Recent Post

Tuesday, September 15, 2015

Rozita Che Wan Tinggalkan AF2015 Selepas Diherdik Edry


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?



Rozita Che Wan atau Che Ta hari ini mengesahkan beliau menarik diri sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015, mulai minggu depanselepas diherdik oleh Edry Abdul Halim selaku Pengetua AF 2015. Keputusan itu dibuat demi maruah serta beliau tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting setelah beliau mengkritik persembahan pelajar AF 2015, Sufi. "Memang betul, saya sudah menarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional.

"Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi. Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya," katanya.

Jelas Rozita, beliau hanya menjalankan tugas yang diberikan dan hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme sepertinya. Dalam kenyataan balas Edry pula, tindakannya pada malam itu hanya mahu mempertahankan pelajarnya daripada kritikan yang tidak membina. "Sebagai pengetua, saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tetapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka. "Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *