Recent Post
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, September 19, 2015

'Mak, Ayah, Ijat Dah Berjaya'


Aku budak engin. Dulu aku masuk UIA dari direct intake. Mula-mula memang aku tak minat engin ni sebab aku more to education or tesl. Tetapi bila dapat je engin, mak aku punya happy, suruh aku masuk juga. Mak aku pujuk. "Cuba saja, nanti lama-lama insha Allah boleh," Then masuklah UIA, daftar. Parent aku punya happy, siap ambil cuti datang hantar aku naik kereta dari Perak. Awal pagi sebelum subuh dah bertolak.

Sampai di UIA pada waktu pagi, register. Tengah hari terus mak ayah aku balik sebab nak jimat, tak ada duit nak tidur di hotel. Family aku bukan orang senang. Abang, kakak, adik aku semua pandai. Abang aku belajar di US, kakak belajar di UK dan adik aku baru saja mendapat tawaran belajar di Aussie. Kiranya aku sajalah yang study di tempat local. Pokoknya, selama belajar engin di UIA, memang aku tak boleh follow dan jenis aku kalau dah tak minat something tu, memang aku takkan buat dan aku terus give up.

Sampailah my mom terus memujuk aku untuk terus mencuba. The worst part aku kena dismiss. Masa itu, dunia aku gelap. Tak tahu nak buat apa. Then aku slow talk dengan parent aku. Tengok air muka mereka berubah. Aku tahu mereka kecewa. Aku masuk bilik dan menangis. Ya, memang aku lelaki tetapi aku agak sensitif apabila tengok mak dan ayah aku sedih. Aku tahu mereka kecewa tetapi di depan aku, mereka sembunyikan perasaan itu.  Malam itu, aku tengok ayah aku selepas sembahyang, dia menangis sambil berdoa.  Esok, mak aku masuk ke bilik aku.  "Jangan putus asa, pergi office UIA dan buat rayuan. Jangan putus asa. Kenapa kita jatuh? Sebab kita boleh belajar untuk bangun sendiri.

Tak semua kejayaan datang dengan mudah," katanya. Aku menjadi sebak. Paling aku sebak bila mak dan ayah sekali lagi menghantar aku ke UIA naik kereta untuk menghantar surat rayuan. Bila kena dismiss, aku cakap cakaplah PTPTN kena tarik. "Jangan fikir soal duit. Ijat fokus belajar saja. Yuran semua nanti ayah bayarkan. Tak cukup duit, beritahu. Kalau tak ada duit pun, nanti ayah jual kereta ini.

Biar ayah pergi kerja naik motosikal sekalipun. Asalkan Ijat nak belajar je," kata ayah. Ya Allah, keluar air mata aku pada waktu itu. Sebab aku tahu mak aku dah bersara. Sekarang hidup pun bergantung pada gaji ayah sahaja. Nak minta tolong abang dan kakak? Mereka dah berkahwin dan sudah ada keluarga sendiri. Nak tolong sekali dua itu bolehlah kan?  Bila dapat masuk semula ke UIA, aku terpaksa bermula dari bawah sekali lagi. Aku semakin serius, belajar bersungguh-sungguh. Tetapi langit aku sentiasa mendung.

Masih ada subjek yang aku sangkut. Memang aku tak boleh masuk subjek itu. Dua kali repeat. Memang aku down.  Sekali lagi mak ayah aku banyak menasihatkan aku dan pujuk aku. Sebab aku jenis yang memang cepat berputus asa. Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah aku tak pandai macam adik beradik yang lain. Mungkin mak ayah kecewa dengan aku. Then, Alhamdulillah, aku lulus juga subjek itu selepas repeat tiga kali. Aku nekad nak membanggakan mak dan ayah. 

Masa aku third year, parent aku meninggal sebab kemalangan. Allah, berkecai unia aku. Aku lepas exam saja terus balik ke rumah. Sampai di rumah, jenazah dah siap dimandikan. Ada di ruang tamu.  Aku diam, tak mampu nak cakap apa tetapi air mata aku mengalir deras. Aku peluk mereka, cium pipi mereka, dahi mereka. Aku tak sempat nak tunjuk pada mak dan ayah yang aku dah berjaya nanti. Selepas dua hari, aku balik semula ke UIA sebab masih ada exam 1 paper lagi. Aku betul-betul down pada masa itu. Aku tak tahu apa yang aku jawab. Aku fail subjek itu. Subjek yang patut aku lulus dengan mudah tetapi aku fail. Aku redha, next sem nanti aku repeat balik. Sekarang, dah setahun lebih sejak mak dan ayah meninggal.

Di saat semua kawan aku habiskan degree 3 tahun, aku habiskan degree dalam masa 5 tahun setengah. Ya, memang lama sebab aku bodoh. Alhamdulillah, bulan 11 ini aku konvo. Tetapi hari konvo aku takkan sama dengan kawan-kawan yang lain tanpa mak dan ayah. Kalau mereka masih ada, tentu mereka pergi. Mak, ayah, Ijat dah grad sekarang. Dah berjaya. Ijat dah tunaikan harapan mak dan ayah. Ijat minta maaf tak dapat tunjuk sijil konvo lebih awal. Kalaulah Ijat tak kena dismiss hari itu, kalaulah Ijat tak kena repeat, mesti dapat grad lebih awal. Ijat minta maaf. Ijat akan sentiasa ingat pesan mak dan ayah. Moga mak dan ayah tenang di sana. - Ijat Kaison
Read more ...

Monday, September 14, 2015

IMPIAN VANIDAH IMRAN GENGGAM IJAZAH TERCAPAI



Sebelum ini suaminya, Rashidi Ishak menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM), kini giliran Vanidah Imran pula memperoleh ijazah.

Difahamkan, Vanidah menerima ijazah sarjana muda Bahasa Inggeris pada majlis konvokesyen ke-17, Universiti Terbuka Malaysia yang berlangsung sejak kelmarin hingga 15 September di Pusat
 Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Vanidah Imran menjadi seorang daripada penerima ijazah daripada lebih 7,500 pelajar yang menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen universiti berkenaan.


Jika selama ini beliau hanya menyarung jubah konvokesyen dan menggenggam ijazah atas paksi bergelar pelakon, hari ini semua itu menjadi kenyataan di alam realiti. Ia bukan sekadar lakonan lagi.
Lebih istimewa detik indah dan bersejarah itu turut disaksikan suami tercinta, Rashidi Ishak dan dua anak mereka, Mikail Aimran dan Mariyam Rashika.

Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 itu memulakan pengajian sejak 2010 dan menamatkannya tahun lalu. Vanidah menuntut di cawangan universiti berkenaan di Petaling Jaya.



"Bapa saya selalu menekankan yang dunia pendidikan ini sangat penting. Cuma pada beberapa peringkat hidup, saya terpaksa menangguhkan keinginan itu. Ikutkan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia saya ada mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di London tetapi saya menolaknya .

"Tapi tak sangka kini saya masih berpeluang menamatkan pengajian dalam bidang yang hampir sama. Selama ini saya selalu cakap dalam diri yang suatu hari nanti saya akan dapat menggenggam ijazah dan ia akhirnya jadi kenyataan.

"Alhamdulillah, empat tahun berjuang untuk pengajian ini bukanlah tempoh mudah. Saya bergelut sebagai pelajar sambilan dan pada masa yang sama bergelar ibu, isteri dan wanita berkerjaya," ujar Vanidah dipetik sebagai berkata.

Menurut Vanidah yang pernah memikul mandat sebagai pengacara Nona di TV3, bapanya hingga saat ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.

"Pada satu tahap saya melihat kehidupan saya sebagai anak seni melalui rutin yang sama. Saya pergi ke lokasi penggambaran dan kemudian balik. Saya melakukan rutin yang sama saban tahun. Daripada situ saya memulakan sesuatu yang lain dan saya nekad untuk sambung belajar. Asalnya saya mahu belajar dalam bidang persembahan seni tetapi atas beberapa sebab akhirnya saya memilih Bahasa Inggeris," jelasnya.

Sumber: BH
Read more ...

Saturday, September 12, 2015

'Kalau Nak Kaya, Nikah Dulu' - Ceo Butik Elle Zada

Kami bernikah 4 tahun yang lepas pada tarikh 09.09.2011; kami berusia 23 tahun dan masih belajar di universiti. Ramai kawan-kawan dan orang luar sangkakan kami berdua anak orang kaya. Maklumlah, sudahlah berkahwin di usia muda; honeymoon pula di Italy selama 14 hari. Apa yang mereka tidak tahu dan tak kisah mahu ambil tahu adalah; ibu bapa saya adalah guru bahasa di sekolah yang berdedikasi, ibu si dia adalah jurujual di butik jam tangan manakala bapa pula adalah seorang pemandu teksi. Siapa terkejut, angkat tangan. Hehe It is easier to assume what our minds are willing to stomach, even when it is not the truth. Thats human nature. Hakikatnya, kami daripada keluarga yang biasa-biasa. Sedangkan mahu kahwin pada ketika itupun mereka sangkakan kami dah gila. Haha

 Ibu saya adalah campuran Turkey dan India muslim, bapa pula kacukan Jawa dan Cina. Saya berdarah satu Malaysia. Haha .. Suami pula kacukan ibu Cina, bapa Pakistan. Saya pernah ingat berfikir, "If such unlikely combination can exist; NOTHING IS IMPOSSIBLE!" Setelah taaruf dalam 2 minggu, kami ambil keputusan untuk kahwin, & apa yang berlegar dalam kepala kami adalah; "Buat perkara yang betul. Apa yang Allah suka dan apa yang Nabi suruh. Tak kisahlah apapun cabarannya. Rezeki Allah yang tentukan." Sepanjang di universiti, sebenarnya kami dah mula menceburi bidang keusahawanan.

Saya pernah jadi jururunding kewangan, dealer jual Dunkin Donut, jual T-Shirt dan macam-macam lagi. Suami pula jana pendapatan melalui events di universiti; pernah jual buah, jual air, buat photobooth dan komoditi emas. Kami tak joli & tak boros; duit tu semua kami simpan. Strategi kami, kalau nak kaya; nikah dulu. InsyaAllah berkat dan sudah dijanjikan rezeki serta kecukupan daripada Allah Taala. Couple tak tentu arah bertahun-tahun banyak kumpul dosa & berlakon je, jadi lebih baik kahwin. Kami nikah dahulu, pergi honeymoon 3 hari selepas itu selama 14 hari dan 6 bulan kemudian barulah kami buat 1 majlis walimah.

Dengan modal tiga ribu ringgit (RM3000) dari dalam simpanan kami pun bernikah. Kenapa spend sikit je? Sebab pada kami fokus utama perbelanjaan adalah SELEPAS NIKAH, bukan semasa majlis nikah. Nasib baik juga kami ni dari background keluarga campuran jadi tuntutan tradisi demand itu ini tidak berlaku; kami follow guideline Islam sahaja. Mudah. Banyak benda kami DIY (Do It Yourself). Mahu majlis yang indah tapi dengan budget kecil. Hiasan majlis dan hiasan hantaran RM600 je semua kami pasang dan deco sendiri dengan kawan dan adik beradik. Baju, veil, tudung saya edit & jahit sendiri.

Pelamin buaian cat dan hias sebdiri. Kebanyakan hantaran semua hadiah dari family untuk pengantin. Selebihnya bayar khemah dan catering lebih kurang RM2000 untuk jamu keluarga & kawan rapat seramai 150 orang yang hadir. Selepas 6 bulan bernikah, Allah ilhamkan ELLE ZADA kepada kami. Pada Julai 2012 kami lancarkan ELLE ZADA secara online and the rest was history. Kami bermula dengan modal dalam tangan. Tiada loan mahupun kad kredit. Dunia keusahawanan menuntut ketahanan yang tinggi. Pernah kami roll modal masa awal peniagaan untuk tambah volume pengeluaran dengan melaburkan semua duit jualan RM40,000 sampai dalam akaun tinggal beberapa ratus ringgit sahaja untuk makan minum. Dari situ turnover ELLE ZADA mula mencapai jualan 6 angka pertama iaitu RM150,000.

Satu persatu inisiatif kami bangunkan. Bermula dengan ELLE ZADA ONLINE www.ellezada.com , kemudian ELLE ZADA BUTIK, ELLE ZADA TAILORING HOUSE & terkini ELLE ZADA ACADEMY. Dahulu berdua kini berpasukan 25 orang. Ini baru sahaja permulaan. Masterplan ELLE ZADA adalah satu gagasan visi yang besar. Selama 3 tahun kami FOKUS menyusun asas perniagaan sehingga kukuh. Peduli apa orang lain cakap atau buat, kita lebih tahu bisnes kita. Menara tingggi mana mungkin dibina atas pasak banglo 3 tingkat.

Usaha menggali dan menanam pasak ini baru sahaja selesai; insyaAllah ELLE ZADA is now completely ready to soar. Konsepnya mudah, DO THE RIGHT THING.  Jangan tunggu kaya baru nak nikah. Sebaliknya bernikahlah untuk kaya.  Bercinta selepas nikah impaknya bertahun-tahun masih terasa. Rasanya macam baru kelmarin bernikah, mahu bersiap ke Italy, tapi bila lihat keliling sudah ada Baby Bug berlari ke sana ke mari, bisnes sudah tegak berdiri dan masa depan boleh dicorak sendiri.

Dalam pernikahan itu ada barakah dan magiknya; Allah dah janji. Asalkan sahaja NIAT betul dan bersedia JIWA. People usually OVERESTIMATE what they can do in a year BUT UNDERESTIMATE WHAT THEY CAN ACHIEVE IN 5 YEARS.

Alhamdulillah. It has only been 4 years. We have another 1 year to rally in full speed. Sehingga bertemu lagi di nota tahun ke-5 ulangtahun perkahwinan. InsyaAllah. Berkati dan rahmatilah perkahwinan ini, Ya Allah. Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin. Biiznillah. ELLE RASIF  FOUNDER & CEO of ELLE ZADA
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *