Recent Post

Wednesday, January 20, 2016

Pinda akta untuk sekat laman blog fitnah institusi kepimpinan negara

Turut disekat ialah artikel dan catatan dalam laman sosial yang menggugat ketenteraman dan kestabilan negara serta melanggar Akta Hasutan.< /a>
Read more ...

Cerai Adalah Jalan Terbaik Buat Kedua-dua Belah Pihak, Saya Redha รข€“ Fasha Sandha

Kami tidak tahu kenapa, tetapi saat mendengar perkhabaran Fasha Sandha sah bercerai talak satu dengan Jejai, kami diam sebentar dan tidak dapat menggambarkan rasa sedih dan perit yang ditanggung oleh aktres itu kini.

Meskipun dalam linangan air mata dan rasa sedih yang amat, Fasha memberitahu beliau redha dengan segala ketentuan dan menjelaskan penceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua.

Buat masa ini, Fasha akan memberikan fokus seratus peratus buat anak-anak beliau dan meneruskan kehidupannya.

Perceraian ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Saya sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan dengan dua anak saya.

Sejak beberapa bulan lepas, spekulasi mengenai rumah tangga Fasha dan Jejai terus hangat diperkatakan. Malah, ada pihak yang berkata wujud orang ketiga yang menjadi batu api dan dalang dalam rumah tangga mereka.

Namun, Fasha dan Jejai masing-masing tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan status rumah tangga sehinggalah hari ini dimana Fasha dipercayai pergi ke mahkamah pagi tadi.

Kemudian, semua persoalan terjawab apabila beliau sah bercerai talak satu dengan Jejai pada jam 3 petang tadi di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1. Jejai pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 7.

Sumber Berita: BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

10 GAMBAR - BILA NUR RUHAINIES 'SHOPPING' SAKAN DI EROPAH

Bukan sekadar Che Ta atau Nora Danish yang gemar melancong atau shopping sakan di Eropah, tetapi Heroin drama Hello Mr Perfect Nur Ruhainies, yang juga adik kepada pelakon Risteena Munim juga mempunyai 'selera' yang sama.

Semuanya dapat dilihat apabila dia bercuti pada bulan December lalu bersama keluarga ke Amsterdam dan London, siap shopping sampai lebam hingga sanggup berhabis hingga melebihi RM20,000.

"Saya tiada niat untuk menunjuk tetapi lebih kepada "self reward" selepas penat bekerja. Sudah jadi tradisi keluarga saya akan bercuti pada hujung tahun. Pada 2014 kami ke Korea dan hujung tahun lalu Eropah pula jadi destinasi pilihan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, di L ondon pada setiap 26 Disember adalah hari jualan murah atau lebih kenali sebagai 'boxing day'. Ketika ke sana beberapa tahun lalu, banyak barang boleh dibeli... oleh itu, dia suka borong minyak wangi, pakaian dan alat solek.

Jom tengok!

Sumber: HM

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Bajet Di Gerai Set Nasi Berlauk RM3!

Nasi berlauk bersama dengan air hanya RM3? Jangan tak percaya kerana itulah yang ditawarkan oleh pasangan suami isteri pengusaha gerai nasi bajet di Alor Gajah, Melaka.

Pengalaman anak sendiri yang sering 'mengikat perut' ketika menuntut di universiti awam (UA) sebelum ini, mendorong pasangan pasangan itu, Nasibah Sahat, 69, dan Hassim Taha, 66, untuk menguasahakan gerai yang menyediakan makanan dengan harga murah dan berpatutan.

Hidangan set nasi bajet itu terdiri daripada nasi dengan lauk pilihan ayam atau ikan, sayur campur dan segelas air sirap untuk hidangan makan tengah hari.

Setiap hidangan ditawarkan berpatutan kerana pelanggan utama mereka pelajar dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

Gerai yang dibuka sejak 3 minggu lalu itu mendapat sambutan yang menggalakan selepas diviral oleh pelajar menerusi laman social yang secara tidak langsung mempromosikan perniagaannya.

Menariknya menu bajet itu tidak hanya terhad kepada pelajar sebaliknya ia juga amat sesuai bagi mereka yang mahu berjimat, namun masih lagi boleh menikmati makanan yang berkualiti.

Sumber Harian Metro

Artikel diolah oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Rabu, 20 Januari 2016

Read more ...

Langkah kanan Chong Wei - Kosmo!

Langkah kanan Chong Wei

20/01/2016 11:40am

Chong Wei

GEORGE TOWN - Pemain perseorangan nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memulakan langkahnya dalam pusingan pembukaan kejohanan badminton Malaysian Masters Grand Prix Gold (GP Gold) di sini dengan meraih kemenangan hari ini.

Dalam kempennya untuk menjulang gelaran juara Grand Prix Gold pertama musim ini, Chong Wei mengambil masa 31 minit untuk mengetepikan Fikri Ihsandi Hadmadi dari Indonesia dengan 21-14, 21-15.

Chong Wei, 33, akan berdepan dengan Kantawat Leelavechabutr dari Thailand pada pusingan kedua lewat hari ini dalam usahanya meraih gelaran juara bagi kali keempat kejohanan Malaysian Masters.

Pemain berasal dari Pulau Pinang ini menjuarai Malaysian Masters pada 2009, 2010, 2011 dan 2012.

Turut melangkah ke pusingan kedua ialah pemain perseorangan lelaki pertama dalam skaud Piala Thomas Malaysia, Zulfadli Zulkiffli, yang mengalahkan pemain China, Zhu Siyuan of China, dengan mata 24-22, 21-14 pada pusingan pembukaan. - Bernama

Read more ...

Arja Lee Dikecam Setelah Muat Naik Video Berseluar Dalam

Semalam, sambil membelek-belek Instagram, terkejut beruk Budiey apabila ternampak satu video di timeline Instagram. Sila tengok video kat bawah untuk tengok respon korang. Membaca komen-komen dari pengikut beliau… bukan main ramai pula yang mengecam. Mungkin Arja Lee ada sebab tertentu meletakkan video berkenaan. Budiey cuba menghubungi Arja Lee untuk mendapatkan penjelasan tapi gagal.

Pelakon Arja Lee dikecam selepas memuat naik video bermain bola sepak di dalam rumahnya dengan hanya memakai seluar dalam berwarna putih.

Video yang dimuat naik kira-kira tiga jam lalu di akaun Instagram-nya itu dilabelkan sebagai kurang sopan oleh pengikutnya di mana seluar dalam tersebut kelihatan agak ketat di bahagian tertentu.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Arja, dia seolah-olah ingin bergurau bersama peminatnya dengan meniru gaya pemain bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo.

"Cristiano Ronaldo play football at home #ArjaLee #Arjasplayfootball . Just for fun." tulisnya.

Bagaimanapun, ada pengikut IG meluahkan rasa kurang selesa dengan tindakan Arja sekaligus mempersoalkan tujuan video tersebut dimuat naik.

Lebih teruk lagi, pengurus peribadinya juga turut dituduh sebagai dalang yang memuat naik video tersebut tanpa pengetahuan Arja.

Ruangan komen IG Arja dihujani dengan komen yang rata-ratanya berpendapat video seperti itu tidak patut didedahkan untuk tatapan umum kerana boleh mengundang pelbagai tanggapan kurang enak terhadap aktor itu.

*Antara komen yang diterima Arja*

Sehingga kini Arja Lee masih belum memberikan sebarang respon berhubung video berkenaan.

Sumber: Astro Gempak & Instagram

Komen via Facebook

Komen

— 44 Bacaan
Read more ...

Gambar pra perkahwinan Shaheizy Sam dikecam

sam 4

KURANG dari sebulan, pasangan pelakon popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bakal diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Seperti mana bakal pengantin lain, pasangan merpati dua sejoli ini juga sempat merakamkan gambar pra perkahwinan mereka meskipun sibuk dengan segala persiapan sebelum menjelang hari bahagia.

Gambar-gambar hasil bidikkan jurugambar profesional terkenal, Amir Naufal Photographer itu ternyata menyerlahkan lagi kemanisan pasangan yang sedang hangat bercinta ini.

Pun begitu, kerana gambar-gambar 'terlebih' mesra itu juga, pasangan ini dikecam teruk oleh sebilangan peminat di laman sosial.

Enggan menoleh ke belakang, Syatilla mengambil pendekatan untuk tidak mempedulikan setiap komen negatif yang dilemparkan.

"Biarlah orang nak cakap apa pun. Saya tak nak ambil tahu. Buat apa saya nak ambil tahu kalau ia hanya untuk menyakitkan hati saya?

"Lagipun, saya tak nak tambahkan lagi tekanan saya hanya kerana perkara-perkara remeh ini.

"Lebih baik saya terus fokus dengan persiapan perkahwinan saya ," katanya kepada Zass.

Dalam pada itu, pelakon dan model berusia 25 tahun ini mengakui sedang bercuti rehat daripada sebarang projek lakonan.

"Saya baru saja tamat penggambaran untuk drama bersiri Sha & Shah, dua hari lalu.

"Saya tidak mengambil apa-apa projek baharu kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan perkahwinan.

"Alhamdulillah, setakat ini, lebih 70 peratus telah pun siap," katanya.

Ketika ditanya bagaimana mewujudkan keserasian dengan pelakon popular, Kamal Adli melalui drama bersiri itu, Syatilla ternyata punya jawapan sendiri.

"Kami tidak pernah bekerjasama sebelum ini. Tetapi selepas dua minggu di set penggambaran, kami berjaya mewujudkan keserasian itu malah kami juga berkawan baik.

"Mungkin kerana kami sama-sama mempunyai perangai 'gila-gila' dan tidak  kisah untuk bergurau kasar," katanya.

Pada masa sama, Syatilla bersyukur kerana drama itu berjaya mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Incoming search terms:
  • berita hiburan terkini metro
  • persiapan perkahwinan shahize sam
  • gambar pra perkahwinan shaheizy sam
  • Gambar pra perkahwinan Shaheizy Sam dikecam
  • Berita berkaitan:

    Selebriti tanding PRU13, apa kata rakan artis?

    'Rahsia' Mengapa 'Anu' Izzue Islam Perlu Dikhatankan Semula Akhirnya Terbongkar

    Kantoi! Zizan bawa Amira (AF) jumpa keluarga?

    'Saya mampu beri RM2,000 sebulan' - Aidil Zafuan

    Neelofa Mohon Tuhan Kembalikan Rasa Untuk Bercinta

    Komen

    comments

    Read more ...

    '50% Gaji Habis Untuk Bayar Yuran Jaga Anak'

    PETALING JAYA - Segelintir ibu bapa meluahkan rasa sedih mereka apabila mereka terpaksa membayar yuran pusat jagaan kanak-kanak sebanyak RM1,950 sebulan.  "Saya terpaksa bayar yuran di pusat jagaan kanak-kanak walaupun ia menelan setengah gaji bulanan saya," luah Siti Zaleha Othman, lapor Free Malaysia Today. Siti Zaleha tidak mempunyai pilihan yang lain memandangkan dia dan suaminya bekerja.  "Yuran yang saya bayar untuk dua anak saya berusia dua dan empat tahun berjumlah RM1,950 sebulan di pusat jagaan kanak-kanak swasta kerana tiada pilihan. Kami bukan tidak mahu menghantar anak ke pusat jagaan yang lebih murah tetapi ianya jauh dari tempat kerja dan itu akan menelan perbelanjaan yang lebih tinggi. Pusat jagaan yang ada sekarang, dekat dengan tempat kerja dan memudahkan kami. "Saya dan suami bekerja, maka kami terpaksa menghantar anak ke pusat jagaan. Jika tidak berbuat demikian, salah seorang daripada kami perlu berhenti kerja. Tetapi dengan kos hidup di bandar yang semakin tinggi, mana mungkin untuk berbuat demikian," katanya.  Masalah yang sama turut disuarakan oleh seorang bapa, Wong, mengaku terkesan apabila dia terpaksa membuat perbelanjaan lebih untuk membayar yuran anaknya di pusat jagaan.  "Saya bayar yuran anak saya RM350 untuk separuh hari. Namun semenjak kos sara hidup meningkat, perbelanjaan saya juga turut meningkat tetapi gaji pula tidak naik-naik. Saya harap kerajaan fikirkan beban yang ditanggung oleh rakyat," katanya.  Bagi Mohamad pula, dia terpaksa akur bilamana terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM2,000 lebih sebulan untuk menguruskan persekolahan kesemua anaknya termasuk yang dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak.  "Apa boleh buat? Tinggi mana kos sara hidup pun, kita terpaksa akur. Kalau bantah, apa yang kita akan dapat? Kos perbelanjaan untuk anak-anak pada tahun ini saja meningkat melebihi RM2,000.  "Dulu baju RM18 sehelai, sekarang RM30 sehelai. Kasut paling murah RM30, ditambah pula dengan yuran anak di sekolah dan pusat jagaan?  "Kerajaan dulu pernah berkata yang mereka akan memberikan bantuan kepada keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000. Saya yang bergaji kurang RM3,000 tak dapat apa-apa pun?" katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

    Read more ...

    45 Minit Dah Jadi Siang, 45 Minit Dah Jadi Malam, Bagaimana Cara Untuk Solat Di Angkasa?

    SHAH ALAM - "Setiap 45 minit, sudah jadi siang. Kemudian 45 minit lagi jadi malam. Kita kena solat 80 kali. Bermakna setiap lima minit saya kena bersolat."

    Itu persoalan yang ditimbulkan angkasawan pertama negara, Sheikh Muszaphar ketika menceritakan pengalamannya melakukan ibadah solat di angkasa lepas pada sembilan tahun lalu.

    Menurut Muszaphar, kitaran bumi yang berputar setiap 90 minit mengelirukan waktu bersolat di angkasa.

    Untuk menjelaskan kekeliruan itu, Muszaphar berkata dia berbincang dengan ulama dunia dan Jakim mengenai perkara tersebut.

    "Jadi apa yang saya buat? Saya berbincang dengan ulama dunia tentang cara bersolat dan saya rujuk Jakim tentang berapa kali saya perlu bersolat. Keputusannya, saya hanya perlu bersolat sebanyak lima kali sehari mengikut waktu solat di Kazakhstan,"katanya ketika ditemui pada program Temu Mesra Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar bersama Salizhan Sharipov di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

    S elain itu, Sheikh Muszaphar juga berkata ketika solat kakinya terpaksa diikat ketika melakukan solat.

    "Ketika sujud (semasa solat), kaki saya terpaksa diikat bagi mengelakkan saya terapung," kata angkawasan negara itu sambil menambah ianya hanya prosedur biasa memandangkan keadaan di angkasa lepas yang bebas graviti.

    Bercakap mengenai wudhuk pula, Muszaphar berkata dia hanya menggunakan kaedah tayamun ketika melakukan solat.

    "Saya hanya tepuk-tepuk dinding di ruang kapal angkasa, kemudian sapu di muka. Saya tepuk lagi dinding pada kapal, kemudian sapu di lengan pula, begitulah cara saya berwuduk," katanya lagi sebagaima lapor Sinar Online. - Siakapkeli.my

    Read more ...

    Noh: Umno S'gor bukan pembangkang yang suka cari salah

    Umno Selangor tidak mahu dilihat sebagai pembangkang yang sering mencari salah kerajaan, kata Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Noh Omar.

    Ditanya mengapa peranan Umno sebagai pembangkang di Selangor dilihat kurang menyerlah berbanding di Pulau Pinang, Noh berkata pihaknya kini cuba untuk mengambil pendekatan berbeza.

    Katanya, pendekatan ini dilakukan untuk memberitahu rakyat bahawa Umno di negeri itu bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik.

    "Sebagai pembangkang, selain kita asyik nak cari salah, kita mesti ada misi kita sendiri," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini.

    "Kalau asyik nak cari salah, orang pun akan meluat. Jadi kita sekarang ini nak jadi pembangkang yang bersatu. Bukan hanya tahu membangkang dan bukan hanya pembangkang yang suka cari salah," ujarnya.

    Dalam temubual tersebut, Noh juga turut menyentuh mengenai kekosongan kerusi ketua pembangkang di DUN Selangor.

    Menurutnya, Umno tidak akan meletakkan wakil sekiranya kerajaan negeri tidak bersedia untuk menyusun semula Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri.

    Beliau berpendapat komposisi dalam jawatankuasa tersebut tidak adil kerana hanya dua wakil BN diletakkan dalam PAC.

    "Kita setuju ambil (kerusi) ketua pembangkang dengan syarat komposisi dalam PAC mesti disusun semula,

    "Komposisi di dalam PAC mesti disusun semula. Dalam PAC, wakil BN ada dua orang, PAC ada tujuh orang kesemuanya.

    "Lima dari kerajaan iaitu wakil PKR, PAS, DAP. Kalau pengerusinya dari Umno, maknanya hanya tinggal seorang sahaja dalam jawatankuasa itu.

    "Jadi apa adilnya?," kata bekas menteri kabinet itu.

    Sehubungan itu, beliau menyarankan jawatankuasa itu dianggotai oleh tiga wakil BN, tiga wakil kerajaan negeri dan seorang pengerusi.

    Read more ...

    [MENTERI MALAYSIA TAK MAMPU FIKIR BEGINI] Thailand peruntuk 5.4 bilion Baht bagi program beli getah

    CELAH GELEGAR [MENTERI MALAYSIA TAK MAMPU FIKIR BEGINI] Thailand peruntuk 5.4 bilion Baht bagi program beli getah BANGKOK: Thailand memperuntukkan sebanyak 5.4 bilion Baht (RM648 juta) untuk membeli 100,000 tan getah daripada pekebunnya yang terjejas kerana kejatuhan harga komoditi itu.

    Jurucakap kerajaan, Kol Sansern Kaewkamnerd berkata program pembelian getah itu akan memberi manfaat kepada 850,000 pekebun di seluruh negara dan membantu menaikkan harga semasa yang rendah.

    "Peruntukan untuk program tersebut akan diambil daripada bajet beberapa kementerian, Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian serta ses daripada eksport getah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Kabinet di sini hari ini.

    Sebagai antara negara pengeluar getah terbesar dunia, Thailand terjejas teruk disebabkan harga semasa komoditi itu yang rendah terutamanya kerana permintaan daripada China yang perlahan.

    Sementara itu, Sansern berkata kabinet turut meluluskan bajet sebanyak 20 bilion Baht (RM2.4 bilion) bagi projek pembangunan telekomunikasi, termasuk merapatkan jurang internet bandar-luar b andar.

    Beliau berkata projek itu akan menyediakan kemudahan kepada 43 peratus daripada kampung-kampung di Thailand yang belum dihubungkan dengan internet dan akan bermula pada Mac tahun ini, dengan sebahagian besar peruntukan digunakan dalam tahun ini.

    Projek tersebut akan dilaksanakan oleh syarikat milik kerajaan yang turut termasuk menjadikan Thailand sebagai Gerbang Digital, setanding dengan Malaysia dan Singapura, katanya.

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *