Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Orkestra Cina Singapura (SCO) akan membuat persembahan di Kuala Lumpur buat pertama kali pada 8 Disember ini di Dewan Filharmonik Petronas.
"Titian Budaya' ini di bawah pimpinan Pengarah Musik SCO, Tsung Yeh diadakan sempena hubungan dua hala 50 tahun antara Singapura dan Malaysia.
Ia antara lain bakal diserikan dengan persembahan juara musim pertama Singapore Idol, Taufik Batisah, pemain piano Jeremy Monteriro, Tok Dalang Eyo Hock Seng dan kumpulan wayang kulit Kumpulan Sri Campuran, pemain tabla Jatinder Singh Bedi, selain muzik 'Nanyang' dan program kebudayaan timur dan barat.
Menurut penganjurnya, Taufik akan mendendangkan lagu Allahyarham P. Ramlee seperti Getaran Jiwa, Senjakala dan Bila Mama Pakai Celana yang digubah semula dalam bentuk medley oleh komposer Eric Watson.
Tiket adalah berharga RM130, RM100, RM70 dan RM50 yang boleh dibeli menerusi http://mpo.com.my/29titian-budaya-bridging-cultures.
- Bernama
No comments:
Post a Comment