Sunday, December 06, 2015
Kelab Jerman Borussia Dortmund bertafakur seminit untuk Tunku Abdul Jalil
18 GAMBAR - NORA DANISH & KELUARGA BERCUTI DI INDONESIA
Baru-baru ini, Nora Danish telah bercuti di Indonesia bersama ahli keluarga.
Menerusi laman IG Nora, dia telah memuat naik beberapa gambar sekitar percutiannya.
Jom lihat!
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTAL GIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomâPinjamâ RM5,000, Yus Jambu Uji Persahabatan Ajak Shiro 5 Hari Sebelum Meninggal Dunia
Ajak menceritakan yang Yus pernah 'meminjam' wang sebanyak RM5,000 darinya, lima hari sebelum Yus meninggal dunia.
"Pada hari Selasa minggu lepas, Yus ada menghubungi saya dan mahu meminjam wang tersebut. Kata Yus, bayaran untuk sebuah program bersiri belum diterima lagi. Saya tanpa sebarang sangsi, terus meminta nombor akaun Yus dan memindahkan wang ke dalam akaun Yus pada hari Rabu.
"Pada hari Khamis, Yus menghubungi saya semula. Dia menjelaskan yang bayaran untuk program itu sudah diterima dan dia memulangkan duit saya bernilai RM4,500.
"Baki RM500 dia mahu pulangkan ketika bertemu dengan saya sewaktu sesi latihan #JuaraParodi pada Jumaat. Akhirnya, dia memulangkan semua wang saya. Pada Ahad, Yus pergi meninggalkan kita semua.
"Rupa-rupanya, selepas Yus meninggal dunia, baru saya dapat tahu yang bayaran untuk p rogram tersebut belum lagi diterima olehnya," kata Ajak.
Masih terkesan dengan kejadian tersebut, Ajak merasakan yang tindakan yang dibuat oleh Yus adalah kerana mahu menguji persahabatan antara mereka berdua.
"Saya sangat terkesan dengan pemergian Yus. Dia bukan sahaja merupakan seorang sahabat, tetapi Yus juga adalah guru saya. Semenjak kebelakangan ini, saya sering mengadakan persembahan dengan Yus secara berdua.
"Jika ada sebarang persembahan yang melibatkan kumpulan Jambu atau Shiro, kadang-kadang Shahrol dan Tauke tidak dapat memberi komitmen.
"Perkara itu terjadi kerana mereka terikat dengan kerjaya sebagai penyampai radio di Era FM. Jadi, saya dan Yus akan bersama menjayakan persembahan," kata Ajak yang ditemui usai program #JuaraParodi Jumaat lalu.
Untuk minggu kelima, program #JuaraParodi menjadi program mengenang Allahyarham Yus Jambu yang meninggal dunia pada 30 November lalu.
Mengangkat tema Pak Yus Dalam Kenangan, program t ersebut dijayakan oleh semua peserta #JuaraParodi bersama juri tetap dan tetamu undangan seperti Dato' AC Mizal, Sabri Yunus dan kumpulan Rabbani.
#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap.
#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.
Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Artikel oleh: Kamaruddin Razal
Artikel ini disiarkan pada Ahad, 6 Disember 2015.
Nasha Aziz & Intan Ladyana Cintai Lelaki Yang Sama
Kisah asam pedas diangkat menyatukan tiga jiwa antara si dara, Jamaliah dengan lelaki bernama Jamal yang kemudiannya baru terbongkar rahsia bahawa lelaki itu adalah bekas kekasih ibunya sendiri, Junaidah.
Plot kisah ini melatari drama bertajuk "7 Dulang Asam Pedas" lakonan Nasha Aziz, Intan Ladyana, Norman Hakim dan Hairul Azreen disiarkan pada 11 Disember ini, pukul 2.00 petang menerusi saluran TV2.
Nasha Aziz dan Intan Ladyana Cintai Lelaki Yang Sama Dalam "7 Dulang Asam Pedas" Di TV2 Drama ini mengisahkan Junaidah amat menyukai asam pedas yang dibeli anaknya, Jamaliah di Kedai Asam Pedas JJ. Sejak itu Jamaliah sering ke kedai itu membelikan asam pedas kegemaran ibunya itu. Namun sikap lepas cakap dan kejujuran melampau Jamaliah telah membuatkan Kedai Asam Pedas JJ gamat setiap kali dia hadir. Ini membuatkan pekerja-pekerja di situ enggan melayan kerenahnya. Cuma Jamal, pemilik kedai yang sanggup melayan kerenah Jamaliah.Namun semua yang dikomen Jamaliah semuanya masuk akal dan membawa pulangan yang baik terhadap kedainya. Sejak itu Jamal merasa terhutang budi dengan Jamaliah dan tidak mengenakan bayaran terhadap asam pedas yang dibeli oleh gadis itu. Dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap Jamaliah tetapi enggan berterus-terang kerana dalam masa yang sama, dia sentiasa dihimpit oleh Sheen, anak orang kaya yang terlalu obses dengan dirinya.
Di rumah hubungan Jamaliah dengan ibunya bertambah rapat berbanding sebelumnya. Junaidah dapat merasakan anaknya mula memahami kehendaknya terutama minatnya terhadap asam pedas. Hinggalah satu hari ibunya bertanyakan Jamaliah tentang calon suaminya. Jamaliah tidak menjanjikan apa-apa sebaliknya menentukan kepada jodoh bila Jamal akan terbuka hati mahu melamarnya.
Meskipun risau penerimaan ibunya terhadap Jamal yang dirasakan seusia ibunya, Jamaliah nekad mahu mempertemukan keduanya. Tetapi alangkah terkejutnya Jamal apabila mendapati ibu kekasihnya itu adalah bekas kekasihnya yang ingin dinikahinya 20 tahun lalu. Masing-masing kelu lidah untuk berkata-kata.
Seperti yang dijanjikan, majlis pertunangan Jamaliah dan Jamal mula diaturkan. Jamaliah menghadiahkan ibunya kebaya cantik untuk dipakai sewaktu majlis berlangsung kelak. Namun sebenarnya dia mempunyai perancangan lain demi masa depan ibunya yang tersayang.
Apakah sebenarnya yang cuba diaturkan oleh Jamaliah? Bagaimana pula dengan Sheen yang tidak sudah-sudah mengejar cinta Jamal? Saksikan kesudahannya dalam "7 Dulang Asam Pedas" di TV2.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Komen via FacebookKomen
— 203 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Boleh Saya Try You Satu Kali?'
"Inilah Malam Yang Paling Sukar Untuk Saya" - TMJ
"Kepada adikku yang dikasihi...Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya," tulis TMJ pada awal pagi Ahad.
Almarhum Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hspital Sultanah Aminah (HSA), Johor, akibat kanser.
Almarhum adalah anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
"Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri.
Selain dari itu, di dalam posting tersebut juga, TMJ berkata nama Almarhun akan diwariskan kepada warisnya.
"Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takka n dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu," kata TMJ. - Siakapkeli.my
Belasungkawa: Tunku Abdul Jalil putera dekat rakyat
Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akibat kanser.
Almarhum merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, yang mengumumkan berita kemangkatan itu, berkata jenazah almarhum akan diiring ke Istana Besar malam ini dan ditempatkan di Bilik Khas Istana Besar.
"Istiadat siram jenazah dan kafan akan dilakukan kira-kira 7 pagi esok dan seterusnya jenazah almarhum akan disemayam di Bilik Singgahsana Istana Besar," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan di Johor Bahru.
Katanya orang ramai diberi peluang memberi penghormatan terakhir pada pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi Ahad di Bilik Singgahsana, Istana Besar.
Abdul Rahim berkata penghormatan untuk orang kenamaan pula akan bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, sebelum jenazah disembahyangkan dan dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah Johor Bahru selepas waktu Zohor esok.
Beliau berkata jenazah Almarhum akan dibawa menggunakan pedati yang akan ditarik oleh Askar Timbalan Setia Johor melalui Jalan Istana Besar terus ke makam tersebut sepanjang tiga kilometer.
"Turut mengiringi jenazah ialah Sultan Ibrahim serta anakanda-anakandanya yang lain," kata beliau.
Tubuh yayasan kanser
Abdul Rahim berkata almarhum akan disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.
Diputerakan pada 5 Julai 1990, almarhum disahkan menghidapi kanser hati tahap empat sejak Disember tahun lepas dan pernah menjalani pemindahan hati di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China sebelum ini.
Bagaimanapun, penyakit almarhum dilaporkan kembali menyerang sejak awal tahun ini.
Sepanjang menghidap kanser, almarhum kerap mengunjungi pesakit-pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk beramah mesra dan bertanyakan khabar.
Susulan itu, ayahandanya, Sultan Ibrahim turut menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor tahun ini untuk membantu pesakit kanser di negara ini.
Bangunkan sukan perahu layar
Selain itu, Abdul Rahim berkata majlis tahlil akan diadakan selama tiga hari berturut-turut mulai esok di Masjid Sultan Abu Bakar.
"Kesemua bendera di negeri Johor akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula esok. Tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari untuk kerabat diraja dan tiga hari untuk orang awam," kata beliau.
Menurut Abdul Rahim, di atas keranda almarhum akan diletakkan bendera peribadi, topi polis dan pedang baginda memandangkan Tunku Abdul Jalil pernah ditauliahkan sebagai inspektor polis pada 2011.
Almarhum merupakan kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan.
Selain itu, almarhum, selaku pengerusi syarikat kapal layar Innovatige Sdn Bhd yang menganjurkan perlumbaan Piala Monsun, turut memainkan peranan penting dalam membangunkan sukan itu.
Melalui program Liga Layar Malaysia dan program Belia Belayar pada 2013 yang diperkenalkan baginda, turut memberi peluang kepada beribu-ribu belia yang tidak berkemampuan tentang pelayaran dan memperoleh pengalaman dalam sukan kapal layar.
Atas sumbangan almarhum terhadap pembangunan sukan kapal layar, baginda pernah menerima Anugerah Pembangunan Presiden 2014 daripada Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) tahun lepas.
- Bernama
Dana RM2.6 bilion: PM beri keterangan kepada SPRM
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...