Recent Post

Monday, May 30, 2016

Datuk Siti Nurhaliza Dikritik Kerana Menyanyi Di Smule

Smule merupakan aplikasi karaoke yang cukup popular sekarang, malah ada yang terus ditawarkan menjadi penyanyi rakaman seperti Khai Bahar yang bakatnya dicungkil menerusi aplikasi berkenaan.

Datuk Siti Nurhaliza juga tidak terlepas untuk mencuba aplikasi Smule dan memuat naik video beliau menyanyikan lagu Lelaki oleh Yuna.

Namun, ada pihak yang menganggap Siti Nurhaliza menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang penyanyi terkenal dan disegani.

Walaubagaimanapun,  Siti Nurhaliza menjelaskan beliau cuma ingin mencuba aplikasi baru itu yang membuatkan beliau lebih dekat dengan peminat.

Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.

Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyayian.

Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif.

Tidak dinafikan, memang best dengar Siti Nurhaliza cover lagu Yuna dengan cara beliau sendiri. Apa salahnya untuk beliau pun sekali sekala melepaskan tekanan dengan menyanyi di Smule? Hidup ini hanya sekali, janganlah setiap masa kena serius je..

Sumber Berita : BH PLUS

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

TMJ nak bersemuka dengan orang yang hina bagindaĆ¢€¦ - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 30 Mei 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Sebaliknya Tunku Mahkota Johor itu berhajat untuk bersemuka ' man to man' dengan mereka.

Baginda menyatakan demikian di laman Facebook Johor Southern Tigers.

"Saya dimaklumkan tentang perkara ini tetapi apa yang boleh saya lakukan sekiranya ada orang yang ingin membuat laporan polis mengenainya. Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya tiada masa untuk melayan orang-orang seperti ini.

"Akhir sekali, saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya. Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja. Saya akan menghargainya jika anda bersetuju dengan cadangan ikhlas saya ini,"titah baginda.

Pihak polis menahan seorang lelaki di Selangor malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 23 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ditahan kira-kira 8 malam di Taman Intan, Dengkil.

"Lebih kurang 10.15 pagi semalam, pihak polis menerima satu laporan berhubung penghantaran mesej berbentuk jelik dalam Facebook yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor.

"Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej tersebut dalam Facebook atas nama Aiden Chew," katanya dalam satu kenyataan Ahad.

Beliau berkata selain menahan, pihak polis turut merampas satu telefon bimbit berserta sim kad daripada lelaki tersebut.

Wan Ahmad Najmuddin berkata permohonan reman terhadap individu terbabit akan dikemukakan di Mahkamah Majistret di Johor Bharu Ahad bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Dalam pada itu Polis Johor memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu menyelesaikan kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor menerusi laman sosial Facebook.

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Muhd Salman Zakaria atau Lemey, 30, nombor kad pengenalan 860517-29-5877 dengan alamat terakhir di nombor 47-B, Jalan Kampung Besut, Tumpat, Kelantan.

"Lelaki itu yang merupakan orang dikehendaki polis bersabit Taman Pelangi Report 3381/16, kali terakhir dikesan bekerja sebagai kerani di Pejabat Pos Kubang Kerian, Kelantan,"kata  Wan Ahmad Najmuddin.-30/5/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Ulasan Penonton Filem DEMOLITION

Jom kita baca apa pendapat penonton tentang filem DEMOLITION yang sekarang ini masih lagi ditayangkan di pawagam.

Review: ‪#‎Demolition‬Menceritakan kisah seorg lelaki yg kacak lg berjaya tetapi terganggu dlm keadaan mental selepas kematian isterinya akibat kemalangan. Beliau cuba untuk menghapuskn semua kenangan yg pernah ada bersama isterinya. Tetapi semakin hari ingin melupakan semakin ia dibayangani masa2 lampau dan rasa bersalah. Rasa sunyi yg menyelubungi beliau dengan jelas memerlukan seseorang untuk bercakap.Kesahnya bermula disini pabila beliau ingin membeli gula2 M&M's di sebuah mesin layan diri tetapi mesin itu mengalami kerosakan dan pada mulanya beliau hanya menulis sepucuk surat kepada syarikat pengeluar mesin layan diri itu untuk meminta ganti rugi . Surat itu ternyata menarik perhatian kepada seorang wanita yg bekerja sebagai khidmat pelanggan yg juga mempunyai masalah kewangan dan emosi. Siapa sangka, surat itu kemudian menjadi permulaan hubungan mereka berdua. Wanita bersama anak lelakinya cuba untuk membantu beliau untuk keluar dari kesengsaraan dan kesepian sej ak kematian isteri beliau.Kalau anda ingin tahu apakah isi kandung surat tersebut?jangan ketinggalan untuk menonton cerita ini di pawagam berhampiran.★★★★✩ wink wink*

Zyeus

DEMOLITION MOVIE REVIEW:I just feel the movie is genius for its presentation. This movie is about a husband going through his grief period (in an odd way) after losing his wife to a car accident which he survived unscratched. The premise seems quite straight forward and if you expect it to be something else you would probably be disappointed.Just get yourself dissolve in the flow of the storytelling. The beauty of this movie is not about what is presented but rather what is not shown to us but lingers in our mind to make up a complete story.One thing for sure, the movie managed to capture grief and loneliness so accurately that it gives shivers to what jake gyllenhaal's character is feeling, almost in the verge of mental suicidal. The metaphor of him having to demolish himself and history to be liberated is well executed.By the end of the day how else do you overcome losing someone you love but not quite love completely and taking love for granted due to own shortcomings? It wou ld take a demolition.4 starsPs: Oscar nominee potentials for Gyllenhaal, Naomi Watts and Chris Cooper.Cheers.

AJ Razazk

NOT RECOMMENDED FOR GENERAL VIEWING, PROFANITIES AND ADULTS CONTENT MATERIAL DETECTED.MY RATINGS 4 OF 5 STARSWhen a bad assed private investigator hired a fumbling but smart investigator to look for an artsy exotic movie actress in the retro 70s, all hell broke loose. Assisted by the street smart daughter of the fumbling private investigator, a major cover up syndicate unfolded.HAVE YOU SEEN AMELIA? Go and find her yourself to solve the mystery.A mystery filled with light hearted comedy and tons of in your face one liners, this movie is fun and edgy despite some dull moments. Crowe and Gosling were brilliant in their roles.

Hailan

Filem yang sarat dengan drama emosi yang memerlukan anda menyelami perasaan seorang suami yang kematian seorang isteri yang disayangi tetapi tidak dicintai. Jake Gylleenhaal mendokong emosi tersebut dengan cemerlang sehingga saya mengetap2 bibir saya semasa menonton filem ini. 3.5 ★

Komen via Facebook

Komen

— 60 Bacaan
Read more ...

'Music Video' Rasmi Lagu 'Sudah Ku Tahu' Sudah Keluar

Petaling Jaya, 29 Mei - Setelah sekian lama menunggu, peminat kumpulan 'Projector Band' kini sudah boleh menonton music video lagu Sudah ku Tahu, yang menjadi fenomena di Malaysia sebelum ini.

Di dalam klip video yang berdurasi 4 minit 29 saat itu, boleh dilihat kumpulan tersebut berlatar belakangkan kawasan berbukit. Jika anda tanya pendapat kami tentang latar belakangnya, ia klasik!

Mengenai jalan cerita music video ini, anda boleh tonton sendiri menerusi video dibawah.

Setakat ia dimuat naik sejak semalam, video itu telah mendapat 70 ribu tontonan dan mendapat lebih dari 2,000 likes.

Read more ...

F1: Lewis Hamilton juarai GP Monaco

MONACO: Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton menjuarai perlumbaan F1 Grand Prix Monaco yang penuh dramatik susulan trek basah akibat hujan, sebentar tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *