Saturday, April 02, 2016
Musa minta ESSCom, PDRM usaha sedaya upaya kesan mangsa culik
(TAHNIAH)Fathia Latiff Kini Sudah Bertudung Sepenuhnya
Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Fathia Latiff yang telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Fathia yang sememangnya cantik kelihatan semakin berseri-seri apabila menutup aurat. Memang sedap mata memandang. Semoga Fathia diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam berhijab.

Abang Nara gembira mendengar kata-kata Fathia yang redha dengan apa jua yang bakal terjadi terhadap beberapa kontrak yang telah ditandatangani sebelum bertudung. Kata Fathia:-
Saya bersyukur diberikan Allah hidayah ketika usia masih muda. Perasaan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba, bukan atas paksaan sesiapa atau kerana mengikut aliran apabila semakin ramai artis wanita menutup aurat.
Jujurnya, saya mula bertudung sebelum menjalani penggambaran sebuah drama di New York lagi. Ketika itu, hati saya tergerak untuk memulakan penghijrahan, tetapi saya harus melakukannya secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, sejak dua hari lalu, saya sudah bertudung sepenuhnya
Saya mempunyai kontrak sebagai duta dengan beberapa syarikat. Jika ada rezeki dan penampilan baharu saya diterima, insya-Allah kontrak itu akan disambung. "Jika tiada rezeki, saya percaya Tuhan akan hadirkan sesuatu yang lebih baik nanti.
Saya juga mungkin terpaksa menolak tawaran berlakon beberapa drama kerana imej baharu ini. Saya tidak kisah, namun untuk membuka tudung mungkin tidak sesekali

Insya Allah rezeki akan dimurahkan olehNya apabila kita mengikuti syariat yang telah ditetapkan. Tak perlu risau bab-bab rezeki ini. Insya Allah akan makin melimpah ruah selepas ini. Lagi beberapa gambar Fathia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.




Pelakon Tony Eusoff DIHADAP ke Mahkamah Singapura kerana MILIKI GANJA
PETALING JAYA: Pelakon Tony Eusoff dihadapkan ke sebuah mahkamah di Singapura pada Khamis selepas dipercayai memiliki dadah. Berita Harian Singapura versi dalam taliannya pada Jumaat melaporkan, pelakon itu yang nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A, Akta Penyalahgunaan Dadah.Portal itu dalam laporannya turut menyebut Tony dipercayai memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.
Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.
Pelakon kelahiran Sarawak itu dikatakan berada di Singapura untuk menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films, yang difahamkan bakal ditayangkan mulai bulan depan.
Tony pernah memainkan watak utama sebagai Tan Sri P. Ramlee dalam P. Ramlee The Musical yang dipentaskan di Istana Budaya dekat sini dan juga memainkan watak seniman itu sekali lagi dalam biopik yang dibahagikan kepada dua bahagian - Sal oma: Mencuri Guruh dan Saloma: Pandang Kaseh.
Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $20,000 dolar Singapura (RM57,775) atau kedua-duanya sekali.
Sebutan semula kes berkenaan akan dibuat di Mahkamah Negara, Singapura pada 12 April ini. – SUMBER: http://www.beritaharian.sg/
Popular Posts
-
Kalau pembaca masih ingat, Ammar Alfian, Idris Khan dan Atikah Suhaime pernah dikatakan merakam aksi seks threesome menggunakan telefon bi...
-
Semalam telah berlangsung pusingan akhir Super Spontan All Stars dimana Zizan Razak daripada kumpulan Silat Dongibab dinobatkan sebagai ju...
-
Filem Munafik nampaknya sudah berjaya mengatasi rekod Polis Evo dan berjaya mencatat kutipan RM17 juta hanya dalam tempoh 26 hari tayangan...
-
RIYADH: Polis Arab Saudi menembak dua suspek militan manakala dua lagi meletupkan diri mereka ketika satu serbuan berhampiran Makk...
-
Malaysia Airlines Berhad menghantar dua pesawat penerbangan sewa khas MH8360 dan MH8361 untuk menjemput para penumpang yang terkandas.