Monday, October 19, 2015
"Kami sudah tidak tahan bau masam kicap" - Penduduk
"SAMPAI BILA-BILA PUN SAYA TAK AKAN PADAM GAMBAR BIKINI ITU" - JULIA ZIEGLER
Julia Ziegler, 30, sebelum ini hangat diperkatakan apabila dia berkongsi gambar berbikini ketika percutiannya ke Pulau Redang.
Pelakon tersebut memaklumkan pemakaian bikininya adalah bersesuaian dengan situasi dan tempat yang dilawatinya, iaitu sebuah pantai.
Terkini Julia bertegas yang dia tidak akan membuang gambar-gambar bikininya sampai bila-bila walaupun ramai peminat yang memintanya berbuat demikian.
"Kenapa saya perlu tunduk dengan kehendak segelintir pihak yang mahu saya memadamkan gambar berkenaan sedangkan secara jelasnya saya tidak melakukan sebarang kesalahan?
"Saya tahu diri saya. Lagipun, gambar itu dimuat naik dalam akaun Instagram milik peribadi saya dan bukannya meminjam akaun in dividu lain.
"Kalaupun ada pihak yang 'terganggu' selepas melihat gambar tersebut, saya sendiri juga tidak pernah memaksa orang lain untuk melihatnya.
"Malah saya bertanggungjawab sepenuhnya... Sebab itu saya bertegas untuk tidak akan memadamkan gambar berkenaan sampai bila-bila
Julia juga melahirkan rasa kesalnya dengan sikap sesetengah manusia yang suka menilai orang dari segi luaran semata-mata.
"Semua orang nak menjadi baik tapi macam mana perkara itu boleh berlaku jika berterusan dihentam oleh pihak yang gemar mencari kesalahan.
"Apa yang sangat saya kesalkan dengan sikap segelintir pihak yang gemar menilai luaran seseorang dan terus membuat kesimpulan sendiri. Saya juga manusia biasa yang melakukan kesilapan.
"Kalaupun saya ada melakukan kesilapan, tidak bolehkah ditegur dengan cara berhemah berbanding dilemparkan kata-kata sinis.
"Konflik sebegini yang buat saya tidak sedap hati sepanjang dalam proses bermuhasabah diri.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomAnak Mangsa Dedah Maria Farida MENGAMALKAN Ilmu Hitam Hancurkan Rumah Tangga Orang
'Bangla Tu Memang Kurang Ajar!'
"Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotor pun," katanya.
Menurut seorang pengguna Facebook, Eira Irya Annuar, yang mendakwa mengenali lelaki terbabit mendakwa, dia memang seorang yang panas baran.
"Dia ini memang baran sangat. Bini dah banyak kali lari dari rumah sebab kena pukul. Baru bulan lepas masuk lokap kes pukul bini tetapi terlepas hukuman sebab dalam proses perbicaraan dia melarikan bini dia dari family dan paksa tarik balik report," katanya. Sementara itu, Atie Abdul Hamid pula enggan menjawab segala persoalan yang telah diajukan padanya di laman Facebook dan hanya menyerahkan pada pihak polis untuk jalankan siasatan. "Terima kasih yang PM inbox saya. Punyalah banyak, memang tak dapat nak balas dan baca. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak polis," katanya. - THEHYPEMEDIA.COMJEREBU : Sekolah Ditutup Lagi Esok (19 Okt 2015)
Melalui satu status facebook oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berikut adalah sekolah-sekolah yang akan ditutup esok.
Penganjur 'himpunan selamatkan S'gor' akan dipanggil polis
Polis akan memanggil dalam masa terdekat penganjur Himpunan Selamatkan Selangor yang diadakan semalam di bangunan Umno bahagian Ampang untuk siasatan.
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata pihaknya sebelum ini menjangkakan perhimpunan itu berlangsung di perkarangan sebuah pusat beli-belah di Ampang, namun peserta sebaliknya berkumpul di perkarangan bangunan Umno berkenaan.
"Polis akan siasat dari setiap aspek dan kita telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan menyertai perhimpunan aman itu bagi menggesa kerajaan negeri mengotakan janji pilihan raya untuk membina rumah mampu milik.
- Bernama
[ESOK BERMULA DEWAN RAKYAT, NAJIB BAKAL DISERANG] Najib kehilangan âtalian hayatâ PAS di Parlimen, Adakah BAJET 2016 akan DILULUSKAN dengan Senang?
Najib yang juga menteri kewangan diserang hebat kerana syarikat diilhamkannya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Skandal-skandal yang terpalit menyelubungi Najib ini menyebabkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan daripada PKR mengemukakan notis untuk mencadangkan usul undi tidak percaya terhadapnya.
Sesi Dewan Rakyat kali ini juga amat menarik kerana perubahan dalam susunan tempat duduk bagi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, melambangkang keadaan politik semasa di Malaysia pada hari ini.
Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sesi Dewan Rakyat lalu duduk bersebelahan dengan Najib sebagai timbalan perdana menteri, kini tempat itu digantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini duduk bersama j emaah menteri lain kini akan bersama ahli Parlimen biasa.
Bagi pihak pembangkang pula, berlaku perubahan tempat duduk apabila Parti Amanah Negara (Amanah) menggantikan mereka selepas tertubuhnya Pakatan Harapan.
Sidang Dewan Rakyat kali ini juga penting kerana Najib bakal membentangkan Bajet 2016.
PAS sokong undi singkirkan Najib Terdapat perkembangan baharu yang berlaku dalam PAS sejak akhir-akhir ini.
Jika sebelum ini parti Islam itu dikatakan sedang menjalankan "kerjasama" dengan Umno demi untuk melaksanakan hudud, perkembangan terkini menunjukkan sebaliknya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu pemberita di Kota Baru, Kelantan selepas "himpunan hijau" malam tadi parti Islam itu akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib sekiranya diadakan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Ia berbeza dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang mengatakan parti Islam itu tidak aka n menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib kerana ia merupakan "amalan tidak sihat" dalam demokrasi.
Minggu ini pada sidang media selepas Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa mengadakan pertemuan dengan PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan parti Islam itu masih belum berhasrat untuk mengadakan kerjasama politik dengan Umno.
Pada sidang media sama, Takiyuddin mengumumkan PAS tidak menghantar usul baharu untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung penguatkuasaan hudud di Kelantan.
Sehari sebelum PAS bertemu Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Tengku Razaleigh Hamzah dan pasukan "The Expendables" mengadakan sidang media bersama bagi menentang penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma terhadap pengkritik 1MDB.
Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li turut bercakap mengenai usul undi tidak percaya terhadap Najib.
Perkembangan ini merupakan alamat tidak baik kepada Najib apatah lagi selepas Majlis Raja-raja Melayu menggesa isu 1MDB diselesaikan dengan segera untuk memulihkan ekonomi negara.
Tanpa "talian hayat" daripada PAS, Najib perlu memastikan semua ahli Parlimen BN bersamanya ketika Muhyiddin, Ku Li dan Shafie sudah pasti tidak menyokong.
Apakah Muhyiddin, Ku Li dan Shafie langsung tidak mempunyai pengikut di kalangan ahli Parlimen BN?
Sekalipun Najib berjaya memastikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul undi tidak percaya terhadapnya, apakah jaminan Bajet 2016 akan disokong majoriti ahli Dewan? – 18 Oktober, 2015. TMI
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...