Recent Post

Tuesday, December 01, 2015

DBKL salahkan vandalisme punca lif rosak


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempesalahkan tindakan vandalisme sebagai punca kerosakan lif di PPR Taman Wahyu 2 sehingga menyebabkan pasangan golongan orang berlainan keupaya (OKU) terpaksa 'merangkak' untuk turun tangga.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, jurucakap DBKL mengesahkan bahawa satu daripada tiga lif di Blok C flat berkenaan rosak pada 7 November lalu selepas seorang penghuni yang tidak dikenal-pasti memasukkan sekeping kayu pada panel pintu lif sehingga menyebabkan pintu lif itu terkopak dan berhenti mengejut.

"Walaubagaimananpun, pihak DBKL berjaya membaiki kerosakan tersebut dalam tempoh tiga hari memandangkan ia adalah kerosakan besar," kata jurucakap itu Jabatan Pengurusan dan Perumahan DBKL.

Malaysiakini minggu lalu melaporkan bahawa pasangan itu, A Thangarajoo,44 dan isterinya, M Valli, terpaksa merangkak untuk turun dari tangga setiap hari untuk ke tempat kerja.

Pasangan itu yang menggunakan kerusi roda, tinggal di tingkat satu Blok C - unit yang dikhaskan untuk keluarga orang kurang upaya.

Bekas pemain tenis paralimpik negara yang dikenali sebagai Rajoo itu, berkata lif yang rosak lazimnya cepat dibaiki selepas pihak pengurusan dihujani aduan dari penduduk di 17 tingkat perumahan awam itu.

Bagaimanapun, katanya, kerana kali ini hanya satu butang rosak di tingkat pertama, pihak pengurusan tidak melihat kerosakan itu perlu dibaiki segera.

Rajoo dan isterinya yang menjalankan sebuah kedai makan di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya juga mendakwa bahawa lif baru di blok beliau belum lagi berfungsi.

Mengulas perkara itu, DBKL berkata bahawa ia sedang dalam proses untuk menaik taraf semua tiga lif utama yang terletak di setiap satu daripada tiga blok.

"Kerja-kerja penggantian lif baru sedang dilaksanakan secara berperingkat di PPR Wahyu. Penggantian lif ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama, penggantian lif nombor 1 (lif bomba) di setiap blok A, B dan C.

"Kemudian diikuti dengan fasa kedua bagi setiap Lif nombor 2 di setiap blok dan seterusnya fasa ketiga bagi lif nombor 3 di setiap blok," kata jurucakap itu.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *