Recent Post

Wednesday, June 29, 2016

Remaja kerat kaki Mek Som dipenjara 11 tahun - Utusan Malaysia

PASIR MAS 29 Jun - Seorang remaja dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas kesalahan cubaan membunuh seorang warga emas dengan mengerat kakinya dua minggu lalu.

Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd. Fikri Noor Rosland, 19, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Fikri didakwa cuba membunuh Mek Som Mat Diah, 89, dengan cara memotong kaki kiri mangsa dengan menggunakan sebilah mata pisau tanpa hulu.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di dalam sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Tanjung Rendang Lemal di sini kira-kira pukul 5 petang pada 19 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun.

Pada 20 Jun lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang warga emas putus pergelangan kaki kiri selepas dikerat seorang remaja dipercayai penagih dadah di rumahnya di Kampung Tanjong Rendang, Lemal di sini.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, Mek Som turut cedera di bahagian muka akibat ditumbuk remaja tersebut yang dikatakan berang kerana mangsa enggan memberikannya wang.- UTUSAN ONLINE

Read more ...

Senarai Konsert Sepanjang 2016 di Orkestra Filharmonik Malaysia

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) dengan bangganya melangkah ke musim konsert yang baru pada bulan September ini dengan menjanjikan muzik ekstravaganza melalui persembahan karya-karya agung dan variasi genre muzik oleh artis-artis terkemuka. Musim 2016/17 ini menyaksikan MPO kekal dengan matlamat asal untuk memberi hanya yang terbaik dalam muzik klasikal dan membawa seni ke peringkat yang lebih tinggi.

ODS_9283(finalCover)_CROP

Musim ini, kami dengan bangga mengalu-alukan kehadiran dua Konduktor Residen; Harish Shankar dan Naohisa Furusawa. Dikenali menerusi kepakaran mengendalikan persembahan yang mempersonakan, mereka diharap dapat memberi halatuju artistik dan inspirasi untuk membuka lembaran baru buat MPO.

Musim ini akan dimulai dengan MPO buat pertama kalinya mempersembahkan konsert bertemakan A Musical Journey In Anime dengan muzik ciptaan Joe Hisaishi. Beliau terkenal dengan penciptaan sejumlah 100 skor filem termasuk kolaborasi dengan Studio Ghibli. Saksikan kehebatan konsert 'fusion' muzik klasikal Jepun, Barat dan elektronik.

DSC04216_RESIZE

Masih segar melalui konsert 'tribute' untuk kumpulan Queen pada musim yang lalu, MPO kembali, kali ini untuk kumpulan dari Ireland, U2, pada September 2016. U2 merupakan salah sebuah kumpulan rock yang terkenal yang telah mencatatkan jualan album sebanyak 150 juta keping dan ditempatkan dalam Rock And Roll Hall Of Fame. Brent Havens kembali ke DFP untuk memimpin MPO dalam konsert yanga akan menampilkan vokalis Brody Dolyniuk.

Salah sebuah kumpulan koir terkenal dunia, Choir of Clare College dari Universiti Cambridge, England, akan membuat persembahan debut bulan ini berkolaborasi dengan MPO dan konduktor Graham Ross.

MPO akan bersama-sama meraikan ulangtahun pemergian Shakespeare yang ke 400 tahun pada Oktober 2016 melalui konsert bertemakan If Music Be The Food Of Love: Celebrating Shakespeare, sebuah program yang diinspirasikan dari empat persembahan hebat Shakespeare. MPO juga akan mempersembahkan siri konsert The Brandenburg Concertos pada Mac 2017 yang akan melengkapkan kesemua enam 'concerto' ciptaan Bach.

Sebuah lagi program kemuncak musim ini ialah konsert bertemakan Symphonic Pink Floyd juga pada Mac 2017, sebuah lagi sajian yang bakal menyaksikan versatiliti MPO membawakan muzik rock melalui lagu-lagu dari album klasik kumpulan itu seperti Dark Side of the Moon dan The Wall.

aubrey2

Matthias Goerne_MarcoBorggreve

Peminat teater muzikal seharusnya tidak melepaskan peluang menyaksikan konsert bertemakan The Best Of Rodgers & Hammerstein pada Jun 2017 di mana MPO akan mempersembahkan muzik terbaik dari dua tokoh Broadway tersohor yang telah mencipta lagu untuk muzikal antaranya Oklahoma! dan South Pacific.

Musim ini juga bakal menyaksikan persembahan separa-produksi Mozart's The Magic Flute pada Januari 2017, sebuah opera yang menampilkan muzik yang indah dan diserikan penampilan ramai penyanyi dan kumpulan Kuala Lumpur City Opera Chorus.

Musim ini bakal menyaksikan persembahan pertama MPO bersama artis-artis klasikal terkenal seperti pemain violin Nemanja Radulovic, pemain piano David Fray, pemain flute Andrea Oliva, pemain harp Leonard Jacome, penyanyi soprano Tamara Wilson, penyanyi baritone Matthias Goerne, dan penampilan konduktor Michael Woods, Carl St. Clair and Rossen Milanov.

Dalam pada itu, konduktor-konduktor ternama seperti Vladimir Ashkenazy, Yoel Gamzou, Gerard Salonga, Kolja Blacher, Gabor Takacs-Nagy, Roberto Abbado dan Guillaume Tournaire akan kembali untuk mempersonakan penonton dengan bakat seni unggul mereka. Pemain piano Tengku Irfan dan Stephen Hough juga bakal mempersonakan peminat-peminat muzik piano pada musim kali ini.

Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (Malaysian Philharmonic Youth Orchestra) akan terus mempamerkan kredibiliti dalam beberapa konsert termasuk sebuah persembahan bersama Singapore National Youth Orchestra pada Disember 2016 yang merupakan sebahagian dari Festival Orkestra Remaja (Youth Festival Orchestra).

Siri 'Specials' menyenaraikan konsert-konsert menarik yang menampilkan artis-artis tempatan; Hands Percussion (September 2016), kumpulan Akim & The Majistret (Februari 2017) dan konsert istimewa Aubrey Suwito & Friends With The MPO – A Celebration Of 30 Years In Music (Mei 2017) menampilkan vokalis Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor dan Sean Ghazi.

Pemenang Grammy Ladysmith Black Mambazo kembali menggegarkan pentas DFP pada April 2017 setelah membuat persembahan sulung pada tahun 2002. Digelar 'khazanah nasional Afrika Selatan', ensembel ini cukup terkenal dengan paduan vokal yang harmoni, tarian yang menarik dan komunikasi pentas yang baik.

Pelancaran pakej konsert untuk pelanggan tetap DFP/MPO dijadualkan pada Sabtu, 30 Julai 2016. Penjualan tiket 'single' bermula pada jam 3.00 petang hari yang sama. Untuk menjadi pelanggan tetap kami, anda mesti membeli 5 tiket melalui 4 siri konsert (Classical, Specials, Pops dan Family Fun Day) dan akan mendapat potongan sebanyak 20%.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Box Office di talian 03-23317007 atau email dfp_boxoffice@petronas.com.my. Sila dapatkan brosur musim konsert terbaru ini di Box Office atau layari laman web www.mpo.com.my untuk memuat turun brosur.

Perayaan muzik musim kali ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan Penaung kami, YABhg Tun Dr Siti Hasmah Haji Mohd Ali. 'Penyumbang Utama' MPO ialah PETRONAS.

MPO's 2016/17 Season: Music that Moves You!

Tengku Irfan 2015 2_resize

andrea-oliva

tamara_wilson_publicity7

Nemanja Radulovic

Jaclyn Victor NEW 2015_RESIZE

Harish Shankar Irene Zandel

Faizal Tahir 13653_RESIZE

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(Terkini) Video : Letupan Gegar Lapangan Terbang di Istanbul

Istanbul, 29 Jun - Sekurang-kuranganya satu letupan menggegar lapangan terbang Ataturk di Istanbul sebentar tadi, lapor pihak berkuasa Turki.

Menurut laporan media tempatan, kedengaran dua letupan didalam kejadian itu dan juga beberapa siri tembakan.

Difahamkan, bunyi tembakan datang dari arah tempat letak kereta lapangan terbang tersebut.

Sementara itu, CNN Turk melaporkan, pegawai Turki mengesyaki letupan itu berpunca dari serangan berani mati.

Setakat ini, laporan menyebut sekurang-kurangnya 40 cedera dalam kejadian. - Siakapkeli.my

— المسار نيوز (@AlmasarNews) June 28, 2016 Sumber : BBC
Read more ...

Pak Lah: Hasrat Muhyiddin tubuh parti baru tak beri saingan pada Umno

Rancangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu meneruskan perjuangan politiknya dengan menyertai parti politik lain ataumenubuhkan parti baru tidak akan memberi saingan kepada Umno, kata bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Sokongan masih kuat... belum boleh sampai, kekuatan ada pada Umno," katanya ringkas kepada pemberita selepas ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di ibunegara malam tadi.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Penasihat GPMS Datuk Seri Idris Jusoh dan Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa.

Pada Ahad lepas, Muhyiddin dalam satu sidang media bersama Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan hasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baru.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baru.

Ditanya mengenai dakwaan Muhyiddin yang beliau sebenarnya s eorang ahli yang setia pada parti, Abdullah berkata: "Sekiranya dia baik, dia akan tetap berada dalam Umno," katanya.

Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat lepas membuat keputusan memecat Muhyiddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti dan Mukhriz, bekas menteri besar Kedah.

Keputusan pemecatan itu dibuat kerana melanggar disiplin parti apabila kedua-dua pemimpin itu berada sepentas bersama pemimpin pembangkang dan menyerang kepimpinan parti.

- Bernama

Read more ...

Syor wajibkan kanak-kanak diberi suntikan vaksin - Rohani

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan suntikan vaksin diwajibkan kepada semua kanak-kanak di negara ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *