Recent Post
Showing posts with label Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah. Show all posts

Monday, July 13, 2015

Saman PM terhadap Harakah berhubung 1MDB didengar 23 Julai

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kepada 23 Julai untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan Harakah dan Harakahdaily dalam saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri berhubung isu 1MDB.

Hakim, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar As-Sidek, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Nor Emilia Iszeham, mewakili Najib, serta peguam Mohamed Hanipa Maidin, bagi pihak Harakah dan Harakahdaily.

Mohd Hafarizam ketika ditemui pemberita berkata, sepatutnya hari ini mahkamah akan mendengar permohonan itu, tetapi ditangguhkan selepas defendan pertama (Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob) memohon masa untuk meneliti dokumen berkaitan yang diperoleh Jumaat lalu.

Najib memohon untuk membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan itu, berkaitan dakwaan ulasan yang adil dan perlindungan bersyarat, yang difailkan defendan. Najib memfailkan saman pada 18 Mac tahun ini dengan menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya, sebagai defendan. Saman itu membabitkan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari berkaitan isu dana 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau sudah menyalah guna dana 1MDB. Oleh itu, kata beliau, penerbitan artikel itu telah menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa. Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulisnya sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana Menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya. Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan artikel berkenaan. - BERNAMA

Read more ...

Friday, July 10, 2015

Lempar Daging Khinzir Ke Masjid, Penjara 3 Bulan

Mekanik Lee Tiaw Chong, 41, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah bagi kesalahan mencemarkan masjid dengan melempar cebisan daging khinzir ke Masjid Jamek Jalan Telaga Air pada Februari lepas. - Foto BERNAMA

BUTTERWORTH – Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi kesalahan mencemarkan masjid dengan melempar cebisan daging khinzir, pada Februari lepas.

Lee Tiaw Chong, 41, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.

Tertuduh didakwa membaling cebisan daging khinzir di depan Masjid Jamek, Jalan Telaga Air dengan niat mengaibkan agama pada 1.30 pagi, 6 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Lee merayu kepada majistret supaya menjatuhkan hukuman ringan kerana perlu menanggung dua orang anak dan isteri serta mempunyai hutang rumah yang perlu dilangsaikan. – BERNAMA

https://youtu.be/18Xg2d56WDc

Lempar Daging Khinzir Ke Masjid, Penjara 3 Bulan

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *