Recent Post

Thursday, December 03, 2015

Siti Nurhaliza Maafkan Mak Cik Tuduh Beliau Keguguran Kerana Menyanyi

Apabila berita tentang Datuk Siti Nurhaliza yang keguguran selepas dua bulan hamil, media sosial dibanjiri dengan ucapan agar penyanyi itu bertabah dan ramai mendoakan kesejahteraan beliau.

Namun, masih ada pihak yang mempunyai kritikan beliau terhadap Siti Nurhaliza. Walaubagaimanapun, salah satu komen daripada pengguna Twitter yang menuduh menyanyi adalah punca penyanyi kesayangan ramai itu keguguran mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Ada yang beranggapan ia adalah satu kenyataan yang agak kurang ajar dan tidak percaya pada ketentuan Allah SWT.

Setelah ia menjadi viral, individu yang menggunakan nama ForHarmony di Twitternya telah tampil memohon maaf kepada Siti Nurhaliza berhubung kenyataan beliau sebelum ini.

Enggan terus memanjangkan perkara berkenaan, permohonan maaf mak cik tersebut disambut baik oleh Siti Nurhaliza. Buat beliau, setiap manusia itu akan melakukan kesilapan dalam hidupnya dan kita harus saling memahami untuk melihat setiap kekurangan yang ada pada diri kita.

Erm, meskipun dilanda dengan ujian yang agak besar Siti Nurhaliza tetap mampu untuk tersenyum menghadapi segala kontroversi. Iyalah, kalau berdendam pun apa faedah yang kita dapat bukan?

Sumber Berita: Berita Harian

Related Related Category : Malay 1 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Wak Doyok & Azrinaz Kerap Keluar Bersama?

Dah lama juga Murai Batu perasan dengan dua personaliti ini iaitu Wak Doyok dan juga Azrinaz Mazhar Hakim kelihatan sering keluar bersama.
Read more ...

ISU 'KIMK' - MAKIN RAMAI PENGIKUT IG DESAK FAZURA MOHON MAAF

Read more ...

Travel Hotel Review CAPRI BY FRASER

Seringkali kita terlupa bahawa daerah Lembah Kelang di Malaysia ini bukan sahaja terdiri daripada pusat bandar Kuala Lumpur sahaja, tetapi juga kawasan-kawasan berdekatannya.

Bangsar adalah salah satu daerah yang popular di Kuala Lumpur dan sering menjadi tumpuan orang ramai (ini termasuklah penduduk tempatan serta para pelancong asing). Ini juga kerana jarak Bangsa dan pusat bandar KL yang sangat dekat di antara satu sama lain.

Untitled

Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di pusat bandar KL, namun Capri by Fraser di kawasan terbaru Bangsar South nampaknya bakal muncul sebagai salah satu penginapan yang terkenal di sini.

Terletak di Bangsar South bersebelahan pusat gaya hidup Nexus, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di hotel ini sekiranya ingin singgah di kawasan Bangsar dan berdekatan.

Biarpun baru sahaja bertapak di sini, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di sini sangat hebat dan malah lebih daripada apa yang ditawarkan oleh hotel-hotel biasa. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari kondominium serta pangsapuri moden lain masa kini.

Capri by Fraser menawarkan 240 buah suite serta pangsapuri eksklusif yang dihias indah dengan penuh teliti. Ia juga mempunyai tingkat eksekutifnya sendiri di mana terdapat bahagian khas buat para tetamu yang menginap di Capri Club Floor ini.

Untitled

Tetamu istimewa di tingkat ini mempunyai ruang makan khas buat mereka sahaja. Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, gymnasium, dewan-dewan serbaguna dan macam-macam lagi, hotel ini sering menjadi tumpuan para usahawan yang mempunyai urusan kerja di kawasan sekitarnya.

Ini kerana hotel ini berdekatan dengan pusat-pusat perdagangan dan industri terkemuka Malaysia. Malah akses untuk ke pusat ibukota dari hotel ini juga sangat mudah kerana terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan percuma (shuttle) dari hotel ini ke tempat tertentu. Pusat membeli-belah Mid Valley Megamall serta stesen LRT Universiti juga tidak jauh dari situ.

Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia ajnas pilihan restoran dan tempat makan di situ. Di antaranya termasuklah Delite Deli, Drinx Bar, serta U-Bar. Tidak lupa juga ruang makan utama mereka iaitu Caprilicious All-day Dining, untuk menikmati pelbagai hidangan lazat tidak kiralah buat sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam. Untuk bersantai atau minum petang, cubalah singgah di Drinx Bar dan U-Bar.

Jadi sekiranya anda tercari-cari, penginapan berkualiti di kawasan Bangsar, pastikan Capri by Fraser menjadi pilihan pertama!

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Malam yang indah di Capri by Fraseroleh Shah Shamshiri

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Fazura Malukan Peminat Kerana Salah Faham Di Laman Instagram

5-Fazura-Malukan-Peminat-Kerana-Salah-Faham-Di-Instagram

Hanya kerana salah sangka terhadap salah satu komen yang ditinggalkan di laman Instagramnya, Fazura telah memuatnaik semula gambar komen tersebut dan diakhiri dengan hashtag #SayaBenciHipokrit.

Fazura-Malukan-Peminat-Kerana-Salah-Faham-Di-Instagram-_in

Bagaimanapun, khalayak di laman sosial menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan oleh wanita berkenaan adalah Kim Kardashian dan bukannya… – well, kami rasa anda boleh agak sendiri apa ayat tersebut. Selain itu, ramai juga yang pelik dengan keengganan Fazura memohon maaf di atas kesilapannya itu.

Bagaimanapun kami lihat gambar tersebut telah dipadam oleh Fazura mungkin bagi mengelakkan perbalahan yang lebih teruk dan semestinya membuang masa. Dia kemudiannya memuatnaik gambar terbaru dengan merujuk kembali terhadap apa yang terjadi.

Menurut Fazura, selama ini dia sudah cukup bersabar dengan tohmahan orang ramai dan dalam masa yang sama dia sebagai manusia tidak dapat lari daripada perasaan marah. Bagaimanapun, Fazura menasihati peminatnya agar menggunakan perkataan yang membuatkan orang ramai kurang senang.

Berita berkaitan:

Minum air putih petua Wawa Zainal

Anzalna selar kenyataan Shah Iskandar

Ramli MS Kahwin Lain. Alyah Akui Hidup Kini Sudah Hancur

Jaclyn Victor Selamat Lahir Bayi Sulung Lelaki

Amyra Rosli Tidak Mahu Bercinta Lama-Lama, Mahu Terus Kahwin

Komen

comments

Read more ...

1.5 Juta Bangladesh Takkan Jejaskan Peluang Pekerjaan Rakyat

PARLIMEN - Berikutan kebimbangan umum terhadap tenaga kerja asing 1.5 juta yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan memberikan jaminan bahawa kemasukan pekerja asing itu tidak akan menjejaskan dan menggugat peluang pekerjaan rakyat tempatan, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).  Selain itu, kesimbangan pasaran buruh juga tidak akan terjejas kerana mereka hanya akan dibenarkan bekerja di lima sektor formal iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan. Cadangan membawa masuk 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh itu dibuat setelah mengambil kira perkembangan ekonomi dan keperluan industri bagi mengisi jawatan yang tidak digemari oleh rakyat tempatan terutamanya yang berunsurkan 3D (kotor, berbahaya dan sukar). Namun kerajaan juga sangat berhati-hati dengan perkara ini agar peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan tidak terjejas dan sentiasa dilindungi.

Demikian kenyataan bertulis KDN kepada soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang ingin mengetahui apakah rasional di sebalik cadangan kerajaan untuk membenarkan 1.5 juta pekerja Bangladesh bekerja di negara ini dan soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang mahu tahu sekiranya rancangan ini akan mengakibatkan masalah sosial.

Kerajaan juga sentiasa menyedari bahawa isu ini adalah merupakan isu yang sangat mencabar. Oleh itu, kementerian berkata beberapa langkah diambil bagi meminimumkan masalah yang timbul, antara lain, mengehadkan kepada lima sektor di atas, mengambil buruh asing berdasarkan keperluan sebenar industri, serta mengenakan saringan kesihatan bagi tiga tahun pertama. Selain itu, golongan itu hanya dibenarkan memasuki Malaysia melalui Visa Dengan Rujukan (VDR) untuk direkodkan ke dalam Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) melalui pengambilan biometrik. Kerajaan juga akan memastikan kesemua pekerja asing diberi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang perlu diperbaharui setiap tahun supaya keberadaan mereka dapat dipastikan selalu. Turut diberi perhatian oleh kementerian itu adalah tindakan penguatkuasaan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) yang masih berada dalam negara. "Tindakan tegas juga akan dikenakan ke atas majikan yang didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 seperti menggaji dan melindungi Pati," katanya. Bagi memastikan proses penambahbaikan pengurusan buruh asing berterusan, KDN akan melaksanakan konsep 'liabiliti ketat' bertujuan memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya kepada pekerja asing yang digajikan bermula dari peringkat permohonan, penggajian dan sehinggalah pekerja asing itu dihantar pulang.  KDN juga akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dan semua agensi kawal selia serta agensi penguatkuasa yang lain bagi memastikan pekerja asing sentiasa terkawal dan tidak memberi implikasi terhadap keselamatan dan ketenteraman negara. - BERNAMA / THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Wifi Lembab? 3 Sebab Ini Mungkin Menjawab Kenapa Wifi di Rumah Anda Jadi Lembab

Sekiranya anda melanggan perkhidmatan internet dan menggunakan router wifi, anda mungkin pernah merasa wifi di rumah anda menjadi lembab secara tiba-tiba. Dan tak dapat dinafikan masalah ini boleh mendatangkan kemarahan.

Ada banyak sebab mengapa wifi lembab. Antara sebab yang biasa router panas, menggunakan live streaming / bermain games online, atau kedudukan router yang jauh dari peranti anda.

Selain dari sebab-sebab yang biasa seperti diatas, disini kami kompilkan 3 lagi sebab yang mungkin anda tidak jangka boleh menjadi penyebab wifi anda lembab.

1 - Lampu, Peti Sejuk, etc.

Pakar dari Ofcom dalam satu kajian pada awal bulan ini mendapati barangan elektronik seperti lampu, peti sejuk, speaker, baby monitor, telefon tanpa wayar dan pembuka pintu garaj bertanggungjawab mengganggu signal wifi ketika signal itu bergerak ke arah komputer.

Ia kerana kesemua peralatan elektronik ini turut mengeluarkan gelombang radio; gelombang yang sama dikeluarkan oleh router di rumah anda.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan router anda berjauhan dengan peralatan-peralatan elektronik ini.

2 - Wifi jiran sebelah

Router di rumah anda mengeluarkan signal wifi yang menggunakan satu channel(frekuensi) dari beberapa channel yang telah tersedia.

Namun, router moden akan cuba memilih untuk menggunakan channel yang terbaik dan tidak sesak secara automatik tetapi itu juga mungkin bermakna anda dan jiran anda menggunakan channel yang sama.

Anda boleh mengubah channel mana yang patut digunakan oleh router anda dengan menggunakan manual yang tersedia.

 3 - Orang di dalam rumah

Mungkin anda pernah merasa wifi lembab ketika ramai orang berada di dalam rumah anda. Tapi ini bukan sahaja disebabkan mereka turut menggunakan wifi yang sama.

Satu eksperimen dari University of California mendapati jumlah manusia di satu-satu tempat mempunyai impak terhadap signal. Kajian itu mendapati signal wifi menjadi tidak menentu ketika kehadiran ramai orang di satu-satu tempat.

Di dalam kajian itu, dua adapter wifi diletakkan di hujung setiap bilik. Signal wifi menjadi lemah apabila seseorang berjalan diantara kedua-dua signal itu.

Lebih teruk, signal itu menjadi tidak menentu dengan kehadiran ramai manusia di dalam bilik tersebut walaupun tidak menghalang laluan signal.

Saintis berharap mereka dapat menggunakan hasil kajian ini untuk mengira jumlah manusia di salam sesebuah bilik menggunakan signal wifi untuk tujuan keselamatan dan operasi mencari dan menyelamat.

- Siakapkeli.my

Read more ...

KSN: SPRM siasat empat pegawai dari tiga kementerian

Empat pegawai daripada tiga kementerian yang terlibat dalam dua projek yang menerima teguran punitif dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 3 kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata pegawai-pegawai daripada Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan itu juga disiasat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan tatatertib.

Kes terbabit adalah kes pengurusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak dan projek menaik taraf Hospital Nora Ismail, Batu Pahat di Johor, iaitu dua daripada 12 teguran punitif yang diterima dalam LKAN Tahun 2014 Siri 3.

"Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap empat pegawai daripada kementerian terbabit kerana disyaki ada unsur-unsur perlakuan rasuah.

"Siasatan ini berjalan secara serentak. Jika didapati bersalah, mereka akan didakwa di mahkamah. Kalau tidak ada kes, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tindakan tatatertib," katanya pada sesi bersama media berhubung tindakan susulan LKAN Tahun 2014 Siri 3 di Putrajaya semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta badan berkanun persekutuan.

Ali berkata berdasarkan siasatan juga, dua teguran di Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pendidikan telah melibatkan kerugian di pihak kerajaan sebanyak RM501,524.33.

Daripada jumlah itu, ia melibatkan kerugian kerajaan sebanyak RM416,433.33 bagi kes Pengurusan Kerja Awalan melalui kontrak kerja di Kementerian Kerja Raya; RM85,091 untuk pengurusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama; dan kemudahan lain yang berkaitan di Kementerian Pendidikan, katanya.

"Kerugian adalah berikutan pembayaran yang dibuat tidak mengikut spesifikasi kontrak. Teguran-teguran lain tidak melibatkan kerugian kewangan sebaliknya kesalahan yang berlaku adalah akibat ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan," katanya.

Mengenai status teguran punitif Siri 1 dan Siri 2 LKAN Tahun 2014, Ali berkata 16 pegawai di kementerian telah dimulakan prosiding tatatertib, yang mana sembilan diputuskan hukuman oleh Lembaga Tatatertib melibatkan hukuman amaran sehingga turun pangkat.

Selain itu seorang pegawai sedang dalam pertimbangan untuk tujuan buang kerja atau turun pangkat dan enam pegawai dalam proses penentuan hukuman.

"Di peringkat Badan Berkanun Persekutuan, daripada 30 pegawai yang dinamakan, 17 pegawai dalam prosiding tatatertib manakala 13 pegawai telah dibebaskan.

"Di samping itu, bagi 931 teguran pembetulan, 69.3 peratus atau 645 teguran telah selesai diambil tindakan penambahbaikan dan 30.7 peratus atau 286 teguran masih dalam tindakan," katanya.

Ketika ditanya mengenai jumlah kes dan tindakan displin bagi LKAN Tahun 2013 Siri 3, Mohamad Zabidi berkata sebanyak 211 teguran yang melibatkan 339 orang pegawai telah dikenal pasti untuk dimulakan prosiding tatatertib.

Katanya Lembaga Tatatertib setelah meneliti fakta kes dan representasi pegawai, memutuskan 132 pegawai dikenakan hukuman dan 200 pegawai lagi dibebaskan dan tujuh pegawai masih dalam prosiding tatatertib.

"Kami beri jaminan bahawa kami sedang mengambil tindakan. Daripada 132 pegawai, seorang pegawai dibuang kerja, turun gaji (tiga pegawai), tangguh pergerakan gaji (13), denda (tujuh), denda dan surcaj (dua), amaran dan tangguh pergerakan gaji (satu) dan amaran dan denda (dua), amaran dan surcaj (sembilan), amaran (65), surcaj (29 pegawai)" kata Mohamad Zabidi.

Menyentuh mengenai jumlah surcaj yang dikenakan ke atas pegawai terbabit, Ali berkata ia membabitkan kira-kira RM80,000.

Ditanya bagaimana kerajaan akan mendapat semua surcaj tersebut, Ali berkata: "Pada dasarnya kami mempunyai formula untuk menggunakan surcaj. Kami tidak akan memperoleh semula jumlah yang tepat. Ia biasanya diberi balik sebagai saguhati dan kami hanya mendapat sebahagian kecil sahaja.

"Sebagai contoh, jika jumlahnya RM500,000, dan selepas proses yang panjang, pegawai terbabit didapati bersalah, satu daripada hukumannya adalah surcaj. Dalam kes yang terlalu teruk, hukumannya adalah dipecat dan kami tidak akan memperoleh apa-apa," katanya.

- Bernama

Read more ...

Ibu sembelih anak direman 7 hari

SUNGAI PETANI: Seorang wanita berusia 34 tahun yang mengelar sehingga mati dua anak lelakinya semalam, direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Read more ...

Ahli Kumpulan Shinhwa Bakal Kahwin?

Ahli Kumpulan Shinhwa Bakal Kahwin?

Siapa peminat Korea, sudah tentu mereka kenal Jun Jin ahli kumpulan Shinhwa dan mereka sudah kembali dengan album terbarunya baru- baru ini. Antara lagu yang paling mendapat sambutan pada tahun ini adalah bertajuk 'Sniper'. Hampir 2 juta orang menonton video klip rasmi mereka di Youtube.

Kumpulan Shinhwa adalah kumpulan yang paling lama di industri Korea dan sekarang kembali mengegarkan industri Korea dengan lagu- lagu yang baru. Jun Jin adalah salah seorang ahli kumpulan Shinhwa yang mengeluarkan album solo pada tahun ini.

Tambahnya lagi, beliau berhasrat menjadi tiga orang yang terawal dari kumpulannya untuk berkahwin.

"Saya mahu menjadi antara tiga terawal dari kalangan anggota Shinhwa yang akan berkahwin kerana yang tiga terawal ini pasti akan mendapat perhatin lebih dari media."

"Saya tahu betapa pentingnya untuk hidup berkeluarga. Saya sangat kagum dan rasa rendah diri apabila melihat orang lain yang hidup bahagia bersama keluarga."

Jun Jin Shinhwa

Jun Jin pernah mengeluarkan album solo yang bertajuk "Love Doesn't Come".

Mengenai kerjaya solonya, selepas tujuh tahun Shinhwa aktif semula dalam industri ini, beliau yang pernah mengeluarkan  album solo bertajuk Love Doesn't Come yang dikeluarkan pada tahun 2006 sedang berusaha untuk mengeluarkan album solo yang terbaru.

"Saya telah memikirkan hal ini (album solo) sejak lama dahulu. Tetapi Shinhwa terus menghasilkan album baru dan tidak ada masa yang sesuai untuk saya tampil dengan album solo.

"Saya rasa bukan sahaja mahu tunjukkan kepada peminat malah ia juga untuk mereka yang tidak pernah meminati saya sebelum ini. Saya sentiasa mahu berikan segala-galanya dalam kerjaya."

Selain Jun Jin, Shinhwa juga dianggotai oleh Eric Mun, Lee Min Woo, Kim Dong Wan, Shin Hye Sung dan Andy Lee. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1998 dan antara paling lama bertahan dan terus menghasilkan album dalam arena muzik K-pop.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • "Saya Rasa Sangat Sedih, Rasa Macam Nak Nangis!" – Ayda Jebat
  • Komen Datuk K Susulan Kandungan Siti Nurhaliza Alami Keguguran
  • PANAS! Siti Nurhaliza Tampil Buat Pengakuan Mengejutkan Mengenai Isu Hamil
  • Charlie Sheen Mengaku Menghidap HIV Positif Secara Terbuka
  • Para peminat sentiasa berharap kumpulan Shimhwa kembali aktif seperti dahulu dengan mengeluarkan banyak lagi album- album yang baru pada tahun depan. Kami berharap kerjaya Jun Jin makin berkembang dan beliau akan semakin dikenali ramai.

    1,348 total views, 1,348 views today

    Read more ...

    TAKKAN KAIN SENDIRI DIA NAK BIAR TERLONDEH!!!

    SEMUT HITAM TAKKAN KAIN SENDIRI DIA NAK BIAR TERLONDEH!!! Memang itu yang sebaiknya dilakukan oleh Si Mat Sabu tu sebelum dia sibuk nak mempertikaikan pasal orang lain. Baik dia selesaikan dulu perbezaan ideologi dalam parti yang baru diterajui tu. Hakikatnya, Si Mat Sabu tidak perlu nak mencari alasan untuk menjustifikasi tindakan mereka meninggalkan PAS dengan mengaitkan parti itu dengan pemikiran ekstremis militan ISIS. Kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), tindakan Si Mat Sabu tu membuktikan bahawa mereka sudah ketandusan isu dan bankrap modal Politik untuk memburukkan PAS. "Kepimpinan Amanah dinasihatkan menyelesaikan dahulu kecelaruan mereka dan mencari titik persamaan supaya kumpulan pro-Syiah, pro-Tanzim Alami dan pro-Anwariyyun dapat disetarakan pemikirannya," katanya menerusi kenyataan. Selain itu, Mohd Zuhdi juga turut membidas kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu sebelum ini yang menuduh PAS diresapi pemikiran kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). Katanya, alasan terbaharu Mohamad apabila mengaitkan PAS dengan gerakan militan adalah bertentangan dengan dakwaannya sendiri sebelum ini terhadap parti Islam berkenaan. "Pimpinan Parti Amanah Negara mula menyerang PAS dengan mengaitkan PAS dengan Isis atau terrorisme. Terkini presidennya sendiri berkata antara sebab Amanah ditubuhkan disebabkan PAS kini dipengaruhi oleh Isis."Sebelum ini, PAS dituduh mahu bersekongkol dengan parti pemerintah, iaitu Umno atau BN atas nama kerajaan perpaduan yang juga dimomokkan sebagai punca mengapa Amanah ditubuhkan."Berdasarkan paradox kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan Amanah sebenarnya semakin keliru dan celaru. Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS," katanya. Jelas Mohd Zuhdi, tuduhan bahawa PAS mahu bekerjasama dengan UMNO yang dibuat sebelum ini dengan tuduhan diresapi pemikiran militan merupakan dua perkara yang bertentangan. Pokok pangkalnya, Si Mat Sabu dan konco - konco Pengkhianat dia sekarang ni memang dah ketandusan idea nak meraihkan sokongan Simpati Murahan dari kalangan rakyat. Maka sebab itulah dia sanggup memper-BODOH-kan diri dia sendiri!!!
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *