Recent Post

Tuesday, September 29, 2015

ZALIM !! IBU SENDIRI MEMBERI ROTAN KEPADA PENGASUH HINGGA BERBIRAT


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

  • Dirotan pengasuh sampai berbiratHui Choon (kanan) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat di Balai Polis Nusajaya, bagaimanapun selepas beberapa jam dia bertindak menarik balik laporan tersebut.
  •  1 / 1  JOHOR BAHRU - Seorang ibu tidak menyangka rotan yang diberikan kepada seorang pengasuh bagi menakutkan anak-anaknya digunakan untuk membelasah anak sulungnya sehingga mengalami calar dan bengkak di beberapa bahagian anggota badan.

    Lau Hui Choon, 33, berkata, dia pada mulanya menyangka anak-anaknya dipukul ringan sebaik dihubungi wanita berusia 40-an itu yang memberitahu memukul anak sulung kerana kencing di atas sofanya dan terlalu nakal.

    Bagaimanapun, menurutnya, dia terkejut selepas ke rumah pengasuh dan mendapati anak sulungnya itu berbirat dan bengkak di bahagian tangan dan kaki serta punggung.

    "Saya bagi dia rotan sekadar menakut-nakutkan anak saya supaya tidak nakal.

    "Tapi saya kesal dengan tindakan dia memukul anak saya yang masih kecil sehingga disahkan doktor sangat serius kerana bahagian punggung mula membengkak," katanya.

    Hui Choon berkata, perkhidmatan wanita itu diperoleh melalui iklan di internet dengan bayaran sebanyak RM1,500 sebulan ba gi dua anaknya yang berusia tiga tahun dan setahun enam bulan.

    Menurutnya, pengalaman sedemikian amat menakutkannya sehingga membatalkan hasratnya untuk bekerja sebagai juruwang di Taman Selesa Jaya bermula 1 Mei depan.

    "Saya tak kenal pengasuh ini, cuma mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet selepas menerima tawaran bekerja bermula 1 Mei depan.

    "Saya membuat keputusan untuk menghantar anak-anak lebih awal supaya mereka boleh menyesuaikan diri apabila saya sudah mula bekerja nanti," katanya.

    Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superitendan Nor Hashim Mohamad mengesahkan menerima laporan polis di Balai Polis Nusajaya kelmarin.

    "Bagaimanapun, selepas beberapa jam, wanita berkenaan bertindak menarik balik laporan yang dibuat sebelum itu, " katanya.




    Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *