Recent Post

Saturday, September 12, 2015

Silinder gas meletup di Bhopal ragut 82 nyawa

Kesan letupan itu menyebabkan bangunan dua tingkat yang menempatkan restoran itu runtuh dan beberapa bangunan bersebelahan rosak.
Read more ...

Tak Tahan Dengan Jerebu Melanda Malaysia, Chef Wan Buat Tindakan Yang MENGEJUTKAN !

Sejak dari semalam kalau kita lihat jerebu makin lama makin tebal sehingga boleh menjejaskan kesihatan kita. Antaranya, Chef Wan yang terjejas kesihatannya dengan kesan jerebu tersebut. Selsema, batuk dan sakit tekak menyebabkan Chef Wan terus 'lari' ke Australia. Hmm, kalau kami banyak duit pun kami juga akan buat perkara yang sama, best betul jadi Chef Wan ni.

Glad to get away from the haze as i am starting to feel abit of a sore throat.

All set to fly off to Sydney.I have a new book to read onboard " Do it anyway" by Kent M.Keith. Finding personal meaning and deep happines by living the Paradoxical Commandments. This book has great meaning with the way how i see life. Late night flight are always fun to read quitely. Usually i dont eat onboard if its too late or enjoy a light snack. By doing so i find i am more restful during my sleep. Too heavy tummy make me feel restless. The flight tonight is full both sector i was told. Just glad to get away from the haze as i am starting to feel abit of a sore throat. Minum air dah bergallon pun!???????????? Nite2 Sweetdream.

At last it works and kepala pun tak la pusing sangat.

While on my 8hrs flight to Sydney semlm i felt so uncomfortable with my sinus and allergic.My nose was running all night mcm kena flu pulak.I kept sneezing, itchy nose and nose blocked. Bila stuffy tentu la nak tidur pun tak boleh. The haze really effect me badly semlm. My throat was tight and sore and my eyes pun start rasa watery. Ni semua symptom kena sinus. Cari KLIA airport pill sinus pun tak ada di Pharmacy, haram! Nenek i kata Haram Jadah! All airport Pharmacy around the world mesti ada untuk Travellers ni.Ini tidak ubat buasir dan kurap bersepah mau pun Condom! Haram jadah sekali lagi! ???????????????????????????????????? Tiba saja di Sydney after my shower terus pi pharmacy bawa penthouse ini. At last it works and kepala pun tak la pusing sangat. I decided to just rest at home and have a nap. Might see some friends over coffee tonight. Esok ada Sunday brunch invitation at my friend Paul home.Joining us will be 3 to 4 others common friends of us in Sydney. Nak pi ke bandar tu pun balik2 tu la Opera house, the bridge and the Rock.Naik jelak dah all this touristic landmark. So i decided to rest la. Later will walk into Centenial park jika rajin. Have a great weekend. #chefwan

Menurutnya, kesan daripada jerebu tersebut membuatkan Chef Wan terkena symptom sinus. Maklumlah mungkin dengan keadaannya tak kuat macam kita ini, mudah terkesan dengan gejala sinus ini.

Jadi, untuk kita yang ada kat Malaysia ini, banyakkan lah minum air dan kurangkan aktiviti luar. Kepada Chef Wan, enjoy your holiday!

Read more ...

Siapa Cakap Tidur Atas Lantai Tak Sihat? Ketahui Manfaat Sihat Ini

Tidur merupakan perkara sihat yang sangat diperlukan oleh setiap manusia untuk kekal sihat.Selain tidur di katil, pasti ramai yang pernah tidur atas lantai, lebih-lebih lagi kalau panas. Mak kita selalu cakap, tidur atas lantai tak elok. Tapi, tahukah anda bahawa banyak manfaat jika tidur atas lantai. Ini antara 9 manfaat sihat tersebut! 1.Mencegah sakit belakang Kajian mendapati, tidur di atas tilam yang empuk akan membuatkan belakang anda sakit. Jika tidur atas lantai, tubuh belakang akan terbaring lurus dan anda terhindar dari sakit belakang. 2. Mengubati insomnia Anda mengalami insomnia? Cuba tidur di lantai. Kajian mendapati, tidur di atas lantai mampu mengubati insomnia kerana ia membuatkan peredaran darah menjadi lancar. 3. Mengurangkan sakit bahu Tidur di katil boleh menyebabkan sakit bahu, lebih-lebih lagi jika bantal dan tilam yang anda gunakan tidak meluruskan tubuh dengan baik? Cuba tidur di atas lantai dalam keadaan lurus, pasti sakit bahu akan berkurangan. 4. Melancarkan peredaran darah Apabila tidur di atas lantai, tubuh anda akan terbaring lurus, peredaran darah juga akan menjadi lancar, serta mempercepatkan proses penyembuhan tubuh. 5. Tubuh lebih rileks Semua orang pasti setuju, tidur di lantai yang sejuk mampu memberikan ketenangan. Lepaskan ketegangan anda dengan tidur di atas lantai untuk lebih rileks. 6. Mencegah sakit punggung Selain bermanfaat untuk bahu, tidur di lantai juga mampu menghindarkan anda dari sakit punggung. Tidur di atas lantai, punggung anda akan sejajar dan terhindar dari sakit belakang atau saraf yang tersepit di tulang belakang. 7. Tidur lebih nyenyak Tahukah anda bahawa tidur di atas lantai, membuatkan tidur anda lebih nyenyak? Ini kerana, apabila tubuh menyentuh lantai, anda akan menjadi rileks dan fikiran lebih tenang.
Read more ...

NAELOFAR HIJAB TIRU REKAAN TUDUNG SUGARSCARF?

Pemilik perniagaan butik dan jenama tudung SugarScarf, Nur Atikah Sulaiman telah menyuarakan rasa terkilan dengan rangkaian tudung keluaran selebriti Neelofa iaitu Naelofar Hijab kerana rekaan tudung jenis Madison keluaran syarikat artis berkenaan didakwanya telah ditiru dari rekaan tudung miliknya.

Rasa terkilan dan tidak puas hati berkenaan telah disuarakan oleh beliau di dalam dua akaun Instagram rasmi miliknya iaitu sugarscarf dan eyqasulaiman.

Melalui akaun eyqasulaiman, Atikah atau lebih dikenali dengan panggilan Puan Eyqa memuatnaik beberapa status di laman Instagramnya di mana ia menyifatkan meniru rekaannya itu adalah sebagai tidak bertanggungjawab tetapi bagaimanapun dia redha kejadian ini berlaku.

Klik gambar untuk size besar


Kerana perkara ini ia telah menimbulkan perbalahan antara agen-agen kedua-dua syarikat tudung berkenaan terutamanya di laman Instagram Neelofa.

Ia bermula apabila seorang pengguna di Instagram Neelofa menggunakan nama adraahanan berkata "@noorneelofa ade pic keluar u copycat #SUGARSCARF please stop shame on u dear x bg org tiru tp diri sendiri yg tiru. Takde etika langsung"

Bagaimanapun seorang stokis atau pengedar rasmi jenama Naelofar Hijab, thenaelofar_hijabistasis menjawab "@adraahanan , i dont think semudah itu team NH nak langgar rules and regulation patented design, surely they have checked on this matter before release. So please dont judge before you know whats going on. Yang i tahu SS memang already create rival dgn other brands before this pun. One of owner top brand jugak yg inform i pasal ni."



Seorang pengikut Instagram Neelofa, gemuk_wardrobei pula berkata "I think @noorneelofa u should clear this situation. Jangan keruhkan keadaan. Jaga your stokist attitude. Jaga adab kita sesama manusia. Jaga periuk org mcm jaga periuk kita sendiri. Dua dua i salute. Tapi jangan sebab benda ni org yang takde kene mengena pun berbabit sama bertikam lidah. I know u know the best way to solve this happen. I know u know how to handle your stokist and I know i are."

Kes ini turut merebak ke laman sosial Facebook, menurut pengguna Facebook bernama Lenny Nieyl "Excuse me!..style silang2 ni sebenarnya dr org zaman dulu lagi la..silang kain batik atas kepala sambil tuai padi."

Manakala Fatin Nabilah Aziz pula berkatan, "Inner silang sugarscarf pendek sikit kat atas. Naelofar punya mcm lebar n panjang smpai bawah pipi, So berbeza ketara jugak la sbnrnya. Lgpon sblm su garscarf popularkan inner mcmni pon dah ade design mcmni.. Cume xde org claim dia punye je. Tp sugarscarf jgn la risau klu tudung dia sntiasa berkualiti org akan bli jgk akhirnya."



Manakala Qaseh Ramadhan pula berkata "Mintak maaf komen.,tp selain neeolofa,banyak lagi butik tudung tiru design sugarscarf tapi knp pemilik sugarscarf xkecoh2 plak..kesian kat neeolofar..sebab dia artis,ada aje yg xkena kan..manusia2."

Kami cuba ke laman web rasmi Naelofar Hijab, naelofarhijab.com dimana kami dapati tudung yang menjadi kontroversi seperti dibawah sudah tidak ada di dalam web berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Neelofa kerana masalah ini, Puan Eyqa dalam status terbarunya di Intagram sebentar t adi telah memuatnaik surat daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia(PHIM) yang diberikan kepadanya sebagai bukti tudung Madison tersebut telah dipatenkannya.



Sebelum ini, ada netizen menyalahkan Puan Eyqa kerana tidak mempatenkan rekaan tudung yang didakwa milikknya itu menyebabkan beliau memuatnaik gambar notis hakcipta daripada (PHIM) itu sebagai bukti.

Apapun harapan kami agar perkara ini diselesaikan dengan cara yang baik oleh kedua-dua pihak kerana ia melibatkan periuk nasi masing-masing kerana isu rekaan sama ini selalu terjadi, mungkin Neelofar Hijab tidak sengaja menghasilkan tudung sama dengan milik SugarScarf sebab penghasilan rekaan tudung ini datangnya daripada ilham dan imaginasi pereka.

Kami doakan semoga perni agaan anda berdua jenama SugarScarf dan Naelofar Hijab akan terus maju dan mendapat sambutan rakyat Malaysia kerana perniagaan itu adalah kerja yang mulia disamping kepelbagaiaan rekaan menarik dihasilkan mungkin salah satu faktor mereka yang masih belum bertudung untuk bertudung selepas ini.


 



Sumber: SK
      
Read more ...

[VIDEO] BIADAP ! Pasangan Bawah Umur Dipaksa Meneruskan Aksi Panas Selepas Ditangkap Khalwat



Satu video telah menjadi viral di media sosial yang mana sepasang pasangan telah di tangkap dan dituduh berdua‐duaan namun apa yang lebih malang dan amat memalukan bagi pasangan ini mereka telah dianiaya di paksa bercium oleh mereka yang telah menangkapnya. Mahkota gadis dalam video ini telah diraba mereka yang bernafsu binatang sehingga kan pasangan nya tidak boleh berbuat apa‐apa mungkin mereka telah diugut oleh jantan‐ jantan kecam yang menangkap dan merekod kan segala perbuatan pasangan ini. Diharap pasangan ini tampil membuat laporan polis dari apa yang berlaku dan jantan‐jantan yang kejam itu dapat di tangkap kerana telah mencabul kehormatan wanita terbabit. Jika pasangan terbabit bersalah biar lah pihak jabatan agama menghukum mereka dari apa kesalahan yang mereka buat, di harap pasangan tersebut dapat berkahwin bagi mengelakkan dosa yang berterusan.

Read more ...

'Kalau Nak Kaya, Nikah Dulu' - Ceo Butik Elle Zada

Kami bernikah 4 tahun yang lepas pada tarikh 09.09.2011; kami berusia 23 tahun dan masih belajar di universiti. Ramai kawan-kawan dan orang luar sangkakan kami berdua anak orang kaya. Maklumlah, sudahlah berkahwin di usia muda; honeymoon pula di Italy selama 14 hari. Apa yang mereka tidak tahu dan tak kisah mahu ambil tahu adalah; ibu bapa saya adalah guru bahasa di sekolah yang berdedikasi, ibu si dia adalah jurujual di butik jam tangan manakala bapa pula adalah seorang pemandu teksi. Siapa terkejut, angkat tangan. Hehe It is easier to assume what our minds are willing to stomach, even when it is not the truth. Thats human nature. Hakikatnya, kami daripada keluarga yang biasa-biasa. Sedangkan mahu kahwin pada ketika itupun mereka sangkakan kami dah gila. Haha

 Ibu saya adalah campuran Turkey dan India muslim, bapa pula kacukan Jawa dan Cina. Saya berdarah satu Malaysia. Haha .. Suami pula kacukan ibu Cina, bapa Pakistan. Saya pernah ingat berfikir, "If such unlikely combination can exist; NOTHING IS IMPOSSIBLE!" Setelah taaruf dalam 2 minggu, kami ambil keputusan untuk kahwin, & apa yang berlegar dalam kepala kami adalah; "Buat perkara yang betul. Apa yang Allah suka dan apa yang Nabi suruh. Tak kisahlah apapun cabarannya. Rezeki Allah yang tentukan." Sepanjang di universiti, sebenarnya kami dah mula menceburi bidang keusahawanan.

Saya pernah jadi jururunding kewangan, dealer jual Dunkin Donut, jual T-Shirt dan macam-macam lagi. Suami pula jana pendapatan melalui events di universiti; pernah jual buah, jual air, buat photobooth dan komoditi emas. Kami tak joli & tak boros; duit tu semua kami simpan. Strategi kami, kalau nak kaya; nikah dulu. InsyaAllah berkat dan sudah dijanjikan rezeki serta kecukupan daripada Allah Taala. Couple tak tentu arah bertahun-tahun banyak kumpul dosa & berlakon je, jadi lebih baik kahwin. Kami nikah dahulu, pergi honeymoon 3 hari selepas itu selama 14 hari dan 6 bulan kemudian barulah kami buat 1 majlis walimah.

Dengan modal tiga ribu ringgit (RM3000) dari dalam simpanan kami pun bernikah. Kenapa spend sikit je? Sebab pada kami fokus utama perbelanjaan adalah SELEPAS NIKAH, bukan semasa majlis nikah. Nasib baik juga kami ni dari background keluarga campuran jadi tuntutan tradisi demand itu ini tidak berlaku; kami follow guideline Islam sahaja. Mudah. Banyak benda kami DIY (Do It Yourself). Mahu majlis yang indah tapi dengan budget kecil. Hiasan majlis dan hiasan hantaran RM600 je semua kami pasang dan deco sendiri dengan kawan dan adik beradik. Baju, veil, tudung saya edit & jahit sendiri.

Pelamin buaian cat dan hias sebdiri. Kebanyakan hantaran semua hadiah dari family untuk pengantin. Selebihnya bayar khemah dan catering lebih kurang RM2000 untuk jamu keluarga & kawan rapat seramai 150 orang yang hadir. Selepas 6 bulan bernikah, Allah ilhamkan ELLE ZADA kepada kami. Pada Julai 2012 kami lancarkan ELLE ZADA secara online and the rest was history. Kami bermula dengan modal dalam tangan. Tiada loan mahupun kad kredit. Dunia keusahawanan menuntut ketahanan yang tinggi. Pernah kami roll modal masa awal peniagaan untuk tambah volume pengeluaran dengan melaburkan semua duit jualan RM40,000 sampai dalam akaun tinggal beberapa ratus ringgit sahaja untuk makan minum. Dari situ turnover ELLE ZADA mula mencapai jualan 6 angka pertama iaitu RM150,000.

Satu persatu inisiatif kami bangunkan. Bermula dengan ELLE ZADA ONLINE www.ellezada.com , kemudian ELLE ZADA BUTIK, ELLE ZADA TAILORING HOUSE & terkini ELLE ZADA ACADEMY. Dahulu berdua kini berpasukan 25 orang. Ini baru sahaja permulaan. Masterplan ELLE ZADA adalah satu gagasan visi yang besar. Selama 3 tahun kami FOKUS menyusun asas perniagaan sehingga kukuh. Peduli apa orang lain cakap atau buat, kita lebih tahu bisnes kita. Menara tingggi mana mungkin dibina atas pasak banglo 3 tingkat.

Usaha menggali dan menanam pasak ini baru sahaja selesai; insyaAllah ELLE ZADA is now completely ready to soar. Konsepnya mudah, DO THE RIGHT THING.  Jangan tunggu kaya baru nak nikah. Sebaliknya bernikahlah untuk kaya.  Bercinta selepas nikah impaknya bertahun-tahun masih terasa. Rasanya macam baru kelmarin bernikah, mahu bersiap ke Italy, tapi bila lihat keliling sudah ada Baby Bug berlari ke sana ke mari, bisnes sudah tegak berdiri dan masa depan boleh dicorak sendiri.

Dalam pernikahan itu ada barakah dan magiknya; Allah dah janji. Asalkan sahaja NIAT betul dan bersedia JIWA. People usually OVERESTIMATE what they can do in a year BUT UNDERESTIMATE WHAT THEY CAN ACHIEVE IN 5 YEARS.

Alhamdulillah. It has only been 4 years. We have another 1 year to rally in full speed. Sehingga bertemu lagi di nota tahun ke-5 ulangtahun perkahwinan. InsyaAllah. Berkati dan rahmatilah perkahwinan ini, Ya Allah. Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin. Biiznillah. ELLE RASIF  FOUNDER & CEO of ELLE ZADA
Read more ...

Salleh: Dokumentari Al Jazeera hanya berdasar pembohongan

Semua yang dipaparkan dalam dokumentari kontroversi Al Jazeera mengenai pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, yang disiarkan semalam, adalah semata-mata bersandarkan kepada perkara dengar cakap dan tidak berdasarkan sebarang bukti nyata, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Katanya, dokumentari itu mengandungi pelbagai adegan lakonan semula dengan suara latar yang memberi gambaran ia adalah bukti di mana sebenarnya adegan-adegan itu dimainkan oleh pelakon.

"Bagaimana mereka membuat kesimpulan bahawa adegan-adegan tersebut adalah adaptasi daripada kisah sebenar yang tidak dijelaskan. Al Jazeera mengakui adegan-adegan tersebut adalah lakonan semula.

"Kenapa Al Jazeera mahu memutarbelitkan... beberapa kisah itu semata-mata hanya pembohongan dan spekulasi yang mencetuskan kesangsian bahawa wujud niat tersembunyi di sebaliknya," katanya dalam blog sskeruak.blogsport.my semalam.

Beliau berkata stesen televisyen antarabangsa itu mempaparkan kenyataan yang diubah banyak kali oleh penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam.

Salleh juga berkata Al Jazeera juga gagal menyebut polis Perancis merakamkan kenyataan Bala di Paris dan mendapati ia tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai.
Katanya polis Perancis dalam laporannya berkata wanita Mongolia berusia 28 tahun itu mahupun Razak Baginda atau perdana menteri tidak pernah memasuki negara itu dalam tempoh yang dikatakan dalam dokumentari tersebut.

Justeru, katanya ia merupakan kes klasik dengan fakta disulami dengan fiksyen dan kisah-kisah yang disebarkan.

"Fokus cerita Al Jazeera tertumpu kepada Altantuya yang merupakan seorang penterjemah untuk kontrak kapal selam, sesuatu yang tidak berlaku sebelum wanita itu dikaitkan," katanya.
"Saya hanya boleh mengklasifikasikan laporan Al Jazeera ini sebagai nakal dan berniat jahat dengan cerita sensasi yang disajikan sebagai suatu kebenaran,"katanya.
- Bernama
Read more ...

Kren tumbang di Masjidilharam: TH sahkan 6 jemaah Malaysia cedera

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) mengesahkan enam jemaah Malaysia cedera dalam insiden kren tumbang di Masjidilharam, berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan.
Read more ...

Linda Rafar Dedahkan Semua Penipuan Bekas Suami Syed Aiman


Linda Rafar hari ini telah menghantar borang permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya, Syed Aiman di pejabat pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Pelakon tersebut tiba di mahkamah pada 9.30 pagi bersama beberapa ahli keluarga.    Menurut Linda, suaminya itu melafazkan cerai terhadapnya kira-kira 7.30 pagi Selasa lalu di kediaman mereka di sini dengan disaksikan ibu dan dua anaknya.

Tambah Linda, dia sukar menerima tindakan suaminya itu kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan malah sentiasa bersabar dengan apa saja dugaan dalam rumah tangganya. "Saya fobia dan tawar hati dengan dia terhadap apa yang berlaku ini malah dia tidak mengaku dengan apa yang dilafazkan," jelasnya kepada Harian Metro.

 Syed dan Linda mendirikan rumah tangga pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 6, dan Syed Rezariiq, 3. Sebelum ini, Syed menafikan bahawa dia telah melafazkan cerai terhadap Linda dan mahu kembali memperbaiki hubungannya bersama isteri.
Read more ...

Fakta Menarik Kematian Aneh Di Dunia

Fakta Menarik Kematian Aneh Di Dunia Bila Difikirkan Kembali
Kematian seseorang datang tanpa diduga, pelbagai macam kejadian aneh berlaku ketika kematian. Dapatkah anda menggambar kematian pelik seumpama ini berlaku pada diri anda? Fakta Menarik Kematian Aneh Di Dunia Bila Difikirkan Kembali



Li Po – Mati Ketika Merenung Bayangan Bulan Di Dalam Sungai Chinese poet Li Po (701-706) dikenali sebagai salah seorang daripada 2 greatest poets dalam sejarah sastera China. Mamat ni terkenal dengan kaki-botol dan selalu meludah di atas karya2 beliau ketika mabok(WTH..). Satu malam, ketika sedang asyik menikmati cahaya bulan di dalam Sungai Yangtze, dia terjatuh lalu mati lemas.



Hans Steininger – Mati Disebabkan Janggut Austrian Hans Steininger ni sangat femes kerana die memiliki janggut yang terpanjang di dunia iaitu mencecah 1.4 meter!! Pada suatu hari yang tenang, berlaku kebakaran di tempat kediaman mamat ni.. Hans menjadi panik hingga terlupa untuk menggulung janggut ketika ingan melarikan diri. Dalam kekalutan tersebut, beliau terpijak janggutnya yang panjang tu, lalu terjatuh dan mematahkan leher beliau dan mati di tempat kejadian!!

 

King Adolf Frederick – Mati Disebabkan Makanan King Adolf Frederick of Sweden ni memang terkenal kerana suka makan dan mati disebabkan oleh makanan! Irony kan?? King yang diberi gelaran "King Who Ate Himself to Death" ni mati pada tahun 1771 ketika berumur 61 tahun disebabkan oleh masalah penghadaman setelah membaham bermacam2 makanan dalam satu masa! antara makanan yang beliau makan ialah lobster, caviar, sauerkraut, cabbage soup, smoked herring, champagne dan 14 pinggan dessert kesukaan beliau iaitusemla, a bun filled with marzipan and milk. tula..sape suruh makan sampai tak hengat dunia…kan mati sia2 jer.. haha



Allan Pinkerton – Mati Kerana Tergigit Lidah Kematian ni memang stress.. Allan Pinkerton ni merupakan founder Pinkerton Detective Agency dan femes kerana developing investigative techniques seperti surveilling suspects dan undercover work. Mamat ni mati kerana infection setelah tergigit lidahnya ketika tersadung di tepi jalan..sungguh tragis..memang stress..



Bobby Leech – Mati Disebabkan Kulit Limau Bobby Leech ni merupakan seorang daredevil yang femes. Beliau penah perform macam2 stunt berani mati dan merupakan orang kedua di dunia yang terjun ke dalam Niagara Falls menggunakan sebuah tong. Pada suatu hari, ketika beliau sedang jalan2 makan angin kat New Zealand, Leech terpijak kulit limau kat atas jalan lalu terjatuh. Kaki beliau patah teruk dan terpaksa dipotong. Tak lame selapas tu, belaiu pun menemuai ajalnya kerana infection yangh teruk kat kaki. Memang sangat irony.. Daredevil mati kerana terpijak kulit limau.. Ray Chapman – Mati Terkena Bola Baseball Ray Chapman ni merupakan salah seorang legend dalam sukan baseball yang bermain untuk pasukan Cleveland Indians. Pada zaman itu, pitcher selalunya mengotorkan bola baseball sebelum melemparkannya untuk mengaburi pihak lawan. On August 6, 1920, Carl Mays melontarkan bola yang kotor sebagai satu taktik. Malangnya, bola itu terkena kepala Chapman yang tengkorak beliau injured teruk lalu mati di tempat kejadian. Stress kesian… ish3…



Christine Chubbuck – Mati Bunuh Diri Ketika Live News Broadcast Christine Chubbuck ni merupakan pemberita yang pertama dan satu-satunya pemberita yang membunuh diri secara live di TV. Pada 15 Julai 1974, Christine yang sangat depressed ketika itu berkata kepada live TV "In keeping with Channel 40's policy of bringing you the latest in blood and guts, and in living color, you are going to see another first: an attempted suicide." Selepas itu, beliau mengeluarkan sepucuk Revolver lalu menembak di kepalanya! Memang rare dan stress!!



Robert Williams – Mati Dibunuh Robot Robert Williams merupakan manusia pertama di dunia yang mati dibunuh robot. Pada 25 Januari 1979, Williams memanjat rak di Ford Motor's Flat Rock untuk mengambil spare part untuk robot yang dijualnya. Tiba-tiba, seekor robot telah reactivates dan slammed lengannya ke muka Williams. Williams yang malang tu terjatuh lalu mati. Stress bahaya beb.. ntah cane robot tu boleh idup sendiri.. horror…



Tennessee Williams – Mati Tercekik Tudung Botol American playwright, Tennessee Williams ni mati pada tahun 1983 kerana tercekik tudung botol ketika minum di hotel beliau. Yes, he had been drinking.Tahniah… haha!



Steve Irwin (The Crocodile Hunter) – Mati Disengat Ikan Pari Pada tahun 2006, pakar haiwan liar, Steve Irwin mati kerana disengat ikan pari tepat di dadanya ketika beliau sedang filming dokumentary Ocean's Deadliest. Bahaya gak ikan pari nih.. RIP Steve Irwin.. No one can replace you..









Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *