Recent Post

Saturday, September 19, 2015

'Saya Amat Benci Orang Cina ! Sebab ....' - Status Rasis Lelaki Ini Dapat Lebih 30,000 LIKE !!!



Status seorang pengguna Facebook, Eddie Putera, yang menceritakan perasaan 'tidak sukanya' kepada orang India dan Cina di Malaysia menjadi viral di media sosial sehingga dikongsi lebih 10,000 kali di Facebook dalam masa kurang 2 hari. Secara ringkasnya, status berkenaan menceritakan alasan lelaki tersebut tidak menggemari kaum Cina dan India. Tetapi jangan salah faham, ia bukannya rasis. Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara Eddie Putera menyampaikan mesej tersebut. Status Eddie Putra : Puiii

Saya amat benci orang cina. Sebab dia orang bawa itu Cantonese Mee mari Malaya. Banyak sedap. Saya mau cuba bikin tapi tak sedap macam cina bikin. puiiiiiiSaya amat benci orang India sebab bawa itu banana leaf kari sini Malaya mari. Banyak sedap. Saya cuba bikin itu macam punya kari tapi tak jadi. puiiiiiiiiSaya tarak suka Cina Apek. Sebab dia bikin Chilli Crab manyak sedap. puiiii. Saya tarak wang mau makan crab. puiiiiiiSaya tarak suka Itu India uncle jual kacang depan CIMB. Dia punya kacang sedap. hari hari mau bili. puiiiii wang juga kasi habis.Kanena tiu na seng pundek.

Sudah sebati dalam kita punya hidup. Itulah warna warna indah hidup Malaysia.Cilaka orang cina banyak kaya makan babi. puiii. Dia kaya sebab dia rajin kerja maaaaa. kita kalau rajin pun boleh kaya maaaaaaa. Dia makan babi sebab dia punya ugama tarak marah. Kita punya ugama marah, so pergi makan ayam laaaa. lagi mau cerita.Pundek orang India minum todi. itu lu worang jangan jeles la.

Melayu tarak boleh minum to di, pergi minum air sirap laa. itu pun mau kasi gaduh ka?Itu Chan Maxby manyak tarak guna punya orang tua cina. Dia angkat gambar manyak cantik. kasi saya jeles. Andrew Boey pun wa menci, hari hari ada amoi cantik sana dia punya studio. puiiii. Kl Yeam saya benci. kasi racun saya macam macam camera.

Edward Chan lagi cilaka sebab manyak slim walaupun sudah tua. puiiiiii. Irene Chen saya juga benci sebab dia angkat gambar macam magic, banyak cantik.Muralidharan Nair banyak saya tarak suka itu India, sebab kasi saya banyak job photo golf , sampai saya tak boleh rehat. puiiii. Edward Saminathan memang tarak guna punya kaki, dia pigi cameron highlands tarak ajak saya. puiiiiii. Joe Beez saya tak suka juga, sebab masuk saya punya kelas, sekarang sudah pandai.Puiii la lu worang. Malaysia indah. Jangan kasi kacau sebab lu mau sana duduk atas curi kami punya freedom, kami punya harmony. 1000 kali puiiiii.

Read more ...

SUAMI DITAHAN POLIS - UMIE AIDA ANGGAP SEGALA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA


Menerusi akaun Instagram Datin Seri Umie Aida, suaminya, Datuk Khairuddin Abu Hassan telah ditahan polis di kediaman mereka petang semalam.

Menurut Umie Aida, suaminya telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.

"15 orang anggota polis tiba di kawasan rumah, lima hingga enam orang anggota polis naik ke rumah dan yang lain-lain di bawah. "Segala yang berlaku ada hikmahnya, yakin pada Allah, Insya-Allah," ujar Umie Aida dipetik sebagai berkata.

Dalam masa yang sama, Umie turut mendoakan agar keselamatan suaminya terjaga ketika berada dalam tahanan tersebut melalui akaun I nstagramnya.

Polis turut merampas beberapa barang peribadi milik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon bimbit dari kediaman mereka.



Sebelum itu, Khairuddin dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya, memaklumkan pihak PDRM telah meminta beliau hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan untuk diambil keterangan berhubung tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Khairuddin, pihak polis akan mengambil keterangan beliau berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland dan bakal dipanggil untuk proses siasatan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman pada hari Isnin depan jam 11 pagi.

Pada 20 Ogos lalu, Khairuddin mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank negara itu dan beberapa bank antarabangsa.

Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin turut memaklumkan beliau dan peguamnya, Mathias Chang telah telah dilarang daripada meninggalkan negara ini.

Khairuddin memberitahu, beliau terpaksa meleburkan segala kos persiapan untuk ke New York dan London berikutan larangan tersebut.

"Saya sepatutnya berlepas ke New York serta London jam 10.30 pagi hari ini (Jumaat) tetapi telah dilarang, disekat dan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan PDRM," jelas Khairuddin.

Dalam pada itu, Umie Aida turut mendapat sokongan ramai yang meminta beliau bersabar menempuh ujian itu selepas beliau memuat naik status berkenaan.

Status di Instagramnya sehingga pagi Sabtu mendapat lebih 3,200 like sementara d i Facebook pula dikongsi lebih 65 orang.

Artis-artis tempatan antaranya Betty Banafe, Datin Sofia jane, Nazia Mustafar, Nourul Wahab dan Salamiah Hassan turut memberi kata-kata semangat dan doa buatnya dan suami dalam menempuh ujian itu.

Sumber: myartisdotcom
Read more ...

Pendedahan BERANI MATI Tun Mahathir Mengenai MH370 Yang Sangat MENGEJUTKAN !



PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut.  Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.

 "Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.

 "Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya. Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.

 "Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi)," jelas Dr Mahathir. Semalam, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan. Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas.
Read more ...

Hubungan Cina, Melayu di tahap tidak baik

Padang Merbuk dipenuhi penyokong perhimpunan baju merah atau himpunan rakyat bersatu.

Padang Merbuk dipenuhi penyokong perhimpunan baju merah atau himpunan rakyat bersatu.
KUALA LUMPUR – Dua perhimpunan besar yang berlangsung di ibu kota iaitu Bersih 4.0 dan Himpunan Baju Merah menggambarkan hubungan etnik, khususnya Cina dan Melayu di negara ini, berada di tahap tidak baik.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, situasi ini boleh mencetuskan konflik yang lebih besar jika tidak diuruskan dengan baik.

"Ini bukan lagi soal baju kuning atau merah. Tetapi dua himpunan ini telah memperlihatkan manifestasi bahawa hubungan etnik Cina dan Melayu yang semakin tegang.

"Sedangkan selama ini kita hidup aman damai dalam tetapi kebelakangan ini berlaku cabar-mencabar antara kaum. Dalam hal ini, tiada sesiapa yang untung, bak kata pepatah kalau menang jadi arang, kalah jadi abu," katanya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan peserta yang memainkan isu perkauman di kedua-dua perhimpunan juga hanya akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

"Di persada antarabangsa kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang gagal menguruskan hubungan etnik. Semua ini bawa keburukan kepada negara kita," katanya.

Menurutnya, isu tersebut jika tidak akan timbul sekiranya rakyat Malaysia tidak menjadikan perhimpunan beramai-ramai sebagai satu budaya.

"Seperti kita tahu, kelakuan manusia tak dapat dikawal apabila berkumpul beramai-ramai. Yang penakut pun boleh jadi berani apabila dihasut.

"Kadang-kadang himpunan disabotaj dan keadaan menjadi huru-hara. Semua perkara ini tak dapat dielakkan dalam mana-mana perhimpunan," katanya.

Menurutnya, terdapat cara lain untuk rakyat mengusulkan tuntutan iaitu menerusi sistem demokrasi berparlimen.

"Bersih 4.0 membawa lima tuntutan, manakala himpunan baju merah ada 14 resolusi. Tetapi tak perlu pun semua itu dibawa melalui perarakan atau himpunan sebegitu.
"Sebab kita ada saluran yang lebih beradab melalui sistem demokrasi kita. Semua isu dan tuntutan itu boleh dibangkitkan oleh wakil rakyat di Parlimen," katanya.

Sumber: 1Malaysianews.com
Read more ...

'Mak, Ayah, Ijat Dah Berjaya'


Aku budak engin. Dulu aku masuk UIA dari direct intake. Mula-mula memang aku tak minat engin ni sebab aku more to education or tesl. Tetapi bila dapat je engin, mak aku punya happy, suruh aku masuk juga. Mak aku pujuk. "Cuba saja, nanti lama-lama insha Allah boleh," Then masuklah UIA, daftar. Parent aku punya happy, siap ambil cuti datang hantar aku naik kereta dari Perak. Awal pagi sebelum subuh dah bertolak.

Sampai di UIA pada waktu pagi, register. Tengah hari terus mak ayah aku balik sebab nak jimat, tak ada duit nak tidur di hotel. Family aku bukan orang senang. Abang, kakak, adik aku semua pandai. Abang aku belajar di US, kakak belajar di UK dan adik aku baru saja mendapat tawaran belajar di Aussie. Kiranya aku sajalah yang study di tempat local. Pokoknya, selama belajar engin di UIA, memang aku tak boleh follow dan jenis aku kalau dah tak minat something tu, memang aku takkan buat dan aku terus give up.

Sampailah my mom terus memujuk aku untuk terus mencuba. The worst part aku kena dismiss. Masa itu, dunia aku gelap. Tak tahu nak buat apa. Then aku slow talk dengan parent aku. Tengok air muka mereka berubah. Aku tahu mereka kecewa. Aku masuk bilik dan menangis. Ya, memang aku lelaki tetapi aku agak sensitif apabila tengok mak dan ayah aku sedih. Aku tahu mereka kecewa tetapi di depan aku, mereka sembunyikan perasaan itu.  Malam itu, aku tengok ayah aku selepas sembahyang, dia menangis sambil berdoa.  Esok, mak aku masuk ke bilik aku.  "Jangan putus asa, pergi office UIA dan buat rayuan. Jangan putus asa. Kenapa kita jatuh? Sebab kita boleh belajar untuk bangun sendiri.

Tak semua kejayaan datang dengan mudah," katanya. Aku menjadi sebak. Paling aku sebak bila mak dan ayah sekali lagi menghantar aku ke UIA naik kereta untuk menghantar surat rayuan. Bila kena dismiss, aku cakap cakaplah PTPTN kena tarik. "Jangan fikir soal duit. Ijat fokus belajar saja. Yuran semua nanti ayah bayarkan. Tak cukup duit, beritahu. Kalau tak ada duit pun, nanti ayah jual kereta ini.

Biar ayah pergi kerja naik motosikal sekalipun. Asalkan Ijat nak belajar je," kata ayah. Ya Allah, keluar air mata aku pada waktu itu. Sebab aku tahu mak aku dah bersara. Sekarang hidup pun bergantung pada gaji ayah sahaja. Nak minta tolong abang dan kakak? Mereka dah berkahwin dan sudah ada keluarga sendiri. Nak tolong sekali dua itu bolehlah kan?  Bila dapat masuk semula ke UIA, aku terpaksa bermula dari bawah sekali lagi. Aku semakin serius, belajar bersungguh-sungguh. Tetapi langit aku sentiasa mendung.

Masih ada subjek yang aku sangkut. Memang aku tak boleh masuk subjek itu. Dua kali repeat. Memang aku down.  Sekali lagi mak ayah aku banyak menasihatkan aku dan pujuk aku. Sebab aku jenis yang memang cepat berputus asa. Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah aku tak pandai macam adik beradik yang lain. Mungkin mak ayah kecewa dengan aku. Then, Alhamdulillah, aku lulus juga subjek itu selepas repeat tiga kali. Aku nekad nak membanggakan mak dan ayah. 

Masa aku third year, parent aku meninggal sebab kemalangan. Allah, berkecai unia aku. Aku lepas exam saja terus balik ke rumah. Sampai di rumah, jenazah dah siap dimandikan. Ada di ruang tamu.  Aku diam, tak mampu nak cakap apa tetapi air mata aku mengalir deras. Aku peluk mereka, cium pipi mereka, dahi mereka. Aku tak sempat nak tunjuk pada mak dan ayah yang aku dah berjaya nanti. Selepas dua hari, aku balik semula ke UIA sebab masih ada exam 1 paper lagi. Aku betul-betul down pada masa itu. Aku tak tahu apa yang aku jawab. Aku fail subjek itu. Subjek yang patut aku lulus dengan mudah tetapi aku fail. Aku redha, next sem nanti aku repeat balik. Sekarang, dah setahun lebih sejak mak dan ayah meninggal.

Di saat semua kawan aku habiskan degree 3 tahun, aku habiskan degree dalam masa 5 tahun setengah. Ya, memang lama sebab aku bodoh. Alhamdulillah, bulan 11 ini aku konvo. Tetapi hari konvo aku takkan sama dengan kawan-kawan yang lain tanpa mak dan ayah. Kalau mereka masih ada, tentu mereka pergi. Mak, ayah, Ijat dah grad sekarang. Dah berjaya. Ijat dah tunaikan harapan mak dan ayah. Ijat minta maaf tak dapat tunjuk sijil konvo lebih awal. Kalaulah Ijat tak kena dismiss hari itu, kalaulah Ijat tak kena repeat, mesti dapat grad lebih awal. Ijat minta maaf. Ijat akan sentiasa ingat pesan mak dan ayah. Moga mak dan ayah tenang di sana. - Ijat Kaison
Read more ...

Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?


Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang "gugur setandan" menubuhkan Parti Amanah Nasional (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.

Mengakui tidak mampu memperbaiki keadaan PAS dari dalam, Mohamad berkata tindakan mendoktrin dengan label - antara lain liberal, munafik haraki dan peguam neraka - oleh satu kumpulan dalam PAS tidak bersetuju dengan kumpulan lain, berlaku cukup ketara dan dilihat berbahaya.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, hal demikian jelas berlaku sewaktu pemilihan parti pada Jun yang menyaksikan kumpulan yang tak disukai, didoktrinkan dengan panggilan itu.

Lebih membimbangkan lagi, kata Mohamad tindakan mengkafirkan sesama kumpulan umat Islam yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya, telah meresapi umat Islam di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

"Saya melihat ia satu trend yang berbahaya kepada parti (PAS), Malaysia dan umat Islam. Oleh tu, wadah baru ini (AMANAH) perlu dijelmakan untuk memperbetulkan semula konsep Islam yang sewajibnya membawa rahmat ke seluruh alam.

"Konsep itu sudah menjadi malapetaka, kerana tersalah urus, tersalah tafsir. Parti Amanah Negara menjadi satu rahmat kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, untuk bawa aliran tajdid kepada orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Antara wakil rakyat yang tewas dalam permilihan dan meninggalkan PAS adalah beberapa ahli parlimen dan ADUN antaranya MP Sepang Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terenganu), Aminoul Huda (Parit Raja) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, pemimpin yang dikenali Mat Sabu itu berkata penguasaan segelintir kumpulan khusus sebagai anggota badan eksekutif PAS dalam Majlis Syura Ulama turut menjadi punca pemimpin meninggalkan PAS.

Apatah lagi, kata Mohamad, anggota Majlis Syura yang dilantik selama lima tahun dianggap sukar membuat perubahan dalaman, menyebabkan beliau dan rakan-rakan memikirkan menubuhkan parti baru yang membawa motto 'Islam rahmat kepada semua'.

Hanya ketawa dengar soalan

"Saya antara orang yang menjulang (mendacangkan) kepimpinan ulama (suatu ketika dulu), sehingga wujud Majlis Syura (Ulama PAS). Dahulu orang (tokoh) yang terlibat dalam Majlis Syura kurang terlibat dengan majlis eksekutif.

"Misalnya, ada pensyarah, bekas mufti, ilmuan, (mereka) tak kira parti sangat. Tetapi kebelakangan ini, mereka yang terlibat dengan Majlis Syura, adalah orang yang terlibat dalam eksekutif sama ada AJK Dewan Ulama dan AJK Pusat itu sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pengaruh dan kemasukan graduan Timur Tengah ke dalam PAS yang membawa balik pemikiran dari Mesir dan negara lain tanpa melihat realiti di Malaysia antara punca pemimpin PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan AMANAH.

"Pemikiran itu dibawa tanpa melihat suasana sosial dan ekonomi di Malaysia. Inilah yang kita kata berlaku gugurnya setandan pemimpin lama dalam parti itu.

"Pengaruh daripada Timur Tengah melanda dan kita kena melihat, kehebatan Ikhwan Muslimin dari sudut dakwah, tarbiyah, ketahanan dalam perjuangan tapi kita kena akui kegagalan mereka dalam pemerintahan," katanya.

Sehubungan itu, dengan kewujudan AMANAH, Mohamad berharap ia menjadi usaha untuk membendung masalah itu, walaupun dianggapnya masih di peringkat awal, dibimbangi kesan seperti yang berlaku seperti di Timur Tengah melanda negara.

"Maka jika tidak tak diubat untuk mencari jalan penyelesaian, masa yang begitu panjang diperlukan untuk keluar daripada kemelut. Di peringkat awal kita kurang atau kita matikan ia memberi keburukan kepada Islam dan kepada umatnya," katanya.

Ditanya sama ada masalah tersebut disebabkan kelemahan kepimpinan Hadi, Mohamad mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas dan hanya ketawa apabila soalan itu dilontarkan.
Soal integriti

"Kebolehan, jasa, kekuatan seseorang tidak dinilai (dalam pemilihan baru-baru ini), tapi apa dinilai - kamu ini daripada puak mana. Bila penilaian seperti itu, maka diundi mengikut senarai yang diberi kepada perwakilan.



"Bukan dilihat daripada pencapaian pada orang yang memegang jawatan itu. Itu yang menimpa parti lama saya dulu, harap ia tidak berulang dalam Parti Amanah Negara," katanya.

Selaku ketua AMANAH, beliau mahu menyatukan penghayatan akidah dan akhlak Islam dan pentadbiran dengan menitik beratkan soal melawan rasuah dan integriti yang kurang dihayati berbanding masyarakat Eropah.

"Dalam erti kata lain, akhlak Islam ada pada orang Eropah, Jepun, Korea, Singapura. Akhlak jahiliyah ada pada orang Islam.

"Orang melihat ingetriti dalam pemerintahan kita tak ada kecuali Tok Guru Nik Aziz. Integriti dalam pemerintahan kita, tidak ada mengikut laporan dalam dan laporan luar.

"Jadi inilah perlu diutamakan kalau Islam dan umat mahu muncul semula," katanya yang menepis tuduhan menjadi kuda tunggangan DAP dan parti itu tidak memberikan satu sen pun melainkan sokongan moral kepada penubuhan AMANAH.

Mohamad juga berkata beliau mengarahkan supaya pimpinan AMANAH 'menutup mulut' daripada bercakap mengenai isu pembahagian kerusi dan pilihan raya umum buat masa ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi sehingga Disember.

"Kami nak tumpu mobilisasi ahli, dan menubuhkan kawasan. Itu yang kita nak tumpu. Saya pun pesan kepada semua pimpinan, jangan bercakap soal kerusi nak tanding, saya nak tumpu sehingga akhir Disember ini," katanya.
Read more ...

21 rakyat Palestin cedera pertempuran dengan polis Israel

BAITULMAQDIS: Seramai 21 warga Palestin cedera, termasuk seorang dilaporkan cedera parah ketika pertempuran dengan polis Israel di seluruh Tebing Barat semalam.
Read more ...

Ziana Zain Berani MAti Luah Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Pelakon Yang "Feeling Cantik tu"

Ziana Zain merupakan antara barisan artis yang terlebih dahulu makan garam daripada artis baru ketika ini. Menurut Ziana, kebanyakan selebriti ketika ini terlalu terbuka tentang kehidupan seharian malah dalam masa yang sama perasan cantik tapi sebenarnya tidak.    "Dalam pemerhatian dan pengamatan saya memang ada artis baharu contohnya yang feelingcantik tetapi sebenarnya bila ambil gambar, hasilnya sebaliknya. Seperti saya katakan, dalam berpakaian ini kena ada 'try and error'. Sesekali kita kena jual mahal" "Kita berikan sedikit sahaja contohnya kemunculan di tempat awam, baru akan beri impak atau mereka tertunggu-tunggu. Sebab itu juga saya tak berkongsi semua perkara di laman Instagram termasuk mengenai keluarga. Sesekali sahaja saya muat naik gambar. Bak orang putih kata,once in a blue moon," jelas Ziana kepada BH Online. Tidak terlalu berkongsi tentang kehidupan seharian dan juga privsi keluarga, Ziana juga menambah, dia banyak mengambil contoh berfesyen melalui majalah fesyen yang dibelinya setiap bulan. 
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *