Friday, January 08, 2016
Kertas siasatan derma RM2.6 bilion dikaji dengan teliti - Peguam Negara
Harapan Dan Fokus Utama Tahun Ini Ialah Untuk Mendapatkan Zuriat รข Siti Nurhaliza
Jelas Siti Nurhaliza, harapan dan fokus utama beliau tahun ini adalah untuk cuba hamil semula. Belajar daripada kesilapan lalu, Siti Nurhaliza akan lebih berhati-hati selepas ini.
Jika ditanya apakah harapan Siti untuk tahun ini pastinya fokus utama adalah untuk mendapatkan zuriat. Apa yang berlaku tahu lalu mengagajar Siti untuk lebih berhati-hati. Siti anggap ia satu peringatan Tuhan supaya lebih menjaga kesihatan diri.
Ketika mula-mula Siti Hamil, ia adlah sesuatu uang di luar jangkaan dan waktu itu Siti sedang giat menjalani latihan untuk konsert. Takkanlah Siti hendak batalkan konsert berkenaa memandangkan persiapannya sudah banyak dibuat.
Tambah beliau lagi, tahun 2016 adalah masa untuk beliau berehat daripada mengadakan konsert besar sebagai persediaan untuk menimang cahaya mata.
Sebagai persediaan ke arah itu (mendapatkan anak), Siti kena banyak berehat dan maknanya tiada konsert besar untuk tahun 2016.
Semoga harapan Siti Nurhaliza akan dimakbulkan, InshaAllah dengan usaha dan doa segalanya akan dipermudahkan. Teruskan dengan semangat yang kuat dan usah lagi kenangkan kisah sedih sebelum ini.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.DIFITNAH MENINGGAL DUNIA - KELUARGA DATUK M DAUD KILAU SEDIH, TERKEJUT
Macam-macam cara untuk mendapat pembaca yang ramai di laman sosial hingga ada pihak yang sanggup menyebarkan berita palsu terhadap Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau dengan memfitnah bahawa beliau sudah meninggal dunia.
Bagaimanapun, Daud Kilau,77, yang kini sedang menerima rawatan komplikasi membuang air kecil di Hospital Teluk Intan (HTI) tidak melenting, malah menerimanya dengan hati terbuka.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dan berharap panjang umur...Saya lebih sihat berbanding ketika mula-mula masuk wad.
"Berita fitnah ini memberi saya lebih keyakinan untuk sembuh cepat dan jumpa peminat dalam masa terdekat ini. Saya maafkan pihak yang menyebarkan cerita palsu ini," ujarnya ketika ditemui media di Wad 2A, HTI semalam.
Petikan salah satu laman sosial tersebut yang adakalanya memancing pembaca dengan beri ta palsu untuk menjual barangan atau mendapat klik banyak melalui iklan talian
"Saya mahu pihak yang tidak bertanggungjawab itu memadamkan berita itu sebaliknya menyiarkan cerita yang sebenarnya," tambahnya.
"Sejak tersebarnya berita ini, ibu saya dan juga seluruh ahli keluarga sedih dan terkejut kerana sekarang ini ayah sedang beransur pulih. Namun, ada pula pihak yang cuba mereka sesuatu yang tidak bertanggungjawab," kata anak Daud Kilau, Ahmad Zaini pula.
Dia menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu itu sehingga menjadi viral dan berharap orang ramai termasuk peminat dan juga sanak saudara mendoakan kesihatan bapanya.
Sumber: BH
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomMamat Exist Tidak Terlibat Dalam Mega Gegar Vaganza
Pemenang tempat ketiga musim pertama Gegar Vaganza Mamat Exist tidak turut serta dalam persembahan Mega Gegar Vaganza yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 15 hingga 17 Januari ini.
Perkara ini disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad yang mengatakan Mamat tidak membuat persembahan pada malam kemuncak itu nanti atas sebab-sebab tertentu.
"Mamat memang tiada, tetapi bekas-bekas perserta dari GV1 dan GV2 akan memeriahkan Mega Gegar Vaganza ini nanti.
"Barisan nama-nama penyanyi yang akan membuat persembahan akan diumumkan dalam masa terdekat menerusi platform digital Astro Gempak.
"Antaranya ialah Siti Nordiana, Ayai Ilusi, Haleeda, Faradhiya, Nizam Laksaman, Sharifah Zarina dan ramai lagi.
"Jadi kepada peminat setia program ini, cepat-cepat membeli tiket menerusi laman web www.ticketcharge.com.my dengan harga bermula pada RM89 hingga RM899," kata Raqim dalam sesi sidang media Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya.
Dalam pada itu, Raqim turut memberitahu seramai 13 orang penyanyi akan membuat persembahan pada setiap malam dan hampir 60 buah lagu turut dinyanyikan untuk ketiga-tiga konsert itu nanti.
"Susunan barisan penyanyi telah pun dibuat, anda penyanyi yang akan menyanyi pada malam pertama, tetapi tidak menyanyi pada malam seterusnya.
"Jadi saya minta kepada semua pembeli, saya yakin Mega Gegar Vaganza menjanjikan konsert yang hebat dan lain daripada yang lain.
"Belilah tiket seawalnya yang boleh kerana tempat duduk adalah terhad. Nabil dan Jihan akan terus mengemudi tanggungjawabnya sebagai hos untuk ketiga-tiga konsert ini," ujar Raqim
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 8 Jan 2015
Harga Tiket KONSERT MEGA GEGAR VAGANZA Berpatutan?
Istana Budaya bakal menyaksikan reunion penyatuan kembali bintang Gegar Vaganza musim 1 dan 2 menerusi KONSERT MEGA GEGAR VAGANZA yang akan diadakan selama tiga malam berturut-turut mulai 15 hingga 17 Januari ini.
Itulah dia, Budiey dapat rasakan fenomena dan kejayaan Gegar Vaganza sehingga ke saat ini. Ramai yang menantikan gabungan bekas peserta ini bergabung dan kerana fenomena itulah menyebabkan konsert julung kali ini diadakan bagi memenuhi hasrat peminat.
Pada petang tadi, telah berlangsung sidang media KONSERT MEGA GEGAR VAGANZA di Istana Budaya dan dihadiri oleh beberapa bintang terkenal, penaja dan penganjur untuk menjawab soalan dari media. Serentak dengan itu juga, harga tiket sudah pun diumumkan dan diletakkan juga di www.ticketcharge.com.my untuk pembelian.
Turut hadir di sidang media itu, pengasas produk Qu Puteh iaitu Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida yang menjadi penaja utama konsert ini.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, konsert berkenaan bakal disertai peserta dari musim pertama dan kedua yang bertujuan memberi ruang peminat mendekati mereka dengan lebih dekat. Konsert yang berdurasi dua jam 30 minit itu akan menampilkan 13 penyanyi yang mendendangkan kira-kira 20 buah lagu setiap malam."Saya percaya ramai yang tidak berkesempatan menyaksikan Gegar Vaganza tidak kira pada musim pertama atau kedua. Jadi ini adalah peluang buat para peminat menyaksikan persembahan idola mereka dengan lebih dekat.
"Konsert ini juga sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Astro kepada penonton yang tanpa jemu memberi sokongan padu terhadap program Gegar Vaganza sehingga berjaya mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah penyiaran Astro."
"Malah sepanjang tiga hari persembahan, para artis akan tampil dengan persembahan yang berlainan."
Persembahan pada ketiga-tiga malam itu akan diiringi oleh 63 pemuzik profesional dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) pimpinan Konduktor Mohd Yazid Zakaria.
Antara artis yang akan terlibat dalam konsert itu termasuklah Siti Nordiana, Ayai (Ilusi), Farahdhiya, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Rahmat (Mega), Haleeda, Achong, Haiza, Amir (Ukays) dan Sheeda.
Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani pula berkata pihaknya mengundang produksi Gegar Vaganza ke pentas Istana Budaya kerana tertarik dengan konsep program berkenaan yang mengangkat penyanyi-penyanyi lama.
"Istana Budaya sentiasa memberi peluang dan mengalu-alukan konsert seumpama ini yang diyakini mampu memberi impak yang besar kepada Istana Budaya."
Konsert selama dua jam setengah itu menampilkan seramai 13 penyanyi pada setiap malam dengan jumlah keseluruhan melibatkan lebih 20 buah lagu.
Tiket menyaksikannya dijual pada harga RM89, RM189, RM239, RM349, RM399 dan RM899.
Ia boleh dibeli menerusi www.ticketcharge.com.my yang dijual sejak Khamis.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Anggota polis perut buncit tidak akan dinaikkan pangkat
PETALING JAYA: Anggota polis berperut buncit dan mempunyai berat berlebihan diberi amaran mereka mungkin tidak akan dinaikkan pangkat jika gagal menurunkan berat badan.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mewajibkan anggota lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.
Katanya, ia sebagai dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM menjaga kesihatan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.
Menurutnya, syarat berkenaan juga perlu dalam memastikan warga agensi keselamatan itu sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa cergas seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.
"Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015," katanya yang dipetik Harian Metro.
Berita berkaitan:Bakal pengantin terbabit kemalangan libatkan 7 kenderaan
Isteri Doktor Tak Tahan DILIWAT, Minta Cerai Dari Suaminya
Bawa anak kutip barang terpakai
Pintu tercabut jadi penyelamat
Pelajar 16 tahun gugur, tanam janin
Komencomments
'Anak-Anak Saya Sudah Lama Ikut Haluan Masing-Masing,'
'Guru Disiplin 'Bidas' Anak-Anak Kami'
Pengadu mendakwa bahawa guru terbabit telah membidas gelung getah pada kemaluan dua orang pelajar darjah enam selepas memaksa mereka membuka seluar.
Guru itu juga didakwa telah menampar pelajar tersebut.
Laporan polis telah dibuat oleh Maimunah Harun dan Ramlan Razak, masing-masing merupakan nenek dan bapa kepada pelajar yang terlibat. Laporan polis itu dibuat di balai polis Melang.
Menurut mereka, laporan polis itu dibuat selepas aduan yang dibuat kepada sekolah dan juga pejabat pelajaran daerah, kira-kira dua bulan lepas, seperti tidak diendahkan.
Menceritakan kejadian, Maimunah berkata insiden terbabit berlaku pada 12 Nov tahun lepas.
"Ia(kejadian) berlaku satu minggu sebelum cuti sekolah bermula.
"Kedua-dua pelajar itu diminta untuk b erjumpa dengan guru disiplin kerana dikatakan mencuri bol kereta guru", katanya sebagaimana lapor NST.
Maimunah mendakwa kedua pelajar lelaki itu dipaksa membuka seluar sebelum guru terbabit membidas getah ke kemaluan mereka sebagai hukuman.
Tambahnya, selepas mengetahui tentang kejadian, dia dan Ramlan membuat aduan kepada sekolah dan membawa hal tersebut kepada pegawai pendidikan daerah.
"Bagaimanapun, sehingga hari ini, masih belum ada tindakan yang diambil
"Saya risau cucu saya akan ponteng sekolah kerana dia masih lagi trauma berikutan insiden tersebut", tambahnya.
Sementara itu, Ramlan berkata dia risau dengan keadaan emosi anaknya kerana dia akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) tahun ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Luqman Abd Rahman ketika dihubungi berkata polis telah menerima laporan berkait an kes tersebut.
Kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
"Guru tersebut boleh didakwa kerana menyebabkan kecederaan, tetapi dia tidak akan ditangkap kerana kecederaan tidak serius
"Sebaik sahaja siasatan selesai, kami akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut", kata beliau.
Jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah mengesahkan menerima aduan itu dan berkata perkara itu telah dirujuk ke sekolah untuk siasatan lanjut. - Siakapkeli.my
Pakar: Pegawai keluar lesen lombong bauksit harus bertanggungjawab
Pegawai kerajaan yang mengeluarkan lesen kepada pelombong bauksit di sekitar Kuantan harus bertanggungjawab kerana gagal melindungi kepentingan orang ramai, kata seorang pakar tanah.
Pakar Mineralogi Tanah Universiti Putra Malaysia Prof Dr Shamsuddin Jusop berkata tindakan itu perlu diambil untuk melindungi kesihatan penduduk yang tinggal di kawasan itu.
"Paras aluminium, perak, kadmium, besi, plumbum, kromium dan mangan di Sungai Pengorak, Pahang contohnya telah melebihi had Kelas Tiga daripada Standard Kualiti Air Sungai Kebangsaan.
"Jika keadaan ini berlaku, pasti air sungai itu tidak boleh digunakan untuk membasuh apa lagi untuk diminum," katanya dalam kertas kerja bertajuk 'Kesan Negatif Aktiviti Perlombongan Bauksit di Kuantan' yang dikeluarkan di ibunegara semalam.
Shamsuddin berkata oleh kerana bauksit diangkut lori ke Pelabuhan Kuantan setiap hari untuk dieksport dengan kapal ke destinasi luar negara, udara di sekitar kawasan lombong dan jalan yang dilalui oleh lori telah dicemari oleh debu merah.
"Zarah halus bersaiz < 2.5 um (PM 2.5) akan dihidu dan masuk jauh ke dalam sistem pernafasan manusia yang mungkin boleh menjejaskan fungsi paru-paru manusia.
"Udara di kawasan-kawasan jauh dari kawasan perlombongan tetapi terletak di sepanjang laluan lori pun telah dicemari debu bauksit," katanya.
Jika ini berlaku, katanya penduduk yang tinggal di kampung-kampung di sepanjang jalan menuju ke Pelabuhan Kuantan tidak terlepas daripada pencemaran debu bauksit.
"Zarah halus boleh berterbangan jauh dan meliputi kawasan yang luas, ditiup oleh angin jauh ke dalam wilayah tanah besar Semenanjung Malaysia seperti kabut yang menyelimuti ruang udara negara sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
"Penduduk di sekitar Kuantan dan Lembah Jabor terdedah kepada pencemaran udara tahap bahaya yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan mereka dan akhirnya kehidupan mereka... ia mungkin menyebabkan kematian," katanya.
Justeru itu, kata Shamsuddin, kerajaan perlu segera mengambil tindakan sewajarnya untuk mencegah kerosakan lebih teruk terhadap kesihatan manusia akibat aktiviti perlombongan bauksit di kawasan itu.
Beliau berkata kandungan elemen tertinggi dalam bauksit di Kuantan ialah aluminium diikuti besi yang boleh memudaratkan kesihatan.
"Kromium dan nikel yang terdapat dalam jumlah yang besar dalam bauksit di Kuantan juga adalah elemen berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan," jelasnya.
Sementara itu, pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye menyambut baik keputusan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Pahang menghentikan aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan di kawasan itu, yang pada pendapatnya perlu dilaksanakan lebih awal.
Semasa penggantungan aktiviti perlombongan itu, Lee menasihatkan pihak berkuasa berkaitan supaya memantau dan mengawal selia semua operasi pembersihan dengan rapi seperti pembersihan stok simpanan bauksit, menubuhkan kawasan penyimpanan bersepadu dan sistem rawatan sisa bauksit.
"Langkah-langkah yang sesuai perlu diambil untuk memastikan bahawa semua syarat-syarat dipatuhi dan dilaksanakan mengikut arahan.
"Selain itu, pihak berkuasa juga harus memastikan bahawa ada laluan berasingan untuk mengangkut bijih bauksit dan tidak menggunakan jalan-jalan yang sering dikunjungi orang ramai atau berhampiran kawasan perumahan," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata pada masa depan, perlombongan bauksit hendaklah dikawal selia dan dipantau ketat untuk melindungi kesihatan orang ramai dan memastikan kelestarian alam sekitar.
"Perniagaan mesti membuat keputusan yang bertanggungjawab yang menghadkan kesan negatif aktiviti mereka terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan orang ramai.
"Jika moratorium selama tiga bulan ke atas perlombongan bauksit tidak mencukupi untuk melaksanakan langkah-langkah yang diumumkan oleh kerajaan, tempoh itu perlu dilanjutkan sehingga operasi pembersihan selesai dan kerajaan berpuas hati bahawa semua isu mengenai alam sekitar, kesihatan dan keselamatan ditangani dengan baik," katanya.
- Bernama
60 maut, 200 cedera serangan bom trak Libya
Kritik PM, Soo Winci Terima Padahรข¦ MENGGEMPARKAN!
5 Shares
Share
Share
Share
Gara-gara memuat naik satu video dan kenyataan yang kononnya sebagai wakil suara hati rakyat sebelum ini supaya Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Abdul Razak turun jawatan telah memberi kesan yang sangat buruk terhadapnya. – Desak PM Letak Jawatan, Soo Wincci Sanggup Terima Padah!
Soo Wincci dikatakan tidak menerima sebarang tajaan untuk konsertnya baru-baru ini dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Beliau hampir muflis disebabkan perkara tersebut.
"Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan. Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu."
Demi meneruskan konsertnya itu, dia telah melaburkan duit sebanyak RM500,000 selepas ramai penaja menarik diri gara-gara video trsebut. Malah, beliau dikatakan tidak mempunyai kesihatan yang baik pada ketika itu.
"Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja."
Namun, baginya isu tersebut tidak membuatkannya patah semangat malah dia kini dikenali sehinnga ke luar negara. Apapun yang terjadi, Soo Wincci adalah seorang artis yang berani dan netizen amat menyenangi dengan perwatakannya itu.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
1,867 total views, 1,867 views today
Artis Malaysia, BeautifulNara, Facebook Artis, Facebook Soo Wincci, gosip, Gosip Artis, Gosip Artis Malaysia, Gosip Artis Terbaru, Gosip Artis Terkini, Gosip Hangat, Gosip Hari Ini, Gosip Malaysia, Gosip OHBULAN!, Gosip Panas Soo Wincci, Gosip Sensasi, Gosip Terbaru, Gosip Terbaru Hari Ini, Gosip Terbaru Soo Wincci, Gosip Terkini, Gosip Terkini 2016, Gosip Terkini Soo Wincci, GosipMalaysia, Hiburan, Hiburan dan Gosip Artis, Instagram Soo Wincci, Izyan, Katak Comel, Mangga Online, Media Karangkraf, Murai, MyArtis, Ohbulan, Oktavita, Rotikaya, Selebriti, Selebriti BeautifulNara, Selebriti Malaysia, Soo Wincci, Twitter Soo WincciPopular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...