Recent Post

Thursday, April 21, 2016

Kes Dadah : Tony Eusoff Dipenjara 8 Bulan Oleh Mahkamah Singapura

Mahkamah Singapura hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 8 bulan terhadap aktor Tony Eusoff atas dakwaan memiliki dadah.

Beberapa rakan artis turut hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan moral kepada Tony.

Tony sebelum ini dituduh memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah dan diheret ke mahkamah Singapura pada 31 Mac lepas.

Pelakon itu dipercayai memiliki satu peket mengandungi tidak kurang daripada 4.56g bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja. Tony ditahan di balai ketibaan bas penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas, Singapura.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Dadah: Pelakon Tony Eusoff dijatuhi hukuman penjara 8 bulan - Utusan Malaysia

SINGAPURA 21 April - Mahkamah Singapura hari ini menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara ke atas pelakon Malaysia Tony Eusoff kerana memiliki dadah.

Tony, 38, atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman dihadapkan ke mahkamah pada 31 Mac lepas dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Laporan berita menyebut pelakon itu dipercayai memiliki satu peket mengandungi tidak kurang daripada 4.56g bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja.

Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lepas.

Turut hadir di mahkamah memberi sokongan ke atas anak kelahiran Sarawak itu adalah penerbit filem Datuk Vinod Shekar dan rakan-rakan artis termasuk Jehan Miskin. - BERNAMA

Read more ...

Empat Sebab Anda Patut Bercuti di Taiwan Dengan Pakej Muslimin

Taiwan adalah lokasi percutian yang sangat jarang bagi orang Islam untuk mengunjunginya. Budiey pernah sampai di Taiwan pada empat tahun yang lalu dan mendapati tak ramai orang Islam mengunjunginya. Mungkin sebab mereka tak tahu lokasi kat mana nak makan dan sebagainya. Terus terang Budiey cakap, Taiwan memang menarik jugak la. Rasa nak pergi sekali lagi untuk merakam travelogue kat sana.

Taiwan Dengan Pakej Muslimin

Pejabat Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur (TTBKL) sekali lagi akan menganjurkan Pameran Pelancongan Taiwan, yang merupakan salah satu daripada pameran pelancongan paling dinantikan di negara ini. Edisi kedua pameran pelancongan ini akan diadakan di aras LG2 Orange Concourse, Pusat Beli-Belah Sunway Pyramid pada 13 Mei 2016 hingga 15 Mei 2016, menawarkan pakej percutian terbaik ke Taiwan kepada mereka yang gemar melancong.

Taiwan Dengan Pakej Muslimin

Pengarah TTBKL David Tsao berkata:

"Kami teruja untuk menganjurkan Pameran Pelancongan Taiwan di Malaysia buat kali kedua memandangkan acara pertama tahun lepas mendapat sambutan yang memberangsangkan dan menarik sejumlah 431,481 rakyat Malaysia melawat Ilha Formosa. Oleh itu, kami yakin pameran tahun ini akan mencatat satu lagi kejayaan besar."

"Malaysia dan Taiwan mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua negara mementingkan ikatan kekeluargaan dan pelancongan adalah salah satu cara terbaik untuk mengukuhkan hubungan keluarga. Kami percaya bahawa keluarga yang melancong bersama akan sentiasa bersama."

PAKEJ PERCUTIAN KHAS BUAT MUSLIMIN DI TAIWAN TRAVEL FAIR 2016 TTBKL telah menjalin kerjasama dengan agensi-agensi pelancongan Malaysia dan Taiwan yang terkenal untuk menawarkan pelbagai pakej percutian dan lawatan yang sesuai untuk semua rakyat Malaysia, termasuk juga pakej pelancongan khusus untuk pelawat yang beragama Islam.
  • Taiwan adalah destinasi pelancongan yang ideal untuk semua. Kepada mereka yang gemar menjamu selera, pasti seronok meninjau pasar malam untuk mencari makanan penjaja yang dijual pada harga berpatutan, manakala mereka yang suka membeli-belah pasti teruja apabila melihat fesyen terkini dan produk yang berkualiti pada harga termampu.
  • Bagi mereka yang mengamalkan Gaya Hidup Sihat dan Lestari (LOHAS) pula pasti akan gembira kerana Taiwan mempunyai landskap yang indah, serta lebuh raya tepi pantai yang selamat untuk pengguna, khususnya para penunggang basikal. Aktiviti berbasikal pasti menarik untuk seisi keluarga.
  • Pelawat yang mengunjungi Pameran Pelancongan Taiwan 2016 akan dapat menyaksikan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Ten Drum Art Percussion yang dicalonkan untuk Anugerah Grammy dan kumpulan wanita pelakon lagak ngeri moden pertama Taiwan, AC Girl; Taiwan Latern DIY; Taiwan Leisure Farms DIY dan mencuba beberapa makanan penjaja yang paling terkenal di Taiwan.
  • Para pengunjung pameran yang membeli pakej percutian akan menerima Kad Gores yang menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi termasuk pakej Star Cruise, tiket penerbangan yang ditaja oleh Air Asia, China Airlines, Cathay Pacific dan EVA Air; penginapan percuma oleh hotel dan pusat peranginan yang merupakan rakan kerjasama TTBKL; serta tiket masuk ke taman tema. Di samping itu, Hadiah Percuma akan diberi untuk pakej percutian yang dibeli di pameran tahun ini.
  • Hadiah Istimewa akan juga diberi kepada 500 ahli Sunway Pals pertama yang menunjukkan kad keahlian mereka setiap hari.

    Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.facebook.com/tbrockl.

    Mengenai Taiwan

    Ilha Formasa! Taiwan –Pulau Nan Indah. Taiwan mempunyai landskap semula jadi bertaraf dunia seperti Taroko Gorge yang menakjubkan; ia adalah wadah budaya Cina sejati; dengan Muzium Istana Negara yang disenaraikan sebagai salah satu daripada lima muzium terbaik di dunia; pendakian menyeronokan ke puncak Taipei 101; dan gunung paling tinggi di Timur Laut Asia, Yushan atau Gunung Jed. Kami juga mempunyai penduduk yang paling ramah dan mudah mesra di dunia, kedai buku dan kedai serbaneka 24 jam, pasar malam yang sibuk – yang akan menjadi kenangan manis pelawat. Perkhidmatan pengangkutan yang menyenangkan dan persekitaran pelancongan yang menarik pasti akan membuat anda seronok melancong ke negara ini, berulang kali.

    Untuk butiran lanjut, sila ke: http://taiwan.net.tw

    Komen via Facebook

    Komen

    — 156 Bacaan
    Read more ...

    Tahu Tak, Makan Pisang Boleh Kempiskan Perut Buncit?

    Read more ...

    Murid Darjah Dua Pula Dipatuk Ular

    REMBAU, 20 Apr – Seorang murid perempuan darjah dua dari SK Chembong kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban selepas dipercayai dipatuk ular bewarna hitam di padang sekolah tersebut pagi tadi.

    Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu mangsa dipercayai terkena patukan ular semasa sedang berlari mengelilingi padang bagi sesi memanaskan badan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani.

    Insiden yang menimpa murid berkenaan kini tersebar luas melalui aplikasi Whatsapp.

    Sementara itu, menurut pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Rodiah Mohd Jan telah melaporkan insiden berkenaan kepadanya sejurus selepas mendapat maklumat dari sekolah berkenaan.

    Tambahnya lagi, pegawai itu telah pun melawat kanak-kanak itu dan dia kini dalam keadaan stabil.

    "Kita kini sedang menunggu laporan penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung insiden berkenaan. Berdasark an laporan awal, murid berkenaan telah terjatuh di padang dan rakan-rakannya ternampak seekor ular berwarna hitam berhampiran murid berkenaan. "Guru bagaimanapun tidak ternampak ular hitam berkenaan dan segera bertanyakan kepada murid sama ada berasa sakit atau tidak.  Namun murid berkenaan menyatakan tidak sakit dan turut tidak sedar terdapat ular berhampiran dengannya ketika terjatuh. Rusni berkata lagi, pelajar itu kemudian dibawa ke bilik guru dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Rembau selepas guru tersebut menyedari terdapat perubahan pada wajah murid.

    Menurutnya, ketika dalam perjalanan guru berkenaan memaklumkan kepada keluarga murid dan sebaik tiba di KK Rembau serta dimaklumkan kemungkinan murid berkenaan terkena patukan ular, murid berkenaan dikejarkan ke HTJ menggunakan ambulans.

    "Pihak hospital mengesahkan terdapat kesan gigitan dipercayai patukan ular di bawah lutut kanan murid berkenaan.  Bagaimanapun, murid berkenaan kini berada dalam keadaan stabil," katanya. - Siakapkeli.my

    Read more ...

    ST: Guna pengecas telefon bimbit berlabel SIRIM-ST

    Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan pengilang, pengimport, pembekal dan penjual supaya hanya memasarkan alat pengecas tulen yang mempunyai label SIRIM-ST atau yang dibekalkan bersama telefon bimbit dengan label Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

    ST dalam kenyataan medianya semalam turut mengingatkan pengguna bahawa pengecas yang tidak tulen tidak terjamin keselamatannya.

    Pengguna juga disarankan untuk merujuk kepada prosedur keselamatan yang dinyatakan dalam manual pengguna dalam pakej telefon bimbit pengeluar asal dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa sedang dicaj.

    Ahad lalu, seorang suri rumah maut di kediamannnya di Cheras ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicaj dengan alat pengecas tidak tulen, ekoran renjatan yang terhasil dari kebocoran elektrik pengecas tersebut.

    - Bernama

    Read more ...

    Mustar juarai Kilauan Emas Otai

    KUALA LUMPUR: Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, yang lebih popular dengan panggilan Mustar dinobatkan juara Kilauan Emas Otai (KEO) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, di sini malam ini.
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *