Evo Letak Standard Baru Dalam Dunia Perfileman Malaysia

polisevo-bts-08

Berpeluang menonton filem menampilkan gandingan duo bintang popular negara iaitu Shaheizy Sam dan Zizan Razak berjudul Polis Evo di dalam pawagam yang penuh dengan penonton baru-baru ini benar-benar membantu penulis untuk menilai penerimaan penonton terhadap filem terbaharu Astro Shaw ini. Filem cereka kepolisan bergenre aksi komedi ini diarahkan oleh pengarah Ghaz Abu Bakar yang dikenali ramai sebagai pengarah video muzik yang profilik.

Kisah bermula di Kuala Terengganu apabila kematian seorang bekas guru yang kini disyaki memproses dadah menjadi titik tolak untuk Inspektor Hassani Majid (Zizan Razak) menyiasat tentang sebuah sindiket penjualan sejenis syabu yang lebih bahaya dari yang ada di pasaran. Dalam pada itu, supercop Inspektor Khai (Shaheizy Sam) yang juga sedang menyiasat sindiket syabu yang sama dihantar dari Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. Dari minit pertama mereka tidak dapat bekerjasama dengan baik tetapi setelah saksi utama mereka berada dalam keadaan koma, serta kegagalan beberapa operasi dan akhirnya keluarga Inspektor Sani sendiri dalam bahaya; mereka terpaksa ketepikan perbezaan dan terus berusaha menyelesaikan kes ini.

Selama dua jam menonton filem ini, boleh dikatakan pengisiannya padat dan pantas. Konflik yang dipaparkan juga tidak terlalu rumit dan senang difaham, terutama bagi penonton kanak-kanak biarpun saya harus beri kredit kepada team penulisan skrip yang seramai empat orang kerana berjaya menulis skrip cereka kepolisan yang mempunyai sentuhan intelektual dan ada 'attention to detail'. Polis Evo ternyata tidak mengamalkan 'preaching storyline' bagi memberikan kefahaman dan kesedaran kepada penonton tetapi ia lebih bersifat menguji perhatian penonton terhadap isu jenayah dan sosial menerusi subtle text dan plot berdasarkan 'clue by clue' dan bukan hanya rangkuman hipotesis. Naratif yang kuat ada pada Polis Evo berjaya mengangkat filem kepolisan ini kepada standard 'feel good movie'.

polisevo-bts-10

Pun begitu, penulis mengakui isu narkotik yang dibawa kali ini tidak seberat isu penyeludupan manusia yang Ghaz bawakan dalam filemnya yang terdahulu ' Tokan' (2013). Mungkin bagi mengimbangi aspek komersial, pengisian kali ini amat seimbang dari aspek komedi, romantik, aksi dan drama namun harus diakui, plot yang mudah dapat ditulis dengan baik menerusi perhatian kepada kekemasan skrip dan penonjolkan arahan seni yang meyakinkan.

Dari aspek teknikal, sinematografi dan suntingan filem ini layak diberi pujian. Ditangani oleh pemenang Festival Filem Malaysia (FFM) yang lalu, Harris Hue berjaya memberi kepuasan sinematik kepada penonton dengan shot-shot yang kemas, rapi dan 'fast-cut'. Peralihan dari setiap babak ke babak menampakkan relatif dan pemilihan lokasi yang cantik di sekitar negeri Terengganu berjaya dieksploitasi secara baik oleh Harris. Mengenali Ghaz sebagai seorang pengarah video muzik yang ada 'taste' dalam beauty shot sebelum ini, hasilnya gabungan idea Harris dan Ghaz berjaya melahirkan gambar yang minimalis tetapi mempunyai cukup perisa dari aspek cinematic & komersial. Bahkan ia sebenarnya berperisa Hollywood ala Micheal Bay (rujuk filem Bad Boys) tetapi disesuaikan dengan aspek Malaysiana.

polisevo-bts-04

Tak cukup dengan itu, kekemasan suntingan bunyi dan skor muzik menjadikan filem ini bukan sekadar kuat dari aspek penglihatan semata-mata, tetapi jua aspek pendengaran. Dengan bantuan skrip yang kuat, sinematografi yang meyakinkan saya kira suntingan untuk filem ini kemas dan tidak bercelaru seperti kebanyakan filem Melayu yang hanya panas 30 minit pertama dan akhirnya lemau di pertengahan cerita. Cuma kalau boleh saya katakan, terdapat pemilihan beberapa lokasi di dalam filem ini amat 'familiar' dan sering diguna dalam filem lain dan nyata bukan terletak di Terengganu tetapi itu tidak begitu menjejaskan mood.

Aspek cinematic touch ini wajar diangkat bagi pembikin filem bagi mengurangkan persepsi filem syok sendiri yang sering dilabel kepada karyawan sebelum ini. Polis Evo mempunyai cinematic touch tidak hanya dari aspek teknikal tetapi juga persembahan lakonan. Sam ternyata memberikan lakonan yang meyakinkan tetapi Zizan sebenarnya lebih mencuri tumpuan menerusi kematangan lakonan beliau. Mungkin watak ini dekat dengan beliau kerana juga berasal dari Terengganu, tetapi aspek penyampaian emosi dalam filem ini ternyata tidak lagi splastik seperti selalu, sebaliknya dikuatkan dengan dialog-dialog sarkastik dan emosi kekeluargaan yang kuat. Bakat lakonan Zizan berkesan dengan scripted comedy sebegini berbanding lawak spontan tambahan bentuk lakonan minimalis dalam filem ini boleh dibanggakan.

polisevo-bts-18

Biarpun pada awalnya dijangka isu pertembungan karektor polis ini bakal klise seperti kita biasa lihat dalam filem Hollywood (seperti The Other Guys), tetapi menuju pertengahan, isu itu sekadar menjadi pengukuh jalan cerita dan tidak disampaikan secara 'over'.

Terdapat ramai pelakon berkarekter yang menyerikan filem ini dengan membawakan watak polis dan antagonis. Husyairy Hussain (Bunohan, Tersasar Di Jalanmu) membawakan watak kepala penjahat memberi lakonan yang berjaya memperkuat jalan cerita manakala lakonan pelakon baru Pablo Amirul (Sniper) sebagai Jimbo sebenarnya wajar diberi perhatian. Kelibat pelakon yang regular di MIG ini ternyata digunapakai sepenuhnya dan tidak sekadar tangkap muat. Penampilan aktres Nora Danish sebagai watak Anis, adik kepada Inspektor Sani juga boleh diberi pujian kerana usaha yang ditonjolkannya dalam menyampaikan dialog dengan dialek Terengganu.

Juga kita dapat melihat kekuatan Nora di dalam lakonan bergenre komedi. Lebih lagi, pelakon –pelakon yang membawa watak keluarga Inspektor Sani (Kamaliah Mat Dom & Eyka Farhana) juga berjaya menonjolkan chemistry yang baik. Biarpun sekadar cameo, lakonan pemenang FFM yang lalu, Amerul Affendi berjaya mencuri tumpuan cuma sayang watakknya tidak dikembangkan. Filem ini juga menampilkan lakonan kali terakhir seniman Harun Salim Bachik sebagai ASP Mokhtar, dan seperti biasa lakonannya menghiburkan.

Harus diakui dialek Terengganu antara dialek yang agak sukar ditiru oleh pelakon bukan lokal, tetapi dalam filem ini berjaya menyampaikan persembahan secara minimal tanpa memperlekehkan Melayu luar bandar (seperti kebanyakkan filem tempatan lain) tetapi mengangkat karekter-karekter ini kepada satu bentuk frasa 'ketenangan' dan 'alternatif' terbaik bagi orang kota untuk saling mengenali. Filem ini juga mengambil pendekatan membuat pengasingan dialek bagi watak antagonis (dengan dialek Terengganu Utara, yang berbaur Kelantan) dan watak protagonist (dengan dialek Terengganu standard) yang mana ia sangat relatif kepada aspek geografi yang dipaparkan di dalam skrip.

KESIMPULAN

B1MRFHRIEAACz8O

Polis Evo boleh dikatakan sebuah filem aksi yang boleh dibanggakan tahun ini dari aspek koreografi aksi , sinematografi dan sentuhan sinematik. Koreografi yang dipaparkan dalam filem ini tidak terlalu imaginatif tetapi lebih realistik biarpun bergerak dalam tempo komikal. Kita tidak melihat Jackie Chan yang berlebihan, kita juga tidak melihat Jason Statham di dalamnya tetapi aspek Malaysianya ada. Gandingan duo Sam-Zizan nyata bersahaja, tidak terlalu heroic dan banyak memberi laluan kepada perkembangan cerita daripada perkembangan watak.

Biarpun Sam memberi kerjasama penuh dengan menampilkan bentuk fizikal yang didambakan atau surealistik bagi karekter polis tetapi harus diakui Zizan Razak sebagai Inspektor Hassani Majid sebenarnya sensible kepada senario sebenar kepolisan Malaysia. Mungkin atas sebab itu watak Inspektor Khai diwar-warkan sebagai Supercop biarpun menurut penulis supercop sebenar ialah watak polis yang average tetapi bangkit di penghujung cerita. Polis Evo bagi saya memberi harapan baru kepada filem komersial di Malaysia. Cukup rencah, cukup rasa, sesuai ditonton semua. – Roti Kaya

Berita berkaitan:

Memey Suhaiza Bertudung Bukan Untuk Berpolitik

Keluarga Syamsul Yusof Masuk Merisik Puteri Sarah Liyana?

Zizan minta maaf kerana berlagak

Komen

comments

Read more ...

Netizen Kecoh, Temui Hantu Penanggal Makan Bayi

MIRI - Beberapa hari yang lalu, warga Miri digemparkan dengan penemuan Hantu Penanggal yang berjaya ditangkap oleh orang kampung.  Norzley Ziey yang berkongsikan gambar dari Mohammad Rizal Razali itu mendakwa, Hantu Penanggal itu ditemui di sekitar kawasan Permyjaya dan Kampung Tudan.  "Awas! Di Miri sekarang ada hantu penanggal. Harap ibu-ibu yang sedang mengandung dan telah bersalin berhati-hati dan banyakkan membaca surah-surah. Jangan keluar malam-malam. Gambar yang saya post ini memang wujud. Hantu Penanggal ini ditangkap di Permyjaya bersama dengan seorang bayi yang menjadi makanannya. Kasihan bayi itu," kata Nozley Ziey.  Gambar-gambar yang dimuat naik pada 22 September itu mendapat 226 shares di laman Facebook. Malangnya, dua gambar yang dimuat naik itu sebenarnya adalah gambar dari filem Penanggal, arahan Ellie Suriaty, yang ditayangkan pada tahun 2013.  Individu yang menyebarkan gambar-gambar berkenaan berniat menimbul rasa takut warga Miri. Ditambah pula dengan golongan netizen yang cepat mempercayai sesebuah berita tanpa melakukan pencarian terlebih dahulu. Golongan yang suka mengada-adakan cerita yang tidak ada adalah berniat suka-suka atau inginkan perhatian dari orang ramai. Sehingga tidak menyedari apa yang dilakukan itu boleh mencetuskan kebimbangan rakyat setempat. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

KM: Sabah bentuk JK kaji bidang penurunan kuasa

Kerajaan negeri Sabah akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji bidang-bidang kuasa pentadbiran di bawah kerajaan pusat yang perlu diturunkan kepada kerajaan negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata bidang kuasa tersebut adalah di atas apa yang telah diumumkan sebelum ini iaitu kerajaan negeri diberi peranan lebih besar dalam menentukan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan yang menerajui jabatan dan agensi-agensi penting dalam kerajaan negeri.

"Ini adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian penurunan kuasa kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri semalam.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut akan bekerjasama rapat dengan wakil kerajaan pusat bagi mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diagihkan untuk membolehkan kerajaan negeri mempunyai lebih banyak kuasa membuat keputusan.

"Ini perlu dilaksanakan kerana seperti saya nyatakan sebelum ini bahawa banyak contoh kelewatan dalam perancangan, penyaluran dana dan pelaksanaan projek disebabkan banyak agensi di peringkat pusat, birokrasi dan berpolitik," katanya.

Berikutan penubuhan jawatankuasa peringkat negeri, beliau berharap bidang-bidang penting dalam sistem penyampaian kerajaan pusat dapat dikenal pasti dan dikaji bagi membolehkan kerajaan negeri mempunyai penguasaan terhadap perancangan, pembiayaan dan pelaksanaan projek-projek dan program kerajaan.

Musa berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan dan negeri mempunyai matlamat yang sama iaitu membawa lebih banyak pembangunan kepada Sabah dan negara secara keseluruhan.

"Kami percaya penurunan kuasa ini akan membolehkan kita mencapai matlamat ini dengan cara yang lebih tepat dan cekap," katanya.

- Bernama

Read more ...

Anifah rayakan Hari Kebangsaan Malaysia dan Hari Angkatan Tentera di DC

WASHINGTON DC: Jadual ketat ketika menghadiri Perhimpunan Agung ke-70 Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, tidak menghalang Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk turut merayakan Hari Kebangsaan dan Hari Angkatan Tentera di Kedutaan Malaysia di Washington DC, pada Selasa malam.
Read more ...

Padah Buat Prank Berak Di Tempat Awam, Wanita Ini Terima Padah!

Trollstation you've WIPED out your entire fanbase with this SHIT prank, I hope you can FLUSH out the bad elements from your team and resign them to the TOILET of history. Absoloutely CRAP, you TURD brains.

Read more ...

Ketahui 5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Lelaki

Bagi admin, semua benda yang halal dan bersih adalah terbaik untuk lelaki tapi lelaki lelaki sekalian kena ingat yang lelaki mempunyai risikonya tersendiri, admin dah listkan Makanan Terbaik Untuk Lelaki, jom baca untuk kebaikkan diri sendiri. Makanan Terbaik Untuk Lelaki 1. Tomato @ Sos tomato Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya. 2. Tiram 2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat. 3. Brokoli Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif. 4. Peanut butter Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda. 5. Tembikai Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren. Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *