Recent Post

Monday, September 21, 2015

'Banyak MERAPU ! Lawak BODOH !' - Zizan Dikecam Teruk Kerana Mainkan Perasaan Pelajar AF2015


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Semalam minggu ke 7 Akademi Fantasia 2015 telah pun selamat berlangsung. Pelajar yang tersingkir ialah Iqwan. Namun apa yang menjadi topik perbualan hangat para pengikut AF2015 ialah cara penyampaian Zizan Razak ketika mengumumkan penyingkiran yang telah menimbulkan kekeliruan. Pada mulanya Zizan mengumumkan seolah-olah tiada penyingkiran dan sekaligus Iqwan bersorak gembira, namun malangnya Iqwan terpaksa membawa begnya keluar selepas itu. Susulan itu, para peminat AF2015 telah memberikan kritikan yang amat pedas dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan pengacaraan Zizan. Malah ada yang mahu Zizan diberhentikan serta merta. Secara jujur Abang Nara tak pernah lagi tengok konsert AF2015 jadi tak tahu apa yang terjadi semalam. Namun daripada kemarahan yang diluahkan menerusi laman sosial, memang boleh diagak kesedihan dan kekecewaan para peminat AF2015. Namun ada juga yang menyokong Zizan dan menyalahkan Iqwan yang tidak mendengar pengumuman sehingga habis. Entahlah. Sukar nak bagi komen kerana diri sendiri tidak menonton AF2015. Antara kata-kata yang diluahkan ialah:- Adakah anda menonton AF2015 semalam? Kongsikan di ruangan komen pendapat anda di ruangan komen. Nak tahu juga apa yang terjadi sebenarnya.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *