Tuesday, October 20, 2015
Jerebu dijangka pulih November - Jabatan Meteorologi
ISU GANGGUAN SEKSUAL: "BUKAN SAYA TAPI INDIVIDU INI YANG LAKUKAN" - ARIF DOLLAH
Selepas dituduh cuba mencabul penyanyi dari Indonesia, bekas pengurus Tegar, Muhammad Arif Dollah, 30, tampil mendedahkan individu sebenar yang telah melakukan gangguan seksual seperti yang di akui oleh Tegar sebelum ini kepadanya.
"Individu berkenaan saya kenal dan terlibat juga dalam industri hiburan dan saya terkejut apabila Tegar mengadu lelaki berkenaan melakukan gangguan seksual kepadanya.
"Bagaimanapun saya terkejut apabila perkara yang pernah dia beritahu kepada saya sebelum ini tiba-tiba berubah apabila Tegar mendakwa saya pula yang melakukan perkara tidak bermoral terhadapnya itu.
"Wahal sebelum ini dia sendiri mengadu kepada saya tentang perbuatan lelaki berkenaan tetapi saya tidak boleh ambil tindakan kerana tidak lihat dengan mata sendiri," ujarnya dipetik sebagai berkata
Bagaimanapun Arif enggan mendedahkan identiti individu berkenaan namun akan memastikan pihak tersebut tampil membuat penjelasan.
Sementara itu, Arif berkata, sejak kejadian itu dia tidak pernah berhubung dengan Tegar untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian.
"Tiada sebab untuk berjumpa dengannya malah ia mungkin akan menimbulkan masalah lain pula nanti.
"Biarpun begitu saya tetap mendoakan kejayaannya kerana dia adalah seorang berbakat besar dan apa yang terjadi bukan salahnya tetapi atas hasutan orang lain," jelasnya.
Bagaimanapun kata Muhammad Arif, pihakny a akan tetap meneruskan saman sivil berhubung kenyataan palsu dibuat Tegar kepada pihak polis.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomSuami NEKAD Buat Keputusan MENGEJUTKAN Selepas Hospital TERTINGGAL KAIN Dalam Rahim Isterinya
Eizlan Yusof Usaha Rujuk Kembali, Akui Masih Sayangkan Isteri
Tidak berselindung dan mengakui masih menyayangi bekas isterinya, Vie Santie Harun, Eizlan Yusof menjelaskan dia dalam masa yang sama turut berharap agar dapat kembali bersama selain menyatakan hubungan mereka masih baik sehingga kini.
"Hubungan kami masih baik dan Vie juga banyak membantu dalam menjaga kebajikan anak-anak. Bahkan dia juga tidak pernah menghalang bila saya mahu bersama dengan anak-anak pada bila-bila masa. Anak-anak juga pada saya cukup bertuah memiliki ibu seperti Vie yang menjaga sebaik mungkin kebajikan anak-anak"
"Memang saya mengharap untuk kembali dan berusaha ke arah itu. Doa-doakan ia berjaya," jelasnya kepada Sinar Harian. Sebelum ini, Eizlan dan Vie Santie telah mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007 dengan hantaran RM77,777.77 namun kemudiannya disahkan bercerai pada bulan Februari lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang berumur antara dua hingga enam tahun.
Incoming search terms: Berita berkaitan:Nora Terkejut Dengar Nama Anak Fasha!
Konsert Amal sasar kutip dana RM2 juta
Hijrah Diana Amir: Jadi tauladan dan saham akhirat
Komencomments
'Sudah Nasib Terpaksa Belajar & Tinggal Di Bangunan Sekolah Terbengkalai'
TMJ Tampil Dengan Rambut Baru, Makan Dalam "Keyboard Warriors"
Terkejut dengan penampilan tersebut, ada yang memberikan pandangan negatif dan ada juga yang memberi pandangan positif dengan berkata TMJ mempunyai maksud tersirat mewarnakan rambuat sedemikian rupa.
"Hahaha..tmj saje je ni. Ad mksd trsirat. Tmj nk buktikn haters lbih mngeji n amek kesah pasal imej bliau atau lbih bgga n amek tau adnya psukn dr mlysia yg brjaya ke final afc.", tulis pengguna Facebook Nazir Nordin .
Gambar-gambar tersebut disusuli dengan satu video oleh baginda yang mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang layak ke perlawanan akhir piala AFC.Beberapa jam kemudian, TMJ sekali lagi tampil di Facebook JOHOR Southern Tigers dengan satu status "makan dalam" keyword warrior yang bertajuk "The Best Business in The World is to Mind Your Own Business".
Di dalam status terbabit, TMJ menceritakan satu kisah dimana baginda didatangi oleh PDRM yang memaparkan gambar dua individu yang memburukkan baginda dan keluarga baginda.
"Biar saya kongsikan kepada anda satu cerita. Suatu hari, pihak PDRM telah menunjukkan saya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkan saya dan keluarga saya".
"Setelah melihat rupa "keyboard warrior" tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain. Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluru h dunia.", tulis baginda.
Status Penuh TMJ Wartawan: Ampun Tunku, baru-baru ini Tunku telah mewarnakan rambut, dan ini menimbulkan pelbagai reaksi dan komen. Mengapa Tunku melakukannya.
TMJ: Saya melakukannya untuk suka-suka sahaja, rambut saya pun. Sekiranya esok saya mewarnakannya biru atau merah, ataupun mencukurnya terus, itu urusan saya. Lagipun bukannya ia akan kekal begini, tak lama lagi hitam semula, jadi saya tak kisah apa kata orang. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menghakimi saya.
Wartawan: Adakah terdapat apa-apa yang Tunku ingin sampaikan kepada segelintir mereka yang negatif tersebut?
TMJ: Ayahanda saya selalu berpesan, urusan yang paling baik adalah menjaga urusan sendiri. Dahulu saya selalu terasa hati apabila orang mengatakan perkara negatif berkenaan saya, tetapi kini saya tidak mempedulikannya.
Biar saya kongsikan kepada anda satu cerita. Suatu hari, pihak PDRM telah menunjukkan saya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfi tnah dan memburukkan saya dan keluarga saya. Setelah melihat rupa "keyboard warrior" tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain. Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia.
Apapun, saya doakan agar Allah S.W.T sentiasa merahmati mereka.
Wartawan: Menjunjung kasih, Tunku.
TMJ: Sama-sama.
PSM bingung aktivis Khalid Ismath dinafi ikat jamin
Parti Sosialis Malaysia (PSM) bingung mengapa ahlinya, aktivis Khalid Mohd Ismath, telah dinafikan ikat jamin.
Khalid menghadapi 14 tuduhan - 11 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan - berhubung tulisan di Internet yang didakwa menghina kerabat diraja Johor
Bekas Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan menegaskan bagaimana kartunis Zulkiflee Anwar Haque, yang lebih dikenali sebagai Zunar, menghadapi sembilan tuduhan hasutan tetapi masih dibenarkan ikat jamin.
"(Juga), peserta protes semasa krisis perlembagaan Perak yang secara fizikalnya menghentikan kereta sultan, tetapi mereka juga dibenarkan ikat jamin," kata Arutchelvan (foto) kepada Malaysiakini malam tadi.
Tulisan Khalid itu dibuat pada halaman 'Solidariti Untuk Peguam Kamal Hisham Jaafar' di Facebook.
Peguam Khalid, Dinesh Muthal berkata aktivis itu tidak dibenarkan diikat jamin atas alasan beliau dapat melarikan diri dari negara ini.
Arutchelvan menegaskan bahawa Khalid dalam tulisannya, tidak pernah, pada bila-bila masa, menyebut sultan.
Khalid berulang kali menyebut 'berhala' dalam tulisannya, tetapi tidak jelas siapa yang dimaksudkannya.
Ekoran tulisan di Facebook itu, Khalid didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia di mana beliau boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sebelum Khalid, blogger Ali Abd Jalil, 29, juga dituduh mengkritik kerabat diraja Johor, dan dia kemudiannya melarikan diri ke Sweden. Baca berita penuh
Fara Mendoza Kemalangan, Netizen Nasihatkan Bertaubat Segera
Gempa bumi lemah landa Ranau
[KENYATAAN TERBARU BANK NEGARA] Bank Negara ada kuasa undang-undang yang berbeza dari prosiding jenayah bawah Peguam Negara
Bank pusat berkata demikian dalam satu kenyataan untuk menjelaskan mengenai kuasanya untuk menguatkuasa pematuhan terhadap undang-undang pengawalseliaan yang ditadbir BNM.
Oleh itu, berasingan daripada sebarang keputusan mengenai prosiding jenayah, bank pusat itu dibenarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengambil tindakan pentadbiran.
"Ini akan termasuk mengenakan penalti monetari, mengeluarkan arahan pematuhan, memberi bayaran balik (restitution) kepada mana-mana individu yang tidak berpuas hati disebabkan pelanggaran terhadap akta, memberi amaran awam dan persendirian serta arahan, supaya langkah-langkah diambil untuk mengurangkan atau menyelesaikan sesuatu pelanggaran terhadap akta.
"Ini bagi memastikan integriti, dan keyakinan terhadap sistem kewangan negara."
Pada 9 Oktober, BNM membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) untuk pelaburan di luar negeri yang bernilai US$1.83 bilion (RM7.5 bilion).
Dalam kenyataan berkenaan, BNM berkata ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik ke Malaysia jumlah itu dan mengemukakan kepada BNM perancangan syarikat berkaitan perkara berkenaan.
Bank pusat merumuskan kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.
"Bagaimanapun, didapati maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap".
Kenyataan BNM itu merujuk kepada keputusan Peguam Negara yang mendapati pegawai 1MDB yang disiasat di bawah ECA tidak memberikan maklumat palsu dan membersihkannya daripada sebarang salah laku.
Menurut bank itu, keputusan itu "berkait dengan pengesyoran bank pusat untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB atas pelanggaran ECA". – Bernama, 19 Oktober, 2015.TMI
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...