An internal server error has occured.
Proudly powered by LiteSpeed Web ServerPlease be advised that LiteSpeed Technologies Inc. is not a web hosting company and, as such, has no control over content found on this site.
An internal server error has occured.
Proudly powered by LiteSpeed Web ServerPlease be advised that LiteSpeed Technologies Inc. is not a web hosting company and, as such, has no control over content found on this site.
28/09/2016 11:33am
Yuran pengajian percuma di Jerman salah satu faktor menghantar lebih ramai pelajar ke sana.
BERLIN - Malaysia mungkin mempertimbangkan untuk menghantar lebih ramai pelajar ke Jerman pada masa depan untuk melanjutkan pengajian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa ini terdapat 634 pelajar Malaysia yang berdaftar di Jerman.
"Saya mengambil kira yuran pengajian adalah percuma di Jerman dan satu-satunya halangan adalah bahasa tetapi jika anda dapat menguasai tahap bahasa Jerman yang tinggi, menghantar pelajar ke Jerman adalah tindakan positif untuk dipertimbangkan.
"Saya akan usulkan dan melihat kemungkinan untuk menghantar sebahagian pelajar ke Jerman pada masa depan," katanya pada majlis makan malam bersama warga Malaysia di Jerman anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Berlin pada Selasa.
Beliau juga memuji pelajar Malaysia yang berjaya dalam bidang pengajian mereka di sini. - Bernama
Pelakon Angelina Jolie dilaporkan menyekat panggilan yang dibuat suaminya, Brad Pitt sejurus selepas dia memfailkan perceraian terhadap aktor itu minggu lalu.
Daily Mail melaporkan Angelina tidak mahu berhubung dengan Brad dalam apa cara sekali pun kerana kecewa dengan lelaki itu.
"Angelina bukan sahaja menyekat panggilan tetapi pesanan ringkas dan nombornya," kata sumber.
Sebelum ini Brad dilaporkan kecewa apabila Angelina memfailkan perceraian terhadapnya namun memberitahu agar diberi ruang privasi terutama kepada anak-anak mereka.
"Brad benar-benar terkejut dan tidak pernah menyangka Angelina akan bertindak seperti itu kerana langsung tidak diberi amaran untuk bersedia.
"Dia sangat kecewa dengan Angelina namun kekuatannya kini adalah anak-anaknya," kata sumber itu lagi.
Angelina memfailkan perceraian terhadap Brad pada 19 September lalu.
Mereka mempunyai enam anak bersama iaitu Maddox, 15, Pax, 12, Zahara, 11, Shiloh, 10, dan pasangan kembar Knox dan Vivienne yang kini berusia lapan tahun.
Sumber: Mstar Online
Related
Komen via FacebookKomen
— 14 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Britain, 28 Sep - Seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Britain mengambil keputusan untuk mengharamkan kerja rumah supaya guru di sekolah berkenaan mempunyai lebih masa untuk merancang masa pembelajaran.
Polisi terbaru itu telah diperkenalkan kepada 1,650 pelajar di Sekolah Philip Morant dan Kolej di Colchester, Essex.
Pengetua sekolah berkenaan, Catherin Hutley berharap agar polisi baru itu membolehkan guru-guru memberi pelajaran yang lebih berinspirasi untuk anak-anak murid mereka dan tidak lagi perlu membuang masa menyediakan dan menanda kerja rumah.
Menurut Catherin lagi, guru-guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan kerja mereka.
Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk mengharamkan kerja rumah untuk membolehkan guru menyediakan rancangan pembelajaran yang lebih teratur.
Mirror.co.uk berkata, pihaknya percaya sekolah itu merupakan yang pertama mengharamkan kerja rumah tanpa menambah waktu belajar di negeri itu.
Biarpun begitu, ibu bapa kurang percaya dengan polis terbaru Catherin itu seterusnya menimbulkan pelbagai reaksi dari ibu bapa.
"Jika polisi ini akan memberi kesan negatif kepada proses pembelajaran pelajar, kami akan lakukan sesuatu, tapi saya percaya tiada kesan negatif yang akan berlaku", kata Catherin.
Sumber : Mirror
Tasik Taman Jaya di Petaling Jaya adalah lokasi tumpuan pemain Pokemon Go, semuanya kerana Pikachu dikatakan kerap muncul di situ.
Bagaimanapun, raksasa berwarna kuning seakan tikus yang juga merupakan ikon permainan Pokemon GO itu kini tidak lagi muncul disitu kerana sudah berpindah ke KLCC.
Isnin lalu, iaitu hari terakhir Pikachu berada di situ, kira-kira 100 orang berkumpul sekitar jam 6 petang dan jumlah mereka meningkat dua kali ganda sehingga tengah malam.
Namun, mengikut tinjauan Malaysiakini di situ meskipun pada hari terakhir ramai orang dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat tidak melepaskan peluang untuk menangkap Pikachu
Watak Pikachu ini menjadi kegilaan pemain apabila ia merupakan antara raksasa comel yang paling sukar dijumpai dalam permainan tersebut.
Lebih menarik apabila terdapat seorang wanita warga emas Ho yon Tai berusia 75 tahun turut serta dalam misi menangkap Pikachu bersama cucunya.
Menurut anak perempuan wanita itu Chai Len Sai, ibunya mula bermain permainan itu sejak hari pertama Pokemon Go diperkenalkan.
"Sebelum ini ibu duduk di kampung di Kampar, di sana kurang sikit Pokemon, jadi bawa dia di Kuala Lumpur dan kami akan pergi tangkap pokemon sama-sama.
"Permainan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sebab kami dapat berbual mengenai pokemon, ibu dan cucu juga jadi rapat sebab kongsi minat yang sama," kata wanita berusia 31 tahun itu.
Dalam kemeriahan peminat Pikachu berjalan ke sana kemari bagi memburu raksasa itu, pandangan kami tertumpu pada seorang lelaki yang sedang leka bermain Pokemon Go.
Mohd Hafiz Ismail 31 berkata sanggup membelanjakan RM500 bagi membeli 'coint' dari aplikasi permainan itu dan telah mengumpul 160 ekor Pikachu hanya di Taman Jaya.
Malah katanya, minatnya terhadap Pikachu tidak hanya tertumpu kepada permainan itu apabila beliau turut membeli pakaian kostum Pikachu serta membawa patung Pikachu keluar setiap hari.
"Saya main sejak 8 Ogos lagi. Memang ini permainan masa lapang saya. Pada 16 September saya dari pagi sampai tengah malam saya di sini dan saya dapat 60 ekor Pikachu. Kerana dia (Pikachu) keluar sekali kembar.
"Sebelum ini saya minat Hello Kitty dan sekarang ini saya minat Pikachu pula sebab dia comel, dahlah kuning, comel
"Saya memang minat sampai membeli pakaian cosplay Pikachu yang bernilai RM120. Dan saya memenangi patung Pikachu dari pertandingan peragaan yang saya akan bawa kemana-mana setiap hari," katanya sambil menunjukkan patung itu.
Bagi peniaga air yang mahu dikenali sebagai Arif berkata sejak permainan ini diperkenalkan, jualannya makin meningkat sehingga mencecah RM100 sehari.
Katanya, sepanjang beliau berada di Taman Jaya, terdapat pemburu Pokemon yang sanggup duduk di situ sehingga jam 4 pagi.
"Setiap petang saya jual air, tapi sejak Pokemon diperkenalkan, jualan air saya makin laku kerana ramai yang datang, sehari cecah RM100.
"Ada yang duduk di sini dari petang sampai jam 4 pagi kerana mengikut pengamatan saya Pikachu akan muncul lebih banyak antara jam 1 hingga 4 pagi," katanya yang turut bermain Pokemon.
Namun hari ini di media sosial rata-rata peminat Pikachu mengatakan bahawa raksasa itu tidak lagi muncul di situ sebaliknya sudah berpindah ke lokasi lain iaitu KLCC.