Recent Post

Wednesday, July 13, 2016

Baca & Tulis Novel Tanpa Had Dengan Applikasi NovelPlus

Membaca adalah jambatan ilmu. Abang Nara suka membaca. Dah tua-tua ini Abang Nara lebih suka baca majalah, suratkhabar dan juga penulisan di blog. Namun ketika muda remaja dulu, selalu juga Abang Nara beli novel untuk dijadikan bahan bacaan sebelum tidur. Setakat novel Lagenda Budak Setan tue Abang Nara dah khatam 5,6 kali. Hehehe.

novelplus

bergenang gak baca novel Ahadiat Akashah nie

Sekarang ini memang terlalu banyak novel Melayu di pasaran. Kalau nak beli kesemuanya, memang boleh habis duit gaji. Oleh kerana itu, hari ini Abang Nara nak perkenalkan satu applikasi yang diberi nama NovelPlus yang membolehkan kita membaca dan juga menerbitkan novel secara PERCUMA tanpa sebarang had.

novelplus

Applikasi NovelPlus ini boleh dimuatturun secara percuma di Google Play Store dan jugak Apple App Store. Selalu kalau disebut percuma, orang kita ini akan syak wasangka sikit dengan kualiti yang diberikan. Namun jangan risau kerana novel-novel di dalam applikasi NovelPlus ini semua power-power belaka. Tengok senarai novel yang "top" pun dah boleh tahu ke'best'an applikasi ini.

novelplus

Selain membaca, NovelPlus juga menyediakan platform untuk mereka yang bercita-cita menjadi penulis novel. Abang Nara pasti ramai di luar sana yang kreatif dan bercita-cita untuk menerbitkan novel sendiri. Tapi biasalah dunia penulisan ini bukan mudah untuk diceburi. Nak kena cari penerbit, proof readers, pelukis muka depan dan macam-macam lagilah. Dengan NovelPlus semua itu tidak diperlukan. Anda hanya perlu menghantar karya anda dan ia akan boleh dibaca oleh ribuan pengguna applikasi ini. Silap haribulan novel karangan anda akan jadi popular dan terus diadaptasi menjadi drama. Bukan ke best?novelplus

Selain itu ada kita selaku pembaca juga boleh menyimpan sebagai koleksi perpustakaan peribadi dan menguruskan novel kegemaran mereka di rak untuk senang buat pilihan di masa hadapan. Kira macam ada rak buku sendiri la. bhttp://www.novelplus.co juga turut menyediakan kesan khas kepada pengguna. Anda boleh menukar fon anda, kecerahan, membolehkan mod flip atau anda juga boleh melaraskan pembacaan anda ke dalam mod malam untuk membaca dengan lebih mudah sebelum tidur. Mana-mana yang sesuai dan paling best untuk keselesaan anda. Selain itu boleh juga kongsikan novel kegemaran anda kepada rakan-rakan, family tercinta, awek-awek dan pakwe-pakwe melalui sistem sharing NovelPlus.

novelplus

Kesimpulannya, kalau anda suka membaca dan ada niat untuk menjadi penulis novel, silalah muat turun applikasi NovelPlus hari ini juga. Abang Nara berani jamin anda akan puas hati dan tak berhenti membaca. Maklumat lanjut layari www.novelplus.co dan juga Facebook NovelPlus.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

MCA cadang pasukan khas ASEAN perangi jenayah culi... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 13 Julai 2016 By Bernama

MCA mencadangkan negara-negara anggota Asean supaya berganding bahu bagi menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memerangi jenayah culik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di perairan Sabah.

Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Paul Kong Sing Chu menyarankan pasukan itu dianggotai negara-negara berkenaan terutamanya Indonesia, Filipina dan Malaysia, dan merangka pelan kecemasan untuk menghapuskan pangkalan kumpulan militan itu.

"Saya menyeru Malaysia dan Asean supaya bersama-sama menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk menghapuskan anggota kumpulan militan Abu Sayyaf yang bersembunyi di selatan Filipina dan menyelesaikan sepenuhnya krisis keselamatan terbesar yang wujud di luar pesisir Sabah.

"Hanya dengan tindakan bersama, militan Abu Sayyaf dapat dihapuskan sepenuhnya bagi mengembalikan keselamatan dan keamanan di Sabah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini susulan kes penculikan terba ru melibatkan tiga nelayan Indonesia oleh sekumpulan lelaki berhampiran Lahad Datu minggu lepas.

Kong, yang juga pengerusi MCA Bahagian Penampang, berkata jenayah yang sering berulang itu mencemarkan nama baik Malaysia serta menjejaskan industri pelancongan Sabah dan merosakkan kredibiliti dan kecekapan pihak penguatkuasaan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negara-negara Asean boleh belajar daripada rakan sejawatan mereka di peringkat antarabangsa dalam menangani lanun Somalia, termasuk usaha 'Operation Ocean Shield', Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersama negara rakannya dan 'Operation Atalanta' Kesatuan Eropah (EU) bersama-sama rakannya, sehingga berjaya membendung serangan lanun Somalia.-13/7/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Pembunuhan di Nilai : Lelaki Mengaku Belasah Isteri Bersama 3 Rakan Lain Guna Helmet, Kayu Mop dan Payung Hingga Mati

NILAI, 12 Julai - Pada mulanya dia memberitahu polis bahawa dia menemui isterinya tidak bernyawa di ruang tamu rumah dalam keadaan lebam.

Memainkan watak suami yang kesedihan, dia kemudian membuat laporan polis mengenai kematian isterinya itu.

Namun polis tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh lelaki itu.

Selepas disoal siasat oleh pihak polis, lelaki berkenaan kemudian ternyata mengaku memukul isterinya bersama tiga rakan lain - dua lelaki, seorang wanita - sehingga mati.

‎Dalam kejadian di rumah sewa di Flat Taman Semarak pada 4 Julai lalu itu, isteri mangsa berusia 25 tahun itu ditemui terbaring tidak bernyawa di ruang tamu rumah yang baru disewa dua bulan bersama tiga yang lain.

‎Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat dipukul dengan objek tumpul berikutan terdapat kesan luka dan darah di belakang kepala mangsa.

"Kita telah menahan suami mangsa berusia 22 tahun dan rakan nya berusia 25 tahun sejurus kejadian. ‎"Hasil siasatan awal kedua-dua mereka mengaku memukul mangsa bersama dua lagi lelaki dan seorang perempuan yang dikenali,"katanya.

‎Menurutnya, suspek bertindak memukul mangsa dengan menggunakan helmet, kayu mop, kayu bulat dan payung.

"Suspek telah membuang barang-barang tersebut ke dalam Sungai Mahang bagi menghapuskan bukti. ‎"Suspek kemudiannya membuat report di balai polis dengan mendakwa isterinya ditemui tidak bernyawa selepas tiga hari dia tidak pulang ke rumah,"katanya.

‎Zaldino berkata, polis telah merampas barang-barang yang digunakan suspek yang ditemui ditepi dan dalam Sungai Mahang.

‎"Antara barang yang dirampas ialah dua batang cerut, satu kayu bulat, satu kayu mop, dua helmet, plastik hitam, payung, tuala putih dan tali pinggang.

‎"Semua barang ini dijadikan senjata memukul mangsa dan tuala digunakan untuk cuci dan lap darah mangsa ditempat kejadian,"katanya.

‎Menurutnya, dua la gi suspek iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berusia 20-an telah ditahan di Selangor semalam, bagi membantu siasatan.

‎"Motif kejadian dipercayai cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sumber : Sinar Online

Read more ...

'Elak ketegangan, ASEAN perlu bincang dengan China'

ASEAN perlu berbincang dengan China bagi mempercepat pencapaian Kod Tata Cara (CoC) mengenai Laut China Selatan ketika meningkatnya ketegangan dan kebimbangan keselamatan.

Ini susulan tercapainya keputusan bersejarah oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA) di The Hague semalam terhadap China berhubung pertikaian maritimnya dengan Filipina, kata penganalisis Malaysia.

Geostrategis Prof Dr Azmi Hassan berkata keputusan itu sewajarnya menjadi pendorong bagi ASEAN, terutama empat negara pembuat tuntutan yang mendesak China menerima CoC.

Beliau berkata penggubalan dan pemuktamadan CoC, yang terhasil dari Perisytiharan Tata Cara (DoC) Pihak-pihak di Laut China Selatan ditandatangani pada 2002 oleh 10 negara anggota ASEAN, telah berlarutan begitu lama tanpa kelihatan banyak kemajuan.

Selain Filipina, negara-negara penuntut ASEAN yang lain ialah Brunei, Malaysia dan Vietnam.

"ASEAN perlu mengambil langkah berani dan menggunakan kelebihan itu (keputusan mahkama h) bagi memaksa China menandatangani CoC.

"Tidak ada lagi sebab untuk China menangguhkannya," kata beliau.

Bercakap kepada Bernama, Azmi berkata ketika negara-negara penuntut ASEAN mesti tegas dalam mendesak hak mereka, negara-negara anggota perlu berhemah ketika berurusan dengan China dan tidak mencetuskan provokosi seterusnya.

"ASEAN juga perlu berusaha bersama untuk mengendurkan ketegangan," katanya.

Dalam keputusan bersejarah itu, tribunal tersebut menetapkan bahawa China tidak mempunyai hak dari segi sejarah terhadap perairan Laut China Selatan yang kaya dengan sumber itu.

Ia juga memutuskan bahawa China tidak mempunyai asas perundangan untuk menuntut sumber dalam apa yang dipanggil garisan "sembilan sempang".

China tidak menyertai atau mengiktiraf prosiding itu sejak ia bermula tahun lepas, dan menyifatkan keputusan itu sebagai 'unilateral', pendirian yang dilihat banyak pemerhati sebagai menunjukkan tentangan yang mungkin memburukkankeadaan.

Azmi meramalkan keputusan PCA itu tidak akan menghalang strategi China, malahan, mungkin mempercepat pembinaan fasiliti negara itu di Scarborough Shoals.

Seorang lagi penganalisis, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Jabatan Kajian Antarabangsa, Universiti Malaya, berkata China tidak akan 'kow tow' (tunduk) kepada keputusan PCA itu.

Sebaliknya beliau meramalkan republik itu akan meningkatkan kehadiran tenteranya di wilayah itu sebagai menentang keputusan berkenaan.

Beliau berkata ini mungkin pula menyebabkan tindak balas oleh Filipina dan negara-negara penuntut yang lain.

"Ini kerana China tidak saja rasa tersinggung dengan keputusan itu tetapi juga melihatnya sebagai percubaan oleh Barat membantut strategi utamanya unt uk menjadi sebuah superpower global yang lebih besar.

"Dan oleh kerana China telah menggunakan begitu banyak tenaga dan wang, termasuk membina fasiliti di kawaan berkenaan, saya lihat ia tidak akan tunduk kepada keputusan itu, atau begitu mudah berundur dari kawasan itu," kata beliau.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *