Recent Post

Wednesday, September 30, 2015

Syed: Pemecatan Muhyiddin tak diterima akar umbi


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri tidak dapat diterima oleh akar umbi Umno kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang kurang bijak, kata seorang ketua cawangan Umno.

Ketua Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka Syed Saifuddin Syed Harman juga berkata, tindakan memecat Muhyiddin turut dilihat sebagai perkara yang akan memecahbelahkan ahli Umno itu sendiri.

Bagaimanapun, katanya, isu mengenai pemecatan ahli parlimen Pagoh itu tidak boleh dipertikaikan memandangkan ia merupakan kuasa mutlak yang dimiliki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Di akar umbi, kami tak boleh terima hakikat sedemikian. Tetapi itu kuasa perdana menteri. Itu adalah kuasa mutlak presiden parti dan perdana menteri, jadi kita tak boleh nak pertikaikan perkara itu sebab itu kuasa politik dia sebagai perdana menteri.

"Tetapi kami di peringkat bawah rasa, itu bukan satu tindakan yang bijak kerana ia akan memecahbelahkan Umno itu sendiri. Saya sebagai ahli parti, bekas ketua penerangan bahagian, dan ketua cawangan, saya tak nampak itu langkah bijak dengan pemecatan Muhyiddin.

"Itu bukan langkah yang betul untuk membetulkan keadaan," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Ketika ditanya sama ada pendirian akar umbi selari dengan Umno bahagian, Syed Saifuddin berkata, perkara di peringkat bahagian mereka perlu menyokong segala yang dikehendaki parti.

Katanya, perkara itu merupakan realiti yang ada dalam politik masa kini dan beliau berpendapat ia bukan satu perkara yang sihat dalam parti.

"Di peringkat bahagian terpaksa buat pendirian menyokong apa jua kehendak kepimpinan. Di peringkat bahagian perlu begitu.

"Suka atau tidak, kena (sokong). Itu sebab kita nampak, kalau ada 192 bahagian di Malaysia, mungkin 90 peratus kena buat keputusan untuk akur. Mungkin ada betul-betul yang setuju, mungkin ada yang paksaan. Itulah realiti politik. Jadi ini bukan satu perkara yang baik.

"Kalau kita bersetuju dalam sesuatu perkara yang kita rasa boleh memudaratkan parti atas dasar kepentingan peribadi, itu bukan cara yang bagus. Contohnya seperti apa yang berlaku sekarang ini," katanya.

Selain itu,ditanya lagi siapakah individu yang dirasakan layak untuk menggantikan kepimpinan sekarang, bekas ketua penerangan Umno bahagian Pandan itu berkata, perkara itu bukan perkara utama buat masa ini.

Jelasnya, apa yang parti perlukan ialah pemimpin yang sayangkan parti demi masa depan dan bukan untuk kepentingan peribadi.

Malah, beliau juga memberi saranan kepada semua pemimpin di peringkat akar umbi supaya berani untuk "membaiki" parti.

"Bukan kita ubah kerana tak sayangkan parti. Tak timbul isu itu. Saya rasa semua orang yang melawan kepimpinan itu, mereka sayangkan parti terutamanya Tun Mahathir. Dia sayangkan parti.

"Sekarang ini ramai tak faham, ikan busuk daripada kepala bukan ekor. Seekor ikan kalau busuk, dia akan busuk di kepala dahulu. Jadi kita kena atasi kepalanya dulu. Kalau tak boleh atasi kepala, tak boleh selesai masalah.

"Jadi saya harap pemimpin akar umbi berani bangun dan betulkan keadaan. Bukan nak rosakkan Umno atau jahanamkan Umno. Kita betulkan keadaan dalam Umno supaya Umno boleh diterima balik oleh masyarakat bukan sahaja pada masa sekarang tetapi pada masa akan datang," katanya lagi.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *