Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Kampar: Sebutir bom mortar PRAC (INT-A) CAN 90 INERT sepanjang 0.6 meter ditemui oleh orang awam di tepi kolam ikan, Taman Damai, Mambang Diawan, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.
Sebaik dimaklumkan mengenai penemuan itu, pihak polis segera ke kolam berkenaan dan mengesahkan mortar yang berukuran lilit 12 sentimeter itu adalah bom jenis lama yang masih dalam keadaan sempurna.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, sebaik mengesahkan penemuan bom itu pihaknya segera menghubungi Unit Pemusnah Bom (UPB) untuk melakukan tindakan lanjut.
"Pegawai dan anggota UPB tiba kira-kira jam 5.45 petang dan membawa keluar bom berkenaan dari kawasan kolam.
"Bom berkenaan di bawa ke kawasan lapang untuk diletupkan bagi tujuan pemusnahan jam 6.45 petang," katanya.
Berita berkaitan:CUEPACS tetap mahu gaji minimum RM1,200 untuk penjawat awam
Pengganas India hampiri sempadan negara
5,000 graduan menganggur bakal diambil bekerja
Komencomments
No comments:
Post a Comment