Friday, January 15, 2016
Siapa Rene Angelil? Lima fakta tentang suami Celine Dion
(31 GAMBAR)Aiman Hakim Ridza, Ayda Jebat & Aidit Noh Dalam Drama Sesal Separuh Nyawa
Lakonan Aiman Hakim Ridza dan Ayda Jebat dalam drama-drama mereka sebelum ini seringkali mewujudkan fenomena di kalangan para pencinta drama Melayu. Itu yang Abang Nara apabila mereka berdua bergandingan untuk drama "Sesal Separuh Nyawa", yang bakal ditayangkan secara ekslusif menerusi HyppTV. Tak sabar rasanya nak melihat chemistry di antara Aiman dan Ayda.
Sesal Separuh Nyawa yang diarahkan oleh Michael Ang ini menceritakan tentang 2 orang sahabat baik iaitu Fara (Ayda Jebat) dan Razlan (Aiman Hakim Ridza) yang mempunyai hubungan suka dan kadangkala benci antara satu sama lain. Konflik berlaku apabila fara mengesyaki kakak tiri Razlan, Melissa (Nina Nadira) cuba untuk menggodanya. Sementara itu marah akibat lamaran cintanya ditolak Fara, Fendi (Aidit Noh) telah menyerang Melissa sebagai tindakan untuk membalas dendam.
Abang Nara dapat rasakan drama ini bakal mempopularkan nama Aidit Noh. Aidit mempunyai kualiti lakonan yang bagus dengan pakej yang cukup lengkap. Dengan watak yang agak penting di dalam drama Sesal Separuh Nyawa ini, pastinya nama Aidit akan melonjak naik.
Turut menjalani penggambaran di Amsterdam, sila pastikan anda tidak terlepas menonton drama Sesal Separuh Nyawa yang akan ke udara sebanyak 30 episod ini di saluran HyppSensasi HD (HyppTV saluran 118) bermula 18 Januari, setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9 malam. Abang Nara berani jamin korang akan jatuh cinta dengan drama ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Adakah Sara Ali Kini Sudah Berhijab?
SUAMI ENGGAN LEPASKAN ZAHNITA WILSON
Abd. Backery Ghouse Abd. Gafor, 38, enggan melafazkan cerai kepada model dan pelakon Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 31, dalam prosiding kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam semalam.
Ini kerana suami Zahnita masih lagi mempunyai perasaan sayang dan ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibina.
Ahli perniagaan tersebut memaklumkan yang beliau telah mendapatkan khidmat kaunseling dari jabatan agama Islam yang berdekatan dan pihak swasta bagi tujuan tersebut.
Perkara tersebut dimaklumkan di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria dalam sebutan pertama prosiding kes tuntutan perceraian yang difailkan Zahnita, 31.
Alasan Abd. Backery tidak mahu melepaskan (menc eraikan) isterinya itu adalah kerana tindakan isterinya yang memohon cerai secara tiba-tiba.
Sementara itu, Abd. Backery memberitahu pemberita, sebelum ini hubungannya dengan Zahnita baik. Namun, Zahnita membuat keputusan untuk keluar daripada rumah mereka pada 13 Disember lalu.
Terdahulu, Zahnita telah memfailkan penceraian kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman antara satu sama lain dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak 13 November 2015.
Zahnita memfailkan permohonan perceraian itu pada 31 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Selain perceraian itu, Zahnita turut memfailkan tuntutan hak penjagaan anak (hadanah) sementara dan kekal.
Zahnita diwakili peguam syarie, Suriany Awaludin manakala Backery diwakili peguam syarie, Yusfa Haris Yussoff.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 2005 dan dikurniakan dua anak perempuan, Zahrafeena, 9, dan Zasharayna, 3.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Februari ini untuk sebutan semula kes berkenaan bagi lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Sumber: UM
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomâBadan Jadi Kurus Bukan Sebab Sedihâ â Fasha Sandha
Pelakon wanita Fasha Sandha menafikan dirinya menjadi kurus bukan disebabkan perasaan sedih tetapi atas faktor lain iaitu tidak makan pada waktu malam.
Walaupun hakikatnya dirinya benar-benar bersedih namun Fasha tidak tunjukkan kesedihan itu di hadapan orang ramai.
Malah dia yakin dengan dirinya sebagai wanita yang kuat dan tabah untuk hadapi sebarang dugaan dan cabaran.
Jangan biarkan perasaan negatif itu dijadikan alasan sehingga kehidupan menjadi tidak terurus dan 'terabai'.
Apa-apa pun, ramai peminat Fasha yakin dengan dirinya mampu mengatasinya masalah yang dihadapi.
Lebih-lebih lagi mengenai soal rumahtangganya dan enggan mengulas lanjut untuk menceritakan segala-galanya. Diharapkan Fasha terus tabah.
Sumber BH OnlineDiolah Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 15 Jan 2016
'Kata Lapar, Tak Ada Pula Mahasiswa Datang Minta Bantuan Di Pejabat HEPA'
Apek Senario Luah Rasa Terharu, Dedah Ada Rancang Buat 'Comeback'
Malah mungkin ada dalam kalangan kanak-kanak kini yang tidak pernah tahu siapakah "Senario".
Namun bagi mereka yang lahir pada era 80-90 an, nama kumpulan ini mungkin masih segar lagi dalam ingatan kerana mereka membesar bersama hiburan-hiburan mencuit hati yang dibawa oleh kumpulan ini.
Baru-baru ini, laman Facebook Siakapkeli Press ada berkongsi beberapa gambar kumpulan tersebut di wallnya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizens yang rata-rata mahukan kumpulan Senario 'kembali' ke arena seni tanah air.
Salah seorang ahli kumpulan Senario, Saiful Apek berkongsi gambar-gambar tersebut dan membuat luahan rasa terharunya kepada peminat-peminat yang masih mengingati mereka di Facebooknya.
"Terima Kasih pd semua yg komen, masih support & sentiasa cerita kebaikan kami. ", tulis Apek.
Apek juga berk ata Senario sememangnya ada membuat perancangan untuk membuat 'comeback' tapi tidak lagi menggunakan nama 'SENARIO' kerana ia bukan hak milik mereka.
"sbagai 'pengubat rindu' & memenuhi permintaan ramai, mmg dah lama kami buat perancangan comeback tp tidak lagi menggunakan nama 'SENARIO' sbb ianya semua hakmilik TV3, d mana sebelum2 ni kami juga sudah cadang & sarankan beberapa kali tp masih tiada respond positif hinggalah skrg."
Namun Apek juga berkata comback yang mereka rancangkan adalah dalam bentuk persembahan atau program TV.
"comeback kami ni juga adalah dlm bentuk persembahan / program tv (bukan dlm bentuk pertandingan). sama2 kita doakan, agar kami juga dpt melepaskan kerinduan utk bersama2 b'gabung semula utk merealisasikan segalanya, selagi kami masih sihat & masih ada. IN SHAA ALLAH "
Terima Kasih pd semua yg komen, masih support & sentiasa cerita kebaikan kami. sbagai 'pengubat rindu' & memenuhi...
Posted by Saiful Apek on Thursday, 14 January 2016 - Siakapkeli.myLelaki alami tekanan perasaan ganggu masjid
Seorang lelaki yang mengaku mengalami gangguan jiwa dan tekanan perasan akibat dibelenggu hutang dengan along bertindak di luar kawalan apabila membuat kacau di sebuah masjid di Lekir, dekat Lumut kelmarin.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata suspek yang berumur 33 tahun masuk ke dalam Masjid Ar-Raudah, Batu 7 kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum bertindak membaling semua al-Quran dan kitab yang ada di rak.
"Selain itu suspek juga memijak al-Quran di lantai dan menyepahkan kain telekung serta sejadah.
"Selain masalah hutang dengan along suspek juga mengakui mempunyai masalah perbelanjaan keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Tengku Mohd Zailan berkata perbuatan suspek yang bekerja sebagai kontraktor pembinaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid selama 15 minit.
Katanya polis berjaya menahan suspek kira-kira pukul 2.45 petang hari yang sama dan kini direman selama empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Pengerusi masjid Abdul Rani Hashim,64, berkata kehadiran suspek ke masjid itu disedari beberapa pekerja pembinaan di perkarangan rumah ibadah tersebut, namun tidak mengesyaki sebarang kelakuan pelik.
"Seorang kariah masjid yang baru lepas mengambil wuduk kemudian terkejut melihat ruang solat utama dan bahagian solat wanita berselerak," katanya ketika ditemui semalam.
Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung Roslin Om pula kesal dengan kejadian itu dan berharap jawatankuasa surau atau masjid dapat meningkatkan rondaan untuk mengelak insiden sama berulang.
Sementara itu, di George Town, seorang kontraktor di Pulau Pinang hidup dalam ketakutan apabila menjadi buruan tujuh ah long selepas gagal membayar hutang berjumlah RM700,000.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata lelaki berusia 30-an itu membuat pinjaman RM100,000 dengan setiap ah long sejak tahun lepas, dan dia yang menghadapi masalah perniagaan gagal membayarnya sejak beberapa bulan lepas menyebabkan dia mula diganggu sejak Disember lalu.
"Lelaki itu yang tinggal di Bayan Baru, mula didatangi beberapa lelaki di rumahnya dan mengugut serta membaling batu sehingga cermin di kediaman dan kenderaannya rosak.
"Dia yang tidak tahan diganggu dan diugut ah long itu membuat laporan polis pada 6 Januari lepas dan hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan meminjam dengan tujuh ah long. Polis kini sedang mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu," katanya selepas operasi Kempen Penurunan Poster dan Kain Rentang Ah Long peringkat daerah Barat Daya semalam.
Lai berkata dalam operasi bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang itu, sebanyak 347 iklan kain rentang dan poster ah long yang ditampal pada bangunan, pokok, tiang elektrik, pondok telefon dan hub elektrik Tenaga Nasional Berhad, ditanggalkan.
Sementara itu, dalam operasi sama bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Timbalan Ketua Polis SPT Supt Mohd Sabri Mohamad berkata polis mengesan sindiket ah long di daerah itu yang menggunakan nombor telefon bimbit didaftarkan atas nama rakyat asing bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Berdasarkan siasatan, sindiket ah long di SPT mengiklankan perniagaan mereka di laman sosial dan menampal nombor telefon di kawasan awam. Hasil pemeriksaan mendapati mereka menggunakan banyak nombor telefon bimbit dan ia didaftar atas nama warga asing," katanya sambil memberitahu sejumlah 300 iklan ah long ditanggalkan semalam.
Beliau berkata sepanjang tahun lepas, seramai 15 orang termasuk empat wanita berusia 20 hingga 45 tahun ditahan kerana terlibat dengan sindiket ah long di daerah itu.
Di daerah Timur Laut, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata sebanyak 500 keping poster ah long diturunkan di Sungai Nibong, Jelutong, Pulau Tikus dan Tanjung Tokong.
Beliau berkata polis akan mengesan kumpulan yang memberi pinjaman wang tanpa lesen melalui nombor telefon bimbit yang tertera pada poster berkenaan.
"Sepanjang tahun lepas, polis menerima 61 laporan melibatkan kekasaran yang dilakukan oleh ah long dan menahan 10 lelaki berhubung kes itu," katanya.
- Bernama
Akhirnya Fizo Omar Memohon Maaf
Artikel berkaitan:
Serangan di Jakarta berakhir - Polis
PANAS! Respon Mengejutkan Dari Fazura Mengenai Isu Perkahwinan Shaheizy Sam
12 Shares
Share
Share
Share
Sebelum ini pelakon Fazura pernah menjadi viral di media sosial gara-gara tersalah faham komen seorang peminatnya di instagran. Malah disebabkan insiden tersebut dia telah kehilangan ramai pengikut di instagram dan isu ini telah menjadi bualan di media. – KECOH! Isu Dikecam Peminat, Fazura Ambil Tindakan
Dulu kecoh apabila dikatakan Fazura mengaku dia pernah bercinta dengan Shaheizy Sam ketika selepas mereka digandingkan di dalam filem 'Manisnya Cinta Di Cappadocia'. Namun, Sam menafikan perkara tersebut dan mengaku bahawa mereka hanya kawan biasa sahaja.
Mengenai isu perkahwinan Sam yang bakal diadakan tidak lama lagi ini, beliau menerima berita tersebut dengan hati terbuka dan mendoakan kebahagiaan Sam dan Syatilla. Malah, dia sudi ke majlis mereka jika dijemput.
"Saya gembira untuk mereka dan mendoakan agar Sam dan Tilla (Syatilla) bahagia ke anak cucu. Kalau dijemput, saya pergi untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka."
Namun, dia tidak berasa sedih dengan berita ini dan mengakui dia juga bersedia untuk menjadi isteri orang jika diizinkan tidak lama lagi.
"Saya bukan untuk dia dan dia bukan untuk saya. Saya gembira untuknya. Doakan yang terbaik dan terima kasih kepada semua peminat. Saya juga bersyukur kepada Allah atas rezeki dan rahmat daripada-Nya."
Apapun, perkara yang lepas jangan diungkit lagi. Mungkin jodohnya dengan orang lain Apapun, kami doakan supaya jodoh Fazura ditemui dalam masa terdekat. Siapa tahu mungkin lepas ini giliran dia pula berkahwin?
LAGI ARTIKEL MENARIK:
1,987 total views, 1,987 views today
Artis Malaysia, BeautifulNara, Facebook Artis, Facebook Fazura, Fazura, Fazura KimK, gosip, Gosip Artis, Gosip Artis Malaysia, Gosip Artis Terbaru, Gosip Artis Terkini, Gosip Fazura, Gosip Fazura Terbaru, Gosip Hangat, Gosip Hari Ini, Gosip Malaysia, Gosip Menarik Fazura, Gosip OHBULAN!, Gosip Sensasi, Gosip Terbaru, Gosip Terbaru Hari Ini, Gosip Terkini, Gosip Terkini 2016, Gosip Terkini Nur Fazura, GosipMalaysia, Hiburan, Hiburan dan Gosip Artis, Instagram Fazura, Izyan, Katak Comel, Mangga Online, Media Karangkraf, Murai, MyArtis, Ohbulan, Oktavita, Rotikaya, Selebriti, Selebriti BeautifulNara, Selebriti Malaysia, Twitter FazuraPopular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...