Recent Post

Wednesday, May 18, 2016

Maria Farida Akui Jaga Anak Tirinya Dengan Baik, Tidak Pernah Ada Niat Untuk Aniaya Mereka

Minggu lepas, cukup hangat dengan isu dimana Maria Farida didakwa memukul anak tirinya. Ekoran perkara berkenaan, ramai pihak yang mengkritik Maria tanpa mengetahui hal sebenar dan pelbagai tuduhan juga dilemparkan kepada dirinya. Ekoran perkara itu, Maria sudah kemukan saman fitnah terhadap Karen Rayyan dan memberi amaran agar wanita itu tidak mengganggu beliau dan Datuk Rahman.

Terbaru, menerusi portal Utusan Online Maria yang ingin membersihkan namanya memberitahu beliau sama sekali tidak ada niat untuk menganiaya anak-anak tirinya dan cuba untuk menjaga mereka dengan baik.

Saya menjaga anak-anak suami dengan bekas isterinya dengan baik, tidak ada niat menganiaya memandangkan saya juga seorang ibu. Untuk memastikan mereka juga selesa dengan saya, tidak pernah sekalipun untuk saya menidakkan mereka dalam aktiviti keluarga.

Saya tidak hanya menerima suami dalam hidup ini, tetapi anak-anak dia juga adalah sebahagian dari hidup saya hari ini. Jika ada yang kata saya mendera, lebih elok rasanya kalau soalan itu ditanya kepada anak-anak saya sendiri.

Tambah Maria, beliau juga bukan seorang perampas bahkan sebelum berkahwin dengan Datuk Rahman beliau pernah menolak lamaran lima orang lelaki.

Maria berkahwin dengan Datuk Rahman hanya selepas ahli perniagaan itu sudah bercerai dengan bekas isterinya Karen Rayyan.

Saya pernah menerima lamaran daripada lima lelaki, dan ada yang sudah memberi cincin tetapi saya pulangkan semula. Sampai keluarga saya yakin dan anggap yang saya akan membujang sampai bila-bila. Saya mengenali suami saya atas dasar kerja pada mulanya.

Kami tidak pernah ada skandal seperti yang diberitahu orang. Selepas dia bercerai kami mula baik, dan dia melamar saya. Akhirnya kini saya adalah seorang isteri yang bahagia di sisi dia.

Sebenarnya sebelum berkahwin lagi, Maria sudah tahu bahawa isu perampas ini akan timbul dan beliau redha dengan segala ujian yang diberikan dalam rumah tangga beliau.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

'Anda boleh dihalang ke luar negara kerana burukkan k'jaan' - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Sekarang, sesiapa sahaja yang memburukkan kerajaan boleh dihalang daripada meninggalkan negara ini selama tiga tahun.

Mana-mana rakyat Malaysia yang berbuat demikian ketika berada di luar negara, juga akan dihalang ke luar negara selama tiga tahun apabila mereka pulang.

Memetik satu sumber, akhbar harian berbahasa Inggeris The Star berkata, Jabatan Imigresen telah menguatkuasakan peraturan itu sejak beberapa bulan lalu, satu langkah yang dikatakan untuk "melindungi imej negara".

"Sesiapa yang memburukkan kerajaan dalam apa-apa cara, akan dihalang ke luar negara.

"Hanya ketua pengarah Jabatan Imigresen mempunyai kuasa untuk meneliti rayuan mereka," kata sumber itu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sakib Kusmi mengesahkan kewujudan peruntukan tersebut, sambil menegaskan bahawa memiliki pasport Malaysia adalah satu keistimewaan dan bukan satu hak.

Kerajaan, katanya, mempunyai budi bicara untuk mengeluar, menangguh atau membatalkan pasport seseorang.

Mereka yang dihalang ke luar negara, bagaimanapun, boleh mencabarnya di mahkamah, kata Sakib, kerana mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Sementara itu, di bawah peraturan terbaru itu, sumber itu berkata, rakyat Malaysia yang ditangkap dan dihantar pulang kerana tinggal melebihi tempoh, melakukan jenayah atau bekerja tanpa permit yang sah di luar negara, juga akan dihalang keluar negara selama dua tahun.

Dan mereka yang lalai atau kehilangan pasport tiga kali dalam tempoh lima tahun, tidak akan dikeluarkan yang lain dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

Kes terbaru yang dilaporkan seseorang dilrang meninggalkan negara ini adalah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di KLIA ketika hendak berlepas ke Korea Selatan Ahad lepas.

Maria berkata, pegawai imigresen hanya berkata perintah itu (menghalangnya ke luar negara) adalah dari Putrajaya.

Apabila ditanya mengapa Maria dihalang meninggalkan negara ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan tidak perlu perlu memberi sebab-sebab larangan tersebut.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Video Lelaki Tendang Isteri Dalam Pantang Jadi Viral, Mangsa Enggan Buat Laporan

Kuantan: Rakaman video seorang lelaki dayus yang sanggup menendang seorang wanita yang dipercayai isterinya yang masih berpantang selepas melahirkan anak kedua menjadi viral.

Kejadian itu dilihat berlaku di sebuah premis dobi layan diri di Jalan Wong Ah Jang di sini.

Dalam kejadian yang berlaku antara pukul 4-5 petang itu, suspek berusia dalam lingkungan 30-an bertindak demikian selepas tidak berpuas ahti dengan isteri.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila suami mangsa yang berada di depan premis membaling bakul plastik ke arahnya sebelum masuk dan menendang pinggang wanita berkenaan hingga mengakibatkan lelaki itu turut terjatuh kerana terpijak baju di atas lantai.

Selepas itu, kelihatan anak mangsa datang memeluk ibunya yang dilihat sedang menahan sakit di bahagian punggung.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis sudah bertemu dengan wanita berusia lingkungan 20-an itu dan mengambil keterangan daripadanya untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Saya sudah tonton video yang berdurasi selama seminit itu dan melihat sendiri bagaimana kejadian itu berlaku, namun mangsa enggan membuat laporan kerana tidak mahu polis mengambil tindakan terhadap suaminya," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Beliau berkata, polis tidak dapat memastikan punca kejadian itu dan akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan selanjutnya bagi memastikan suami mangsa mendapat hukuman atas perbuatan dilakukan. - Siakapkeli.my

Read more ...

Petani terkejut temui bayi di depan rumah

Seorang petani di daerah Serian dikejutkan dengan tangisan seorang bayi perempuan tidak berpakaian dipercayai ditinggalkan di hadapan rumahnya awal pagi semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar bayi tersebut kesejukan dan hanya diletakkan di atas kerusi di hadapan rumah petani itu.

Petani berusia 51 tahun yang enggan dikenali itu membuat laporan polis sejurus penemuan bayi tersebut.

Dev berkata hasil siasatan awal polis di lokasi penemuan itu turut menjumpai gunting yang dipercayai digunakan untuk memotong tali pusat bayi malang itu.

Katanya, polis telah menahan seorang wanita berumur 26 tahun yang tinggal tidak jauh dari tempat bayi berkenaan ditemui, kurang tiga jam setelah laporan polis dibuat.

Suspek telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan kerana ditemui dalam keadaan lemah.

Kes disiasat di bawah seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan anak berusia bawah 12 tahun.

- Bernama

Read more ...

Pesawat berpatah balik ke LTSAAS susulan ancaman bom

SUBANG: Sebuah pesawat komersial menuju ke Singapura terpaksa berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) selepas menerima panggilan ancaman bom dalam pesawat itu tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *