Recent Post

Monday, September 14, 2015

'Selamat Jalan Isteriku, Damailah Kau Di Sana' - Luahan Suami Allahyarham Siti Nuroshlizan


Di bawah adalah luahan sayu dari suami kepada Allahyarham Siti Nuroshlizan Zulkifli, antara jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren runtuh di Mekah.  Luahan itu ditulis oleh suami beliau di laman Facebook isterinya, Umi Basheer, yang nyata menyentuh hati ramai netizen. Di kesempatan itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarham Siti Nuroshlizan agar tabah dengan apa yang terjadi.
Read more ...

MENGAGUMKAN! Gambar Perbezaan Mekah Dulu Dan Kini Dalam 100 Tahun

Gambar Mekah Dulu dan Kini.

Gambar ini adalah selang 100 tahun . Tengok betapa banyak perubahan yang berlaku di Mekah , dahulunya padang pasir kini merupakan negara terhijau di dunia. Dan yang pasti, Mekah memiliki jam yang amat besar dan tinggi untuk rakyatnya.

Read more ...

IMPIAN VANIDAH IMRAN GENGGAM IJAZAH TERCAPAI



Sebelum ini suaminya, Rashidi Ishak menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM), kini giliran Vanidah Imran pula memperoleh ijazah.

Difahamkan, Vanidah menerima ijazah sarjana muda Bahasa Inggeris pada majlis konvokesyen ke-17, Universiti Terbuka Malaysia yang berlangsung sejak kelmarin hingga 15 September di Pusat
 Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Vanidah Imran menjadi seorang daripada penerima ijazah daripada lebih 7,500 pelajar yang menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen universiti berkenaan.


Jika selama ini beliau hanya menyarung jubah konvokesyen dan menggenggam ijazah atas paksi bergelar pelakon, hari ini semua itu menjadi kenyataan di alam realiti. Ia bukan sekadar lakonan lagi.
Lebih istimewa detik indah dan bersejarah itu turut disaksikan suami tercinta, Rashidi Ishak dan dua anak mereka, Mikail Aimran dan Mariyam Rashika.

Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 itu memulakan pengajian sejak 2010 dan menamatkannya tahun lalu. Vanidah menuntut di cawangan universiti berkenaan di Petaling Jaya.



"Bapa saya selalu menekankan yang dunia pendidikan ini sangat penting. Cuma pada beberapa peringkat hidup, saya terpaksa menangguhkan keinginan itu. Ikutkan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia saya ada mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di London tetapi saya menolaknya .

"Tapi tak sangka kini saya masih berpeluang menamatkan pengajian dalam bidang yang hampir sama. Selama ini saya selalu cakap dalam diri yang suatu hari nanti saya akan dapat menggenggam ijazah dan ia akhirnya jadi kenyataan.

"Alhamdulillah, empat tahun berjuang untuk pengajian ini bukanlah tempoh mudah. Saya bergelut sebagai pelajar sambilan dan pada masa yang sama bergelar ibu, isteri dan wanita berkerjaya," ujar Vanidah dipetik sebagai berkata.

Menurut Vanidah yang pernah memikul mandat sebagai pengacara Nona di TV3, bapanya hingga saat ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.

"Pada satu tahap saya melihat kehidupan saya sebagai anak seni melalui rutin yang sama. Saya pergi ke lokasi penggambaran dan kemudian balik. Saya melakukan rutin yang sama saban tahun. Daripada situ saya memulakan sesuatu yang lain dan saya nekad untuk sambung belajar. Asalnya saya mahu belajar dalam bidang persembahan seni tetapi atas beberapa sebab akhirnya saya memilih Bahasa Inggeris," jelasnya.

Sumber: BH
Read more ...

YA ALLAH ! Detik-Detik Kren Jatuh Menimpa Jemaah. Nampak Kanak-kanak Lari Peluk Ibu Mereka

Scroll ke bawah untuk melihat video

Detik-detik kren menimpa jemaah. Nampak dua orang kanak-kanak lari memeluk ibu mereka.Ya Allah.
Read more ...

Dr M nyanyi, Siti pun terkesima


Video-Tun-M-Berduet-Dengan-Siti-Nurhaliza-Tarik-Perhatian

KELIHATAN seperti penyanyi pujaan Malaysia, Siti Nurhaliza terkesima selepas mendengar Tun Dr Mahathir Mohamad melantunkan suara ketika menyanyikan lagu popular dari Frank Sinatra.

Dalam sebuah majlis 11 September lalu di sebuah dewan, bekas Perdana Menteri tersebut dirakam bersama Siti di atas satu pentas dan menyanyikan lagu 'I did it my way' secara duet.

Kedengaran hadirin juga bersorak riang dan memberi tepukan gemuruh atas kehebatan Dr Mahathir menyanyi.

Rakaman tersebut dimuatnaik ke laman YouTube dan menari perhatian lebih 10,057 penonton.
"Ini bukan duet, tapi sapu bersih. Datuk Siti Nurhaliza jadi penyanyi bantuan pula. Terbaik la Tun M!" kata Ali.

"Tetiba rasa sebak dengar Tun menyanyi. Moga dipanjangkan usia dan ketenangan hari. Akan tiada gantinya seorang pemimpin terulung," kata Anak Malaysia.
Read more ...

Chef Berang, Pesakit Tinggalkan Tulang Babi Dalam Mangkuk Hospital


PERAK - Seorang lelaki memuat naik beberapa gambar sisa makanan yang dipercayai babi, dibawa oleh ahli keluarga pesakit di sebuah hospital tersebar di laman sosial.  Ghazali, Ketua Chef di sebuah hospital di Perak berkata, kakitangannya mengesan sisa-sisa makanan (tulang) babi di dalam mangkuk/pinggan yang disediakan oleh pihaknya pada sebuah hospital kerajaan di negeri itu.  "Semua pesakit telah disediakan makanan oleh pihak hospital. Jadi tidak perlulah membawa daging babi dan tinggalkan tulang babi dalam mangkuk kerana mangkuk itu akan digunakan oleh pesakit lain yang beragama Islam. Tak pasal-pasal kami kena samak!" katanya pada 12 September, 11.46 petang.


Menjelaskan dakwaan netizen kononnya tulang itu bukan tulang babi, Ghazali berkata, sebagai seorang tukang masak, sudah pasti mereka tahu membezakan tulang haiwan yang dimasak. "Tulang babi dan tulang ayam, cerah warnanya. Takkanlah tukang masak tak boleh membezakan tulang dari ayam atau binatang yang besar?" katanya. Bagaimanapun, nama hospital terbabit tidak didedahkan berikutan bimbang akan mencetuskan perasaan panik para pesakit. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

'Impian mak meninggal dunia di Makkah terkabul'

"Impian mak untuk meninggal dunia di Makkah termakbul," kata anak ketiga Allahyarham Rusiah Suar, 56.
Hariyanti Ahmad Badri, 31, berkata beliau reda kerana itu adalah ketentuan Ilahi.

"Dia ada beritahu teringin sangat nak meninggal di Makkah. Kami reda sebab perkara itu memang diidamkan oleh umat Islam.

"Saya menyangka itu adalah satu gurauan. Bagaimanapun sebagai anak saya sedih atas pemergiannya," katanya kepada pemberita di kediamannya, di Felda Besout 2, di Ipoh malam tadi.

Beliau berkata berita pemergian ibunya dimaklumkan kepada keluarganya oleh Tabung Haji (TH) yang datang ke rumah pada kira-kira 7.45 semalam.

"Pihak Tabung Haji beritahu menemui mayat ibu di sebuah hospital di Makkah, namun mereka tidak memaklumkan bagaimana insiden itu berlaku.

Hariyanti berkata dia dimaklumkan TH akan menguruskan proses pengebumian ibunya di Makkah.
Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata rakan sebilik ibunya memaklumkan bahawa arwah rebah dan pengsan ketika insiden itu berlaku.

"Selepas menerima berita insiden itu, saya meminta suami menelefon kawan ibu saya untuk bertanya keadaan yang berlaku dan dia memberitahu ketika melakukan saei, kren jatuh mak saya terus rebah.

"Ketika itu kawan-kawan mak nak tolong tetapi orang di sana tidak benarkan... selepas itu kawan-kawan mak terus terputus hubungan dengan mak," katanya.

Sementara itu, Nor Haizan, 34, berkata ibunya teruja untuk menunaikan ibadah haji.
"Semasa di Tabung Haji Kelana Jaya, mak sempat bergurau dengan kami dan nampak dia teruja. Semasa melakukan persiapan, mak nak semua barang-barang keperluan baru dan dibeli awal," katanya.

Nor Haizan terkilan kerana pemergian ibunya seminggu sebelum Aidiladha sama seperti Allahyarham ayahnya yang menghembuskan nafas terakhir sehari sebelum Aidiladha pada 2007.

"Saya reda kerana itu sudah ketentuan," katanya sambil menambah solat jenazah ghaib telah dilakukan selepas maghrib semalam dan majlis tahlil akan diadakan hari ini.
- Bernama
Read more ...

Akhirnya Eina Azman Menjawab Isu Ditangkap Khalwat Dalam Hotel Murah Buat Ramai Terkejut



Pertama sekali, apabila melihatkan perkara yang dikongsikan oleh pelakon Eina Azman ini, kami hanya mampu geleng kepala kerana ia perkara yang sama namun watak mangsa khalwat tersebut diubah-ubah bagi meraih perhatian pembaca.

Eina Azman Perjelas Isu Kena Tangkap Khalwat - ROTIKAYA

"Ini FITNAH semata mata utk mengaib kan saya. Alhamdullilah.. Allah maha besar. Saya tersenyum dan gelak bersama suami apa bila ada juga segelintir manusia zaman skg yang suka menabur FITNAH. Bertaubat la. Tiada yang sempurna," jelas Eina sendiri di Instagram menafikan khabar angin tersebut. Menurut Eina lagi, dia dan juga suami tergelak apabila mengetahui perkara tersebut malah tambahnya, dia sudah pun mewarnakan kembali warnanya kepada warna hitam selain menyifatkan dakwaan tersebut sebagai melampau. (rtky/s)
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *