Wednesday, September 09, 2015
Polis nafi dakwaan akan tangkap Tun M - Khalid
WAJIB TAHU! Kenali Warna Air Kencing Dan Tanda-Tandanya
1. Tidak Berwarna (Lutsinar) – Kandungan air dalam badan anda amat mencukupi(anda mengambil air terlalu banyak tetapi masih normal).
2. Warna Pucat jerami – Anda sihat, kandungan air dalam badan cukup. 3. Kuning lutsinar – Anda masih lagi normal, cuma kuantiti air dalam badan agak berkurangan. 4. Kuning gelap – Normal, tetapi anda perlu minum lebih banyak air selepas ini. 5. Warna kuning madu – Anda kekurangan air, minum air sekarang. 6. Berwarna perang – Kemungkinan anda mengalami masalah hati(liver), sila rujuk kepada pakar atau doktor. 7. Warna Ungu – Gurau je, mana ada air kencing warna ungu. 8. Berbuih ataupun kabut – Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda. Mungkin juga disebabkan masalah pada organ dalam badan seperti ginjal. Segera berjumpa doktor.Tun Mahathir Akan Berkerjasama Denggan Polis
SUBANG : Tun Mahathir sedia berkerjasama dengan polis jika dipanggil untuk memberi keterangan tentang kenyataannya pada perhimpunan Bersih 4.0 pada bulan lepas.
"Ini adalah cara hidup di Malaysia. Apabila polis panggil untuk menyiasat anda, anda harus pergi. Biarkan mereka siasat, itu adalah tugas mereka", katanya kepada wartawan sewaktu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah disini.
Bekas Perdana Menteri terbabit baru sahaja kembali di Republik Czech bersama dengan isterinya Tun Dr Siti Hasmah. Pasangan terbabit ke luar negara selepas 34 jam menghadiri perhimpunan terbabit.
Pada 3 September, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Tun Mahathir akan disiasat dibawah jenayah fitnah berkenaan beberapa kenyataannya yang dibuat kepada media pada perhimpunan terbabit.
Apabila ditanya, adakah Tun M diberi notis oleh polis berkaitan dengan siasatan terbabit, Mahathir berkata beliau hanya membaca laporan akhbar berkaitan sukan.
Mahathir turut menambah, perhimpuna oleh Baju Merah pada 16 September adalah tidak perlu, "Mengapa perlu ada perhimpunan Baju Merah? Tak perlu. Ianya seperti di Bangkok. Inilah masalah kita, kita patut menyelesaikannya dengan cara kita", ujar Tun merujuk kepada pergolakan politik di Thailand digerakkan oleh penunjuk perasaan baju kuning dan merah.
BAKAL IKUT JEJAK STACY - MASHA AKAN PELUK ISLAM BILA TIBA MASA
Marsha Milan Londoh tanpa berselindung memberitahu bahawa sekiranya suatu masa nanti dia terbuka hati untuk memeluk Islam, dia akan merahsiakan perkara tersebut daripada umum.
Alasan Marsha ialah kerana perkara tersebut adalah bersifat peribadi dan sensitif.
"Benda ini sangat personal, saya mungkin rahsiakan dan akan memberitahu apabila tiba masa yang sepatutnya," ujar penyanyi dan pelakon itu dipetik sebagai berkata.
Menjawab soalan mengenai rakannya Stacy yang telah memeluk Islam, katanya dia menyambut baik hijrah Stacy itu. Menurut Marsha, sebelum ini, Stacy sendiri pernah meminta pendapat darinya tentang hasratnya (Stacy) untuk memeluk Islam.
"Stacy pernah bertanyakan pendapat dan meminta pan dangan dari saya mengenai hasratnya untuk memeluk agama Islam. Semua itu berlaku sebelum dia memeluk Islam lagi," kata Marsha ketika ditemui media di Majlis Tayangan Filem Jwanita.
"Saya berasa gembira apabila akhirnya Stacy telah memilih jalan yang dia mahukan selama ini. Saya anggap ia adalah ketentuan takdir untuk Stacy kerana dia telah menemui jalan yang dia mahukan selama ini. Malah Stacy juga sudah saya anggap seperti adik saya sendiri," tambahnya.
_____________ ___________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomLinda Rafar Mendakwa Suami Sudah Lafaz Cerai
Penyanyi dan juga pelakon Linda Rafar, mendakwa suaminya Syed Aiman telah melafazkan cerai terhadapnya pagi tadi dan tambah Linda, Syed melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi tadi dan ia turut disaksikan ibu dan anaknya.
"Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya. Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma," jelasnya yang kini hamil tiga bulan kepada Harian Metro hari ini.
Sementara itu, Syed ketika dihubungi menafikan rumah tangganya bermasalah dan dia tidak tahu apa yang dimuatnaik Linda di Instagram. Linda akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan lafaz cerai itu.
"Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa," katanya.
Incoming search terms:Hairul, Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia
Selena Gomez bukan artis murahan
[Tahniah] Datuk Rosyam Nor Timang Cucu Pertama
Wan Sakinah jelas isu tayang perut
Hafiz Suip 'Sorok' Teman Wanita
Komencomments
'Cikgu, Ibu Saya Takde Duit Nak Beli Stokin Putih'
DHPP sedia tanding di kerusi Guan Eng
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersedia untuk bertanding di kawasan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Pengerusinya N Balasubramaniam berkata, kesediaan itu bagaimanapun adalah berdasarkan kepada arahan PAS sekiranya parti Islam itu ingin meletakkan calon DHPP di DUN Air Putih, Pulau Pinang.
"Kami bersedia. Kami ikut apa arahan parti. Ya, ya (bersedia bertanding di kerusi Lim).
"Kami dah pernah kalah banyak kali. Kami tak rasa takut atau segan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Semalam, Lim mempelawa PAS bertanding di kerusi yang diwakilinya iaitu di DUN Air Putih.
Pelawaan itu dibuat sebagai merujuk kepada kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan parti itu bercadang meletakkan calon bukan Melayu dari DHPP di kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.
Sebelum ini DHPP pernah meletakkan calonnya dalam pilihan raya umum ke-13 iaitu di Parlimen Ayer Hitam, DUN Tiram, Johor serta di DUN Asahan, Melaka. Namun mereka tewas di ketiga-tiga kerusi.
Sehubungan itu, Balasubramaniam berkata, beliau berterima kasih kepada Abdul Hadi kerana terus memberi kepercayaan kepada DHPP untuk bertanding dalam pilihan raya.
Malah, beliau juga memberitahu, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan untuk dipertandingkan dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
"Kami berterima kasih kepada presiden kerana dia beri kepentingan dan peluang kepada DHPP. Kami sebagai dewan penyokong PAS akan terus ikut apa arahan presiden.
"Kami memang dah bersedia dah. Setakat ini, beberapa tempat sudah dikenal pasti (untuk bertanding), kita dah ada beberapa tempat. Tapi belum boleh beritahu. Biar presiden yang umumkan. Tapi kami dah bersedia," katanya lagi.
Boustead Plantations jual tanah di Kulaijaya bernilai RM60.7j
YA ALLAH ! Pelawak Terkenal Abam Bocey Terlibat Dalam Kemalangan Berhampiran Rumahnya
WAJIB TAHU! Kenali Warna Air Kencing Dan Tanda-Tandanya
1. Tidak Berwarna (Lutsinar) – Kandungan air dalam badan anda amat mencukupi(anda mengambil air terlalu banyak tetapi masih normal).
2. Warna Pucat jerami – Anda sihat, kandungan air dalam badan cukup. 3. Kuning lutsinar – Anda masih lagi normal, cuma kuantiti air dalam badan agak berkurangan. 4. Kuning gelap – Normal, tetapi anda perlu minum lebih banyak air selepas ini. 5. Warna kuning madu – Anda kekurangan air, minum air sekarang. 6. Berwarna perang – Kemungkinan anda mengalami masalah hati(liver), sila rujuk kepada pakar atau doktor. 7. Warna Ungu – Gurau je, mana ada air kencing warna ungu. 8. Berbuih ataupun kabut – Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda. Mungkin juga disebabkan masalah pada organ dalam badan seperti ginjal. Segera berjumpa doktor.Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...