Recent Post

Wednesday, December 23, 2015

Anas Ashraf, Nama Anak Isteri Pertama Ashraf Muslim


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Baru-baru ini isteri pertama pelakon lelaki Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana baru sahaja selamat melahirkan bayi lelaki.

Namun, Ashraf tidak mendedahkan apakah nama anaknya itu. Selepas 7 hari anaknya itu dilahirkan barulah dia mendedahkan nama anak sulung isteri pertamanya itu iaitu Anas Ashraf.

Perkara ini dikongsikan menerusi Instagram milik Ashraf dengan kapsyen yang ditulis seperti ini.

 "Assalamualaikum semua! Hari ni genap 7 hari saya melihat dunia sebenar. Saya memperkenalkan diri saya, Anas Ashraf bin Mohd Ashraf. Doakan saya menjadi anak yang soleh dan mempunyai keluarga yang bahagia.

Setelah pengumuman itu dibuat, mereka mendapat ucapan tahniah daripada peminat serta mendoakan kebahagian keluarga itu agar kekal harmoni hingga ke akhir hayat.

Kini Ashraf sudah memiliki 3 cahaya mata, semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat daripada Allah SWT.

Oleh Mohd Ishahrulddin Md TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 23 Dis 2015

 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *