Recent Post

Thursday, September 10, 2015

Elakkan Dari Berkawan Dengan 8 Orang Jenis Ini


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Elakkan Dari Berkawan Dengan 8 Orang Jenis Ini Kadang-kadang di dalam sebuah persahabatan ada kawan yang sebenarnya lawan ataupun musuh di dalam selimut. Ada yang hanya berkawan dengan anda hanya untuk mengambil kesempatan sahaja tetapi ada juga yang benar-benar setia. Jadi bagaimana untuk mengesan kawan yang sebenarnya lawan ini? Berikut penulis ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda guna.

1. Opportunist/ ambil kesempatan

Anda ada harga, anda ada rupa, ataupun anda popular? jaga-jaga kerana memang ada segelintir manusia yang ingin berkawan dengan anda kerana mungkin anda ada beberapa faktor yang penulis tulis itu. Mungkin anda ada kereta yang canggih, pakaian atau aksesori yang terkini ataupun anda seorang yang bijak di dalam akademik. Orang seperti ini juga boleh menggunakan anda untuk berbaik dengan orang yang mereka inginkan seperti mendapatkan nombor telefon 'lelaki/wanita' idaman mereka dan sebagainya.

Orang seperti ini selalunya apabila anda bersemuka dengan mereka, mereka menjadi marah dan tidak s enang. Mereka tidak menghormati anda dan harta benda anda. Selain itu juga, jika anda ingin meminta pertolongan daripada mereka, mereka sukar untuk menghulurkan bantuan.

2. Pentingkan diri sendiri

Berhati-hati dengan orang yang suka mementingkan diri sendiri. Mereka menggunakan motto : "semua tentang saya." Mereka akan sentiasa bercakap tentang diri mereka dan selalunya mereka tidak akan mengambil berat tentang anda, mereka tidak berminat untuk mengetahui mengenai hari anda, bagaimana anda rasa, perasaan anda.. pokok pangkalnya apa-apa mengenai diri anda. Anda juga boleh melihat bahawa mereka selalu bangga dengan diri sendiri tidak kira sama ada mengenai diri mereka, harta benda, perkahwinan, percutian, pendek kata mereka sentiasa mencari sesuatu untuk menjadikan mereka center of everything.

3. Sentiasa mengeluh tentang diri sendiri

Ada jenis manusia yang sentiasa mengeluh mengenai kehidupannya seolah-olah dialah orang yang paling malang di dalam dunia in i. Rakan seperti ini akan selalu mengadu masalahnya pada anda dan meluahkan perasaan pada anda kerana mereka tahu anda akan sentiasa ada untuk mereka TETAPI tidak semestinya dia akan buat perkara yang sama pada anda. Jika anda ditimpa masalah, mereka akan memberikan pelbagai alasan dan malas untuk melayan anda. Jika anda mempunyai masalah dengan teman lain, mungkin orang seperti ini tidak mempertahankan atau memperdulikan anda.

4. Jauhkan diri anda dengan rakan yang 'clingy'

Pernah dengan perkataan 'clingy' tak? Atau orang yang selalu nak berkepit kehulu kehilir. Orang seperti ini selalunya tidak boleh berkongsi anda dengan orang lain. Apabila mereka lihat anda dengan orang lain, mereka cemburu kerana mereka mahu anda untuk diri mereka sendiri. Orang seperti ini juga kadang-kadang akan mengabaikan anda jika mereka ingin bersama teman wanita/lelaki mereka tetapi dalam masa yang sama mereka inginkan anda selalu ada bila mereka perlukan anda. Pelik kan? Penulis pun pelik.

5. Hipokrit

Rasanya ini tidak perlu diulas lagi. Banyak kawan yang hipokrit di dunia ini dan ada rakan yang memberikan senyuman paling manis pada anda bila anda berada dengannya tetapi bila bersama rakan lain, mereka akan mengutuk dan mengeji anda. Mereka juga akan sentiasa mengutuk anda secara lisan dengan niat merendah-rendahkan anda. Orang seperti ini juga sering berjanji untuk menghabiskan masa bersama anda tetapi selalu 'cancel' bila tiba saat akhir. Baik tak payah ada kawan macam ni!

6. Rakan yang tidak tahu menghormati

Elakkan orang yang suka bangga mengenai diri sendiri. Dia tidak hormat budaya dan juga bangsa serta agama anda. Dia merasakan dirinya lebih baik dari orang lain dan selalu merendahkan mengenai orang lain jika orang itu tidak sama etnik atau seagama dengan anda.

7. Jenis pengintip

Ada jenis orang yang suka mengambil tahu mengenai diri anda.. kerana dia ingin mengintip segalanya mengenai diri anda. Mungkin untuk diri nya sendiri ataupun untuk orang lain. Satu lagi sebab mungkin kerana mereka mahu untuk mendapatkan rangkaian rakan dan kenalan anda. Mereka tidak benar-benar berminat untuk berkawan dengan anda sebenarnya, jadi jika anda dapat tahu ada rakan seperti ini, mohon jauhkan diri anda. Orang seperti ini selalu berbohong mengenai hal peribadinya dan sentiasa ingin tahu mengenai hal peribadi anda meskipun tiada kaitan dengan dirinya.

8. Kawan yang mengabaikan anda

Apabila anda bersama dengan rakan seperti ini dengan kawan anda yang dia tidak kenal, dia akan sentiasa bercakap dengan anda dan mula bersosial dengan rakan-rakan anda. Walau bagaimanapun, apabila anda cuba bergaul denganny dan rakan rapatnya, dia akanmengabaikan anda dan "lupa" untuk memperkenalkan anda kepada rakan-rakannya. Setiap kali anda cuba berbual dengannya, dia tidak menghiraukan anda dan terus bercakap dengan rakannya sahaja.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *