Recent Post

Wednesday, July 08, 2015

Anggota Kabinet Tak Beri Tekanan Kepada PM Untuk Letak Jawatan - KJ


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?




PUTRAJAYA: Anggota kabinet sepakat memberi ruang kepada siasatan membabitkan Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal dana 1Malaysia Dvelopment Berhad (1MDB).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata mereka juga tidak memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk meletak jawatan.

"Mesyuarat Kabinet hari ini ada membincangkan isu semasa.

"Perdana Menteri menjelaskan kepada kami bahawa beliau masih mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal. Seperti yang sudah diketahui, peguamnya telah mengirim surat tuntutan awal.

"Pasukan tindakan khas membabitkan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih menyiasat perkara ini.

"Sehingga pasukan itu selesai menjalankan siasatan, masih terlalu awal untuk berikan sebarang komen," kata Khairy.

Sebelum ini WSJ telah mendakwa dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB.

Pagi tadi pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail telah diserbu oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kira-kira pukul 10 pagi tadi. 


Sumber



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *