Recent Post

Monday, November 30, 2015

'Jangan tunggu hingga berlaku kematian baru nak larang vape' - Pengarah Kesihatan Johor

Tidak perlu menunggu sehingga berlaku kematian tragik baru mahu melaksanakan larangan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape.< /a>
Read more ...

Pegawai Bank Saksi Rozana Misbun Datang Ke Bank Dengan Hidung Dan Telinga Berdarah

Kes cerai antara Awie dan Rozana Misbun hari ini telah dibicarakan lagi di Mahkamah Majistret Ampang Jaya.

Dalam perbicaraan hari ini, seorang saksi iaitu Zaila Zahid yang merupakan pegawai bank di cawangan Alliance Bank Ampang memberikan keterangan bahawa beliau melihat hidung serta telinga Rozana berdarah sewaktu  beliau ke kaunter untuk mengeluarkan wang berjumlah RM29,650.

Tidak mengesyaki apa-apa, Zaila menasihati Rozana untuk mendapatkan rawatan di klinik kerana bimbang beliau tidak sihat.

Namun, tidak berapa lama kemudian Zaila yang ketika itu sedang sibuk menguruskan urusan pengeluaran tersebut berkata Awie tiba-tiba muncul dan mengambil wang tersebut selepas  ia diletakkan di atas kaunter.

Ketika Rozana datang ke kaunter, saya lihat dia sedang menutup muka dan hidungnya. Dan apabila dia menandatangani borang pengeluaran wang, saya nampak hidungnya berdarah. Saya pun tanya, kenapa? Dan dia hanya menjawab 'Shhh…'

Selepas saya menguruskan kerja-kerja pengeluaran duit, Awie muncul dan mengambil duit yang saya letakkan di atas kaunter. Kemudian saya juga melihat seperti ada darah pada telinga Rozana.

Dalam kenyataan Rozana sebelum ini, beliau mengatakan Awie bertindak menumbuk mukanya bertubi-tubi selepas berlaku perselisihan faham di rumah sewa mereka.

Pertengkaran mula berlaku apabila Awie menuduh beliau mencuri wang milik suaminya itu meskipun berkali-kali menjelaskan ia digunakan untuk perbelanjaan keluarga malangnya Awie tetap tidak percaya.

Mengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang tahun lalu.

Majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan perbicaraan disambung pada 12 Januari 2016.

Sumber Berita: mStar Online

Related Related Category : Malay 17 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

AKIM & STACY SAH NIKAH BULAN FEBRUARI 2016

"Kami percepat tarikh nikah iaitu pada Februari depan kerana saya tidak mahu bertunang lama-lama kerana kalau ikutkan perkenalan kami bukan baru, kami sudah enam tahun berkawan," demikian kata Akim Ahmad, 24, yang mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangannya Stacy, 25, pada Februari depan di kediaman wanita itu di Sabah.

Menurut Akim, mereka mempercepatkan tarikh perkahwinan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dalam tempoh pertunangan.

Bagaimanapun tarikh nikah, Akim berkata yang dia akan umum bila kad jemputan siap.

Tambah Akim, majlis pernikahan akan diadakan di kediaman wanita itu di Penampang, Sabah, manakala majlis resepsi akan berlangsung di rumah keluargan ya di Johor Baru.

Selain itu, kata Akim segala persiapan dan urusan perkahwinan sudah diserahkan kepada pihak keluarga.

"Persiapan kami sudah buat sedikit-sedikit, cuma yang besar akan diuruskan oleh keluarga, setakat ini segalanya berjalan lancar," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambah Akim, dia tidak sabar untuk bergelar suami dan mempunyai sebuah keluarga yang sempurna.

Sementara itu, Stacy berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dalam masa terdekat ini b agi mengelakkan sebarang fitnah ketika tempoh pertunangan.

"Saya setuju kerana kami sudah lama berkawan dan yang penting keluarga sudah setuju. Lagi pula saya rasa tidak manis bertunang lama-lama kerana kami sering keluar bersama, walaupun atas urusan kerja ia boleh menimbulkan fitnah," jelasnya Stacy.

Untuk makluman, Akim dan Stacy mengikat tali pertunangan pada 26 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos lalu dan memilih nama Ummu Shaikhah Stacy Anam sebagai nama Islamnya.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Peraduan PROTECT TRUE LOVE anjuran Zurich Insurance Malaysia

Setiap dari kita semua ada kisah cinta masing-masing. Setiap dari kita juga pasti akan jatuh cinta kan? Sepanjang bercinta tu, pasti banyak ranjau dan macam-macam cabaran akan dilalui bersama pasangan korang. Ada yang bahagia, ada yang derita dan ada merana. Biasalah, dalam banyak-banyak tu, pasti ada yang terputus di tengah jalan, ada yang kekal hingga ke jinjang pelamin. Pendek cerita, macam-macam cerita ada. Kalau nak cerita pasal cinta ni, sampai esok pun tak habis, ye dok?

Tapi kan, Budiey rasa, apa paling penting sejauh mana korang memberi perlindungan dan menjaga cinta sejati itu supaya kekal hingga ke akhir hayat.

Apabila kita cinta sedalam-dalamnya, sudah tentu kita mahu perlindungan yang terbaik untuk keluarga, untuk pasangan kita kan?

Syukur, Budiey sekarang bahagia bersama isteri setelah kami berkahwin selama 6 tahun sudah… setakat ni, Budiey dah beri perlindungan secukup habis baik dah… Itu pun nasib baik ada Zurich Insurance.

Untitled

Masing-masing ada kisah percintaan, betul tak? Tipulah kalau ada cakap, dia tak pernah jatuh cinta selama hayat di dunia ni.

Bagi Budiey, kunci kepada cinta yang sejati ialah diasaskan dengan perlindungan. Ya, kita akan jaga dan juga akan protect orang yang kita cinta dari segala bahaya atau musibah. Bak kata dialog dalam drama terbaru, Tuan Anas Mikael kat TV…

"Saya akan jaga awak jika awak jaga saya."

Ya, cinta itu give & take juga. Jadi, takdelah kita seperti bertepuk sebelah tangan, ye dok? Setiap dari kita yang bercinta ni menggalas tanggungjawab untuk jaga pasangan masing-masing. Betul tak?

Ramai yang tanya Budiey, bagaimana Budiey dapat jumpa dengan isteri Budiey, Wani tu. Kisah cinta kami tidak banyak duri onak rintangannya. Seperti aturan Tuhan itu sangat teratur disusun. Kami bertemu di Facebook, bercinta dalam tiga bulan, kemudian kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Sampai sekarang, dah 6 tahun kami berkahwin. Alhamdulilah, rumahtangga yang dibina aman bahagia.

Apa yang penting dalam rumahtangga adalah perlindungan. Mungkin kerana itu, syarikat insuran Zurich telah menganjurkan satu peraduan #ProtectTrueLove di mana menawarkan hadiah lumayan sehingga RM16,000. Fuh… banyak tu!

Jadi, kat sini, Budiey nak cerita kat anda semua pembaca yang budiman… bagaimana untuk menang hadiah dalam peraduan ini dengan mudah. Mesti korang suka menang hadiah kan? Pasal hadiah, kita cerita di akhir cerita lah, yang pasti korang nak tahu bagaimana nak masuk peraduan ni.

Kunci atau padlock adalah simbolik kepada cinta sejati dan perlindungan. Jadi, peraduan ini sebenarnya memberi peluang kepada anda semua melahirkan dan meluahkan rasa cinta dengan menulis cerita ringkas tentang percintaan korang.

Budiey tak nak ketinggalan sebab memang nak menang hadiah.

1.Perkara pertama yang kena buat ialah kita kena melayari laman sesawang: http://protecttruelove.com atau http://zurich.com.my.

2.Customise kunci virtual di laman sesawang dengan memasukkan dua nama dan satu tarikh.

Untitled

3.Muatnaik tiga keping gambar anda bersama pasangan anda dan tulis cerita ringkas (tidak lebih dari 1,000 karakter) tentang apa yang korang faham tentang #ProtectTrueLove.

Untitled

4.Isikan butiran peribadi diri anda dan hantarkan entri peraduan.

Untitled

Senangkan?

Untitled

Okay, korang mesti tertanya-tanya apakah hadiahnya kan?

Hadiah Utama: Voucher Melancong bernilai RM5,000Hadiah Tempat Kedua: 2 X iPhone 6s bernilai RM3,200 setiap satuHadiah Tempat Ketiga: 10 X Wang Tunai RM500Hadiah Saguhati: Barangan Merchandise dari Zurich

Untitled

Jadi, tunggu apa lagi, Budiey dah pun sertai peraduan ini. Jika korang nak hadiah yang tertera kat atas ni. Jom kita join peraduan ini ramai-ramai.

Jadilah antara 500 orang yang akan mendapat kunci untuk diletakkan di #ProtectTrueLove Structure yang terletak betul-betul hadapan Fahrenheit, Jalan Bukit Bintang.

Zurich

Jangan lupa share peraduan ini di Faceebok, Instagram dan Twitter. Kasi viral peraduan ni, okay?

Untuk info lanjut, layari http://zurich.com.my

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(Video) 'Abah Simbah Kami, Abah Sanggup Buat Camni Kat Anak²'

Viral sebuah rakaman video berdurasi 3 minit di laman Facebook yang menunjukkan beberapa adik beradik disimbah dengan air oleh seorang lelaki.  Difahamkan, 4 beradik berkenaan datang mahu berjumpa dengan bapa kandung mereka itu untuk meminta diwalikan, namun disimbah dengan air sebanyak tiga kali.  Menurut individu yang memuat naik video tersebut, lelaki itu bekerja sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Sanglang, Perlis.  "Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda. Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging," katanya. Tampil pula seorang individu yang mendakwa kejadian itu berlaku pada saudaranya sendiri. "Ayah kepada saudara saya telah berkahwin dengan isteri baru. Apa yang berlaku ialah ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Dia melupakan anak-anak dan ibu kandungnya sendiri. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga telah diabaikan. Walaupun begitu, anak-anak selalu merinduinya. "Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.  "Tiba-tiba keluar perkataan 'Lada Ayah' di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayah dan isteri mudanya. Jadi saya ingin tahu, apa maksud kejadian ini? Lada Ayah? Dari mana datangnya tulisan ini? Apa yang harus mereka lakukan? Hubungi saya untuk tindakan yang perlu kami ambil," kata Adam Haziq.  Video yang dimuat naik itu telah ditonton sebanyak 243,362 kali dan dikongsi sebanyak 8,460 di laman Facebook. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Isteri Jual Rumah Lepas Suami Kantoi Ada Perempuan Lain

Berang dengan tindakan suaminya menduakan dirinya, seorang wanita Britain mengambil keputusan drastik menjual rumah kelamin mereka. Wanita berkenaan, Laura Arnolds menjual rumah tersebut kepada sekumpulan pelajar universiti ketika suaminya berada di luar kawasan kerana bekerja. Tindakan suaminya, Craig Arnolds diketahuu Laura apabila terbaca mesej intim yang diterima suaminya di telefon bimbit. Selepas menjual rumah berkenaan Laura segera mengemas barangan peribadinya dan meninggalkan rumah itu. -Siakapkeli.my
Read more ...

99 wanita asing ditahan disyaki terlibat pelacuran

Sebanyak 99 wanita warga asing dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran ditahan dalam Op Noda di enam lokasi di ibu negara.

Ketua Penolong Pengarah Unit Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman SAC Khairi Ahrasa berkata operasi serentak di enam lokasi terbabit bermula 10.30 Sabtu malam sehingga 12.30 tengah malam semalam.

"Serbuan dilakukan di empat premis hiburan dan dua rumah urut di Jalan Kuchai Lama, Puchong dan Kepong," katanya kepada Bernama semalam.

Wanita warga asing yang ditahan itu terdiri daripada warga Vietnam, Thailand dan Laos.

"Turut ditahan 15 individu warga tempatan dan warga asing yang disyaki penjaga premis terbabit," katanya.

Beliau berkata kesemua premis terbabit juga dikawal ketat dan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Khairi berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman rasmi Twitter beliau mengucapkan syabas kepada STAGG kerana kejayaan itu.

"Syabas STAGG @PDRMsia serbu pusat hiburan di Puchung, Kepong dan Kuchai lama, KL. Tangkap 99 GRO Asing dan 15 Penjaga. #GoPDRMGo,"katanya.

- Bernama

Read more ...

Al-Fatihah, Yus Jambu Meninggal Dunia

Terkini, pelawak, Yus Jambu atau Yussry bin Edoo, dilaporkan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Selayang. Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Pak Yus berasal dari Perlis, dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas.  Perkara itu juga dimaklumkan oleh rakan baiknya, Tauke Jambu, Adflin Shauki, Jehan Musa dan beberapa artis yang lain.

"salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah" - Tauke Menurut sumber, Allahyarham sempat membuat persembahan di Dataran Merdeka malam tadi sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.

Antara adegan lawak yang paling meninggalkan kesan mendalam pada peminat dan penonton, 'Boleh Tuju Lagu?', 'Nak Kicap?', 'Cike Cike Kemaruwei', 'Yaya Torre Manchester City Rawang', 'Punchline Ada Di Mana-Mana, Di Kokdiang, Di Jeniang,'  seringkali membuatkan penonton geli hati.

Gambar-gambar terkini di Hospital Selayang: Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.

Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut.

Namun beliau tidak berputus asa. Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Yus Jambu Meninggal Dunia – Al-Fatihah

Yus Jambu Meninggal Dunia – Al-Fatihah

Al-Fatihah..Melalui kemaskini terbaru oleh Tauke Jambu sejam yang lalu menyatakan pemergian arwah Yus Jambu atau nama sebenar Yussry Bin Edoo disebabkan oleh sesak nafas dan arwah meninggal dunia di Hospital Selayang sebantar tadi. Doakan semoga roh arwah ditempatkan pada golongan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Instagram Tauke Jambu

Kapsyen Tauke Jambu mengenai pemergian arwah Yus Jambu.

Tidak lupa juga Aflin Sauki juga telah mengemaskini berita pemergian arwah pada laman facebook beliau.

Yus Jambu

Kapsyen kemaskini melalui facebook Afdlin Shauki.

Kami di GosipMalaysia mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga arwah. Kita telah kehilangan seorang insan yang benar-benar berbakat .

Ramai diantara peminat-peminat cukup terasa akan kehilangan arwah Yus Jambu pada postingan terakhir Arwah Yus Jambu di Instagramnya. Postingan terakhir arwah adalah sekitar jam 9.00 malam.

Yus Jambu Meninggal Dunia

Kapsyen terakhir arwah Yus Jambu pada laman Instagramnya.

Biodata Ringkas Yus Jambu

Yus Raja Lawak atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg. Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.

446 total views, 446 views today

Read more ...

DAH HILANG "DARA" BARU DIA MEROYAN???

SEMUT HITAM DAH HILANG "DARA" BARU DIA MEROYAN??? Kan orang tua - tua dah kata, menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian Tak Berguna dah. Tapi kalau dah memang jenis 'Tak Guna' tu, kita tak boleh nak buat apa - apa lansung dah. Melainkan kita berdoa je supaya dia mendapat hidayah dan diberikan petunjuk ke jalanan yang benar. Selama hari ini dok hidup dalam kesesatan je. Sampai bila pun dia takkan sedar diri. Walhal, mustahil sangat alasan yang dia berikan dengan mengatakan KONONnya dia tak kenal dengan Si Jacel Kiram tu. Malah alasan - alasan lain semuanya macam LONGKANG belaka. Sebelum ini, kenapa dia tak fikir mengenai kesan yang akan diterima sekiranya dia ambik tindakan sedemikian? Kenapa bila orang dah mula pertikai, baru dia nak meroyan tak tentu arah? Itulah tahap BEBALnya Si Nurul Izzah ni. Mungkin dek kerana ke-BEBAL-an itu jugak la yang menyebabkan Si Nurul Izzah tu sanggup bergambar dengan Si Puteri Kiram tu secara terbuka. Dek kerana nak menjayakan kempen menjaja 'Air Mata Buaya' untuk membebaskan Si Peliwat tu, sanggup dia bermesra dengan mereka yang telah menceroboh kedaulatan Negara? Memang memalukan sungguh!!! Sekarang, mula la Si Nurul Izzah tu nak menyalak dan meroyan macam orang Hilang Akal dengan menyatakan KONONnya dia nak mempertahankan kedaulatan Sabah. SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berjanji untuk mempertahankan kedaulatan Sabah di sebalik tohmahan pengkhianat kerana tindakan bertemu Jacel H Kiram. Menurutnya, tindakan pihak tertentu yang menggunakan taktik politik kotor sebagai tidak bertanggungjawab."Saya ucapkan terima kasih kepada semua teman di Sabah yang begitu memahami di sebalik kontroversi ini. Teman-teman di Sabah yang turut mempertahankan saya menunjukkan nilai kasih sayang yang ada dalam PKR," katanya dalam ucapan pergulungan di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 11, hari ini. Jelas, kenyataan Si Nurul Izzah tu mempamerkan sifat Retorik dan Hipokrit puak - puak Pakatan Haprak tu. Bukan ke selama hari ini diorang menyokong pengasingan Sabah dari Malaysia? Pokok pangkalnya, kenyataan Si Nurul Izzah tu wajar dilihat sebagai satu langkah Terdesak untuk dia menjustifikasikan tindakan Songsang yang telah dilakukan sebelum ini. Semuanya demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri. Bukannya untuk rakyat!!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *