Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Saya pernah mendapat customer yang menguji kesabaran seperti ini. Nak viralkan sangat? Okay, let me start first. 1. Sebelum ini dah pernah beli lipstick tu, harga RM25. Dia nak beli dia, jadi harganya RM50, postage RM7. Okay, itu dah settle. 2. Beberapa hari yang lalu dia nak order sekali lagi. Tetapi nak kenakan sayalah kononnya. Katanya, sebelum ini beli siap free postage. Mujur saya simpan semua conversation customer. Saya tak pernah buang. Bila screenshot balik, terdiam pula dia. 3. Saya dah nyatakan harga yang betul,
RM25 untuk lipstick, postage RM7. Dia buat pembayaran secara online transfer yang sepatutnya boleh dibayar dengan amaun yang tepat.
Tetapi dia sendiri yang buat kesilapan dengan membuat pembayaran lebih. 4. Dia dah buat pembayaran tetapi saya tidak sempat nak tengok telefon pada waktu itu sebab telefon untuk bisnes dan telefon peribadi, lain-lain. Memang tak sempat pun nak check telefon bisnes. Sudahnya, dia mula mencarut bagai. Tetapi dia memberikan alasan bahawa staffnya yang menghantar mesej maki hamun itu, bukannya dia. "Alasan macam budak sekolah," Dia boleh saja nak elakkan atau yakinkan staffnya sebab dia bukannya pertama kali berurusniaga dengan saya kalau nak tuduh saya sebagai scammer. 5. Akibat kelam kabut packing parcel customer, saya terlupa nak memasukkan baki dalam parcel. Walau bagaimanapun saya memang berniat untuk pulangkan balik duit lebihannya, tetapi memerlukan masa dan saya agak sibuk kebelakangan ini sebab banyak event. Sesetengah pelanggan saya memahami situasi saya dan saya amat bersyukur. "Thank you so much ladies!" 6. Dan sampailah ke hari ini, 10 minit yang lalu. Saya benar-benar tidak tahan dengan cara dia yang terlalu mendesak saya. Saya tahu saya silap tetapi dia kena tahu juga bawa dia atau staff dia juga ada silapnya, iaitu tiada adab. Katanya nak viral sangat kan? Saya tak kisah. Rezeki itu ada di mana-mana. Kalau beginilah sikap dia, tak beli dengan saya pun tak apalah. Saya sanggup tolak rezeki itu sebab saya pun ada maruah, ada perasaan juga. Selagi orang hormat pada saya, saya juga akan melakukan perkara yang sama padanya. Tetapi jika dia bersikap buruk terhadap saya, mendapatlah jawabnya. Terima kasih. - Le Mezclar Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. Anda dilarang menyalin semula artikel ini dan menyiarkannya di mana-mana laman/blog.
No comments:
Post a Comment