Thursday, March 10, 2016
Isu Ahmad Razif dan Ahmad Said di Terengganu boleh diselesaikan dengan baik - Zahid
(FOTO) Sharnaaz Ahmad Dikatakan Nampak Lebih Jambu Tanpa Jambang
Terkenal dengan imej garang dan macho siap dengan jambang selain berbadan sado, beberapa hari lepas Sharnaaz Ahmad menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto beliau sudah cukur jambang dan membuat rawatan gigi agar lebih putih dan bersih di akaun Instagram miliknya.
Ramai yang bersetuju bahawa Sharnaaz tampak lebih suci, muda dan agak jambu apabila tampil dengan imej lebih kemas tanpa jambangnya.
Ada pengikut yang puji dan ada juga memberikan pendapat yang sebaliknya.
Berikut antara komen pengikut Sharnaaz di Instagram:-
Apa pula pendapat anda? Sesuai tak Sharnaaz dengan imej kemas ataupun lebih sesuai dengan imej garang dan berjambang. Ermm..
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Lana Nordin Tak Maafkan Netizen Yang Pertikai Status Anaknya!
SAMBUT BIRTHDAY DI MEKAH - CHE TA KINI BERUSIA 43 TAHUN
Meskipun usianya yang sudah mencecah 43 tahun, namun Rozita Che Wan masih kelihatan anggun... dan semalam dia sempat menyambut hari lahirnya di Tanah Suci Makkah bersama anak-anak.
Bagaimanapun, tiada sambutan besar-besaran kali ini.
Tanpa suami di sisi, hanya anak-anak yang memberi hadiah berupa beg, pen berjenama, jam tangan dan set barang kemas.
Sementara suaminya Zain Saidin pula, telah memuat naik tiga gambar berserta beberapa ucapan tahniah. Antara ucapan itu berbunyi: "Happy birthday my love I pray you have everlasting happiness forever till Jannah".
"Tiada sambutan apa pun pada kali ini. Dua anak bujang saya, Ammar Effendy dan Aniq Ezra, hanya memberikan hadiah. Ammar mengh adiahkan saya seutas jam tangan, manakala Aniq pula beri set barang kemas," kata Che Ta menerusi aplikasi WhatsApp pada media.
Untuk info, Che Ta dijangka kembali ke tanah air pada lusa.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomElly Mazlien Dedah Wajah Bayi Sulungnya!
Bayi perempuan yang dilahirkan seberat 2.5 Kilogram itu kelihatan wajahnya sangat comel dan montel.
Elly yang sedang menjalani proses berpantang itu dalam kapsyen foto yang dimuat naik itu memberitahu dia bakal kongsi foto penuh anaknya itu dalam masa seminggu lagi.
Berikut kapsyen tersebut:
"Alhamdulillah Saya selamat melahirkan #BabyPuteri .. InsyaAllah lg Seminggu sy share gamba #BabyPuteri ya .. #HadiahUtkKawanPress #HadiahUtkPeminat"
Apa-apa pun tahniah buat Elly Mazlein dan suami. Semoga cahaya mata yang dilahirkan dapat menyerikan lagi rumahtangga mereka.
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Khamis, 10 Mac 2016
Malaysia garis tiga pendekatan kelestarian makanan global - Kosmo!
10/03/2016 10:36am
PUTRAJAYA - Malaysia mengariskan tiga pendekatan bagi memastikan kelestarian keselamatan dan kedaulatan makanan di rantau ini terus diperkukuhkan sejajar dengan hasrat global bagi mencapai kemiskinan serta kelaparan sifar.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiga pendekatan tersebut adalah mengerakkan pelaburan sektor swasta dalam industri pertanian, menangani isu perubahan iklim menerusi kemampanan pertanian dan usaha mengurangkan kemiskinan menerusi kepelbagaian biodiversiti.
"Saya percaya menerusi tiga pendekatan ini dapat memacu rantau ke arah pembangunan mampan dan berharap FAO dapat meneruskan pembincangan bagi memastikan faedah bersama,", katanya ketika berucap pada Persidangan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Asia dan Pasifik Kali Ke-33 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - K! ONLINE
Sinopsis Filem WARNA CINTA IMPIAN
Apabila sesebuah perkahwinan diaturkan oleh keluarga tanpa ada sebarang perasaan cinta di hati, sudah tentu pelbagai konflik akan berlaku dalam kehidupan berumah tangga. Apatah lagi sekiranya masing-masing mempunyai sejarah silam tentang kisah cinta yang pernah diharungi sebelum ini.
Itulah yang dipaparkan dalam filem terbaru berjudul Warna Cinta Impian, sebuah filem berkisar tentang cinta yang diterbitkan oleh Touch Tronics Entertainment, yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 31 Mac 2016.
Warna Cinta Impian: Paparan Konflik Dalam Perkahwinan Warna Cinta Impian mengisahkan tentang percintaan dan konflik kehidupan dunia moden antara Daniel (Erwin Shah Dawson), seorang arkitek dan Diana (Shikin Kamal) seorang peguam menjadi nadi percintaan. Mereka cuba untuk menyemai rasa cinta dalam rumah tangga, tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka.Kemudian, ketegangan pula bermula dengan kemunculan Erra (Erra Fazira) kakak angkat Daniel yang menetap di luar negara menggamit kenangan silam cintanya bersama Awie (Awie) yang kecundang lebih dua dekad lalu. Secara kebetulan, Awie pula merupakan abang kandung kepada Diana.
Erra dan Awie mengambil keputusan untuk mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana. Mampukan mereka menyelamatkan rumah tangga pasangan muda ini? Apakah ego Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? Itu semua akan dapat disaksikan dalam filem Warna Cinta Impian yang bakal menggegarkan pawagam tidak lama lagi.
Menampilkan pelakon berasal dari Singapura, Erwin Shah Dawson serta Shiqin Kamal sebagai teraju utama dalam Warna Cinta Impian, filem ini juga turut menggamit kenangan tersendiri apabila menggandingkan pasangan popular era 90-an iaitu Awie dan Erra Fazira.
Memulakan penggambaran pada tahun 2014, Warna Cinta Impian turut memilih beberapa lokasi menarik di luar negara seperti India dan Australia, selain di Malaysia.
PELAKONErwin Shah DawsonShiqin KamalAwieErra FaziraAzlee KhairiNazeera SardiFad BoceyDato David Arumugam
KARYA ASALG. Ravindran & N.S Krishna
PENULIS SKRIPShida Ali
PENERBITG. Ravindran
PENGARAHN.S Krishna
Komen via FacebookKomen
— 101 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Nur Hamidah Cerita Detik Cemas Semasa Runtuhan yang Diceritakan Oleh Ibunya
Nur Hamidah atau nama panggilannya Mida, yang kini berusia 23 tahun, menetap di Indonesia dan bekerja sebagai seorang jururawat.
Menerusi temubual ekslusif oleh seorang pegawai kanan bomba yang dikenali dengan Nama Taufiq, Nur Hamidah menceritakan saat-saat getir ketika kejadian. Difahamkan, kisah ini diceritakan oleh ibu Mida. Temubual Ekslusif Nur Hamidah
Taufiq : Bisa ngak Mida ceritakan awal terjadinya runtuhan...?
Mida : Boleh abang. Sewaktu di ruang tamu mida di dukung ibu, ibu mau buka pintu depan mau turun lift... Kemudian sebelum buka pintu bangunan higland tower sudah tumbang...!!!
Taufiq : Jadi adakah ibu masih dukung mida...?
Mida : Masih abang... Mida di dakap sama ibu terus sampai kondominium tumbang...
Terus ibu pengsan... sudah di dalam runtuhan itu dan kemudian ibu terbangun mendengar tangisan Mida abang.
Kemudian ibu menyusui mida sampai 3 jam lebih di dalam runtuhan.
Kemudian mendengar Penyelamat Bomba cakap "hello hello... siapa yang ada di dalam".
Kemudian ibu menjawab "tolong tolong saya dan anak saya ada di dalam... Tolong selamatkan saya".
Kemudian dengan kuasa ALLAH ibu menemukan tongkat di dalam kemudian di jolokkan ke atas setelah itu Penyelamat Bomba mengetahui keberadaan ibu dan mida abang.
Setelah itu di bongkar runtuhan melihat kepala ibu Mida.
Kemudian ibu Mida menyuruh menyelamatkan mida terlebih dahulu baru menyelamatkan ibu
Mida diangkat oleh Pak Norizan dan kemudian smpai di bawah didukung oleh Datuk Zaman Khan... Begitu abang cerita dri ibu mida.
Kisah Nur Hamidah mula menjadi viral apabila salah seorang pegawai bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat meluahkan rasa ingin berjumpa dengan insan yang diselamatkan itu.
Kini, pihak bomba sedang mengusahakan supaya Hamidah dan pegawai bomba berkenaan dapat dipert emukan. - Siakapkeli.my
Badan Peguam kecewa kos yang tinggi diberikan kepada Shafee
Badan Peguam Malaysia kecewa Mahkamah Persekutuan telah bukan sahaja menolak aduan tatatertib terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, tetapi juga mengarahkan badan itu untuk membayar "kos yang terlalu tinggi" kepada Shafee.
Presiden Badan Peguam Malaysia, Steven Thiru berkata badan itu hanya menunaikan kewajipannya untuk kepentingan awam.
"Tidak sepatutnya ada sebarang perintah mengenai kos," katanya.
Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, Mahkamah Rayuan tidak mengarahkan kos terhadap badan peguam itu sebagai mengiktiraf peranannya menjaga kepentingan awam.
Beliau juga menafikan bahawa badan itu membuat pendakwaan terpilih terhadap Shafee.
"Badan Peguam mendukung piawaian etika yang tinggi dalam profesion perundangan yang meliputi semua ahlinya tanpa pengecualian," katanya.
Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Shafee tidak bersalah atas dakwaan salah laku profesion, empat tahun lalu.
Ini bertentangan dengan keputusan Lembaga Disiplin Peguam bela dan Peguam cara yang mengenakan denda RM5,000 ke atas Shafie kerana melanggar peraturan publisiti berhubung dua artikel yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 2009.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim bersidang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif ketika menolak rayuan Majlis Peguam dengan kos RM50,000.
Menurutnya, mahkamah berpuas hati bahawa peguam itu tidak melanggar Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Publisiti) 2001 (Kaedah Publisiti) ketika diwawancara oleh akhbar akhbar harian berbahasa Inggeris itu.
Balang ditemui di Aquaria KLCC bukan bom - Polis
MENGEJUTKAN! Elfira Loy Kini Jalankan Perniagaan Secara Alam Maya
Pelakon yang sedang hangat bercinta dengan Baim Wong, Elfira Loy telah menyambut hari lahir yang ke-22 semalam. Bukan itu sahaja, semalam juga genap setahun Elfira memakai hijab.
Artikel Berkaitan: Luahan Sebenar Perasaan Elfira Loy Terhadap Baim Wong
Elfira mula berhijab ketika sambutan hari ulang tahun yang ke-21 dan kini dia dikatakan sedang menjalankan perniagaan secara alam maya. Dalam kesibukan berlakon dan juga menamatkan pengajian dalam bidang seni hiburan di Kolej Damansara Utama, Elfira sempat melancarkan kempen #EL8March bagi memperkenalkan jenama pakaian 'ready to wear' termasuk skaf di bawah label El by Elfira Loy, semalam.
Malah, pelancaran tersebut telah dijalankan semalam di laman sesawang el-elfiraloy.com. Malah, apa yang mengembirakan dirinya apabila #EL8March turut menjadi trending pada kedudukan pertama di laman Twitter.
"Koleksi yang diperkenalkan khusus untuk wanita bersaiz 'petite' seperti saya. Jadi, apa yang akan dijual lebih kepada saiz dan gaya saya."
"Pendek kata, jenama ini mewakili diri saya. Saya cukup optimis dengan perniagaan ini."
"Untuk bersaing dengan jenama yang sedia ada, ia amat sukar. Namun, jika kita menjual apa yang diminati selain memenuhi keperluan ramai, insya-Allah semuanya akan lancar," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, Elfira pernah menjalankan perniagaan skaf, kameja T dan juga sarung telefon. Malah, dia juga membuka kafe, Lovemesevendays di Alam Damai, Cheras.
Apapun, semoga perniagaan Elfira berkembang maju. Bukan senang nak lihat orang mudah sekarang ini ceburi bidang perniagaan.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
âSaya Tak Akan Keluar Partiâ â Ahmad Said
Bekas menteri besar itu pernah mengejutkan negara tahun lalu dengan ancaman untuk meninggalkan parti bersama dua wakil rakyat Umno yang lain.
Ancamannya itu boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa di negeri ini.
Pada Selasa Ahmad berkata, jika beliau inginkannya, perkara itu boleh dilakukan beberapa tahun lalu.
"Jika saya ni tidak baik, saya akan lakukan awal-awal dulu.
"Mudah untuk saya tinggalkan parti serta ia akan menyaksikan perubahan parti pemerintah.
"Namun apa yang kami mahu ialah perubahan menteri besar. Ia bukan mengenai untuk memilih PAS atau mana-mana parti pembangkang lain untuk memerintah negeri ini," katanya.
Katanya pada ketika ini BN memiliki 17 kerusi manakala 15 kerusi lagi adalah milik pembangkang.
"BN masih boleh terus memerintah walaupun terda pat perubahan menteri besar," kata Ahmad pada sidang media selepas persidangan penggal keempat Dewan Undangan Negeri ke-13 pada Selasa.
Terdahulu Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semasa persidangan DUN Terengganu.-mstar
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...