Akhirnya, yang dinanti-nanti telah tiba. Sukan Olimpik di Rio telah pun bermula! Fuh!!! Adakah penantian Malaysia untuk mendapatkan pingat emas buat kali pertama di Sukan Olimpik akan berakhir pada temasya kali ini? Abang Nara masih teringat lagi betapa kecewanya diri ini apabila Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan pada Sukan Olimpik London 2012. Bergenang air mata ini kesedihan.
Untuk Sukan Olimpik Rio 2016, Abang Nara dapat rasakan Malaysia akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas. Antara beberapa atlet yang Abang Nara menaruh harapan tinggi ialah:-
1.Lee Chong Wei
Sukan Olimpik kali ini adalah Sukan Olimpik terakhir untuk beliau. Sudah pasti Lee Chong Wei ingin menamatkan kariernya dengan sebutir pingat emas Sukan Olimpik. Semangat beliau pasti berada di tahap tertinggi. Prestasinya pun amat memberangsangkan kebelakangan ini. Semoga tuah menyebelahi Lee Chong Wei kali ini.
2.Pandalela Rinong
4 tahun lalu, Pandalela Rinong telah merangkul pingat gangsa di Olimpik London. Serius terharu ketika mendengar lagu Negaraku dikumandangkan bersempena kemenangannya. Dengan lebih banyak pengalaman yang telah ditimba, Abang Nara yakin Pandalela mensasarkan emas di Sukan Olimpik Rio.
3.Azizulhasni Awang
Setiap kali melihat aksi Azizulhasni Awang di atas litar lumba basikal, hati Abang Nara akan berdebar-debar. Aksinya cukup memukau dan mendebarkan. Jika di Sukan Olimpik London 2012 Azizul pulang dengan tangan kosong, Abang Nara cukup yakin kali ini sekurang-kurangnya pingat gangsa akan menjadi miliknya. Insya Allah kalau ada rezeki, siapa tahu Azizul akan menjadi atlet pertama Malaysia merangkul pingat emas olimpik.
Selaku seorang rakyat Malaysia yang tidak mahu terlepas sebarang aksi penuh bersejarah atlet-atlet negara dalam misi mengejar pingat emas pertama Sukan Olimpik, Abang Nara dah pun download applikasi HyppTV Everywhere. Aplikasi ini memang terbaik untuk melayan Sukan Olimpik Rio 2016, lebih-lebih untuk orang macam Abang Nara yang jarang ada depan televisyen. Kalau korang tak download, memang rugi yang amat. Antara ke'best'an HyppTV Everywhere ini adalah:-
1. PERCUMA. Tak perlu bayar apa-apa, dan aplikasi ini boleh dimuat-turun oleh semua orang tidak semestinya pelanggan UniFi atau Streamyx sahaja yang boleh menonton program best best di aplikasi HyppTV Everywhere ini. Cuma download aplikasi (search HyppTV Everywhere) di Google Play Store atau pun di Apple App Store, register melalui telefon no atau Facebook. Dapat tengok TV dah.2. Boleh tonton di smartphone, tablet dan juga laptop. Maksudnya anda boleh melihat setiap detik bersejarah perjuangan atlet kita di mana-mana sahaja. Dalam toilet pun boleh3. Ada 7 saluran PERCUMA ( HyppSports HD Ch. 720 – 726) untuk kesemua 42 sukan yang dipertandingan di Sukan Olimpik Rio 2014. Korang cuma perlu daftar menggunakan nombor telefon/Facebook selepas download aplikasi HyppTV Everywhere. Ini semua bersempena semangat4. Untuk pengguna Umobile, tiada caj data yang dikenakan untuk streaming HyppTV Everywhere, Ia adalah PERCUMA!5. Kalau g una Wifi, tak payah pening kepala nak fikir limit kuota data korang. Senang begitu!!!
Senang je cara download dia:
Best kan? Abang Nara wajibkan semua pembaca BeautifulNara untuk mendownload aplikasi HyppTV Everywhere ini sekarang jugak. Abang Nara tak nak korang terlepas satu detik pun saat-saat atlet negara kita berjuang untuk meraih pingat emas Sukan Olimpik pertama Malaysia. Kalau terlepas, memang rugi yang amat. Maklumat lanjut, layari www.tm.com.my/rio2016.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.