Recent Post

Wednesday, September 02, 2015

Wanita Ditahan Kerana Melepaskan Belon Berwarna Kuning

PETALING JAYA : Seorang wanita ditahan kerana dituduh melepaskan belon berwarna kuning dari tingkat atas bangunan Pavillion di Kuala Lumpur di satu acara yang dihadiri oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Wanita terbabit telah ditahan oleh polis bantuan dan diserahkan di balai Dang Wangi. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya, Zainol Samah mengesahkan insiden terbabit. Polis masih menyiasat motif disebalik kejadian.

"Ia masih terlalu awal untuk memberitahu apa-apa. Kami sedang menyiasat", ujarnya sewaktu dihubungi pada Isnin.

Laporan berita mengesahkan, wanita terbabit telah menjatuhkan belon kuning sewaktu Najib berada di Ground Floor di pusat membeli belah terbabit sewaktu pelancaran DiverseCity 2015 Kuala Lumpur International Arts Festival.

Terdapat sedikit kekecohan apabila dilihat orang ramai menunjuk ke atas, tetapi tiada reaksi daripada Najib dan isteri.

Warna kuning belon terbabit merupakan tema pada perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini pada hujung minggu lepas.

Read more ...

Bacaan IPU Seakan Memberi Gambaran Palsu Masalah Jerebu

SEBELUM artikel ini ditulis, kami ada memaparkan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini yang diambil infonya terus dari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Jika anda melihat bacaan indeks yang dinyatakan, anda pasti akan tertanya-tanya sama ada mata anda cuba menipu, atau pihak JAS yang cuba berbuat demikian.

Apa yang menimbulkan persoalan kami ialah bacaan yang dinyatakan seakan tidak tepat di mana pada waktu tengahari tadi, bacaan IPU bagi Cheras, Kuala Lumpur adalah 78, iaitu kadar pencemaran yang sederhana.

Namun jika dilihat keadaan di luar, kenyataan 'sederhana' seperti yang dinyatakan oleh bacaan IPU adalah langsung tidak bertepatan dengan gambaran sebenar tahap udara di Cheras.

Terutamanya di Bandar Sri Permaisuri, seluruh latar langit di sini seakan terdapat kabus yang tebal.

Anda mungkin bertanya, mengapa wujudnya perbezaan itu?

Jawapannya mungkin kaedah pengukuran bahan pencemaran habuk kecil (PM10) yang boleh dikatakan tidak tepat.

Di Malaysia, PM10 pada lazimnya merupakan bahan utama dan adalah tertinggi nilai isipadunya berbanding bahan lain yang terdiri daripada Sulfur Dioksida (SO2) , Nitrogen Dioksida (NO2) , Ozon (O3), dan Karbon Monoksida (CO).

Berbeza dengan Indonesia, kadar kepekatan PM10 adalah jauh lebih sedikit di mana pernah dilaporkan hanya 10% sahaja dan selebihnya adalah PM2.5.

PM2.5 ini merupakan pecahan yang lebih kecil daripada PM10, yang mana membawa maksud jika PM10 merujuk kepada zarah halus dibawah 10 mikrometer, maka PM2.5 ini adalah dibawah 2.5 mikrometer.

Ini bermakna PM2.5 adalah sangat berbahaya jika ianya disedut secara terus oleh manusia.

pm

Graphical interpretation of air quality standards.

JAS sepatutnya menyemak semula garis panduan kualiti udara bagi memastikan piawai PM2.5 diambil kira sewaktu melakukkan proses cerapan udara.

Menurut sumber juga, pihak JAS pada ketika hanya memiliki beberapa stesen sahaja yang mampu memantau PM2.5.

Ini disebabkan oleh 'pihak atasan' yang  masih ingin mengekalkan sistem pengukuran PM10 atas alasan 'standard Amerika Syarikat'.

Pihak kerajaan seharusnya 'peka' dengan punca jerebu yang datangnya daripada negara jiran Indonesia, yang mana kadar PM2.5 adalah terlalu tinggi dan amat berbahaya.

Naik taraflah sistem yang digunakan sekarang… agar rakyat Malaysia terus bernafas di dalam udara yang lebih selamat.-Mynewshub.cc

Oleh: hzq

Read more ...

'Kau Memang Jenis Perempuan Melayu Yang Hati Busuk Sebusuk-Busuknya !!!' - Rita Rudaini

Baru-baru ini Rita Rudaini meluahkan perasaan geramnya di laman Instagram mengenai insiden yang berlaku pada dia dan anak-anaknya yang dalam penerbangan pulang dari London ke Malaysia.  Hanya kerana anaknya tertendang kerusi penumpang di hadapan, seorang wanita, isteri kepada seorang Dato', memarahinya secara terjerit-jerit.  Baca luahan hati Rita di bawah:

Macam inilah keadaan anak-anak bila dah letih atas flight dengan menempuh 13 jam penerbangan. Apa-apa pun, kami tetap selesa dengan MAS. Tetapi yang tak selesanya, manusia Melayu berlagak depan seat aku ini. Maaf, terpaksa bahasakan diri 'Aku' sebab geram.Depan aku ini ada satu keluarga. Suaminya, aku difahamkan berpangkat Dato', kerja berjawatan bos (bukan CEO) di sebuah syarikat suratkhabar bahasa Malaysia terkenal di negara kita. Tak payah sebut nama, nanti orang kenal, glamour pula. Mereka duduk tiga beranak di depan aku. Isteri dia, bila tengking aku, dengan kasarnya sambil bangun dan pusing belakang dan tunding-tunding kat aku dengan bongkaknya berkata, "Please ask your kid's don't kick my seat!!"Wow! Hebatnya Melayu macam kau. Kau tak boleh cakap elok-elok ke? Mana adab dan budi bahasa Melayu kita? Mat saleh pun beradab bila bercakap dengan kita. Hanya dsebabkan Ryan mengigau dan nak beralih posisi, kakinya tersentuh belakang seat wanita itu.Come on la makcik Datin. Buda k je kot? Tengah tidur, mana dia sedar? Kau pun bukannya tengah tidur, dok melayan cerita omputih sebab kau feeling mat saleh. Sebab itu dengan aku orang Melayu sebangsa kau pun kau nak jerit cakap omputih. Aku malu nak mengaku kau bangsa aku. Bongkak, sombong, selfish, berlagak, poyo, muka ketat, semua pakej ada pada kau. Kalau kau nak selesa dan nak privacy, kau duduklah business class barulah class macam title kau 'Datin'. Aku memang diam tak menjawab apa yang kau tengking sebab aku tak nak jadi low class macam kau terjerit-jerit atas flight. Bukan sebab aku takut, kalau dengan budak kecil pun kau nak berkira, kau memang jenis perempuan Melayu yang hati busuk sebusuk-busuknya. Biasalah kalau kita duduk economy class, siapa yang bergerak belakang kita, akan terasalah. Biasalah tu kan? kenapa semasa kerusi bergoyang disebabkan cuaca tidak elok, kau tak pergi tengking pilot di kokpit tu?Aku bukan nak puji Mat Saleh tetapi memang kenyataan. Semasa atas flight nak pergi London pun, ramai bdauk-budak buat bising lagi atas flight dan anak aku dok belakang bangsa lain bising-bising pun mereka boleh senyum dan gelak sahaja. Baru pangkat Datin kau dah sombong semacam. Belum kaya macam Arab di London itu lagi. Suami kau di sebelah pun tak malu ke tengok perangai isteri macam kau? Boleh buat 'kering' jer. Bagus didikan kau kat isteri dan anak kau. Pangkat dan kekayaan kau tak boleh bawa pergi kubur. Esok-esok kau mati pun masuk dalam tanah juga. Bukan duduk atas seat emas! Korang memang Melayu yang lupa diri itu Melayu. Sekian!

Read more ...

25 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI KALI KE-2 NUBHAN & HIDAYAH

Pada 31 Ogos lalu, majlis resepsi kali kedua Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 29, dan pasangannya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, telah diadakan di Dewan Hadhari Juasseh, Negeri Sembilan.

Mengenai bulan madu, Nubhan dan Hidayah memilih Amsterdam, Belanda sebagai destinasi bulan madu mereka.

Menurut Nubhan, mereka akan ke destinasi tersebut pada awal September ini sebaik sahaja isterinya pulang dari Mesir untuk menguruskan hal pembelajarannya dalam masa terdekat ini.

Klik gambar untuk size besar

"Afifah masih lagi belajar dalam bidang perubatan di Mesir dan akan tamat pengajian pada Jun 2016. Sekarang dia bercuti dan semester baharu akan bermula peng­hujung September. Jadi kami akan gunaka n kesempatan yang ada untuk bercuti dan berbulan madu ke Amsterdam"

"Destinasi itu dipilih ke­rana panoramanya yang cantik dengan seni bina bangunan yang menarik," ujar Nubhan dipetik sebagai berkata.

< p>         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

KAVIAR - Hidangan Paling Mahal Di Dunia

Kaviar merupakan hidangan yang terbuat daripada telur ikan daripada spesis Acipenseridae, dan nama paling biasa digunakan untuk kira-kira 25 keluarga spesis ikan ini, ikan Sturgeon. Telur-telur ikan Sturgeon biasanya akan diproses dan diawet dengan garam terlebih dahulu, sebelum dimakan sebagai hidangan mewah. Harga telur ikan Sturgeon sangatlah mahal sehingga nilainya dikatakan sama dengan harga sebutir berlian. Berdasarkan sejarah, pelopor sajian Kaviar adalah orang Parsi. Masyarakat ini merupakan generasi pertama yang memakan telur ikan Sturgeon. Amalan memakan hidangan istimewa ini bermula selepas mereka percaya telur ini mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan ketahanan badan. Kerana yakin adanya kuasa penyembuhan dan ciri-ciri perubatan pada Kaviar, orang Yunani dikatakan kerap mengimport telur ikan Sturgeon dari Crimea, selatan Ukraine. Kepercayaan itu terus berkembang sehingga pada zaman pertengahan. Permintaan telur Sturgeon melebihi penawaran, sehinggakan ada yang sanggup mendapatkannya dengan apa juga cara, termasuk melalui penyeludupan dan pasaran gelap. Namun, berbeza di Rusia, sehingga abad ke 12, nelayan dan petani di sana telah menggunakan telur ikan Sturgeon sebagai sumber protein murah selama beberapa dekad. Lama selepas itu, barulah Kaviar diperkenalkan untuk istiadat diraja seluruh Eropah. Menjelang abad ke 17, Kaviar telah diiktiraf sebagai simbol kemewahan dan paling ekslusif di dunia. Dari sudut biologi ikan, kebanyakan Sturgeon hidup di Laut Kaspia, berhampiran Iran, dimana kawasan ini masih terpelihara daripada sebarang pencemaran. Laut dengan keluasan permukaan 371,000 kilometer persegi dan kedalaman 980 meter telah dikenal pasti sebagai lokasi habitat ikan Sturgeon sejak ratusan tahun dahulu. Ikan yang mampu bertelur dengan banyak dan berwarna hitam ini biasanya boleh hidup melebihi 100 tahun. Malangnya pada hari ini, sangat sedikit spesis ikan Sturgeon yang mampu bertahan sehingga mencapai usia 100 tahun akibat gangguan genetik pada ikan Sturgeon. Kesan daripada amalan memakan telur Sturgeon, ikan itu kini semakin mengalami kepupusan. Atas alasan ini jugalah mengapa telur ikan Sturgeon menjadi antara hidangan paling mahal, terhad dan sangat sukar diperolehi di dunia.
Read more ...

Isteri terjun telaga

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: "Sejak petang semalam (kelmarin), dia (mangsa) buat 'perangai' dan kami terkejut apabila dia bertindak terjuntelaga pagi tadi (semalam)," kata ahli keluarga wanita berusia 27 tahun yang ditemui dalam telaga di Kampung Masjid, Tikam Batu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi, wanita yang menghidap penyakit mental sebelum itu dilihat jirannya tidur di lantai simen di tepi telaga itu, namun tiba-tiba terjun ke dalamnya selang beberapa minit kemudian.

Ahli keluarga wanita itu yang berusia 60-an dan enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, suami mangsa menyedari isterinya hilang dari dalam kereta di hadapan rumah mereka yang menjadi tempat tidur wanita berkenaan sejak malam kelmarin.

Katanya, suami wanita itu berusia 40 tahun mencari mangsa di sekitar kampung, namun gagal sebelum dimaklumkan jiran yang ternampak isterinya tidur di lantai simen di tepi telaga itu.

"Suami wanita itu dan beberapa jiran menemui mangsa tidur sebelum si suami meminta isterinya pulang ke rumah, namun dia enggan bergerak dari tempat tidurnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Read more ...

Google perkenal logo baharu

SYARIKAT gergasi Internet, Google memberi nafas baru dengan menukar logonya untuk menepati kesesuaian peralatan mudah alih.

Menurut laporan AFP, Google mengekalkan skim empat warnanya namun menukar font kepada soft sans-serif.

Mereka juga mengubah huruf kecil g berwarna biru kepada G berhuruf besar dengan menggabungkan warna biru, hijau, merah dan kuning.

"Kami memperkenalkan logo baru serta identiti yang menggambarkan realiti ini.

"Ini bagi menunjukkan keajaiban Google sesuai untuk anda, juga pada skrin yang kecil," kata syarikat tersebut dalam blognya.

Logo baru ini didedahkan berikutan pengumuman dari Google mengenai syarikat yang dipanggil Alphabet.

Walaupun Google dianggap sebagai pesaing dominan di Internet, syarikat itu melancarkan beberapa projek lain yang berkaitan dengan operasi terasnya.

Antara projeknya termasuk, kereta pandu sendiri, Google Glass dan juga Google TV.
Read more ...

'Datin, Kau Memang Perempuan Melayu Yang Berhati Busuk!' - Rita Rudaini

Baru-baru ini Rita Rudaini meluahkan perasaan geramnya di laman Instagram mengenai insiden yang berlaku pada dia dan anak-anaknya yang dalam penerbangan pulang dari London ke Malaysia.  Hanya kerana anaknya tertendang kerusi penumpang di hadapan, seorang wanita, isteri kepada seorang Dato', memarahinya secara terjerit-jerit.  Baca luahan hati Rita di bawah: Macam inilah keadaan anak-anak bila dah letih atas flight dengan menempuh 13 jam penerbangan. Apa-apa pun, kami tetap selesa dengan MAS.  Tetapi yang tak selesanya, manusia Melayu berlagak depan seat aku ini. Maaf, terpaksa bahasakan diri 'Aku' sebab geram. Depan aku ini ada satu keluarga. Suaminya, aku difahamkan berpangkat Dato', kerja berjawatan bos (bukan CEO) di sebuah syarikat suratkhabar bahasa Malaysia terkenal di negara kita. Tak payah sebut nama, nanti orang kenal, glamour pula.  Mereka duduk tiga beranak di depan aku. Isteri dia, bila tengking aku, dengan kasarnya sambil bangun dan pusing belakang dan tunding-tunding kat aku dengan bongkaknya berkata,  "Please ask your kid's don't kick my seat!!" Wow! Hebatnya Melayu macam kau. Kau tak boleh cakap elok-elok ke? Mana adab dan budi bahasa Melayu kita? Mat saleh pun beradab bila bercakap dengan kita. Hanya dsebabkan Ryan mengigau dan nak beralih posisi, kakinya tersentuh belakang seat wanita itu. Come on la makcik Datin. Budak je kot? Tengah tidur, mana dia sedar? Kau pun bukannya tengah tidur, dok melayan cerita omputih sebab kau feeling mat saleh. Sebab itu dengan aku orang Melayu sebangsa kau pun kau nak jerit cakap omputih. Aku malu nak mengaku kau bangsa aku.  Bongkak, sombong, selfish, berlagak, poyo, muka ketat, semua pakej ada pada kau. Kalau kau nak selesa dan nak privacy, kau duduklah business class barulah class macam title kau 'Datin'.  Aku memang diam tak menjawab apa yang kau tengking sebab aku tak nak jadi low class macam kau terjerit-jerit atas flight. Bukan sebab aku takut, kalau dengan budak kecil pun kau nak berkira, kau memang jenis perempuan Melayu yang hati busuk sebusuk-busuknya.  Biasalah kalau kita duduk economy class, siapa yang bergerak belakang kita, akan terasalah. Biasalah tu kan? kenapa semasa kerusi bergoyang disebabkan cuaca tidak elok, kau tak pergi tengking pilot di kokpit tu? Aku bukan nak puji Mat Saleh tetapi memang kenyataan. Semasa atas flight nak pergi London pun, ramai bdauk-budak buat bising lagi atas flight dan anak aku dok belakang bangsa lain bising-bising pun mereka boleh senyum dan gelak sahaja.  Baru pangkat Datin kau dah sombong semacam. Belum kaya macam Arab di London itu lagi. Suami kau di sebelah pun tak malu ke tengok perangai isteri macam kau? Boleh buat 'kering' jer. Bagus didikan kau kat isteri dan anak kau. Pangkat dan kekayaan kau tak boleh bawa pergi kubur. Esok-esok kau mati pun masuk dalam tanah juga. Bukan duduk atas seat emas! Korang memang Melayu yang lupa diri itu Melayu. Sekian!

Read more ...

MCA veterans openly call for Najib’s ouster

Two MCA leaders have called for the party's lawmakers to support a no-confidence vote against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. – The Malaysian Insider file pic, September 1, 2015.Two MCA leaders have called for the party's lawmakers to support a no-confidence vote against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. – The Malaysian Insider file pic, September 1, 2015.Two veteran MCA members today piled on pressure for Datuk Seri Najib Razak to step down, telling the party's seven Chinese MPs to consider whether it is still tenable to support the prime minister.

Tan Foong Luen, a Negri Sembilan MCA leader who heads the party's Seremban division legal bureau, said MCA's lawmakers, including the three ministers, should place the people and the nation above Najib.

He told The Malaysian Insider that Barisan Nasional (BN) lawmakers must consider doing the right thing – removing Najib but keeping the BN in power – to serve the people and the nation.

The Chinese-based MCA is a senior member of the BN coalition.

The three MCA lawmakers are Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong), Datuk Ong Ka Chuan (Tanjong Malim) and Datuk Wee Ka Siong (Ayer Hitam), while Datuk Chua Tee Yong (Labis) is a deputy minister.

Tan, who is a lawyer and a central delegate member, was responding to Tun Dr Mahathir Mohamad's call on BN parliamentarians to support a motion of no-confidence against Najib's leadership.

The country's longest serving prime minister said a successful no-confidence vote would only result in Najib's ouster, but BN would remain in power since it has the majority in the Dewan Rakyat.

"BN will not fall after NaAny no-confidence vote in the Dewan Rakyat to oust Datuk Seri Najib Razak will need the support of at least 113 MPs from both Barisan Nasional and the opposition. – The Malaysian Insider pic, September 1, 2015.Any no-confidence vote in the Dewan Rakyat to oust Datuk Seri Najib Razak will need the support of at least 113 MPs from both Barisan Nasional and the opposition. – The Malaysian Insider pic, September 1, 2015.jib is removed. BN is still the party with the majority," Dr Mahathir had told reporters while attending the Bersih 4 rally over the weekend  and repeated his call in a blog posting yesterday.

Saying Najib's continued leadership had created a lot of controversy in the eyes of the international community, Tan said MCA leaders must take stock whether it was appropriate to allow the prime minister to continue leading the country.

Najib, the Umno president, had consistently said he would remain in office as he was elected by the people.

However, Tan said Najib was only elected by Pekan voters, but became prime minister by convention as the post was reserved for Umno, the dominant party in BN.

"He was appointed prime minister because BN has the majority seat in the Dewan Rakyat," he added.

Meanwhile, Kluang MCA division chief Gan Ping Sieu (pic, right) said the constitutional process should take its due course for MPs to perform their duty.

"Najib should be first given the opportunity to go on leave and allow an independent probe to be carried out into the 1MDB and the RM2.6 billion found in his private accounts," he said, referring to the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal.

Gan, who is also a lawyer, said the opposition appeared to lay conditions in providing support to remove Najib in the no-confidence vote.

"They are canvassing for a unity government but in actual fact want to see Najib remain in office until the next general election in order to capture Putrajaya.

"To them Najib is now an asset but all MPs must rise above partisan politics as the interests of the people and nation is at stake," he added.

Gan said the people would be able to judge their MPs if a vote on Najib was taken in Parliament.

The are 134 MPs from BN, 87 from the opposition and one independent. At least 113 MPs must support any no-confidence vote to successfully remove Najib. – September 2, 2015.

Read more ...

Ringgit, pasaran modal dibincang dalam mesyuarat pertama JKE

PUTRAJAYA: Isu semasa seperti nilai ringgit, kestabilan pasaran kewangan, pengukuhan keyakinan pasaran modal dan impak terhadap masyarakat umum antara isu yang bincangkan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE), hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mempengerusikan mesyuarat itu di sini, yang dihadiri lapan anggotanya manakala Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak melalui persidangan video bagi membincangkan isu semasa ekonomi dan pasaran kewangan.

"Langkah dan polisi yang dibincangkan juga mengambil kira 'intended and unintended consequences'. Ia akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat kedua yang bakal diadakan pada Jumaat ini," kata Abdul Wahid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat JKE itu.

Hadir pada mesyuarat tersebut termasuk Ketua Sekretariat yang juga Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk K Yogeesvaran, wakil-wakil Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, EPU, Pejabat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Abdul Wahid berkata BNM, EPU dan SC membentangkan taklimat komprehensif mengenai keadaan ekonomi bagi membolehkan JKE melakukan diagnosis lengkap mengenai persekitaran ekonomi dan pasaran, potensi senario dan kesannya sebelum memutuskan tindak balas dasar khusus dan langkah-langkah yang berkaitan.

Katanya JKE, yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas setiap mesyuarat, akan mengemukakan langkah-langkah yang bersesuaian.

Semasa diminta berkongsi langkah dan syor yang dibincangkan dalam mesyuarat hari ini, Abdul Wahid enggan mengulas lanjut sambil berkata masih terlalu awal untuk menyebutnya.

Ditanya bila pengumuman mengenai langkah dapat dibuat, beliau berkata: "Biarlah kami menjalankan tugas kami. Sebarang dasar (baharu) akan diumumkan oleh Perdana Menteri ".

Dalam mesyuarat itu, Abdul Wahid berkata JKE menegaskan bahawa momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini serta kerajaan tidak akan menambat ringgit dan melaksanakan kawalan modal.

"Projek-projek pembangunan seperti MRT akan diteruskan namun ia akan diselaraskan dari semasa ke semasa dengan mengambil kira kedudukan fiskal negara," katanya.

Mengenai ringgit, Abdul Wahid berkata kerajaan memantau segala aktiviti kontrak hadapan yang tidak diserah (NDF) di luar Malaysia termasuk NDF di Singapura.

"Selepas penurunan nilai Yuan, pasaran kewangan terjejas sedikit dan Malaysia tidak terkecuali. Kita perlu memberi tumpuan kepada asas. Berikutan Malaysia terus menikmati lebihan dagangan pada masa ini, ini juga akan menjadikan lebihan akaun semasa.

"Bagi ringgit, apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan kita kekal kepada asas-asas di samping mengkaji semula pilihan dasar yang lain.

"Akhirnya, nilai ringgit akan mencerminkan asasnya," katanya, sambil menambah bahawa adalah wajar untuk tidak membuat spekulasi pergerakan ringgit pada masa ini. - BERNAMA

Read more ...

Join BERSIH….Inilah Jawapan Tun Mahathir Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERPANA!!!

Join BERSIH….Inilah Jawapan Tun Mahathir Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERPANA!!!…Perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini kecoh kerana Tun Mahathir turut turun ke perhimpunan tersebut. Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh ahli UMNO dan juga pimpinan kerajaan berkenaan Tun Mahathir yang turun ke perhimpunan tersebut.

Ini merupakan jawapan-jawapan Tun Mahathir sebab Beliau turun ke perhimpunan Tersebut.

1. Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih. Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudahmemihak kepada orang Cina.

2. Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara. Apakah sekarang perbuatan saya tidak menunjuk sifat berdolak-dalik dalam politik.

3. Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan Kerajaan apabila menyalahguna kuasa.

4. Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan Pendakwa Raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

5. Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat.

6. Apabila dituduh telah lesapkan duit Kerajaan melalui 1MDB, Najib serah siasatan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC – Public Accounts Committee) Dewan Rakyat. Rakyat disuruh tunggu sehingga siasatan oleh badan-badan ini selesai.

7. Apabila wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun peribadi Najib, dan dia tak dapat menafi duit ini ada dalam akaunnya, dan ramai bertanya daripada mana duit ini datang, dan penjelasan yang munasabah tidak dapat diberi oleh Najib, maka satu pasukan bertugas (task force) dibentuk untuk secara rasmi menyelidik wang ini.

8. Pasukan ini terdiri daripada Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara, Ketua Badan Pencegah Rasuah dan Gabenor Bank.

9. Rakyat menunggu hasil siasatan ini. Tiba-tiba Pendakwa Raya disingkir oleh Najib, Ketua Badan Pencegah Rasuah diarah bercuti, dan Gabenor Bank diugut kononnya kerana Bank Negara bocor maklumat. Dan terhentilah siasatan oleh badan ini.

10. Di masa yang sama Pengerusi PAC dan tiga lagi ahli diberi jawatan dalam Kerajaan dan siasatan berkenaan wang 1MDB oleh PAC pun dihentikan.

11. Beberapa pegawai polis dan lain-lain pegawai dipindah ke jawatan lain supaya tidak lagi dapat meneruskan siasatan.

12. Yang ditinggal dan yang baru dilantik adalah orang yang tidak tunjuk minat untuk membuat siasatan, bahkan sengaja menghalang apa-apa siasatan terhadap 1MDB dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

13. Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib sudah tidak lagi ada.

14. Sebaliknya Najib dan konco-konconya sering mendakwa duit RM2.6 bilion adalah derma. Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal.

15. Kepada pemimpin UMNO Najib mendakwa bahawa RM2.6 bilion ini adalah untuk pilihanraya ke-14. Jika untuk parti belanja membeli nasi lemak atau minuman atau sewa kereta seperti dahulu, jumlah ini beratus kali ganda wang yang diperlukan.

16. Tetapi untuk sogok pemimpin dan ahli Dewan Rakyat dengan berjuta tiap seorang, untuk sogok pegawai supaya menipu, besar kemungkinan wang sebanyak RM2.6 bilion diperlukan.

17. Jika Najib menang kerana sogok wang, dia akan perlu lebih banyak wang lagi untuk mengekalkan dirinya sebagai PM dan untuk PRU 15. Dari mana akan datang berbilion lagi jika tidak secara haram. Malaysia akan diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang bergantung kepada rasuah. Najib sendiri berkata "Cash is King" "Wang Tunai adalah Raja". Raja inilah yang disembah oleh Najib.

18. Najib akan nafi tetapi keadaan Negara sekarang amat buruk. Hubungan kaum tegang. Nilai Ringgit dan saham jatuh dengan teruknya jauh lebih teruk dari Thailand, Singapura dan lain-lain Negara. Kos sara hidup melambung naik kerana GST dan lain-lain. Hutang Negara bertimbun dan lain-lain.

19. Inilah masa depan Malaysia jika Najib kekal. Segala cara menukar Perdana Menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib. Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Negara daripada perasuah.

20. Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah, dan saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat UMNO dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti.

21. Selagi Najib berkuasa semala itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang Negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalahgunakan.

22. Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib.

Tags: , , , , , , ,

Category: Politik

Read more ...

Senarai Nahas Udara Yang Melibatkan VVIP Di Malaysia

Malaysia telah digemparkan dengan berita nahas helikopter di Semenyih pada 4 April 2015 yang mengorbankan enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alia. Sebenarnya, kemalangan udara ini bukan nahas pertama yang melibatkan orang kenamaan di Malaysia malah ia sudah berlaku sejak 1976. Berikut  memetik laporan dari portal Myalaunchpad, di bawah adalah senarai nahas penerbangan udara melibatkan orang kenamaan sejak 1976. 6 Jun 1976 Kemalangan udara yang berlaku pada jam 3.50 petang ini mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan 10 VVIP yang lain termasuk menteri kabinet apabila pesawat buatan Australia milik Sabah Air itu, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. 10 Jan 1982 Menteri Luar Negeri, Tun Mohd Ghazali Shafie, 50, terselamat dari nahas pesawat apabila pesawat Cessna 206 yang dinaikinya terhempas di gunung Kampung Som Som Hilir berhampiran Kampong Janda Baik, 37.5km dari Kuala Lumpur. Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya. 8 Mac 1987 Helikopter Alouette yang dinaiki Datuk Seri Najib Tun Razak, empat anak kapal dan penumpang dari Pekan ke Kuala Lumpur dilaporkan nahas di 49km Lebuhraya Karak-KL pada 8 Mac 1987. Bagaimanapun, mereka semua selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. 5 Mei 2013 Helikopter yang dinaiki oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga dilaporkan mengalami masalah kawalan akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi. Akibatnya, pesawat yang dinaiki mereka terbalik kerana tiupan angin yang kencang. Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. 4 April 2015 Helikopter jenis AS365N2 Dauphin yang dinaiki oleh Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, 63, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alia terhempas di Kampung Sungai pening, Semenyih, Selangor. Kejadian yang berlaku pada 4.55 petang ini, mengorbankan enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alia. Mereka dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *