Siti Nordiana nampaknya sekarang ini semakin popular lebih-lebih lagi selepas beliau ditawarkan untuk berlakon didalam drama Dia Semanis Honey. Nyata lakonan beliau cukup memikat hati ramai dan jumlah peminat beliau sudah bertambah.
Lumrah menjadi artis popular, pasti akan timbul gosip dan kontroversi bukan? Baru-baru ini ada pihak yang mendakwa Nana berlagak sombong apabila menolak permintaan seorang pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya.
Walaubagaimanapun, Nana yang menafikan gosip berkenaan enggan terlalu memikirkan tuduhan tersebut.
Nana juga dikatakan lepas tangan dan hanya membiarkan pengurus peribadinya, Anas menyelia karier seninya seratus peratus.
Sejak mula menyanyi, saya sudah terbiasa dengan gosip seperti ini. Jadi, jika ditanya terkesan atau tidak, saya hanya boleh menerimanya dengan hati yang terbuka. Cuma dakwaan yang mengatakan saya sombong dan tidak mahu menerima tajaan pakaian adalah tidak benar.
Apatah lagi mengenai pengurus peribadi yang dikatakan mengongkong karier saya selepas menjuarai GV2 juga tidak pernah berlaku. Jika saya ada menyakiti mana-mana pihak, saya minta maaf.
Sudah 17 tahun berada dalam industri hiburan, ia membuatkan Nana matang dalam kerjaya seninya dan menganggap segala gosip adalah cabaran buat mereka yang bergelar artis.
Semua orang yang terlibat dalam dunia glamor akan melalui perkara sama. Jadi, apabila dituduh mengenai perkara yang tidak benar, saya cuba untuk tidak ambil peduli dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya.
Bila dah popular akan ada pihak yang tidak merasa puas hati dengan kejayaan seseorang artis. Relaks je Nana, jangan terlalu menyerah dan tertekan dengan segala kritikan.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.