Friday, January 29, 2016
TPPA bawa kebaikan, beri kesan positif kepada rakyat dan negara - Najib
SHAHROL SHIRO NIKAH MAC DEPAN - INIKAH WAJAH BAKAL ISTERINYA?
"Insya-Allah majlis tersebut akan dilangsungkan pada bulan Mac ini. Tentang tarikh nikah, sampai masanya saya akan beritahu secara live di radio Era FM.
"Dikesempatan itu nanti saya juga akan menjemput peminat-peminat saya di sana yang banyak menyokong perkembangan saya selama ini," ujar Shahrol dipetik sebagai berkata.
Bila ditanya siapakah wanita yang berjaya mencuri hatinya itu, Shahrol bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat tetapi hanya menyatakan bahawa bakal isterinya nanti merupakan orang Johor.
Inikah wajah bakal isteri Shiro?
"Walaupun saya pernah berumah tangga namun di Johor saya perlu hadir khursus kahwin jika mahu berkahwin lagi," kata Sharol yang sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan termasuk menghadiri khursus kahwin buat kali kedua.Sebelum ini, Shahrol pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008, namun berpisah selepas tiga tahun. Mereka dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish berusia lapan tahun.
Anna Danisha meletakkan gambar Shiro sebagai gambar utama IGnya
Isu Tiru Idea Sambal : Fynn Jamal Nafi Pernah Terima Mesej WhatsApp Seperti Yang Tersebar
Disebabkan perkara itu, ramai yang sudah tidak boleh menerima perangai Fynn yang dikatakan tidak boleh ditegur ataupun selalu ingin memperbetulkan dirinya walaupun berada di pihak yang salah.
Namun, Fynn menerusi portal Harian Metro menjelaskan beliau sama sekali tidak pernah menerima mesej daripada individu yang mendakwa beliau meniru idea perniagaan sambal miliknya.
Tambah Fynn, idea untuk beliau mengeluarkan produk sambal itu tercetus selepas penganjur sebuah bazar memintanya mejual makanan.
Saya juga tidak pernah menerima panggilan mahupun mesej daripada individu terbabit mengenai produk sambal yang saya jual.
Saya hanya masak 100 botol sambal untuk dijual di bazar itu dan tidak sangka ia jadi isu.Bukan susah buat sambal dan saya turut berkongsi resipi di Instagram.
Buat Fynn beliau mempercayai isu tersebut sengaja dicetuskan oleh sesetengah pihak yang ingin memburukkan namanya. Fynn juga meminta mereka yang menuduh beliau meniru idea orang lain untuk tampil ke hadapan dan menyelesaikan isu ini.
Saya percaya isu ini sengaja diada-adakan dan diharap individu yang menuduh saya mencuri resipinya tampil merjernihkan keadaan.
Fynn juga menegaskan beliau bukan seseorang yang gemar meminta sample daripada peniaga mahupun apa sahaja benda yang percuma daripada peminat.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri."SAYA BUKAN MALAIKAT" - IQRAM DINZLY KOMEN ISU UQASHA SEKSI DI THAILAND
Jika sebelum ini, gambar percutian Iqram Dinzly bersama Uqasha Senrose yang menyaksikan aktres itu membuka tudung di pulau Koh Lipe, Thailand menjadi bualan hangat... terkini Iqram Dinzly, 33, menganggap gambar percutian tersebut adalah satu ujian besar buat dirinya.
Sehubungan itu, dia enggan memberi komen panjang tentang perkara itu tetapi sebaliknya meminta individu yang mendedahkan gambar dan maklumat itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh mereka.
"Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga.
"Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama.
"Sahih atau tidak sa hih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain.," ujar Iqaram dipetik sebgai berkata.
Tambah Iqram lagi, dia berharap perkara tersebut tidak terus diperbesarkan kerana ia merupakan hak dan privasi masing-masing.
"Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan. Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin," jelas Iqram penuh makna.
Terdahulu, gosip percintaanya dengan aktres tersebut tersebar sejak pertengahan tahun lalu, namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut. Keadaan kemb ali panas apabila timbul gambar-gambar mesra antara mereka di Thailand ketika sambutan tahun baru 2016.
Uqasha sebelum ini pernah bertunang dengan Pekin Ibrahim namun hubungan itu putus dan selepas itu dikatakan menjalin cinta separuh jalan dengan Syafiq Kyle.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYAR TIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomKepuasan Berganda Dengan Boat Noodle Jumbo Milik Muslim!
Kini anda tak perlu bayangkan lagi kerana kepuasan anda kali ini pasti berganda apabila menjamu hanya semangkuk boat noodle yang punya portion lebih banyak daripada biasa dengan harga yang sangat berpatutan.
Ia boleh didapati di gerai yang kecil dan comel bernama Little Rara Thai Noodle House yang terletak di sebelah menara HLA iaitu di belakang kawasan parkir terbuka di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Lokasinya mungkin terpencil dan kurang popular kerana hanya ada satu gerai sahaja di kawasan itu, tetapi bila mengenangkan boat noodle yang ditawarkan lazat tak terkata, anda pasti mahu datang berkali-kali. Murai tiba di gerai itu pada jam 9 malam, sampai sahaja tempatnya sudah pun dipenuhi dengan ramai pelanggan yang sedang menikmati boat noodle serta hidangan lain.Terkejut juga pertama kali dihidang pemilik kedai dengan semangkuk boat noodle yang besar penuh dengan mee serta bebola dan daging super extra kerana sebelum ini penulis hanya memakannya di dalam mangkuk yang kecil sahaja.
Rasanya memang lebih mengancam daripada boat noodle biasa, apatah lagi ketika ia masuk ke dalam rongga mulut. Keaslian kuahnya membuatkan kita rasa seolah-olah seperti berada di Bangkok ditambah pula dengan dekorasi gerainya yang ala-ala gerai di Thailand.
Terus-terang rasa seperti tidak boleh berhenti untuk memakannya, suapan demi suapan laju menerpa masuk ke dalam mulut. Patutlah ia dihidangkan dalam mangkuk yang lebih besar supaya kenikmatannya tidak terhenti begitu sahaja.Lebih meyakinkan penulis untuk makan di situ apabila pemilik kedai ini adalah seorang Muslim iaitu Rudi Farique Tawee Mohamed Azmi yang mengusahakan perniagaan tersebut bersama isterinya.
Pemilik yang berdarah kacukan Siam-Melayu itu berkata dia muncul dengan kelainan itu kerana menyedari ramai peminat boat noodle tidak puas menikmati boat noodle dalam mangkuk kecil dan terpaksa memesan beberapa mangkuk dalam satu masa."Boat noodle ini memang resepi turun temurun daripada keluarga saya di Bangkok dan saya mendapat dorongan untuk membuka perniagaan ini daripada beberapa rakan yang berasal dari sana tetapi sudah pun lama menetap di sini.
"Sebagai penggemar boat noodle saya sendiri rasa tidak cukup puas makan boat noodle dalam mangkuk kecil. Jadi timbullah idea menghasilkan boat noodle dalam mangkuk besar cukup untuk seorang dewasa makan.
"Lagipun ramai yang was-was makan boat noodle sekarang kerana tidak tahu asal usul dan agama pemiliknya. Di gerai saya mereka tidak perlu was-was lagi kerana sebagai orang Islam sudah pasti saya menyediakan boat noodle menggunakan semua bahan yang halal," katanya kepada murai.com.my
Selain boat noodle, menu popular yang turut ditawarkan di Little Rara adalah Tom Yam Noodle Soup Seafood serta Daging BBQ. Namun, menu ini hanya mula dijual bermula daripada jam 8 malam ke atas. Rasa tom yam yang asli daripada negara asalnya begitu mengancam dan ia salah satu menu yang wajib dipesan apabila anda ke sana. Manakala Daging BBQ pula pasti membuatkan anda kecur air liur. sebaik sahaja anda menjamahnya, dagingnya terus cair sahaja di dalam mulut. Rasanya pula memang sedap tak terkata, lebih-lebih lagi apabila dicicah bersama kuah cili tom yam yang dihidang bersama.Speed Boat Noodle Soup/ Dry (Beef or Chicken) RM6.00
Tom Yam Noodle Soup Seafood RM11.00
BBQ Real Beef (Australia) RM12.00
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada 29 Januari 2016
Cuaca panas akibat El Nino dijangka hingga Mac ini - Kosmo!
29/01/2016 10:43am
KUALA LUMPUR - Cuaca panas yang melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ini berikutan fenomena El Nino.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, orang ramai diminta supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan banyakkan meminum air bagi mengelakkan hidrasi.
"Fenomena El Nino itu juga telah menyebabkan negara tidak dilanda banjir besar semasa musim tengkujuh baru-baru ini seperti mana musim tengkujuh sebelum ini," katanya di sini.
"Pada kebiasaannya, keadaan cuaca pada bulan Disember adalah lebih lembap, namun aktiviti monsun yang membawa luruan udara sejuk dari benua China dan Siberia berkurangan menyebabkan kurangnya curahan hujan di negara ini," katanya.
"Keadaan itu mengakibatkan kebanyakan kawasan mengalami kekurangan hujan di antara 20 hingga 60 peratus dan cuaca menjadi panas serta kering dengan peningkatan paras suhu udara sebanyak 0.5 ke 2.0 darjah Celsius," katanya. - Bernama
Amelina Kongsi Suka Duka Dalam TEH TARIK CHE TA
Amelina, penyanyi dangdut popular bakal berkongsi kisah suka duka sepanjang kehidupannya sebagai artis sambil menikmati teh tarik istimewa Che Ta hujung minggu ini, 31 Januari 2016, pukul 12.30 tengah hari di TV1.
Menerusi program bertajuk "Teh Tarik Che Ta" ini, ratu dangdut yang popular dengan lagu-lagu seperti Asyik, Rindu dan Semakin Rindu Semakin Asyik ini menjawab sendiri persoalan yang diberikan pengacara Che Ta dalam program berkonsepkan majalah moden dan santai.
Amelina Tetamu Program "Teh Tarik Che Ta" Hujung Minggu Ini Di TV1Che Ta akan membongkar nostalgia Amelina sehinggalah kehidupan mereka pada masa kini.
Pada masa sama penonton akan terasa lebih dekat dengan Che Ta dan Amelina atas dasar konsep silatulrahim selain berpeluang mengenali lebih rapat Che Ta termasuk keluarganya, Zain dan anak Che Ta.
Program ini menemui penonton mulai 17 Januari 2016, setiap Ahad, pukul 12.30 tengah hari di TV1.
Menariknya dalam 13 episod program "Teh Tarik Che Ta" terbitan syarikat Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd ini, pengacara Che Ta akan menjejak dan mengimbau nostalgia selebriti, seniman dan seniwati tanah air yang mengukir nama dari tahun 50an hingga 80an.
Keunikan dan daya penarik utama adalah kepetahan Che Ta sebagai pengacara yang dinantikan oleh penonton. Penonton pastinya ingin melihat sendiri bagaimana Che Ta membuat teh tarik yang lazat untuk di hidangkan kepada tetamu jemputan dalam rancangan ini.
Antara tetamu jemputan lain memeriahkan program ini termasuklah Erra Fazira, Ziana Zain, Nassier Wahab, Ayai Illusi, Raja Ema, Salwa Abd Rahman, Hail Amer, Razis Ismail, Rubiah Suparman, Aman Shah dan Zaiton Sameon.Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Komen via FacebookKomen
— 290 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Esok, Kita Sama² Mencari Ibu Susuan Untuk Hannah Ye?'
Aku mengintai, nampak satu susuk perempuan sedang menghadap telefon bimbit sambil membaca mengikut alunan Al-Quran. Ya, aku masih ingat, surah Al-Qariah. Aku diamkan diri dan terus memerhati. Baru aku tahu punca isteri aku kelihatan sugul semenjak 2 3 hari ini, rupanya stok susunya berkurangan.
Aku mengira waktu isteriku datang bulan. "Eh? Baru saja lepas period hari tu," bisikku. Sebab kebiasaannya sebelum tempoh uzur, pengeluaran susu akan berkurangan. Patutlah semalam isteriku ada bertanya meminta izin untuk mencari ibu sususan buat Hannah. Namun aku tegah sebab aku tak boleh terima. Aku terus pergi ke arah isteriku. Duduk rapat di sebelahnya dan pada waktu itu aku benar-benar kesal kerana aku cuma mementingkan pendirian aku. "Esok, kita sama-sama mencari ibu susuan untuk Hannah ye?" kataku padanya. "Eh? Awak bangun?" isteriku terkejut lalu mengesat air matanya. "Saya nak ke tandas," jawabku ringkas dan tersenyum padanya. "Awak tak kisah ke? Saya minta maaf sebab susu drop. Saya pun tak tahu kenapa jadi seperti ini," jelasnya sambil menundukkan wajah. "Saya ingat saya dah khatam banyak buku tentang penyusuan, saya dah bersedia untuk semua ini. Tetapi saya silap, Tuhan masih mahu saya belajar lagi. Kali ini saya kena khatam bab ibu susuan dengan belajar sendiri," jelasku sambil memeluknya erat. Alhamdulillah, bantuan dari rakan-rakan Facebook, aku diperkenalkan dengan Puan Anis yang menetap di Hulu Langat. Puan Anis mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengan anak aku. Zaim nama anaknya. Kini, Hannah dan Zaim adalah dik beradik susuan yang sah dan kami saling bertukar salinan surat beranak dan menjaga ukhwah ini. InshaAllah Ahad ini kami akan melawat Zaim. Suami, ingatlah perempuan itu adalah isteri. Mereka juga adalah ibu. Ingatan ini untuk aku dan kalian semua. Jangan diherdik dan diseksa mereka. Tatkala kalian ingin menyeksa jiwa dan zahir mereka, ingatlah dua perkara.(Video) "Nama Saya Nano. Saya Seekor Kucing"
"Nama saya Nano. Saya seekor kucing", kata wanita itu.
Gadis tersebut yang dikenali sebagai Nano, memuat naik video pengakuan itu di laman Youtube semalam dan mendapat tontonan lebih dari 300,000 pelayar.
Di dalam video itu, Nano berkata :
"Saya sedar saya adalah kucing ketika saya berumur 16 tahun. Terdapat 'kesilapan genetik' dalam kelahiran saya.
"Saya juga akan berdesir (hissing) apabila bertemu dengan anjing. Naluri kucing saya akan berdesir secara automatik," tambah Nano juga sebagaimana lapor Sinar Online.
Di dalam video itu juga terdapat satu rakaman Nano ditemuramah dan mengeluarkan bunyi berdesing apabila ada seekor anjing berada dekat dengannya.
Selain itu Nano juga turut memperkenalkan seorang rakannya, Svein kepada penemuramah dari stesen NRK P3.
Menurut Nano, Svein merupakan seorang manusia tetapi dia mempunyai banyak personaliti dan salah satunya adalah kucing. - Siakapkeli.my
Penduduk gempar jumpa bangkai pesawat di pantai Besut
Penduduk Kampung Beting Lintang, dekat Besut gempar dengan penemuan satu objek didakwa serpihan bangkai pesawat di pantai Beting Lintang dekat Kampung Raja petang kelmarin.
Difahamkan serpihan bangkai pesawat itu dijumpai seorang tukang rumah ketika sedang berjalan di situ bersama anaknya.
Penemuan serpihan itu sekaligus menimbulkan spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.
Lelaki yang menemui serpihan itu, Zakaria Muhammad, 26, ketika ditemui berkata, ketika menemui serpihan logam besar itu tidak terlintas dalam fikirannya ia adalah bangkai pesawat MH370 yang hilang dua tahun lepas.
"Bagaimanapun, setelah merapati objek sebesar kira-kira dua meter panjang di samping melihat akan bentuk dan warnanya, baharulah terlintas ia mungkin ada kaitan dengan pesawat (MH370) yang hilang sebelum ini.
"Apabila saya menariknya keluar dari air, saya bertambah yakin dan dapati objek itu merupakan kepingan logam tahan karat aluminium," katanya kepada Bernama.
Zakaria berkata terdapat beberapa individu dipercayai terlibat dalam bidang penerbangan telah datang melihat serpihan itu hari ini dan mereka mendakwa serpihan berkenaan dipercayai sebahagian daripada enjin pesawat.
Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah diketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan objek yang didakwa serpihan pesawat berkenaan.
Menurut Khaled, pihaknya telah menghantar anggotanya ke lokasi itu untuk memeriksa dan mengawal objek berkenaan dan ia akan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut secepat mungkin.
"Kami belum dapat sahkan apakah serpihan logam itu yang sebenarnya tetapi dakwaan mengatakan ia menyerupai bahagian enjin pesawat," kata Khaled lagi.
- Bernama
Saya Masih Belum Bersedia Untuk Berkahwin â Reen Rahim
Pelakon Reen Rahim atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim mengakui bahawa dia sudah mempunyai kekasih hati. Malah, Reen sudah menetapkan bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya ketika memasuki umur 30an.
Reen yang kini berusia 27 tahun mengatakan kekasihnya itu bukan orang dari industri seni. Malah, dia enggan mengulas lebih lanjut tentang latar belakang kekasihnya itu.
"Kekasih saya bukanlah orang dalam industri, lagipun kami sudah lama berkawan."
"Insya-ALLAH, jika ada jodoh, kami akan berkahwin. Tapi, tunggulah umur saya mencecah 30 tahun. Sekarang ini muda lagi. Nak kumpul duit dulu."
Mengenai kerjayanya, Reen yang kini sedang mengikuti kelas pengucapan awam berazam untuk meluasakan lagi bakat yang ada selepas bergelar pelakon selama empat tahun ini.
"Setakat ini, memang saya agak sibuk dengan kerjaya lakonan. Saya ambil kelas pengucapan awam itu bukan bermakna sudah ada tawaran mengacara untuk saya."
"Tetapi, jika ada rezeki untuk mengacara, sekurang-kurangnya saya sudah bersedia malah, punya keyakinan diri untuk bercakap di khalayak."
Malah, Reen juga diberikan peluang untuk menyanyikan lagu runut bunyi (OST) bagi filem Soulmate. Bahkan Reen juga salah seorang pelakon dalam filem tersebut.
"Selain membintangi filem Soulmate, saya diberi peluang menyanyikan lagu runut bunyi (OST) bagi filem tersebut.
"Saya akui selalu berkaraoke, tapi ia tak sama apabila disuruh menyanyi. Agak seram jugalah."
Dalam pada itu, Reen turut mencari peluang menjalankan perniagaan.
Katanya, perniagaan yang bakal diusahakan ini merupakan jalan alternatif untuk menjamin masa depan.
"Saya memang sudah lama merancang untuk mempunyai perniagaan sendiri, suatu hari nanti."
"Kini saya bakal mengeluarkan sebuah produk kesihatan namun, semuanya masih lagi dalam proses kajian dan penyelidikan (R&D). Insya-ALLAH, R&D itu dijalankan di makmal di Korea."
Apapun, semoga karier Reen semakin berkembang dan usahanya untuk menjadi pelakon terbaik berbaloi.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
2,833 total views, 2,833 views today
[MUKHRIZ SAHKAN HADIR MESYUARAT MT UMNO ESOK] Najib & MT bakal tentukan Nasib Mukhriz esok, Sabarlah Allah Bersama Orang yang BENAR
MENGEJUTKAN! ISTERI KEDUA NIKAH LAIN - SALIH YAACOB KINI TINGGAL 3 ISTERI
Semuanya gara-gara dia sudah berpisah dengan isteri keduanya yang bernama Nor Raha Hamad, 47, selepas Aidilfitri tahun lalu. Kata Salih, dia menganggap ia adalah satu ketentuan daripada Allah SWT.
"Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.
Gambar pada tahun 2012 "Namun dia tetap mendesak saya untuk menceraikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya," ujar Salih dipetik sebagai berkata.Tambahnya lagi, masalah rumah tangga mereka bermula sebelum penggambaran rakaman program Romantika yang dibuat di Melaka pada 2014.
Bagaimanapun, Salih tidak menafikan ia berpunca daripada orang ketiga disebabkan bekas isterinya itu kini telah bernikah dengan lelaki lain sebaik sahaja habis edah.
"Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendesak saya melepaskannya. Lebih baik saya turutkan saja kemahuannya daripada keadaan menjadi semakin buruk.
"Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain. Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku," jelasnya lagi.
Untuk makluman bersama, Salih dan bekas isterinya itu pernah hidup bersama sebagai suami isteri selama 23 tahun. Mereka dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.
Malah sebelum ini (pada tahun 2012), dia dan isteri keduanya itu sebenarnya pernah hampir-hampir bercerai tetapi dapat diselamatkan setelah berbincang secara baik.
Tiga lagi isteri Salih iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya dan mereka dikurniakan 13 anak.
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...