Recent Post

Thursday, January 14, 2016

'Anak Dia Tidur Berselimutkan Suratkhabar, Beralaskan Kotak'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Balik dari arah town, lalu ikut Pandan. Singgah sebentar di Stesen Petron selepas Pandan City untuk mengisi minyak. Sekali terpandang tiga beranak ini, semuanya lelaki. Aduh! Kali ini benar-benar tersentuh melihat si ayah sedang memunggut kotak. Manakala anak dia yang saya rasa seusia anak saya 5 tahun dengan 3 tahun. Si abang sedang tidur dengan menjadikan suratkhabar lama sebagai selimut dan beralaskan kotak nipis. Adiknya pula sedang duduk termenung minum air kotak yang sudah lama habis tetapi tetap disedut juga. Saya tanya lelaki itu, kenapa biarkan anak-anak tidur di situ.  "Saya terpaksa bawa anak-anak saya sekali untuk mencari kotak atau apa-apa saja barang buangan yang boleh dijual," katanya. Saya periksa dompet, tepat-tepat ada RM5.00, itu saja duit yang saya ada pada ketika itu. Saya terus bergegas masuk balik dalam kedai, belikan 4 bungkus roti dengan sekotak air.  Bila diberikan kepada adik itu, wajahnya terpamer kegembiraan. Rasanya dia mungkin sudah lama menahan kelaparan.  Haish, serius saya tersentuh sebab mengenangkan anak saya yang sebaya dengannya yang sekarang mungkin sedang tidur di atas tilam yang empuk. Nak rakam gambar dekat-dekat tak berani, ini pun rakam secara curi-curi. Serius kalau korang tengok wajah anak-anak dia depan-depan, memang sedih. Apalah nasib anak beranak tepi Petron ini di masa akan datang? - Hafez Razali | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *