Recent Post

Tuesday, November 17, 2015

5 Makanan Wajib Cuba & Makan Di Jawa Timur


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Indonesia adalah negara kepulauan yang terbahagi kepada  beberapa bahagian iaitu Sumatera, Pulau Jawa, Kalimantan dan Sulawesi.

Di Pulau Jawa sahaja terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Di Jawa timur tempat yang paling diminati dan mempunyai penduduk yang ramai ialah Surabaya.

Surabaya antara destinasi popular yang dikunjungi oleh pelancong tempatan mahupun di luar negara. Apabila anda berada di sini, makanan tradisi mereka harus anda cuba.

Yang pastinya rasanya amat lazat serta menyelerakan. Jadi portal Murai senaraikan 5 makanan yang wajib anda cuba apabila anda berada di bumi Jawa Timur.

1.Rawon

Rawon merupakan makanan berupa sup daging kuah hitam. Kuah hitam berasal dari kluwak dan daging yang digunakan adalah daging lembu yang dipotong kecil-kecil. Ia juga dicampur dengan bahan-bahan asas yang lain seperti campuran bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, ketumbar dan garam.

Rawon juga disajikan sekali dengan nasi putih bersama-sama dengan taugeh, daun bawang, keropok dan sambal yang pedas. Sekali anda rasa pasti terangkat lidah!

2.Tauhu Campur

Makanan yang terkenal dari Lamongan ini terdiri dari tahu goreng, ubi kayu, taugeh, mi kuning, selada, dan daging lembu yang kenyal.

Ia juga dilengkapi dengan petis, bawang goreng, dan sambal, tahu campur yang sangat lazat untuk dinikmati ketika waktu petang. Kalau ke Surabaya silalah cuba dan rasa!

3.Rujak Cingur (Rojak Mulut Lembu)

Rujak cingur merupakan makanan tradisional dari Surabaya. Makanan ini terdiri dari irisan buah seperti timun, mangga muda, nanas, kedondong, dan sayur-sayuran seperti taugeh, kangkung, kacang panjang serta ditambah dengan lontong, tauhu dan tempe.

Kesemua bahan ini akan dicampur dengan petis dan digaul sehingga sebati. Bagi yang tidak tahu apa itu cingur, cingur merupakan kata dalam bahasa Jawa yang membawa maksud mulut, ia juga merujuk kepada irisan mulut lembu yang dicampurkan.

Beza rojak cingur dan rojak biasa ialah bahan utamanya ialah mulut lembu. Pelbagai rasa yang akan anda dinikmati iaitu rasa masam, manis dan pedas.

4.Tauhu Tek

Tauhu tek terdiri atas tauhu goreng, kentang goreng, taugeh, irisan timun dan kerupuk.Tauhu dan kentang goreng dipotong kecil-kecil kemudian diadun sekali dengan petis, air, kacang tanah, cili dan bawang putih.

Makanan popular Surabaya ini diperoleh namanya menerusi gunting yang digunakan untuk memotong tauhu, kentang dan telur yang akan mengeluarkan bunyi tek.. tek.. tek.

Penjual tahu amat mudah dijumpai di sekitar tepi-tepi jalan utama di Surabaya. Anda risau dengan kebersihannya dan takut sakit perut? Cuba dulu baru nilai, tak salah untuk mencuba untuk merasai makanan dan pengalaman yang baru.

5.Gado-gado

Bahan-bahan yang digunakanm untuk membuat gado-gado adalah lontong, kentang, mentimun, telur, tauhu, dan taugeh.

Semua bahan itu mesti dicampur dengan kisaran kacang yang rasanya manis. Tak lupa juga sambal dan keropok udang yang turut memeriahkan lagi hidangan anda. Kalau di Malaysia apabila menyebut lontong pasti kita akan teringat kuah lemak berwarna kuning kehijauan.

Berbeza di Surabaya, Lontong itu ialah nasi impit yang dibalut bulat seperti ketupat dan dipotong mengikut citarasa si pemakan. Gado-gado juga boleh di makan bersama nasi putih sekirannya anda tidak mahu makan bersama lontong.  Rasa gado-gado adalah manis dan pedas.

Jadi sekiranya anda ingin berkunjung dan melancong di Surabaya dalam waktu terdekat, apa kata anda cuba makanan yang dicadangkan ini. Tak kenal maka tak cinta, tak rasa maka tak tahulah sedapnya. Apa-apa pun selamat mencuba!!

Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir

Artikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 17 Nov 2015

 

 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *