Recent Post

Monday, September 14, 2015

'Impian mak meninggal dunia di Makkah terkabul'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

"Impian mak untuk meninggal dunia di Makkah termakbul," kata anak ketiga Allahyarham Rusiah Suar, 56.
Hariyanti Ahmad Badri, 31, berkata beliau reda kerana itu adalah ketentuan Ilahi.

"Dia ada beritahu teringin sangat nak meninggal di Makkah. Kami reda sebab perkara itu memang diidamkan oleh umat Islam.

"Saya menyangka itu adalah satu gurauan. Bagaimanapun sebagai anak saya sedih atas pemergiannya," katanya kepada pemberita di kediamannya, di Felda Besout 2, di Ipoh malam tadi.

Beliau berkata berita pemergian ibunya dimaklumkan kepada keluarganya oleh Tabung Haji (TH) yang datang ke rumah pada kira-kira 7.45 semalam.

"Pihak Tabung Haji beritahu menemui mayat ibu di sebuah hospital di Makkah, namun mereka tidak memaklumkan bagaimana insiden itu berlaku.

Hariyanti berkata dia dimaklumkan TH akan menguruskan proses pengebumian ibunya di Makkah.
Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata rakan sebilik ibunya memaklumkan bahawa arwah rebah dan pengsan ketika insiden itu berlaku.

"Selepas menerima berita insiden itu, saya meminta suami menelefon kawan ibu saya untuk bertanya keadaan yang berlaku dan dia memberitahu ketika melakukan saei, kren jatuh mak saya terus rebah.

"Ketika itu kawan-kawan mak nak tolong tetapi orang di sana tidak benarkan... selepas itu kawan-kawan mak terus terputus hubungan dengan mak," katanya.

Sementara itu, Nor Haizan, 34, berkata ibunya teruja untuk menunaikan ibadah haji.
"Semasa di Tabung Haji Kelana Jaya, mak sempat bergurau dengan kami dan nampak dia teruja. Semasa melakukan persiapan, mak nak semua barang-barang keperluan baru dan dibeli awal," katanya.

Nor Haizan terkilan kerana pemergian ibunya seminggu sebelum Aidiladha sama seperti Allahyarham ayahnya yang menghembuskan nafas terakhir sehari sebelum Aidiladha pada 2007.

"Saya reda kerana itu sudah ketentuan," katanya sambil menambah solat jenazah ghaib telah dilakukan selepas maghrib semalam dan majlis tahlil akan diadakan hari ini.
- Bernama



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *