Recent Post

Thursday, August 06, 2015

'Rakyat M'sia digesa berdiri teguh di belakang SPRM'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seruan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneruskan siasatan terhadap RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkemundang di sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, yang menarik kira-kira 1,000 orang dan membariskan pemimpin dari parti-parti pembangkang, masyarakat sivil dan seorang bekas timbalan menteri Umno, merayu kepada rakyat Malaysia supaya memberi sokongan penuh kepada SPRM.


Bercakap di forum tersebut, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar) dibacakan penuh laporan berita komen pengarah operasi khas SPRM, Bahri Mohamad Zin, yang berkata beliau akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggo ta suruhanjaya itu.

Lim juga mengakui bahawa beliau adalah seorang pengkritik SPRM, tetapi merasakan ia menjadi tanggungjawab rakyat untuk melindungi institusi itu daripada Najib dan Lim mengumumkan beliau akan pergi ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk memberikan sokongan kepada para pegawainya.

Lim berkata, beliau sering merasakan SPRM hanya mengejar ikan bilis, bukan ikan yu, tetapi apabila ia diserang, maka "menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya".

Kakitangan SPRM telah mengadakan solat hajat pada hari Selasa, untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

SPRM juga, dalam satu kenyataan semalam, berkata ia akan menyoal perdana menteri Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion derma yang diterimanya.

Sehingga kini, tujuh pegawai SPRM telah sama ada ditangkap atau dipanggil oleh pihak polis dan mereka semua terlibat dalam penyiasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan pemindahan dana RM 2.6 bilion ke dalam akaun bank Najib.Seorang lagi penceramah, Datuk S Ambiga memuji Bahri sebagai seorang hero dan meminta hadirin memberi tepukan gemuruh kepadanya dan pegawainya dalam memerangi rasuah.

Seorang lagi penceramah, bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, juga menyokong kakitangan awam dalam menjalankan tugas mereka.

Saifuddin (gambar), yang juga pengerusi Gerakan Kesederhanaan Global, berkata masyarakat sivil dan rakyat akan menyokong kakitangan awam yang melakukan perkara yang betul, seperti mana SPRM dalam hal ini.

[Baca berita penuh/asal]



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *