Recent Post

Monday, August 10, 2015

10 Gambar Ayah Yang ‘Sporting’ Mampu Undang Rasa Syahdu

Secara jujur, bagi kanak-kanak yang masih berusia 12 tahun ke bawah, pasti akan merasa teruja apabila satu hari dijaga oleh ayah masing-masing. Yelah, mana tak nya, kalau emak mesti selalu bising dan membebel. Tetapi, jika ayah akan sama-sama memasuki ke dunia fantasi kamu malahan selalunya ayahlah yang akan lebih menuruti kehendak gila-gila anak-anak seperti dibawah.

#1 Seorang ayah membina straw sehingga 50 meter untuk ulang tahun kelahiran anaknya

Sporting Dad 1

#2 Seorang ayah yang sanggup berpakaian Minion semata-mata ingin menemani anaknya

Sporting Dad 2

#3 Seorang ayah yang membina litar gelongsor

Sporting Dad 3

#4 Seorang ayah yang membina hovercraft yang paling asas

Sporting Dad 4

#5 Seorang ayah membuat eye patch untuk mata anaknya

Sporting Dad 5

#6 Seorang ayah yang sanggup membawa anaknya sama-sama meluncur salji

Sporting Dad 6

#7 Lelaki ini membina jongkang jongket sejauh 730 batu

Sporting Dad 7

#8 Roller Coaster??? Wah memang seorang ayah yang tabah!

Sporting Dad 8

#9 Sanggup menggabungkan skateboard bersama dengan anak kecil

Sporting Dad 9

#10 Membina stesen Lego mudah alih?

Sporting Dad 10

Adakah ayah anda tergolong salah satu dari Ayah Yang 'Sporting' di dunia? Jika ya, kongsikan pengalaman anda dalam ruangan komen dibawah

Read more ...

sedih sangat isteriku mati putus kepala sebab aku berdegil

PORT DICKSON - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Lebuhraya Port Dickson-Seremban kira-kira jam 4 pagi tadi.Difahamkan, mangsa Nor Azina Mohd Ratki, 39, maut di tempat kejadian sementara suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) 

Seremban.Sumber memberitahu, siasatan awal polis mendapati, motosikal berkuasa tinggi yang dibonceng Shamasrol hilang kawalan dan terbabas di kiri jalan selepas isterinya mengantuk."Akibat daripada itu, leher mangsa (Nor Azina) terseret di atas besi penghadang jalan manakala Shamasrol tercampak dan turut terkena besi penghadang jalan menyebabkan putus tangan kiri di paras siku.Sumber Info:Nurulatiq Ahmad Bandi (1.407863)5 Julai 2015 @5:56pm

===============================KEMASKINI ARTIKEL

Port Dickson: Wanita maut dengan kepala terputus manakala suaminya hilang tangan kiri selepas motosikal dinaiki terbabas dan meremp uh penghadang jalan, di Kilometer 14.2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Seremban, 4.45 pagi tadi.

Mangsa Nor Azina Mohd Ratki, 39, yang membonceng maut di tempat kejadian manakala suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.Difahamkan, kemalangan berlaku pada 4.45 pagi tadi ketika mangsa dan suami menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Selangor.Sebaik tiba di tempat kejadian, Nor Azina dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.Kemalangan itu mengakibat leher Nor Azina terkena pada besi penghadang jalan sebelum terputus dan bergolek ke kanan jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jala n 1987," katanya.Sumber Info:Mohd Khidir Zakaria (node 62267)Ahad, 5 Julai 2015 @ 9:35 PM

Assalamualaikum Ydh Dato Sri/Dato/Tuan.

LAPORAN KEMALANGAN MAUT.

1. Tkh: 5/07/20152. Masa: 0400Hrs3. Lokasi:  KM 14.1 L/Raya SPDH hala ke seremban (Kawasan port dickson)

Ringkasan/Siasatan Awal:Pada 04/7/2015 jam lbh krg 0400hrs telah berlaku kemalangan maut  di KM 14.1 arah ke  Seremban.Kemalangan  melibatkan 1 m/sikal no pendaftaran WYD 6147 m/sikal jenis naza blade 650 terbabas di naiki 1(L) melayu/suami dan 1(P) melayu/isteri.  terbabas  di sebelah kiri jalan.1 (p) melayu maut di lokasi kejadian .

Butir-butir Simati/penumpang:

1. Nama:NOR AZINA BT MOHD RATKINo K/P: 760213085****Alamat:c-04-03 impian baiduri jalan 224 seksyen 51 A 46100  petaling jaya selangor

Siasatan tmpt kjdian:

-Jalan lurus dan gelap-Permukaan jln: baik-Keadaan cuaca baik/gelap-Keadaan lalulintas lancar.                       IO: INSP MOHD RIDZUAN  BIN MOHD AWIN (G 19574)(H/P :019-3803462)TRAFIK IPD PORT DICKSON.Utk mkluman .

Read more ...

Respon Bekas Suami Raja Farah Yang Mengejutkan Setelah Dapat Tahu Bekas Isterinya Bakal Berkahwin

PETALING JAYA: Hasrat bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, mahu memulihkan rumah tangga mereka dengan rujuk semula tidak kesampaian apabila aktres itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Megat, 30, berkata, walaupun dia mahu berbaik dengan bekas isterinya itu, dia tetap menerima berita tersebut selain menyifatkan mungkin sudah tiada jodoh  antara mereka. "Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Mula-mula terkejut juga dengan berita (Raja Farah bakal berkahwin) tersebut, tetapi itu hak dia. "Kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang mentukan. Jodoh pertemuan, rezeki kesejahteraan, ajal maut semua sudah ditentukan," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad. Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, membuat pengumuman bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 33 tahun tidak lama lagi menerusi satu sidang media khas yang berlangsung di kediamannya di Shah Alam dekat sini pada petang Ahad. Aktres itu telah melangsungkan majlis pertunangannya pada sebelah pagi di kediamannya yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Bagaimanapun, Raja Farah enggan mendedahkan identiti bakal suaminya sehinggalah pada hari pernikahan mereka iaitu pada satu tarikh yang akan akan diberitahu kemudian. Sementara itu, Megat turut menasihatkan kepada orang ramai terutamanya netizen untuk tidak berprasangka buruk terhadap aktres itu. "Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan. Saya ambil yang positif. Diharap orang ramai juga berprasangka baik dan mendoakan untuknya dan bakal suami. Hormat keputusannya," ujarnya. Terdahulu, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Pelakon itu kini melalui tempoh edah selama tiga bulan.
Read more ...

6 GAMBAR - DIANA DANIELLE HAMIL ANAK KEDUA?

Terkini, ada berita baru yang disampaikan melalui forum cari, Diana Danielle didakwa kini sedang hamil anak kedua. Bagaimanapun, sejauh mana kebenarannya kami belum pasti kerana hanya empunya badan sahaja yang tahu mengenai perkara ini.

Jika benar Diana kini sedang hamil, tahniah kami ucapkan.

Klik gambar untuk size besar

Sumber: Forum CariFoto kredit: Diana Danielle IG Viruzhead IG & Sufina Halim IG

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Petua & Tips Masuk Ke Rumah Yang Baru Untuk Di Duduki

Terdapat beberapa petua, sama ada tradisi melayu turun temurun ataupun petua dari agama Islam sendiri mengenai adab dan cara ketika memasuki rumah yang baru diduduki.  Petua Pertama  Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru.Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.  Petua Kedua  Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."  Petua Ketiga  Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)  Petua Keempat  Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.  Petua Kelima  Seandainya inginkan lebih rasa keselamatan bila menduduki rumah baru, panggilah orang yang lebih arif dalam ikhtiar "memagar rumah" seperti yang diusahakan oleh (contoh) kumpulan dari Darul Syifa.
Read more ...

Rosmah Mansor - Badan Kerajaan Patut Berdiri Depan saya Melindungi Saya

$%Rosmah Mansor hari ini menggesa NGO yang didanai kerajaan agar lebih celik IT supaya mereka boleh melindunginya daripada "orang jahat".

"Awak semua eloklah ajar mereka IT, supaya mereka boleh jawab balik orang-orang jahat ini," katanya sewaktu berucap kepada lebih 1,000 peserta satu program kemahiran hari ini.

"Kalau sekadar bersama saya dan bergembira, tak bolehlah.

"Bersama saya bermaksud awak kena lindungi saya, tolong berdiri di depan saya dan lindungi saya," kata isteri perdana menteri itu.

Orang jahat yang dimaksudkan oleh Rosmah kat sini ialah geng2 pembangkang yang seringkali serang dan troll Rosmah atas isu2 tertentu.

Taknak sebut pembangkang. Dia menyindir sebut orang jahat.

NGO yang dia gesa suruh lindungi dia ialah NGO2 yang mendapat dana daripada kerajaan untuk melakukan aktiviti pertubuhan mereka. Rosmah suruh mereka belajar IT. Lepas belajar IT then boleh la counter attack serangan pembangkang ke atas dia.

Tak guna la kala u ikut Rosmah semata2 nak bersuka ria semata2.

Do something la untuk protect intergriti dia sama.

Lebih kurang begitula point dia pun.

KAH KAH KAH

Part dia suruh NGO protect dia tue aku tak kesah langsung. Part dia nak anggap geng2 pembangkang neh orang jahat pun aku tak peduli. Cuma part dana jek aku kesah. NGO tue dapat dana dari Rosmah ka kerajaan ka UMNO ka apa?

Kalau dapat dana dari kerajaan = wang pembayar cukai = takde faedahnya depa nak lindungi ko Rosmah wehh..

Depa kena lindungi pembayar cukai lagi la ada. Sebab terima dana dari hasil2 cukai orang ramai.

Betul tak? Lainla kalau ko yang bayar depa. Memang sah2 la depa kena protect dan tangkis serangan2 ke atas ko. Ye tak Rosmah?

KAH KAH KAH

Rosmah Mansor hari ini menggesa NGO yang didanai kerajaan agar lebih celik IT supaya mereka boleh melindunginya daripada "orang jahat".

"Awak semua eloklah ajar mereka IT, supaya mereka boleh jawab balik orang-orang jahat ini," katanya sewaktu berucap kepada lebih 1,000 peserta satu program kemahiran hari ini.

"Kalau sekadar bersama saya dan bergembira, tak bolehlah.

"Bersama saya bermaksud awak kena lindungi saya, tolong berdiri di depan saya dan lindungi saya," kata isteri perdana menteri itu. -Mkini-

sumber asal

Read more ...

Lamaran kecundang

Xi'an, China: Hasrat seorang lelaki di sini melamar teman wanitanya dengan menggunakan buah laici berakhir dengan kekecewaan selepas gadis itu menolak lamarannya.

Dong, 24, dengan bantuan beberapa rakannya menyusun beberapa laici menjadi bentuk hati dan perkataan Love di atas sebuah jejantas di bandar ini.

Tindakan pelik Dong dan rakannya itu menyebabkan orang ramai berkumpul di atas jejantas berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.

Dong berkata, dia sudah lama merancang untuk membuat kejutan dengan melamar kekasihnya yang berusia 23 tahun.

Katanya, dia menggunakan laici kerana buah itu adalah kegemaran kekasihnya.

"Saya sangat teruja. Kebahagiaan saya bergantung kepada keputusan lamaran ini dan saya yakin dia akan menerimanya," kata Dong kepada wartawan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more ...

Lee Chong Wei alami kecederaan ringan

MENJELANG Kejohanan Dunia, kem badminton negara menerima berita yang merisaukan apabila Datuk Lee Chong Wei didapati mengalami kecederaan di ibu jari kaki kanannya ketika sesi latihan.

Kecederaan itu memaksa Chong Wei terlepas sesi latihan bersama rakan sepasukan lain dan sekadar menjalani latihan ringan di gimnasium hotel.

Menurut laporan Utusan Online, kecederaan itu bagaimanapun tidak akan menghalang Chong Wei untuk bertanding seperti yang telah disahkan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia BAM Morten Frost.

Datuk Lee Chong Wei bakal memulakan saingan di Kejohanan Badminton Dunia berdepan wakil Lithuania Kestutis Navickas pada Selasa.

Read more ...

Cerita Sebenar Peniaga 'Dizalimi' Penguatkuasa DBI

Semalam, viral gambar seorang peniaga wanita berbangsa India kononnya dizalimi oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Ipoh, Perak (DBI) yang didakwa telah menghalangnya berniaga di zon larangan. Menurut Ahmad Shuaib Ismail, penasihat undang-undang BFF of UMNO, peniaga itu dihalau dari berniaga dan barangan berniaganya juga turut dicampak oleh penguatkuasa ke jalanan. "Dia ada perasaan, dia ada anak-anak untuk menerima suapan nasi. Dia bukan pencuri, dia cari rezeki halal. Kalau tak ada lesen berniaga, berikan lesen kepada beliau tetapi jangan sampai buang barangan dia begitu sahaja," katanya. Malangnya, dakwaan Ahmad Shuaib itu adalah fitnah dan dilihat cuba merekayasa cerita bagi meraih simpati orang ramai di media sosial. Difahamkan, wanita itu sebenarnya berniaga di laluan pintu ke hospital. Ekoran tindakannya itu boleh menghalang laluan masuk ambulan ketika kecemasan, pihak penguatkuasa telah mengambil tindakan terhadapnya. Berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasa itu, wanita berkenaan mencampakkan barang niaganya ke jalan raya sebagai tanda protes. Sepatutnya sebagai peniaga makanan ringan, haruslah memohon lesen terlebih dahulu dan meminta lokasi niaga yang bersesuaian. Logiknya, wanita itu tidak sepatutnya berniaga di mana-mana kawasan hospital kerana makanan-makanan yang dijualnya itu tidak sesuai di jual di hospital.  Sesiapa sahaja boleh berniaga dengan syarat memohon lesen dan berniaga di tempat yang sesuai agar tidak mendatangkan masalah pada diri sendiri pada masa akan datang. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Janin lelaki ditemui dalam loji kumbahan

Janin lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam loji kumbahan di Taman Desa Wangsa, Permatang Damar Laut dekat George Town semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata janin yang dipercayai berusia lebih kurang lima bulan itu ditemui oleh seorang pekerja pembersih loji kira-kira pukul 5.30 petang.   "Semasa pekerja lelaki berkenaan sedang membersihkan loji kumbahan berkenaan dia ternampak satu objek yang menyerupai bentuk bayi sebelum menarik dan mengangkatnya untuk melihat lebih dekat.

"Sebaik berjaya mengangkat objek berkenaan, pekerja itu mendapati ia adalah janin yang masih bertali pusat dan terus menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan terbabit," katanya malam tadi.

Beliau berkata sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan berhubung penemuan janin terbabit.

Lai berkata janin lelaki yang sudah cukup sifat itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Katanya siasatan lanjut masih dija lankan termasuk mengesan mereka yang terlibat membuang janin berkenaan.

- Bernama

Read more ...

Shafie Apdal to officiate Umno meeting in Kedah MB’s division

Datuk Seri Shafie Apdal has accepted an invitation to open the annual meeting of the Jerlun Umno division headed by Kedah Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir. – The Malaysian Insider file pic, August 10, 2015.Datuk Seri Shafie Apdal has accepted an invitation to open the annual meeting of the Jerlun Umno division headed by Kedah Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir. – The Malaysian Insider file pic, August 10, 2015.Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal who was axed from the Cabinet has been invited to open the party's Jerlun division meeting in Kedah, where Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir is said to be at risk of losing his post.

The Malaysian Insider understands from one of Mukhriz's officers that ‎Shafie is scheduled to launch the meeting on August 22 in Jerlun, the seat where the son of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad was once federal lawmaker.

Shafie and Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin were dropped from the Cabinet recently due to their open criticism of debt-ridden state fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

However, both still hold their posts in the ruling party.

A source close to Shafie confirmed that he had been invited to open the division meeting, and would be attending.

Invitations to open ongoing Umno division meetings have seen some adjustments following both Muhyiddin and Shafie's axing from the Cabinet.

Some divisions have dropped their invitations to either men for fear of being out of favour with the party leadership, while some are still going ahead.

Datuk Mukhriz Mahathir, the son of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, is speculated to be dropped as the Kedah menteri besar. – The Malaysian Insider file pic, August 10, 2015.Datuk Mukhriz Mahathir, the son of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, is speculated to be dropped as the Kedah menteri besar. – The Malaysian Insider file pic, August 10, 2015.Observers have not ruled out the possibility that Mukhriz might lose his post as menteri besar, given that his father, Dr Mahathir, is one of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's fiercest critics.

It was earlier reported that five Kedah assemblyman had met Najib to complain about Mukhriz's leadership of the state.

A source told The Malaysian Insider that the five assemblymen are Nor Saidi Nayan (Kuah), Mahadzir Abdul Hamid (Jeneri), Datuk Ahmad Lebai Sudin (Bukit Lada), Harun Abdul Aziz (Kupang) and Ali Yahya (Pantai Merdeka).

Speculation is also rife that Ahmad Lebai, who has been a vocal and a constant critic of Mukhriz, might be named the new menteri besar.

Controversy grew when ‎a video leaked online captured Muhyiddin telling Mukhriz and other guests at the former's home, that Najib had admitted to having US$700 million (RM2.6 billion) transferred into his personal bank accounts.

Speculation that Mukhriz would be dropped as menteri besar was rife enough, more so after the Cabinet reshuffle which saw the axing of Muhyiddin and Shafie, but was denied by new Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Mahathir has emerged as Najib's strongest critic, withdrawing his support for the prime minister and hounding him over the Finance Ministry-owned 1MDB.

Najib is the chairman of the 1MDB advisory board and his role in 1MDB's dealings had been questioned several times. – August 10, 2015.

Read more ...

Safawi Agro Farm buka ladang kurma di Kelantan

PASIR PUTEH: Safawi Agro Farm Bhd memperuntukkan antara RM3 juta dan RM4 juta bagi membuka ladang tanaman kurma di kawasan seluas 400 hektar di negeri ini.

Pengurus syarikat itu, Mohd Rozaman Yahya, berkata dalam tempoh terdekat ini, kawasan seluas 300 hektar di Cherang Tuli, Pasir Puteh dan Ulu Sat, Machang akan mula ditanam dengan pokok kurma.

"Kawasan yang dikenal pasti itu sesuai dengan tanaman kurma dan diakui oleh pakar-pakar mengenainya kerana ia mengandungi tanah berpasir dan tidak digenangi air apabila musim hujan," katanya pada majlis pelancaran tanaman kurma di Cherang Tuli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, Zulkifli Ali, hari ini.

Mohd Rozaman berkata, pihaknya menjangkakan memperoleh pendapatan antara RM2,000 dan RM3,000 setiap pokok semusim atau setahun dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Syarikat itu turut menjalin usaha sama dengan Date Palm Safawi Asia Bhd, yang berpangkalan di China, terutama dalam membekalkan anak benih pokok kurma yang bermutu.

Berucap pada majlis itu, Zulkifli berkata tanaman pokok kurma itu akan dijadikan sebagai projek perintis untuk dikembangkan ke seluruh Kelantan, terutama di kawasan tanah beris.

Katanya, Kelantan mempunyai banyak kawasan tanah beris terbiar selepas tanaman tembakau tidak lagi diusahakan petani. - BERNAMA

Read more ...

(VIDEO) Seorang Anak Kecil Syria MEMELUK Gambar Ayahnya Yang Telah Mati Syahid Dan MEMANGGIL “Baba Baba Baba!!”

(VIDEO) Seorang Anak Kecil Syria MEMELUK Gambar Ayahnya Yang Telah Mati Syahid Dan MEMANGGIL "Baba Baba Baba!!"…Video ini akan membuat anda sedih dan mengalir air mata….

Untitled

Tags: , , , , , ,

Category: Dunia

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *