Recent Post

Monday, October 26, 2015

Ali Rustam: Pesilat Melayu sedia perang jika perlu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pesilat-pesilat Melayu sedia berperang jika perlu.

Penganjur perhimpunan baju merah 16 September itu berkata, penganjuran perhimpunan balas terhadap BERSIH 4 itu, bagi membuktikan masih terdapat golongan akan mempertahankan maruah Melayu, Islam dan pemimpin.

"Kita nak beritahu kita masih ada di KL. Bukan kita nak berperang. Tetapi kalau orang nak berperang, kita pun sanggup.

"Hidup mesti ada maruah. Duit semua tak guna kalau diri tak ada harganya lagi," katanya ketika merasmikan sebuah acara Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menegaskan tiada guna mempelajari silat jika amar makruf nahi mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) tidak dibuat.

Ali bagaimanapun berkata mereka tidak berniat bergaduh dan cuma mahu menunjukkan sikap tidak mahu dihina.

Beliau juga berkata golongan pesilat adalah benteng ketiga selepas tentera dan pasukan polis.

Selain itu, bekas ketua menteri Melaka itu turut memperingatkan orang ramai bahawa Melayu akan lemah dan dihina jika berpecah-belah.

Ini, katanya, termasuk raja-raja Melayu, agama Islam dan pemimpin Melayu.

"Malu kita sebagai anak yang bernama Melayu, apabila pemimpin gambarnya dipijak,

Datuk Seri Hadi Awang, Datuk Seri Najib Razak perdana menteri kita dipilih secara demokratik hina.

"Betul kita sebagai orang Melayu, ke mana kita berada setelah empat kali dihina?" katanya merujuk insiden gambar Hadi dan Najib dipijak dalam himpunan BERSIH 4.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *