Recent Post

Monday, September 12, 2016

Isu Gambar Bogel Idris Khan & Atikah Suhaime: Ammar Alfian Enggan Dikaitkan

Kalau pembaca masih ingat, Ammar Alfian, Idris Khan dan Atikah Suhaime pernah dikatakan merakam aksi seks threesome menggunakan telefon bimbit sekitar Oktober 2015. Ketiga-tiga mereka menafikan dakwaan itu. Malah Idris Khan mengatakan dia sendiri ingin menonton video tersebut sekiranya wujud.  photo ammar.pngNamun sejak dua hari lepas gambar bogel pasangan yang dikatakan Idris dan Atikah telah tersebar di laman tumblr. Ada yang mengatakan gambar itu diseb arkan oleh Ammar Alfian, namun Harian Metro melaporkan yang Ammar enggan dikaitkan dengan gambar-gambar itu.

Kata Ammar:

Jangan kaitkan saya dengan gambar bogel itu. Saya tidak ada kena-mengena.

Saya tidak tahu apa-apa. Saya sibuk dengan perniagaan di Australia dan sekarang di Malaysia untuk sambutan Aidiladha bersama keluarga.

Jika gambar bogel itu adalah mereka, biar mereka sendiri yang uruskan.

Malah, Ammar yang kini menetap di Melbourne, Australia memberitahu yang dia tidak akan mengambil peduli terhadap apa yang diperkatakan orang.

Biarlah orang nak fitnah. Lebih baik saya buat hal sendiri lagi bagus.

HM memberitahu Atikah ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp mengelak daripada menjawab, manakala Idris masih gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut mengenai perkara itu. photo tumblr_o9ftj9g5oV1vs093jo3_540.jpg photo tumblr_o9ftj9g5oV1vs093jo4_1280.jpgAmmar, Idris dan Atikah pe rnah berlakon bersama dalam drama Puteri Gunung Ledang yang diterbitkan oleh A. Aida dan disiarkan di HyppTV. Antara pelakon lain yang membintangi drama tersebut ialah Sabhi Sadhi, Amyza Aznan, Aida Khalida, Mimi Ernida, dan Keena Mentor.Pada Disember 2015 Ammar telah bersara daripada industri seni tempatan dan telah terbang ke luar negara. Daripada apa yang ditulis, nampak gaya seperti Ammar tidak akan pulang ke Malaysia lagi. Dia juga telah berkahwin senyap-senyap pada 6 Mac lepas.–beaufifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Naza janji Kia Sportage kepada pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016 - Kosmo!

Naza janji Kia Sportage kepada pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016

11/09/2016 6:54pm

Naza memberi ganjaran kepada atlet Malaysia yang meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio, dengan setiap seorang bakal menerima kenderaan Kia Sportage.

KUALA LUMPUR - Naza Corporation Holdings (Naza) akan memberi ganjaran kepada atlet Malaysia yang meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio, dengan setiap seorang bakal menerima kenderaan Kia Sportage, kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

"Saya amat berbangga dengan atlet paralimpik Malaysia yang akan membawa pulang ke tanah air pingat emas mereka," kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia itu dalam kenyataan hari ini.

"Sebagai sebuah syarikat tempatan, Naza akan memberi ganjaran kepada atlet Malaysia yang memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik Rio 2016 dengan setiap seorang akan menerima kereta serba baharu Kia Sportage," katanya.

Setakat ini, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi telah memenangi pingat emas pertama buat Malaysia dalam acara 100 meter T36 lelaki.  

Pelari pecut itu mencatat masa 12.07 saat untuk memadamkan rekod lama Paralimpik 12.25s yang dilakukan Roman Pavlyk dari Ukraine pada Sukan Paralimpik Beijing 2008. - Bernama

Read more ...

Empat Filem Animasi Menghiburkan Disiarkan Berturut-Turut di TV2

Menghiburkan pukul 2.00 petang anda di TV2, luangkan masa menyaksikan empat filem filem animasi yang dipilih oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot School Break Special khas untuk penonton setia salurannya seisi keluarga.

Bermula dengan tayangan filem "Chicken Little" (12 September 2016), "Yogi Bear" (13 September 2016), "Gladiators : The Conspiracy" (14 September 2016) dan "Niko 2 : Little Brother, Big Trouble" (15 September 2016).

Yogi-Bear-movie-poster

Riuh rendah aksi seekor ayam yang comel apabila muncul makhluk asing di bumi mewarnai plot filem "Chicken Little". Sesuai ditonton oleh seisi keluarga terutama kepada kanak-kanak kerana ia membawakan mesej yang positif kepada mereka. Kisahnya bermula apabila watak seekor ayam dikenali Chicken Little cuba membuktikan bahawa walaupun mempunyai bentuk tubuh yang kecil namun itu tidak akan menjadi alasan untuk berjaya.

Ini semua terjadi apabila Chicken Little telah mendapat petanda bahawa langit akan runtuh dan telah menjadi satu bandar kacau bilau tetapi pada hakikatnya tiada apapun yang berlaku.

Selepas kejadian itu yang memalukan keluarganya lebih-lebih lagi ayahnya, Chicken Little berusaha untuk memulihkan semula keadaan dengan melakukan sesuatu yang boleh membanggakan ayahnya. Apakah yang dilakukan makhluk comel itu?

Sementara itu filem"Yogi Bear" yeng meminjam suara aktor terkenal Dan Aykroyd dan Justin Timberlaku mengisahkan Yogi dan musuhnya, Boo Boo adalah pengacau paling terkenal Jellystone Park. Begitu juga Ranger Smith. Tetapi apabila Datuk Bandar Brown mengumumkan rancangannya untuk menjual Jellystone Park kepada pembalak, Yogi, Boo Boo dan Ranger Smith mesti bergabung tenaga untuk menyelamatkan tapak perkhemahan kesayangan mereka daripada ditutup untuk selama-lamanya.

Diikuti tayangan "Gladiators : The Conspiracy" yang mengangkat kisah Maharaja Adrian sudah tua dan sakit. Dia memilih cucunya Marcus, anak kepada Domitia sebagai pewaris takhta. Catilius, penasihat Adrian yang jahat mahu membunuh kanak-kanak itu untuk mengambil tempat sebagai maharaja.

Dalam filem "Niko 2 : Little Brother, Big Trouble", menggunakan suara latar Erik Carlson, Mikko Kivinen, dan Vuokko Hovatta, kejadian berlaku betul-betul sebelum Krismas, rusa Niko mesti berurusan untuk memastikan ibunya berkahwin semula dan dia sedang ditugaskan untuk menjaga adik tirinya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

"Orang Lain Sibuk Sambut Raya, Mama Sibuk Sambut Jasad Adik, Mama Redha Sayang, Pergilah Sayangku"

Hari ini merupakan hari yang menggembirakan untuk umat Islam seluruh dunia di mana kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha  hari di mana umat Islam digalakkan membuat korban binatang ternakan.

Namun, lain pula kisahnya dengan pasangan Encik Mohd Jazry dan Puan Haziyana Fifi di mana hari ini mereka telah kehilangan anak mereka yang dikasihi Nur Hafieshya.

Untuk menyatakan kesedihannya itu dan memaklumkan kepada rakan-rakan tentang pemergian anaknya, Puan Haziyana Fifi telah memuatnaik satu status di laman facebooknya.

Jom kita baca,

BISMILLAHHIROHMANIROHIM & ASSALAMUALAIKUM SEMUA maafkan mama sbb mmg xdpt nak jawab&balas mesej semua..harap semua faham.. baru tgk arwah NUR HAFIESHYA FIRST TIME mama pegang adik FIRST TIME mama cium adik sejuk..tp mama suka cium adik..mama nak cium byk2..lepas ni mama xleh nak cium dh😭😭😭 Sebelum ni mama tak berani nak cium adik sebab takut jangkitan kuman mama kena kat adik..tapi arini mama tak perlu risau lagi dah..mama dah boleh sentuh..dukung dan  cium adik. Sayang pergi la sayang..pergi dengan tenang.. Orang sibuk menyambut raya..mama menyambut jasad adik..mama redha sayang..sayang pergi la..nanti tunggu mama ye.. Percaya la mama sayang adik sangat-sangat..adik bidadari syurga mama.. Pemergian adik masih lagi jadi tanda tanya tapi tunggu mama semadikan adik dulu. Insyallah adik akan disemadikan di kampung papa di Kg Pangkal Jenereh, Machang, Kelantan mungkin selepas zohor..sapa-sapa nak tengok adik esok boleh la.. mama-0175889979papa-0126819155 Pada yang sedekah pada Eishya selama ni..mama minta halalkan dunia akhirat ye tolong sedekah kan AL-FATIHAH ye semua..

Sementara itu Encik Mohd Jazry  dalam satu kenyataan di laman Facebooknya menyatakan dia akan melalui jalan dari Ipoh dan akan melalui Kuala Kangsar - Grik - Je li - Tanah Merah - Machang di mana dia dan bersama sebuah lagi kereta lain akan membawa pulang jenazah Nur Hafieshya.

"Andai terlihat dua buah kereta beri double signal melalui jalan Ipoh -Kuala Kangsar - Grik - Jeli - Tanah Merah - Machang, kiranya terpotong kereta anda, kami mintak maaf banyak-banyak, sebab kami nak cepat sampai untuk bawa jenazah Nur Hafieshya ke Machang." "Ikut hati kami nak rehat dulu, tapi jenazah tak elok lama-lama dibiarkan dan kami gagahi perjalanan ini juga." tulisnya.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga adik Nur Hafieshya, sesungguhnya ketahuilah, anak kecil yang pergi meninggalkan kita ini merupakan salah satu syafaat kita di sana, tempat mereka adalah syurga diasuh oleh Nabi Ibrahim yang turut berkaitan dengan kisah sambutan Hari Raya Korban. - Siakapkeli.my

Read more ...

Salam Aidiladha dari Malaysiakini

Malaysiakini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada para pembaca, khususnya yang beragama Islam di mana juga anda berada.

Sempena hari kebesaran Islam memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mentaati perintah Allah SWT, kami akan beroperasi dengan jumlah kakitangan yang terhad sehingga esok.

Berhati-hati di jalan raya dan kami akan menemui anda seperti biasa pada Selasa, 13 sept ini.

 

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *